Followers

Saturday, June 30, 2012

Sabtu terakhir...

Kenapa terakhir? Hari nih hari terakhir opis Mama kerja hari Sabtu. Pasnih dah takde istilah bekerja hari Sabtu. Tapi waktu masuk opis diawalkan 15minit. Tak kesah lah janji tak kena bgn pg lg dikala org lain sdg seronok berehat dirumah...  Yeayyy....

*sent from my 7plus tab*

Wednesday, June 27, 2012

Tuesday, June 26, 2012

Oh kakiku...


Aisey...kaki udah start bengkak daaaa...

*sent from my 7plus tab*

Monday, June 25, 2012

Sediakan payung sblm hujan... v1

Skang usia kandungan mama dah masuk 34 minggu. Berdebar dah nih. Time abg long dlu mama bersalin ms  38 minggu(awal semggu). Time abg ngah plak, 36 minggu(awal 2mggu). Kali nih? Mana bleh nk jangka kan... so xnk kelamkabut cam time bersalin abg ngah dlu(tetibe bersalin,xsmpt handover task kat kengkwn), mama dh wat planning baik punya....Insya-ALLAH akan cuba sedaya upaya habiskan silibus sblm meletup. Tapikan, pg nih stud mama xmuncul2 smpi kesudah...mcm mana nk abiskan silibus cepat?? Haiii nasib bdn kena ngajo subjek yg mmg sorg jek studnya.... huwaaaa


*sent from my 7plus tab*

Sunday, June 24, 2012

Bapak borek, anak rintik v2




Memasing dok sebok layan game kat tab. Mama? Dok layan tv sensoranglah jwbnya...cakap pun ngan tv jek tau huhuhuhu


*sent from my 7plus tab*

Tuesday, June 19, 2012

3 hari 2 malam tanpa Abah ....

Rite now Abah masih berkursus di JB. Esok baru balik .... Kali nih Mama saja jek nak try test dok umah sendiri bersama hero² kesayangan. Semalam N9 cuti. Fuhhhh ... memang porak perandalah rumah dibuatnya. Siangnya elok jek perangai dorang. Tp biler start malam, mulalah buat perangai. Hilang sabar jugak Mama dibuatnya. Tapi biler pikir² bilik, nih baru 2 orang. Masuk 3, 4, 5 sok? Muahahahhaha beranganlah ko nak jadik housewife. Baru semalaman tinggal ngan 2 hero, dah nak pinsan. Ehmmmm mungkin sebab Mama dah sarat sangat kot. Takpe ... still think positive ^_^

Sampai ke pagi nih, Mama sangat² tak larat nak kemas mainan² dorang nih. Biar jeklah .... hahahahah dasar pomaleh omak eh nih kan?

Si kenit yang makin banyak akal. Dah puas sepahkan menan, dia amik baldi, pehtu dok diam dalam baldi sambil buat gaya drive kereta resing .... Aduhaiiiiii
Abang macam dah paham jek Abah kena work jauh. Takdelah banyak ragam nak tanya mana Abah atau menangis cari Abah. Tapi si Adik plak, lain cerita. Tercarik² lah mana Abah dia. Biler cakap work jauh, dia terus nangis cakap nak ikut. Alahaiiii ciannya. Lebih haru, malam tadik, dia tengok gambo Abah dia dalam henpon Mama. Sambil bercakap² ngan gambo Abah, sambil dicium²nya gambo Abah tuh. Rindu sangat yer dik .... Takpe ek ... esok Abah balik .... Cianlah anak Mama nih ....

Saturday, June 16, 2012

Semuanya untukmu.....

Minggu lepas beli baru hari ni mendobi. Comel jek kan. Tak sabar lak rasa nih...

**send from my galaxy tab**

Friday, June 15, 2012

Mimpi jadik kenyataan ....

Mimpi apa pulak yang jadik kenyataan nih yerk? Bukan ... bukan ... bukan mimpi keta hilang or merompak tuh sumer. Tapi nih mimpi Mama yang tak pernah bagitau kat belog yg satu ini.

