Followers

Tuesday, February 28, 2012

Video: Penderaan kanak2 di Taska ....

Kecoh petang nih biler Mama dapat share satu video kat FB pasal budak kat Taska kena dera. Sayu hati nih tengok anak² kecil nih diperlakukan sedemikian rupa. Apalah salah mereka nih kan. Serius Mama sangat² terkejut dan terus runsing. Mama jugak punya anak yang dihantar ke Taska. Harap² lah anak² Mama dijaga dan diberi kasih sayang sepenuhnya oleh pihak Taska. Setakat ini, Mama memang puas hati terhadap jagaan pihak Taska. Apatah lagik owner Taska menganggap anak² kecil tuh macam cucu dia sendiri. Moga berpanjanganlah kebajikan yang diberikan ..... Amin!!!

Jom tengok video yang Mama dapat nih..... copy paste from FB Ila Chandurie

Taska Permata Kota Masai sekitar December 2011
~Minta kerjasama saudara/saudari untuk sebarkan rakaman ini supaya :
1) Rakaman ini sampai ketangan ibu bapa,saudara atau sesiapa yang mengenali kanak2 di dalam rakaman ini
2)Rakaman ini dapat disahkan kebenaran atau kepalsuannya (utk mengelakkan sabotaj)
3) Keluarga kanak2 ini dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membela nasib2 kanak2 ini (jika didapati benar)
~Terima kasih kepada keperihatinan semua.Hanya ALLAH yang mampu membalasnya.
video
Update terkini, owner taska ini menyatakan dia telah disabotaj oleh bekas pekerjanya. Laporan polis pun sudah dibuat. Nak tau lebih lanjut korang bleh ke blog ini Pinkversations Harap² pihak berkenaan ambillah tindakan terhadap kes ini. Dah makin banyak kes² yang tak senang didengar berlaku kat Taska diseluruh Malaysia nih. Takutlah biler dengar macam² kes jadi ....

Makeroni Sup

Kembali beraksi ... eheheheheh
Setelah 4 bulan lamanya, Mama gantung kuali, akhirnya, malam tadi gigih masak makeroni sup nih. Sebabnya tetiba teringin. Dedulu masa kecik², selalu gaklah mak Mama masak. Tuh yang tetiba semalam teringin pulak. Masaklah sendiri ..... Gigih tau, walaupun time menumis sup tuh, seblah tangan dok menumis, seblah lagik dok menutup hidung. Tak tahan bau tumisan tuh. Rasa cam nak terkeluar isi perut. Tapi tetap gagah jua teruskan memasak.

Alhamdulillah, habis licin lauk semalam walaupun simple jek. Tengok gambo pun tak menarik jek kan. Tak kisahlah, janji anak² suka makan. Mama ngan Abah dorang dapat jamah sikit pun jadiklah .... Agaknya sebab dorang dah lama tak makan masakan Mama kot. Hahahahaha perasan lah haku sensorang ^_^
Misi selepas ini, nak kena cuba jugak memasak. Tak larat dah hari² makan kat luar. Huhuhuhuhuhuh

Monday, February 20, 2012

Sketsa Abang Adik ....

Kejadian berlaku di dalam kereta, otw balik ke rumah kami dari rumah MIL. Jam dah pukul 10.30pm. Abang dah mengantuk, mulalah semuanya tak kena. Merengek tak tentu pasal. Tetiba ....

Abang: Taknak kawan Adik (sambil merengek).
Adik: Pe taknak kawan Adik pulak (mata tak lepas pandang kat Abang)
Abang: Taknak kawan Adik!! (nada suara makin tinggi)
Adik: Pe taknak kawan Adik pulak (still pandang kat Abang tggu jawapan)
Abang: Taknak kawan Adikk!!! (dah start menengking smbl nak nangis)
Adik: Taknak kawan Adik, cudahhh .. (sambil pandang depan, malas layan Abang)

Hahahahahah cool jek si Adiknya jawab. Si Adik sejak² dah petah bercakap nih, memang seronok dengar dia bercakap. Cam budak dah besar jek, padahal baru 1 thn 10 bln. Seronok Mama dapat borak² cerita² dengan dia. Paling tak tahan, kalo time dia nak tido, mesti bercerabih jek mulut dia. Mama biar jek, tau² senyap jek rerupanya dia dah tido. Hikhikhikhikhik sangat comel .... geram jeklah ngan si kenit yang keletah nih.

