Followers

Thursday, August 25, 2011

Melawat Rumah Anak Yatim, Orang Tua & Orang Kurang Upaya

Pagi semalam, kami (beberapa lecturer dan 3 orang student) berkesempatan menghulurkan sumbangan kepada mereka² yang memerlukan. Aktiviti nih, memang menjadi aktiviti wajib yang dianjurkan oleh Kelab E-Bisnes. Sebenarnya, senarai nama yang kami dapat agak ramai jugak, tapi memandangkan sumbangan yang kami kumpulkan tidaklah mencukupi untuk diberikan kepada semua. Insya-Allah, di lain masa kami akan tetap memberikan sumbangan kepada yang lain. Apa yang ada nih pun kami dah bersyukur sangat. Terima kasih banyak² kepada staff, pelajar dan juga ibubapa pelajar yang sudi memberikan sumbangan. Walaupun tak banyak, ALLAH saja yang dapat membalas jasa baik kamu semua. Amin!!!!

Siap sedia masuk² barang dalam kereta

Dah sampai .... Tapi Rumah anak-anakku, penghuni takde. 
Dorang sekolah pagi tuh kan ...

Beramah mesra dengan penghuni Rumah Ibuku

Salam² time. Biler mereka mula peluk cium pipi, Mama dah start tacing dah. Takleh tahan, terus meleleh airmata nih. Huwaaaaaa teringat dekat Arwah TokMak n Arwah Tok Puan Mama. Rindu kat dorang masih membara walaupun dah hampir 10 tahun mereka pergi meninggalkan kami sekeluarga .... :(

Bergambar kenangan. Insya-Allah, umur panjang kami datang lagik yer ....

Destinasi seterusnya OKU di Mambau.

Thanks to Umie sebab sudi ajak kami lecturer nih pergi sama. Rasa seronok dapat jumpe mereka nih. Insya-Allah lepas nih kami akan datang lagik untuk mengeratkan lagik silaturrahim ....

Tuesday, August 23, 2011

Gelagat hero² Mama

Kalo pepagi, dorang ngamok² sebab kena kejut bangun pagi. Tapi dalam kereta elok jek behave nya. Sebab tengah mamai+blur lagik kan. Tapi kalo petang time amik dorang balik dari Taska, memang cam perang dunia ke-3 lah kitorang dalam kereta tuh. Si Abang sebok asik mintak susu jek macam takleh sabar tunggu sampai umah, Mama dengan terjerit²nya tak bagi Adik usik radio, bukak tutup ekon, main suis wiper. Kot korang kat Seremban nampak keta kaler putih tetengah panas tapi wiper depan blakang terbukak, tuh kompem keta Mama yer. Memang takleh nak kontrollah si raksasa gorgon yang sorang nih. Biler Mama marah ... camnihlah kelakuan dia .....

Dok menunggeng nak cuba merebahkan badan sambil guling². Sorie dik, nih dalam keta, tak muat kamu nak guling². Kot kat rumah tuh blehlah, luas terbentang lantai umah tuh. Gulinglah dari pintu depan sampai ke pintu dapur, Mama tak heran pun.
 
Si Abang plak biler tengok adik kena marah, dia pun amik kesempatan untuk ketuk sedas dua kepala adik kekonon dia pun sokonglah Mama marah adik dia tuh.

Ingat adik nak mengalah? Sorie!!! Dia balas balik. Habis dia lepuk muke Abang, tak cukup lagik, disepaknya plak Abang tuh. Abang nih cengeng sket. Dia buat adik bleh, tapi biler adik buat dia, mulalah dia menangis melalak macam sakit bebenor. Padahal nak mintak simpati lebih jek kat Mama. Drama jeklah ko bang ... huhuhuhuh

Muke puas hati sebab dapat buat Abang dia nangis. Issshhhh ... sangat notty lah ini raksasa. Nasib ko lah bang. Ko buat aku, aku balas balik!! huehuehuehue