Status 29/5/2012


Dan status pada 5/6/2012

Alhamdulillah ... gembira betul biler masa scan dapat tau, si kenit lam tummy Mama nih, bb gurl. Tapi, time scan tuh tak berapa nak nampaklah muka anak dara nih. Bleh plak dia tutup muka dia ngan tangan. Aisey ... memalu plak nak tunjuk muka dia kat Mama ngan Abah yer .... 2 tahun lepas masa scan Abang Ngah pun sama. Tapi Abang dia tak tutup muka, cumanya tali pusat Mama berlegar² kat depan muka dia. Doc dapat snap dengan jelas cuma dahi yang luas, hidung yang mancung serta bibir yang agak tebal. Itu pun seblah kiri jek nampak. Yang si anak dara nih plak, dapat snap dahi yang luas, hidung sket jek ngan mata. Tang pipi ke bawah dia tutup ketat² ngan tangan chumil dia.

Apapun Mama sangat² bersyukur dapat berita nih. Sekurang²nya ada jugaklah seorang waris Mama, kot² umur Mama tak panjang nanti, aderlah darah daging yang bleh nak mandi+kapankan Mama. Tapikan, Mama masih berdebar kalau² lah tetiba keluar boy pulak. Habislah ... baju skirt sumer dah beli dah huhuhuh.

Si kenit Mama ....
Sampai kesudah nama si kenit nih tak dapat jugak. Macam² yang dah keluar tapi lum dapat keputusan lagik nak pilih yang mana. Nama yang dah prepare masa preggy Abang² dia dulu, semuanya dah kena amik. Terpaksalah carik nama yang baru. Hehehehe takpe, ader masa 6 & 7 minggu lagik. Sempat .... ^_^

Si dia sudah berpaling tadah??

Huk huk huk ... sedih tau. Sejak akhir² nih, si dia kesayangan Mama sudah menampakkan yang dia dah berpaling tadah. Perlahan² mencarik dahan yang baru. Terkilan sungguh hati ini. Bukan Mama tak layan dia pun. Layanan tetap sama, cuma kekadang tuh aderlah hangin sket. Maklumlah, Mama tengah sarat skang nih kan. Tapi serius Mama kecik hati betul ngan dia tau. Tak sayang kat Mama lagik ker? Tido malam pun dah tak kesah dah. Takde pun nak gesel² sangat kat Mama (18sx?). Pagi tadik lagiklah plak .... dia buat perangai baru ....


Tengoklah tuh .... Dok peluk lengan Abah sambil melentukkan kepala kat bahu Abah. Sepanjang² perjalanan dari rumah sampailah ke Taska camtuh jek dia. Skang nih, sumernyalah Abah. Tak nampak Abah pun leh nangis. Jeles I tau ... huhuhuhh. Si dia dah dapat rasakan kot lepas nih, tumpuan Mama akan lebih kepada bb. Alahaiiii ciannya Abang Ngah yang chumil nih .... Cayang kamu sangat² .... Muahhhhh ......

Thursday, June 7, 2012

Hot Chat - Peristiwa sebelum, semasa dan selepas majlis perkahwinan

Pagi tadik, otw ke opis dgr kat HotFM, topik pagi dorg pasal nihlah. Macam² peristiwa pahit manis lucu yang dapat dikongsikan oleh pemanggil². Mama pun sebenarnya tak ketinggalan jugak. Memang ader peristiwa yang berlaku masa majlis perkahwinan Mama 5 tahun yang lepas. Jadik kenangan sepanjang hayat nih ..... Errr .. entri nih panjang lebor tau. Harap korang taklah serik nak baca yerk ... ^_^

Sehari sebelum Majlis Nikah@Perkahwinan (17/2/2007)
Malam sebelum akad nikah (akad nikah pagi dan seterusnya majlis kahwin tengah harinya), Mama tetiba demam panas. Kena flu yang tahap kritikal. Tak boleh jadik ..... telan panadol 2 bijik + ubat selsema. Sudahnya, pinsan masa adik perempuan Mama tengah dok pakaikan inai kat jari tangan n kaki. Tau² jek terjaga tetengah malam, elok jek jari jemari dah siap dibungkus. Bagus adikku yang sorang nih. Dia kawen arituh, sensorang jek terkontang-kanting. Sebaik ader member dia yang tolong. Sorie ler ... aku dah tak larat ^_^

Majlis Nikah@Perkahwinan (18/2/2007)
Alhamdulillah berjalan lancar. Cuaca pun bagus. Cuma Mama tak sempat nak melayan semua kengkwn yang hadir waktu tuh.

Sehari sebelum Majlis bertandang ke rumah lelaki (24/2/2007)
Mama n family midnite kat rumah Pak Long kami di Melaka. Malam tuh, kul 8pm, Adik bongsu Mama dapat call dari jiran seblah umah kami yang juga merupakan kawan rapat dia, bagitau rumah kami dimasuki pencuri. Arrggghhhhh sudaaaaaahhhhhhh ..... kalut betul kami sefamily. Dah lah duit hantaran, mas kawen n duit "salam keruk" Mak n Abah tak sempat bank in lagik. Time majlis kawen Mama nih time cuti raye cine. Cuti panjang sampai hari Rabu. So Mak Abah tak sempat g Bank. Main simpan jek kat lam bilik tapi di tempat yang tersorok. Siap polis bagai semua datang. Havoc betul keadaan time tuh. Tuan rumah kat Melaka, esok majlis bertandang. Takkan nak balik Batu Pahat malam tuh jugak kan? Sebaiklah cousin Abah Mama ader kat BP. So mintak tolong dia untuk check kan duit berkenaan selamat atau pun tidak. Alhamdulillah .... duit tuh tak berjaya dijumpai oleh si pencuri. Tapi sempat gaklah dia sebat cincin kawen Mak ngan beberapa barang kemas Mak yang lain. 5-5 bilik habis bersepah dia dok geledah. Pintu dapur terkopak habis. Hampeh tul .... Nasib baik barang² lain tak diangkut skali. Dan malam tuh, kengkawan Adik bongsu Mama dok pakat dirikan khemah kat tepi rumah, dan dorg berjaga sampai ke esok paginya. Terima kasihlah adik²ku semua ... sayang korang ^_^

Majlis bertandang ke Seremban (25/2/2007)

Dari Melaka ke Seremban, Pengantin Perempuan (Mamalah kan) yang drive. Kami satu kereta ader 4 orang. Mak, Abah, Adik bongsu n Mama. Kakak n Adik perempuan Mama dorang keje kat KL. So dorang dari sana. Bertolak kul 8am, elok jek drive tanpa apa² masalah. Tetiba dah nak dekat sampai exit Alor Gajah/Simpang Ampat, Mama perasan temp naik sampai H. Gelabah dah nih terus benti tepi, bukak hood tengok berasap plak enjin. Aduhaiiiii .... apalah nasib kali nih? Call plus then tak lama tuh dorang datang. Tow kereta kami ke exit Alor Gajah, then tunggu Abah pick up Mama n Mak. Abah Mama n adik bongsu kena tggu pomen datang repair. Dahlah ari Ahad, ingat senang ke nak carik pomen? Pulak tuh kat tempat yang sememangnya bukan tempat kami. Sedih betul Mama time tuh, tapi cuba berlagak cool. Dalam hati istighfar banyak n redha dengan dugaan nih semua. Tunggu Abah plak kemain lama lagik nak sampai. Padahal Seremban - Alor Gajah setengah jam jek ikut hiway. Rerupanya, Abah pun ader peristiwa jugak. Tetgh, dia drive laju nak pick up kami, tetiba drive shaft problem. Sebaik dia ngan adik ipar Mama takde pape n kereta still bleh jalan cuma takleh bawak laju² stendet resing. Akhirnya, tepat jam 12pm kami selamat sampai Seremban. Terus shoot pegi umah pakcik Mama n terus siap². Majlis kul 1.30pm tapi Abah Mama n Adik bongsu tak sampai² lagik. Tepat jam 1.30pm, barulah dorang muncul. Tau tak rosak apa jek keta Abah Mama tuh? Abah kata ader satu skru kecik kat enjin tuh longgar n tercabut. Ganti skru tuh elok jek temp macam biasa. Ya ALLAH!! Sebab skru kecik tuh jek. Memang besar sungguh dugaan kami. Alhamdulillah kami semua selamat, dan majlis bertandang berlangsung dengan meriah.

3 hari selepas majlis
Hari pertama kami mula kerja selepas majlis perkahwinan yang penuh dugaan. Ingatkan dah abis,rupanya ader lagik .... Kami menyewa di Bandar Tasik Selatan. Mama pergi kerja drive si chumil kancil (opis time tuh kat Taman Maluri). Abah plak pegi kerja naik komuter (opis Abah time tuh kat Nilai). So Abah decide paking si blek kat KTM Bandar Tasik Selatan. Balik keje petang tuh, Abah call bgtau, keta Abah kena pecah. Mama yang time tuh dah sampai umah terus terduduk. Nak menitik air mata sebab tak sudah² kami diuji lagik.Tapi still Mama tabahkan hati, istighfar banyak. Cakap pada diri sendiri tiap yang berlaku pasti ader hikmahnya. Nasib baik jugaklah kereta jek kena pecah, kot dengan kereta² skali dorang sapu cemana? Tak ke lagik haru? Huhuhuh cumanya Abah sedihlah sebab abis audio hatta woofer skali dorg amik. Gadget² lain cam turbo timer n boost meter pun kena rembat. Ori tuhhhhh ... sudahnya, Abah ganti dengan yang cap ayam jek. Takut² kena pecah lagik plak ....

Apapun, itu semua kami anggap sebagai dugaan hidup yang perlu kami tempuhi. Alhamdulillah, kami tetap tabah hadapi semuanya. Dan 3 bulan selepas itu, Mama dapat kerja kat Seremban. Langsung terus berhijrah ke Seremban. 7 bulan kemudian, Mama preggy si Abang. Dan masa dalam pantang Abang lagik, mencurah² Allah limpahkan rezeki buat kami sekeluarga sehinggalah kini. Alhamdulillah ... syukur sangat² walaupun pada awal² tuh cukup perit rasanya kena dugaan yang bertalu² macam tuh. Percayalah, setiap apa yang berlaku itu, pasti ader hikmahnya. ALLAH takkan menduga seseorang hambanya lebih daripada kemampuan hambanya itu sendiri ^_^. Semoga perkahwinan kami ini diberkati dan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa kami ... AMIN!!!!

** Fuhhh ... siap!!! Berpinar bijik mata dah nih**
Kenangan 5 tahun lalu ... weeehuuuuu ^_^

Wednesday, June 6, 2012

Mengidam punya pasal ...

Terjadik kes mengidam biler Mama post status kat FB ....


Mama mengeluh sebab hari nih si berukben Mama tuh asik wat hal jek. Sekejap² dc, kejap² dc. Tensen jek. Tetiba plak Abah bleh reply citer pasal air kelapa. Aishhhh ... dahlah kat lam Lect Room nih dah sedia panas, cuaca kat luar pun panas. Sedap betul kot dapat pekena air kelapa nih sedas dua kan? Terus terliur ..... Hahahahha pelagik, text Abah ajak gie lunch n carik air kelapa skali. Nasib baiklah Abah dah tukar sini. Dapat jugaklah nak carik dan² tuh jugak. Kot tak ..... ko telan air liur jeklah sampai balik keje baru leh dapat merasa air kelapa Mama ooiiii ..... Nak carik kat area² opis Mama nih memang kem salamlah nak jumpe kan huhuhuhuhuhhuh

Sudahnya, hari nih kami lunch agak jauh sket dari tempat keje tp dah dekat plak ngan umah kami. Kalo ikut kan hati, mau jek balik rumah tido lepas lunch hahahahahahahaha tapi kami berdua adalah pekerja yang berdedikasi. Lepas lunch balik opis terus tau .... ^_^

 Haaamik ... sebijik nih mama punya sorang ^_^

Meriah betul lunch hari nih ... Alhamdulillah ^_^


Selesaiiii .... licin dah .....

Ngidam anak ke-2 ngan ke-3 nih takdelah seteruk masa anak 1st. Yang tuh memang haru. Ngidam nak makan ayam kampung tapi kat depan opis lama Mama. Tau tak opis lama Mama tuh kat KL, Mama nih dok Seremban? Haaaaa ... amik cuti semata nak pegi makan kat sana jek. Pehtu ngidam plak nak makan Nando's. Mintak maaplah yer, kat Seremban nih takde Nando's. Skali lagik, Abah layankan jek tekak Mama nih, bawaklah gie kat The Mines. Balik jek Seremban, selambak keluar .... hahahahah tepuk dahi Abah dibuatnya. Kalo ingat² balik memang kelakar jek time tuh. Apa nak buat, ragam orang mengandungkan .... itulah nikmatnya bergelar perempuan mengandung ^_^