Followers

Thursday, September 26, 2013

Biler henpon rosak, ohhhh meroyan mak dibuatnya

Oooh La La .... henpon samsengku nazak pulak dah. 3 hari tanpa henpon memang betul² meroyan dibuatnya. Mana kan tidak, nak wassap manja² ngan laki pun tak buleh. Nak call merengek² kat laki, lagikkkk lah tak buleh. Lagik meroyan biler dapat tau, suspek mengidap penyakit 'papanmak' nya kong. Haduihhhhh pakai tak sampai setahun ko dah buleh kong plak ek? Kingkong betullah ... huhhhh

La nih Mama hanya bleh mesej² manja kat FB jek lah yer. Beralih arah jugaklah kat tab yang godang tuh ha tapi kot dah namanya pakai simkad beruk si ben, call pun tetap tak buleh. No fon kengkawan sumer dah takde. Bukan kengkawan jek, family sendiri pun takde dah nomornya. Ishhhh payah jugak biler pakai henpon yg simkadnya jadik kecik. Nak sumbat lam henpon lain pun tak dapek .... alahaiiiii #aptb


p/s Mintak maap yer, Mama takdelah sampai nak meroyan cam bini matyo tuh ha ... choooiiiiii!!!

Thursday, September 19, 2013

Perlawanan Bola Sepak Tadika Kemas, Peringkat Dun Paroi

Semalam pagi berlangsungnya perlawanan bola sepak bagi tadika Kemas, peringkat dun Paroi. Abg long dapat wakil sekolah dia untuk posisi goalkeeper. Wahhhh Mama yang paling bersemangat nak tengok anak bujang lawan bola. Abah apatah lagik, sebab kata coach bidan terjun kan .... Tapi terlambat sampai sebab dok berpusing² cari tempat perlawanan tak jumpa. Hampes betul ... guna GPS pun takde listed tau .. hahahahha

Biler sampai jek, rasa nak marah sebab cikgu sekolah dia dok memandai² mix² kan team yang Abah dah setup. Akibatnya, team sekolah dorang, kalah bagi setiap perlawanan. Yang paling Mama takleh nak terima, biler tengok cikgu dia bleh plak dok rileks kat luar gelanggang futsal sambil borak² dan makan² sedangkan anak murid tengah bersungguh² lawan kat tengah gelanggang. Mama tengok cikgu sekolah lain kemain terjerit² bagi sokongan untuk team sekolah mereka. Tapi cikgu sekolah abglong nih? Ehmmmmm takde semangat kesukanan langsung!!

Habis jek perlawanan, cikgu dia dah pakat kemas² sibuk nak balik. Sempat lagik pegi ke gelanggang netball (tak pasti kat mana tapi area situh lah) dan tgglkan anak murid kat cikgu yang lain. Rerupanya, perlawanan tak abis lagik sbbnya referee nak pilih lagik pemain untuk masuk ke peringkat Parlimen pulak hari Rabu depan. Jadiknya, sekolah abglong kena lawan lagik, tapi dia pilih team A aja. Biler cikgu dah takde, Abah pun take over keje balik, setup semula team yang dia dah setup awal² dan barulah nampak yang dorang bersemangat nak main. 2 kali perlawanan yang terakhir, sekali dorang menang, sekali lagik kalah.  Yang paling seronok, abglong terpilih untuk ke peringkat Parlimen. Satu²nya goalkeeper yang dapat save kan goal penalty. Huhhhh bangga dan terharu mak ko nih tau abglong.

Tapi, abglong nih punya pendirian yang tetap. Kalau dia kata taknak, memang taknaklah tuh. Jadiknya, training untuk perlawanan hari Rabu depan, dah bermula hari nih, dengan hati yang tetap abglong taknak main bola sebab dia kata takde kawan. Dalam team dia tuh yang terpilih 4 orang. 3 orang dari sekolah lain, dan dari sekolah dia cuma dia sorang jek. Memang dia taknaklah sampai bebiler pun. Pujuklah cemana pun, paksa pun tak guna. Dah dia taknak, nak buat cemana lagik kan? Heheheheh takpelah mungkin belum masanya lagik abglong aktif bersukan walaupun Mama memang nak sangat anak² kami ikut jejak langkah Mama n Abah yang memang aktif sukan masa sekolah dulu. Takpe .... banyak masa lagik bleh gilap bakat kesukanan mereka ini .... okehhh nih memang sungguh ayat penyedap hati. Maknya sangat frust anak taknak pegi training pagi nih ... huwaaaaaa peluang hanya datang sekali aje nak oiiii ....

Video anak² kecik nih main bola ader Mama amik. Tapi biler nak upload, ader error plak. Nanti² lah jawabnya Mama upload. Tapi siyes comel jek tau tengok dorang main. Punya bersemangat kejar bola yang sebijik tuh. Takde istilah offside yer. Sumer main balun jek. Ada yang terel tuh gaya memang dah setanding pemain kebangsaan lah eheheheh. Comelllllll ^_^

Monday, September 16, 2013

Selamat hari lahir Adli Zakwan

Hari nih hari Malaysia yg ke 50. Dan hari nih juga merupakan hari lahir anak bujang mama, abglong yg ke 5. Kenangan melahirkan anak bujang yg sulung nih masih tersemat indah dalam memori Mama. 3hari 2malam berkampung di hospital, rerupanya abglong pilih tarikh nih. Macam tetau jek lepas nih PM nak isytihar cuti umum 16/9 nih kan abglong ehehehe

Apapun Mama berdoa agar abglong menjadi anak yg soleh, taat pada perintah dan agama Allah, dgr cakap mama dan abah, menjadi anak yang cerdik, sihat tubuh badan kamu dan moga kamu dilindungi dari segala penyakit serta malapetaka didunia ini. Moga kamu juga dimurahkan rezeki serta dilimpahi rahmat dari Allah S.A.W. Mama sayang kamu ketat2... jgn nakal2 yer abglong...

Friday, September 13, 2013

Bapa borek anak rintik....

Mereka yang bersemangat untuk training pagi ini
Entri pasal bapa borek anak rintik, ntah version keberapa tah nih eheheheh

Dua-dua aktif main bola, dan dua-dua dapat wakil tempat masing-masing. Sorang wakil JKRN9 dan sorang lagik wakil Tadika Kemas Tmn Satria 2. Mereka berdua juga berkongsi posisi yang sama.... Goalkeeper! Yeeehaaaa..... Dan yg paling bestnya, si ayah jadik coach untuk pasukan sekolah anak. Ahahahaha elok sangatlah tuh. Senang Abah nak turunkan skill kat abg long.

Apapun gud luck utk abg long yang akan menyertai perlawanan bolasepak peringkat Tadika Kemas N9 minggu depan. Haiilaaaa.... naperlah dorg buat time hari bekerja. Kot tak, bleh mamanya nih jadik pompom gurl.... kan ke Mama yg selalu terlebih excited biler anak dapat masuk wakil sekolah ngggeeeeee ^_^


Wednesday, September 11, 2013

Wordless Wednesday #32: Pak lebai bawak awek merempit? Biar betul??!!

Apa dah jadik nih pak lebai?? Huehuehuehue

Tuesday, September 10, 2013

Lagi 6 tahun .....

Hari ini, 10 September 2013, maknanya enam tahun lagi bakal menginjak ke usia 40. Tetttt ... dah tua jugak rupanya. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi (ehhh macam nak bagi ucapan dapat award jek plak) saat ini Allah masih beri Mama kesempatan untuk bernafas, merasa bahagia bersama keluarga dan teman seperjuangan.

Selak² entri yang lama, sekali terjumpa plak entri besday Mama 2 tahun lepas. Baru perasan, ohhh dalam entri tuh Mama berdoa dan berharap agar dikurniakan anak perempuan.
          
                            "Alhamdulillah .... Allah masih lagi beri Mama peluang untuk meneruskan kehidupan selama ini. Semoga Allah panjangkan usia Mama, dimurahkan rezeki (harap² pasnih leh dapat bb gurl plak) hidup kekal bahagia ke akhir hayat bersama suami dan anak² tercinta. AMIN!!!!"

Alhamdulillah doa Mama dah makbul jua. Terima kasih pada ahli keluarga, sedara mara dan rakan² yang sudi wish besday kat Mama. Harapan Mama semoga Mama diberikan kesihatan tubuh badan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan lagi usia dan kekal bahagia bersama keluarga tercinta. Amin Inshaa ALLAH