Kadang² elok jek perangai dua beradik nih. Nak² kalo Mama pasang lagu peberet dorang cam lagu Insya-Allah (Maher Zain). Dorang pun pakat nyanyi sama. Dengan Mamanya skali lah terpaksa nyanyi. Gasaklah korang dapat Mama sore tak sedap, korang paksa nyanyi, haaaa rasakan ... dengo jeklah ek. Semalam Mama pasang cd raya. Dari minggu lepas si Abang balik dari Taska asik nyanyi lagu Balik Kampung. Kat Taska lah tuh dia blajo nyanyi. Sebab mana pernah Mama pasang lagu raya kat umah. Radio pun takde cemana nak pasang huhuhu. Kemain suke dorang dapat dengar lagu balik kampung. Raksasa gorgon nih pun leh tahan jugek. Tau dia lagu tuh, cumanya dia nyanyi tang ujung² jeklah. Mana pandai bercakap sangat pun lagik huhuhuu

Tengoklah, sampai muncung² bulat mulut dia sebut "oohhhh ... ohhhh balik kampung". 
Chomel jek huhuhhuhu

Nihlah gayanya kami bertiga kat dalam kereta. Memang havoc dibuatnya. Bulan pose nih, Mama balik awal. So Mama sensorang jeklah bleh amik dorang. Tuh yang macam tak cukup kaki tangan mulut sumer nak kontrol mereka berdua nih. Tuh belum lagik hangkut mereka beli kueh untuk berbuka. Laaaaagiiiikkk havoc. Tapi, Alhamdulillah takat nih bawak dorang beli kuih, ader jek yang bagi sedekah lebih. Murah rezeki budak² nih gaknya. Tak pun orang kedai tuh kesian tengok maknya kena ngendong sorang, pehtu sorang lagik kena pimpin sambil kejar² depan kedai tuh takut anak sulung tuh berlari ke tengah jalan. Sesambil tuh mulut nih toksah cakaplah, tak reti diam membebel  tak bagi anak² usik² cuit² kuih muih yg orang jual. Hahahahahah apapun, keriuhan nih yang membuatkan Mama bahagia sesangat .... Alhamdulillah ..... ^_^

Tetiap pagi rasa bersalah pada mereka

Macam nihlah keadaan dorang setiap pagi time Mama bergegas nak ke opis. Kalo koranglah, sampai ke hati nak kejut anak² yang tengah lena tido nih? Serius, Mama tetiap pagi memang akan rasa bersalah jek terpaksa kejut dorang. Dan² tuh jugaklah Mama rasa cam nak benti keje jek, jaga dorang kat umah. So takyahlah tetiap pagi dorang kena bangun awal. Cam bulan puasa nih lagiklah kesian. Mama masuk keje pukul 8.30 so koman² kul 7.30pg tuh dah kena kuar umah. Paling lambat pun kul 7.45pg. Kena awal sket walaupun Seremban nih tak jem, tapi jarak dari umah nak hantar dorang ke Taska, pehtu Mama nak ke opis, memang makan masa 45 minit. Kesian kan dorang. Tengah syok tido dah kena bangun g Taska. Tuh yang sampai ngamok² dorang kena kejut ngan Mama. Dan biasanya mood dorang tak berapa nak baiklah kalo sampai kat Taska tuh. Mestilah muke masam mencuka atau menangis nak ikut Mama. Yang tuh si Adiklah. Kalo Nenek a.k.a owner Taska ader, tak heran pun dia ngan Mama. Tapi kalo takde, lagiklah Mama tak sampai hati nak tinggalkan dia kat Taska tuh ha. Nak wat cemana, gaji Abah tak cukup nak tanggung kita 4 beranak kalo Mama nih tak bekerja. Tunggulah sok lusa kot Abah dapat jadik Pengarah JKR ke, haaaa baru Mama benti kerja. Hahahahahah kau berangan jeklah Mama oooiiiii .... ^_^

Friday, August 19, 2011

Kad ucapan hari raya| Dah semakin dilupakan??

