Followers

Monday, March 7, 2016

Biler Abah buat spotcheck beg sekolah anak ...


 Alkisahnya, pagi² lagi lepas jek akak wassap en suami yang akak dah selamat sampai opis, dia pun reply dengan gambar susunan model kereta kecik kat atas desbod keta. Tu dia .. kemain bersusun kereta rampasan dari dalam beg si budak Arif Najwan .... kamu nih pegi sekolah nak belajar ke nak main? Anak oh anak ... sabo jeklah Mama ngan Abah nih tau .. tah ikut perangai saper gaknya suka bawak menan gie sekolah. Sebenarnya, agak lama jugak dia tak buat perangai nih. La nih dah datang balik pulak penyakit dia nih ... ehmmmm ....

Wednesday, October 8, 2014

Tips bergaya dengan tudung murah

Entry ahkak(eh macam best pulak guna gelaran nih) kali nih sangat sesuai dengan oulls kat luar sana yang mempunyai citarasa sama cam ahkak. Lebih selesa membeli dan memakai tudung yang berharga murah berbanding tudung yang makkkk ooiiii mahal ko reganya. Selain ahkak yang tak berapa nak mampu membeli tudung memahal nih, tang design ngan kaler² dia pun jadik satu masalah bagi ahkak. Almaklumlah, ahkak korang nih tak suka menonjol dikhalayak ramai.... kann kannn kannn.

Memanglah semua orang nak nampak cantik menarik tertarik kau memang DaBoom setiap hari nak² kalo korang seorang wanita berkerjaya tak pun korang memang kaki giler fesyen yang terkini. Kadang² tuhkan ader sesetengah individu sanggup berhabis ratusan ringgit beli sehelai tudung semata nak nampak menarik. Tapi kalau dorang mampu, apa salahnya. Bagi yang kurang berkemampuan cam ahkak nih, cukuplah main sarung jek tudungmurah yang rata² kebanyakkan reganya tak melebihi RM50. Murah pun murah, cantik pun cantik. Macam² design yang boleh kita gayakan. 

Antaranya:-

#Satin Shawl
Satin shawl ni merupakan jenis tudung yang sesuai untuk kita menggayakan ke majlis-majlis istimewa macam kita nak pergi resepsi perkahwinan seseorang atau sambutan perayaan, yelah barulah nampak  lebih glamor sket kan .... 










#Ombre Shawl
Selain satin shawl, ombre shawl juga menjadi pilihan masakini. Ombre shawl nih sesuai digayakan untuk oulls diluar sana yang ingin kelihatan ala² #hipster, sebabnya gaya sebegini memberikan penampilan yang lebih berani. 









#Tudung Syria
Pemilihan tudung syria nih sangat tepat untuk insan² yang sukakan gaya penampilan ringkas ditambah lagik dengan kehidupan seharian yang sibuk. Ahkak memang suka sangat gaya tudung nih. Almaklumlah, anak dah berderet nih dek non, semuanya nak kena cepat jek. Ahkak yakin, mommies kat luar sana pun ramai yang akan pilih gaya tudung nih ye tak?







#Tudung Bawal
 Tudung gaya ini mengembalikan nostalgia suatu ketika dahulu yang mana ianya pernah menjadi kesukaan ramai. Namun tudung ini masih lagik menjadi pilihan utama para hijabista masakini.









Okay, nih semua antara tudung² murah yang berpenampilan ringkas lagik menarik. Siapa kata tudung yang murah tak cantik? Cantik apa ..... Jadinya, apa pulak jenis tudung pilihan korang? Tak tau yang mana satu? Jom berbelanja dengan bijak di ZALORA Malaysia untuk koleksi tudung online yang murah dan berkualiti. ZALORA bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma terus kerumah anda malah menerima pemulangan semula secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian.

Apalagik oulls ... jangan lepaskan peluang ini. Cepat terjah website ZALORA dan bagi yang pakai smartphone, bleh install apps ZALORA yer. Ahkak sudah 'ter'install, sudah juga 'ter'view produk dan tak lama lagik kompem ahkak akan 'ter'beli pulak jawabnya .... hikhikhikhik ....