Thursday, February 9, 2012

Masih bangun malam untuk menyusu ...

Memanglah kalo ader anak kecil, dorang akan bangun malam mintak susu. Masalah Mama nih, anak bujang yang nak masuk 4 tahun tuh pun sama. Aduh ..... macammana cara agaknya nak buat supaya dia tak terjaga malam dan mintak susu? Pening dah kepala Mama ngan Abah pikirkan. Memanglah si Abang nih kuat minum susu. Tak kira masa. Ada juga yang berkata suruh stopkan minum susu tapi Mama tak endahkan sebab pada Mama bagus budak² minum susu. Macam Mama sendiri, sampai ke tua nih pun masih lagi gemar minum susu. Tak salah rasanya nak bagi anak minum susu sampai bebila pun. Tapi kalo dah tetengah malam bangun mencari susu jugak, memang sesuatu harus difikirkan. Ehmmmm ... tapi Mama memang buntu dan tak tau macammana caranya .....

Siaran tertunda - Banjir di Seremban, 2/2/2012

Lama sungguh tak mengupdate blog. Maklumlah, bukan saja sibuk dengan tugasan harian, tapi Mama lebih kepada sibuk dengan penyakit 'M'. Sejak berbadan 2 nih, Mama lebih suka bersantai saje. Tidak berapa gemar nak buat kerja². Harapnya beby nih nanti janganlah terkenan perangai Mama nih yer.

Khamis minggu lepas, tatkala Mama tengah bermalas²an di opis, tetiba opismate menjerit bagitau depan opis kami banjir. Memang perasan sangatlah hujan turun mencurah² hampir sejam lamanya. Tapi memang tak sangka sampai boleh banjir. Telahan kami, nih semua sebab construction depan opis kami punya hal. Hahahaha tak tau pulak rerupanya satu Seremban dah bah!! Lepas dengar jeritan batin opismate Mama tuh, kami pun bergegas turun nak tinjau keadaan. Lebih mengharukan, ramai dikalangan kami yang parking kereta kat depan opis. Nasib baik jugaklah pagi tuh Mama tak dapat paking depan² opis nih dek kerana parking dah penuh. Redha kan jeklah parking kat seblah opis nih. Alaaaaah bukan jauh pun seblah jek. Tapi tak gemar sebab lorong seblah opis nih agak sempit. Apatah lagik, lori Thye Hin cukup gemar berhenti kat tepi lorong semata nak punggah barang mereka. Takpelah .... merungut² pun rerupanya ader hikmahnya. Sebabnya lorong yang sempit nih jugaklah menyelamatkan Hundah Mama dari tenggelam dek air bah. Alhamdulillah .... ada hikmah disebalik sesuatu kejadian itu .... ^_^




Myvi dan Gen2 kepunyaan opismate Mama. Sebaik itu Myvi tinggi, kot tak mesti dah masuk air dlm kereta. Sebabnya parking Myvi tuh rendah sangat sampai air naik paras hampir² lutut.





Banjir² pun mereka tetap 'cool' meredah ehehehehehe



Air makin surut ....



Baik² bang ... kang terbelit dek ular sawa kang ...
Sipi² nak sampai lantai kakilima opis ... fuhhhhh 

Mujur banjirnya tak lama mana. Dalam 20minit kemudian, air surut dengan cepat. Tepat pukul 6pm kami dah bleh balik ke rumah dengan aman. Jangan tak percaya, banjir besar nih membuatkan kebanyakkan sang ular keluar dek kerana dibawa arus. Salah seorang opismate Mama sempat amik gambar tatkala sang ular tersadai kat kedai perabot ROZEL blakang opis Mama nih. Aduhhhh ... ngeri tengok. Ular sawa batik yang besar dan panjang. Khabarnya, sampai bomba datanglah untuk tangkap sang ular itu. Seram .... nasib baik dia tak menumpang kat enjin Hundah Mama. Hahahahahahah 

Harap² dengan terjadinya banjir besar nih yang Mama rasakan pertama kali sepanjang hampir 5 tahun Mama menetap di sini, akan diambil iktibar. Esoknya, kebanyakkan jalanraya habis rosak teruk. Jadiknya, orang² berkenaan, silalah ambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya.