Followers

Wednesday, April 13, 2011

♥ BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH ♥


Klik banner tuk join ...

Kalau ikutkan Mama takdelah rapat sangat dengan Abah. Mama lebih rapat dengan Mak. Tapi tak rapat tak bermakna takde langsung kenangan pahit manis Mama ngan Abah. Masa Mama kekecik dulu, Mama sangat2 lah aktif dalam sukan, terutamanya dalam acara balapan alaaaa yang lari 100m, 200m tu ... Tiap kali tiba hari sukan sekolah, Abah lah satu2 nya insan yang akan support Mama. Memang Mama tak sangka tiap kali sukan mesti Abah akan datang tuk sokong dan tengok anak dia yang sorang nih berlari kat atas padang. Selalunyalah Mama akan dapat tempat pertama atau kedua bukan nak riak tau nih pernah sekali Mama dapat tempat ketiga dalam acara 4x100m. Sedih sangat2 time tuh. Sebab Mama biasanya akan jadik pelari ke-4. Keluar jek dari padang, terus nampak Abah dicelah2 crowd yang datang. Mama tak toleh blakang terus berlari meluru kat Abah bgtau Mama dah kalah time tuh. Abah pujuk bgtau takpe boleh cuba lagik. Dan kalo korang nak tau lepas Mama dah bersekolah, itulah kali pertama Mama dapat merasa pelukan seorang Abah. Rasa terharu sangat2. 

Dan bila jek Mama dah makin dewasa, jurang antara kami semakin ketara. Mungkin sebab Abah ramai anak perempuan kami 4 beradik, 3 perempuan sorang jek lelaki ditambah lagi, Abah seorang yang pendiam. Sangat2 pendiam. Susah nak ajak dia berbual. Tapi sekarang nih bila Mama dah kerja, dah berumahtangga dan dah punyai anak, barulah nampak Abah semakin selesa nak berbual2 dengan kami anak2 perempuannya.
Abah bukanlah seorang ayah yang garang. Tapi Abah tak banyak cakap yang membuatkan kami mungkin rasa takut nak bercakap dengan Abah. Dan Abah juga seorang yang tegas dan tetap pendiriannya. Perangai yang nihlah dapat kat Mama. Apapun ... Mama sayang sangat dengan Abah Mama yang bernama Abdul Hamid B. A. Aziz ...

Pada Mama, cara terbaik untuk mendidik anak pada zaman sekarang nih adalah dengan menggunakan pendekatan memahami naluri anak tersebut. Jangan sesekali menidakkan kehendak mereka ini. Tapi jangan pula terlalu mengikutkan sangat kehendak mereka. Yang penting kita kena pandai seimbangkan kedua2 nya.
Mama bersyukur sangat dapat seorang suami yang memahami kehendak anak2 kami. Semoga anak2 kami akan menjadi anak2 yang berguna pada masa akan datang ....

7 comments :

Zura said...

sy rapat ngan dua2 sekali...sbb tue tak bleh imagine kalau dorang pergi dulu...huhuhu..sedih..

Dekcik said...

singgah lah blog dekcik..
bce ngah penuh hayati..

http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-bicara-kasih-ayah.html

mas saari said...

salam singgah!
begitulah kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah..mmg tiada tandingnya!

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

yerla mama..ayah zaman dulu kala mmg x rapat sgt dgn anak..berbeza dgn bapa zaman sekarang..

fRaMe+LenSeS said...

tade yang lebih tacing dari kisah Ayah dan Mama.

Nadh sayang ayah nadh jugak.. ;)
Salam singgah salam ziarah dari nadh..
kita jadi anak soleh solehah untuk Ayah ye. yang mendoakan kebahagiaan depa dunia dan akhirat..

Nadh datang melawat ni.. ;)
kisah anak Ayah Budak Nakal

Lulu caldina said...

segmen ni bagus, tapi sebak nak buat... sayang papa lulu...semoga ibu bapa kita sentiasa dirahmati...

fashah84 said...

salam...

kasih ayah smpai ke syurga...tiada duanyer...