Followers

Showing posts with label Halal. Show all posts
Showing posts with label Halal. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Duit raya anak2


Macam biasalah, anak2 yang dapat, tapi mak apaknya yang tetiap hari dok ngira duit dorang. Sebaiklah hero2 Mama dah dididik, kalo org bg duit, terus bg kat Mama or Abah. Bukan apa, kot dorg pegang kang takut hilang or tercicir jek kan. Tak ker rugi tuh? ehehehe

Dan biasanya, duit raya mereka nih kami akan simpan dalam akaun Tabung Haji dorang. Tapi Aimy, belum ada akaun lagik. So lepas balik Seremban nanti baru boleh bukak tuk Aimy. Ehmmm paling seronok dok ngira duit Aimy sbb dianya paling banyak. Untung lahir bulan pose nih. Time raya dpt duit raya banyak ehehehehe cam banglong dulu dapat rm1k++. Untunglah, Mama masa usia korang nih tak merasalah dpt duit raya byk2 tau huhuhuhu

Wednesday, June 15, 2011

ICEROOM:: Halal ke?


Dah lama betul Mama mengidam nak makan eskrim kat sini. Lebih² kat Taipan Senawang pun dah ader dah. Baru jek dalam 2 minggu. So kekononnya lah semalam, lepas beli Susu hero² kat Manjaku, lalu jek Ice Room nih Mama terus ajak Abah singgah. Jengok punya jengok, macam Chinese jek semua pekerja dia. Tapi tak taulah sebab kitorang tengok tang dalam keta. Lebih musykil lagik, tetiba terkeluar plak soalan dari mulut Abah "Halal ke?". Teruslah kitorang tak jadik nak benti makan kat situh.

Petang nih, gigihlah Mama search kat internet carik maklumat pasal Ice Room nih. Menurut entri dari blog OnDScene nih, branch dekat Kota Damansara lah merupakan satu² nya owner dia Melayu iaitu Dato Razali Mohd Daud dan dijamin HALAL siap ader Surau lagik. Macammana pula dekat branch kat tempat lain macam PD, Nilai, Senawang dan lain² tuh yek? Bak kata opismate Mama, yang kat PD tuh memang ader tampal HALAL kat pintu masuk dia. Tapi biler Mama search dalam website dia kat sini ICERooM takde pulak cop HALAL. Wallahualam ..... 

Pada sesiapa yang pernah pergi sini, bleh kompemkan tak?