Rasanya dah bertahun lamanya Mama tak terima kad raya. Sejak semakin canggihnya teknologi kita zaman nih, semua ambil keputusan hantar kad raya melalui SMS, MMS, email, even kat MukaBuku pun bleh dah skang nih. Mama ingat lagik masa zaman sekolah² berbelas tahun lalu perrggghhhh giler lama rupanya aku dah meninggalkan alam persekolahan. Kalau dapat or balas kad raya kengkawan mesti selitkan duit raya skali. Paling kelakor duit raya tuh bagi seposen jek tapi bersusun 10keping duit syiling 1sen. Takpun 2 keping 5sen. Memanglah rasa tak berbaloi dapat, tapi tetap seronok. Baru bebetul rasa kemeriahan nak sambut raya.

Dan Mama still ingat lagik, masa Mama form 2 tahun 1993, Mama dok hostel. So kami pakat ber5 yang dok satu dorm, lawan saper dapat kad raya paling banyak. So taktik nak dapat balasan kad raya banyak, kenalah kita hantar dulu kat orang kan? Lepas tuh siap tulis lagik kat dalam kad tuh, 'Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap sangatlah balas yerrrr'. Hahahahahah serius best+lawak. Biasalah, zaman bebudak hingusan lagik kan time tuh. Apapun semuanya dah tinggal kenangan. La nih memang tak pernah dah Mama dapat kad ucapan hari raya lagik. Tapi minggu lepas, tetiba lepas balik keje, check letter box ader plak sangkut satu kad raya untuk Mama.


Tak lain dan tak bukan kad raya daripada Era Edar. Cemana plak Mama bleh dapat? Sebab Mama ahli dia. Baru jek pun awal tahun arituh join. Dapat seketul nih pun dah hepi dah. Tuh yang terus teringat kenangan² silam masa dapat kad raya. Seronok kan??

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #6 - Spiderman yang tertewas

Spiderman kecik yang keletihan lepas penat memanjat sana sini
^_^

Tuesday, August 16, 2011

Persiapan Merdeka Raya

Entri semalam, entri meluahkan perasaan, so hari nih takmo sedey² bengang². Kita chill okay??!!

Alhamdulillah hari nih dah 16 Ramadhan.Lagu raya pun dah mula berkumandang kat radio. Kami kat opis pun teruja jugak nak menyambut raya. Paling best raya tahun nih berkembar pulak ngan Hari Merdeka kan. Seronok betul. Seronok sebab cuti raya panjang. Rajinlah kami menghias bilik lecturer nih dengan ketupat bagai. Barulah mood raya mencanak². Hari² tak jemu² pasang lagu raya. Mama rasa Mamalah orang paling hepi sekali nak sambut raya tahun nih. Tau sebab apa? Sebab tahun nih beraya kat Batu Pahat dulu. Tuh yang terlebih suka tuh. Rindu betul nak makan ketupat, sayur lodeh, ayam masak merah, rendang ngan kuah kacang. Uishhhh takleh ingatlah. Dah terliur dah.

Semuanya kami beli kat kedai RM2 dengan kos RM25 saje. Termasuk bendera Malaysia tuh tau. 
Hulu Balang .... Yang mak buyung sorang tuh pun takmo kalah tuh ...
Cubaan Mama untuk menyalakan api. Tapi sebab takut terbakar satu opis nih, so tak jadiklah nak pasang panjut kat lam opis ^_^

Haaa ... koranglah cemana? Meriah tak sambutan kat opis? Ceciter ... ceciter ... ^_^

Monday, August 15, 2011

Inikah yang dinamakan Lumrah Hidup??

Apa perasaan korang kalo orang minta bantuan kita untuk selesaikan masalah, bila dah selesai buat kita nih macam tak dihargai? Yer, nihlah yg terjadik kat Mama. Mama bukanlah nak award pun tapi atleast say thank you pun dah cukup. Dah rasa diri nih berbaloi kerja kat sini. Tapi biler buat² tak pandang kita memanglah Mama rasa "baik aku takyah tolong macam nih!!". Mungkin ader yang kata Mama emo tak tentu pasal benda kecik jek. Yer, bagi orang yang tak mengalaminya rasa benda nih simple jek. Tapi tau tak Mama handle benda tuh sampai nak pecah kepala, sampai demam². Tetengah buat tetiba datang problem baru, tetiba itu jugak Mama dipersalahkan. Haaaa kalo koranglah, apa korang rasa? Kita buat sebab atas dasar orang mintak tolong, alih² kita jugak dipersalahkan dek sebab ader problem lain yang timbul. Tuh pasal, lepas nih memang malaslah nak tolong lagik dah. Jangan haraplah lepas nih kot ader yang mintak tolong lagik, Mama akan buat. Sorie to say, aku dah serik!!!

Actually, benda nih dah berlaku 2 minggu tapi Mama rasa takleh nak pendam dah. Makin pendam makin parah. Rasa diri nih dipergunakan jek. Kalolah Mama tak fikir takde orang lain yang bleh tolong, memang Mama buat tak tau aje. Ya, mungkin ini silap Mama. Suka sangat fikir kesusahan orang lain. Aku susah ader orang keliling peduli pasal aku??!! Ada??? Takde pun!! Tuh yang selalu Abah ingatkan kat Mama, jangan terlalu baik sangat kat orang. Biler susah takde pun orang nak tolong kita. Your are rightlah Abah.

Sejak 2 tahun kebelakangan nih Mama memang rasa tak berapa happy kerja kat sini. Sebab utama masa tuh dah bertukar kuasa yang memang luar biasa. Satu lagik, geng sekepala pun dah tinggalkan Mama. Dorang tinggalkan pun sebab dapat offer yang lagik baik. Tinggallah Mama keseorangan. Takde lagiklah geng merayap tetiap Jumaat, tak kiralah kitorang ader duit ke tidak, still merayap jugak ke Terminal One tuh. Sejak dari tuh, Mama lone ranger jek. Alaaaa tak kisah pun. Cuma sesekali ader jugaklah geng merayap datang ke sini. Mama jek yang belum lagik nak ke tempat geng merayap tuh. Hahahah cian Kak Pah. Asik akak jek yang datang sini kan kan. Walhal saya ader transport. Akak lak sanggup naik teksi nak ke sini jumpa kita. Takpe, kot jodoh kuat chewahhhh blehlah Mama panjangkan langkah ke sana.MamaMirza, rindunya sama leteran dan celoteh kamu .... Dibah, rindu ngan gurau² ko tuh. Fida, rindu jugak ngan kesengalan ko. Zura, rindu ngan statement, "my dear" ko tuh ... Eheheheh macam² lah.

Apapun, pengganti yang sepatutnya dah pun ader. Haraplah tak menyusahkan Mama lagik. Harap² jugaklah mereka pandai berdikari seperti mana Mama terpaksa berdikari masa memula kerja kat sini. Nak nangis tau time tuh. Ehhh bukan nak nangis, memang hari² balik kerja aku menangis ok!!

Thursday, August 11, 2011

Apa kesnya si Arif Najwan nih???

Apa kesnya si budak kenit nih? Huhhhh memang banyak kes nih. Semua kes terjadik kat TASKA. 2 minggu lepas, pembantu kat taska ader bagitau kat Mama yang Adik dah pandai 'menyepak' dan 'tumbuk' budak² kat situh. Walaupun dia kecik jek kan, tapi perangai dia nih bleh tahan gak nih. Abah cakap dia kerek kat Taska sebab ader Abang. Tapi sebenarnya, dengan Abang dia skali kena balun.

Kes terbaru, petang semalam masa amik dorang, sekali lagik pembantu tuh ngadu kat Mama yang Adik dah gigit 2 orang budak sampai luka dan lebam pipi dorang. Gigi dahlah gigi kapak. Kebetulan, budak tuh ada kat situ, dia tunjuklah pipi budak tuh. Mak aiiihhhh memang yer lebam dan luka. Siap ader bekas gigi dia lagik. Kesiannya lahai budak² tuh. Mestilah Mak Ayah budak tuh marah kan? Cemana Mama nak buat nih tah. Serba salah dah nak hantar Adik kat situh. Apalah ke ganas sangat anak Mama yang sorang nih. Abang dia takde pulaklah buat perangai camtuh.

Sebenarnya Adik memang dari dia belum tumbuh gigi lagik dia dah suka menggigit². Tapi biasanya mangsa dia kami bertigalah. Paling selalu kena Abang sebab dia suka menyakat adik dia kan. Memang kalo Adik gigit tuh bukan main², sampai lebam² jugaklah Mama kena. Tak sangka pulak lately nih dia bleh buat perangai kat Taska tuh. Cemana nak cakap ngan Adik ek? Dia bukan paham pun. Aduih laaaaa .... Nih nak kena jumpe Mak Ayah budak yang kena gigit tuhlah. Kena mintak maaf nih.

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #5 - Buai Laju-laju


Tuesday, August 9, 2011

Bonus oh bonus

*Picca taken from mr.google*
Wahhh .... seronok jek pepagi tadik dengar kat radio, yang penjawat awam dapat bonus setengah bulan untuk raya nih. Time tuh mulalah Mama dok berangan, kalolah Mama nih penjawat awam. Kan ke best. Ini dah 4 tahun kerja sini, jangankan kata bonus, increament pun 4 thn baru dpt skali. Macam mana Mama leh bertahan kat sini Mama pun tak taulah. Maybe setakat nih bleh lagik nak menampung perbelanjaan sendiri. Sok anak dah bertambah, haruslah carik keje lain nih. Mana bleh stay sini dengan gaji ciput.

Alhamdulillah berita gembira nih Mama dapat gaklah tempiasnya. Tak banyak sket pun jadiklah. Tak brani nak mintak lelebih kat Abah sebab memang dari kecik lagik Mama dah dididik jangan meminta duit atau barang dari orang lain. Takde duit buat cara takde duit. Tuh pasal kekadang kalo Abah tanya Mama nak beli apa² baju ker henbeg ker kasut ker memang Mama tak mintak pun. Biasanya jugak barangan, pakai harian Mama beli pakai duit sendiri. Kot mintak kat Abah pun duit tuh nanti Mama buat beli baju anak² jek. Tahlah ... tak pandai ler nak mintak² tp kot nak bagi Mama amik jek ehehehehehehe

Apapun, lega jugaklah tau gomen bagi bonus. Atleast blehlah beli baju raya untuk hero² kami tuh. Cian adik, asik recycle baju Abang jek. Sesekali nak jugaklah tengok Adik pakai baju baru jugakkan. ^_^

Saturday, August 6, 2011

Segmen : Promosi Blog Secara Percuma Di AF

 Nak join?? Klik banner cepat!!!

Rasanya lama betul dah Mama tak join segmen promosi blog nih. Jadiknya hari nih tetiba rajin plak nak join. Jom reramai kita join segmen dr AF bukan Akademi Fantasia yer ni. Untung² terpilih, dapatlah promosi ke serata dunia chewahhh tinggi cita² I tau. Dan yang paling penting dapat carik ramai kawan.

Blog Mama Cyda in Da House nih adalah blog yang menceritakan hal kehidupan Mama bersama suami dan hero² kesayangan Mama. Tak kisahlah hal kehidupan yang best ke tak best ker.  Kadang² tuh ader jugaklah terselit cerita² luahan dan merapu bagai. Semuanya ada diceritakan disini. Dan juga blog ini akan Mama jadikan sebagai kenangan dan tatapan untuk anak² Mama biler dorang dah besar nanti. Kompem dorang nak tau apa kisah dorang masa kekecik kan? Mesti seronok ... ^_^

Haaa ... yang lain apa lagik tunggu. Jomlah join ....

Friday, August 5, 2011

Mimpi kereta hilang lagi???

Owwhhh tidak!!!

Sebelum nih Mama pernah mimpi pasal kereta Mama yang chumil tuh hilang. Entri pasal mimpi tuh ada Mama buat kat sini. La nih mimpi En. WGD plak yang hilang. Aduhaiiii .... kronologi errr betul ke guna perkataan nih? mimpi kali nih lebih kurang sama jek ngan mimpi yang lepas. Kat depan umah jugak. Cumanya kali nih, berlaku pukul 11 malam. Biasanya kami berdua kalo tidokan anak² dengan kami² skali tertido. Kekadang tuh, dengan pintu pagar tak berkuncilah, tv tak bertutup kami memang insan² yang sangat cuai dan suke membazir letrik ^_^ tapi mujur jugak, Mama nih jenis senang terjaga kalo tido tuh main aci redah* jek. Jadiknya, dalam mimpi Mama tuh, Mama terjaga dari tido, pandang jam kat dinding pukul 11mlm. Baru teringat yang Abah tak kunci gate dan grill lagik. Terus kejut Abah swuh kunci dan biler Abah bukak jek pintu, dia terkejut besar biler tengok kereta hundah kesayangan dia takde lam porch kereta. Terus dia check remote kereta remote hundah nih ader sensor kot bergegar jek dia bleh bunyik tengok² memang ader nyala² warning gambo tukul besi ngan pintu terbukak sumer. Tapi heran kami tak dengar bunyik alarm remote tuh. Mama dan² menangis terus gelabah carik henpon tp tak tau nak call saper. Dan tetiba jugaklah Mama tersedar dari tido sambil tangan Mama pegang henpon yang Mama letak kat celah bantal. Check jam pukul 2pg. Gagah bangun jengok kat tingkap nak pastikan 2-2 kereta ader. Alhamdulillah ... 2-2 ader. Mama mimpi nih 2 hari lepas masa Mama tengah demam. Gamaknya sebab tengah demam kot sampai bleh mimpi camnih skali. Aduihhhlaaaaa naperlah bleh mimpi 2-2 keta nih hilang ... takmolahhhhhh ... huwaaaaaaaa

Cayang hundah ... takmo notty² ek ^_^
 
** Tido main aci redah bagi Mama nih, tido yang ala² tak ready lagik. Sebab Mama kalo nak tido, mesti pakai stokin, sikat rambut, tarik selimut, set alarm dan bilik mesti suasananya malap ala² romatik gitu. Kot terang menderang mmg tak lenalah tido Mama jawabnya.

3 hari menyepi, kenapa yer????

Salam semua, 3 hari blog Mama tak berupdate. Bukan sebab Mama busy, sbb kalo Mama busy pun atleast mesti keluar entri WW untuk hari Rabu. Tapi Mama menyepi seketika sebab Mama diserang demam panas. Bukan calang² demam. Demam panas yang sampai sakit segala tulang temulang, sendi² dan rasa macam nak lumpuh satu badan. Kebas kat hujung² jari kaki dan tangan. Sesungguhnya, inilah kali pertama dalam hidup Mama, demam sebegini rupa. Bayangkan, berjalan ke klinik pun kena papah. Cukup payah untuk bangun dari pembaringan. Sampai satu masa, Mama kena mengengsot semata nak capai selimut. Hairannya tiap kali telan pil tahan sakit, sakit tuh hilang walaupun ambil masa untuk hilang sakit. Tapi biler effect ubat habis, sakit datang balik. Masya-Allah, sakitnya tak terhingga. Lantas Mama terfikir, mungkin petanda ajalku telah tiba? Ya ... mungkin .....

Hari pertama puasa, Mama sehat sejahtera. Waktu berbuka sungguh meriah sebab berbuka dirumah mertua. Macam biasa, juadah berbuka kami ala kadar saja. Takde yang berat² sangat. Dan yang paling Mama ingat, Mama minum air sejuk yg kami beli di bazar ramadhan. Yerrr ... air itu pada Mama terlalu sejuk. Dan sewaktu Mama ambil air sembahyang untuk solat Maghrib, waktu itulah Mama rasa seluruh badan Mama sangat sejuk mencucuk² hingga ke tulang. Bermula dari malam itulah, esoknya Mama terus demam hingga hampir cecah ke 40º. Dapatlah MC sampai semalam.

Dan semalam, Mama kena test darah untuk memastikan Mama bebas dari jangkitan demam denggi. Alhamdulillah darah Mama normal. Dokter hanya nyatakan demam Mama nih demam virus. Dan biasanya akan ambil masa 3-4 hari untuk pulih dari sakit² badan tuh. Hari nih pun badan Mama still rasa sakit² dan kepala agak bengong sket. Jalan pun lemah jek, apapun Mama gagah jua ke opis semata memikirkan assignment student yang tak habis lagik tanda. Dan pagi nih jugak, tatkala jejari Mama menekan keyboard lappy nih, sakitnya masih terasa.

Sesungguhnya, Mama terima ujian dari Allah di bulan mulia ini. Dan, sesungguhnya, penyakit itu penghapus dosa. Amin!!!

Monday, August 1, 2011

Ole² dari Vietnam

Minggu lepas, SIL Mama pergi bercuti² ke Vietnam. SIL Mama yang sorang nih, memang rajin bercuti² ke luar negara. Seronok jek tengok gambar² dia pergi bercuti. Mama nih teringin jugak nak melawat negara orang. Tapi apakan daya, pulus langsung tak mengizinkan hahahahah. Macam biasalah, kalo SIL Mama pergi memana mesti dia takkan lupa untuk bawak balik buah tangan buat family. Petang semalam, kami singgah balik umah MIL, tengok² dalam bilik dah ader seplastik ole² buat kami. Seronok betul kan biler dapat ole² nak² kalo dari oversea. Almaklumlah, kita tak pernah pergi kan ^_^

 Macam² ada .....

 Key chain & FM

 Hijau untuk Abang, Merah untuk Adik

 T-shirt untuk Mama & Abah

 Kain pasang & Henbeg untuk Mama ... lagik??? huhuh ske²

Punya excited, smlm dapat, harinih dah pakai bawak gie opis tau hahahahah tak menyempat.

Mamalah paling beruntung sebab dapat sekali 3. Sampaikan Abah tak puashati, dia kata siapa sebenarnya Adik Along dia nih. Hahahahah Abah jeles tu ...... Raya nanti leh lah Mama bergaya lagik ngan henbeg chomel tuh. Kebetulan raya tahun nih ada baju kaler merah hitam. Haaaaa ... sesuai sangatlah kan. Mekasihlah bebanyak pada SIL Mama, tau mesti dia bacanya nih heheh. Nanti ader rezeki kami dapat ke tempat yg best² kami belikan ole² untuk Along ek ^_^

Salam Ramadhan

*Picca taken from mr. google*

Salam semua, hari nih hari pertama kita berpuasa. Rasanya belum terlambat lagi Mama nak ucapkan Selamat Menyambut Puasa. Di hari baik, bulan baik nih Mama menyusun 10 jari mohon ampunkan salah silap, makan minum kot ader, terkasar bahsa walaupun secara maya jek. Di harapkan ramadhan kali ini lebih bermakna bagi kita semua dan dapat mengubah kita menjadi orang yang lebih berilmu dan beriman dari sebelum ini. Amin!!!!

Yeaaaayyyyy .... tahun nih sambut raya kat Johor .... ^_^

p/s Petang semalam masa Mama tengah shopping kat satu kedai nih, aderlah sorang hamba Allah mengeluarkan kata² agak kurang enak yang dihamburkan kepada Mama. Perkara disebabkan kesilapan Mama dan Mama dah mintak maaf pun. Sambil dia berlalu sambil dia mengutuk Mama. Subhanallah ... moga Allah ampunkan dosa lelaki yang bergelar 'Bapa' dan 'Suami' itu. Dan semoga perkataan itu tidak terkena kepada anak² beliau yang sesama ada dengan beliau. Hari baik, bulan baik nih, Mama ampunkan dosa si lelaki itu. ^_^