Followers

Thursday, July 28, 2011

Gara² sang ayam melintas, mulut Abang bengkak.

~Picca taken from mr. google~
Pagi tadi, OTW hantar hero² ke TASKA, baru beberapa minit keluar rumah, sampai kat satu jalan yg menuruni bukit bleh plak dengan tiba²nya seekor Ayam melintas laju depan kereta Mama. Tindakan reflekskan. Kalo terkejut jek mestilah kita tekan brek. Hero² pulak, Abang dok kat seat seblah driver. Adik plak port dia memang kat atas arm rest box. Kebetulan pulak si abang tengah nak tunjuk something kat Mama, jadiknya dia mengengsotlah sket kedepan seat tuh. Masa Mama brek tuh, pelagik kompem² lah hero² tersungkur ke depan. Mama sempat pegang Adik jek sebab Abang agak jauh sket dr Mama tangan I kan kontot jek. Apalagik, terhantuk kuatlah muka Abang kat dashboard kereta tuh. Menjerit kesakitanlah anak bujang Mama tuh. Kesian Mama tengok dia. Bibir bawah terkoyak sket sebab kena gigi atas dia. Pehtu mulut atas belah kiri bengkak. Paling tak tahan bila dia nangis sambil cakap sakit. Alahaiiii sedih Mama tengok dia. Elok lepas tuh, dia duduk diam jek tak gerak² sampailah kat TASKA. Bercakap pun tidak. Kot tak selalu tuh dialah mulut paling becok. Mesti dia terkejut gaknya kan. Rasa bersalahnya Mama pagi nih lah. MAsuk kelas pagi nih rasa tak tenang.

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #4 - Model cilik berbaju tido

Tuesday, July 26, 2011

Hantu durian .....

Petang Ahad kelmarin, Ayah mertua Mama datang umah hantar durian yang dah siap dikopek setupperware penuh untuk kami sefamili menjamu selera. Walhal Mama ngan Abah dah melantak 2 biji dah sebelum Ayah datang tuh. Memang kenduri durian. Tapi disebabkan kami dah kenyang, so simpan jek dulu durian sebekas tuh. Malam tadi barulah kami kendurikan durian tersebut. Kami satu famili kecuali Abang, memang penggemar durian. Abang nih pelik betullah. Dia sorang jek tak suka makan durian. Bleh plak dia kata bau durian nih busuk. Tapi si Adik, memang hantu durian. Siap mengadap tak berganjak langsung. Padahal, masa Abah bukak bekas tuh dia tak nampak pun. Tapi biler dia terbau jek, terus berlari menuju ke dapur. Lawak betul Adik nih. Hahahahahahahah ....

Elok lepas makan, Adik mintak susu pulak. Mama buatkan susu, baringkan dia atas tilam depan tv. Tak sampai seminit tengok² dah beralih tempat pulak.
Bleh plak dia angkut bantal dia terus baring kat tetengah dining hall. Tak lama pastuh berpusing² carik port sejuk gamaknya. Sebab dia lebih senang baring atas lantai jek. Agak Mama, Adik kepanasan kot lepas makan durian barang 3-4 ulas. Nasib baiklah tido malam dia tak meragam sakit perut or kepanasan. Elok jek plak dia tido cuma sekali-sekala merengek. Haaa ... tuh memang rutin harian dia tido camtuh. Adik .... Adik ....

Monday, July 25, 2011

Ragam hidup berjiran

Sebelum nih Mama ader buat entri pasal tak puashati ngan Mr. Cat belaan jiran Mama. Nak baca detail leh pegi sini.

Jadiknya kali nih, ader beberapa lagik perkara yang memang buatkan Mama panas hati jek. Kisah Mr. Cat nih ingatkan dah settle dah. Rerupanya datang balik. Memandangkan jiran Mama nih dah bela kucing yang baru gamaknya. So macam biasalah, aroma yang tak sihat lagiklah terpaksa kami sedut tetiap hari. Dan semalam, kitorang keluar rumah nak pergi pasar, masa Abah reverse Myra, elok jek bertepek 'sisa buangan' Mr. Cat kat tayar belakang. Wahhhhh ... terus panas hati Mama. Abah sampai banyak kali cakap ikut hati nak semelih jek itu Mr. Cat. Tapi ... dia bukan paham pun kan. Aduihhh laaaaa ...

Tuh baru kes pertama. Kes kedua pulak, jiran belah kiri Mama nih, anak² buah seramai 3 orang dok menumpang umah dorang. 2 dari mereka ader kereta. Nih pun satu hal. Suka paking depan umah kitorang yang seberang jalan tau jadiknya amat payahlah kami nih nak keluar masuk kereta. Dahlah jalan tuh kecik. Last week, Adik perempuan Mama datang bertandang umah Mama pun Abah sedaya upaya muatkan 3 bijik keta masuk paking dalam laman kami tau. Kalo nak ikutkan, 2 keta kami lagik besar saiznya dari 2 keta mereka. Boleh jek kami sumbat sekali 3 dalam laman tuh. Halaman mereka dah siap ber'tiles' cantik. Tapi keta pakat paking luar semuanya apahal??

Hakikatnya Mama suka duduk kat kejiranan sini. Orangnya ramah mesra. Cuma ader sesetengah yang tak berkenanlah. Maybe dorang pun sama jugak, ada jek yang dorang tak berkenan ngan Mama kot, tapi Mama yang tak tau. Biasalah tuh kan adat hidup berjiran ^_^. Kotlah satu masa nanti Mama ader rezeki dok rumah sendiri, mesti Mama akan rindukan suasana kejiranan sekarang nih. Serius... tak tipu.

Tambah 1 lagik BE dari kekasih gelapku, Nuffnang


Alhamdulillah, bertambah 1 lagik BE tuk blog Mama. Walaupun satu BE dah METERED, walaupun entri Mama takdelah banyak mana. Tukang komen pun takdelah seramai mana. Dan yang paling sadis, minggu lepas follower dah cecah 359, alih² pagi nih Mama tengok, dah kurang 1 pulak. Maybe ada yang terasa hati ngan entri² yang Mama tuliskan kot. Mintak maaflah yer kot ader yang terasa hati dan membuatkan korang terus taknak folo blog Mama. Apapun yang still folo dan rajin bagi komen, tak luper jugak yang rajin singgah ala² silent reader tuh, TERIMA KASIH bebanyak.Cayang korang ^_^

Dan off courselah sayang peluk cium untuk kekasih gelap Mama, Mr. Nuffnang. Pasnih bagilah BE banyak² lagik kat Mama yekk. Muahhhhhhhhhsss ^_^

Friday, July 22, 2011

Perkhidmatan untuk kakitangan kerajaan lebih istimewa? Betul ke?

*Picca taken from google*
Tetiba lak rasa nak wat entry panas di hari Jumaat yang indah ini. Jangan Mama kena apa² tindakan lepas nih sudah .... ^_^

Kesnya, tadik bw rumah Mamalieyna dan terbaca entri dilema Mamalieyna nak pilih hospital untuk bersalin. Seronoknya bila tengok kengkawan pregnant, rasa cam nak pregnant lagik jek. Tuh yang tetiba jek rasa nak nak storykan pengalaman Mama masa bersalinkan kedua² hero Mama di hospital yang sama iaitu di Hospital Tunku Jaafar, Seremban, tapi berbeza dari segi layanan juga perkhidmatannya.

Kenapa berbeza? Masa Mama bersalinkan Abang tahun 2008, time tuh Abah kerja kat kolej swasta kat area Nilai. Layanan time tuh, memang rasa sedih sangat. Masuk labour room yang hanya berbekalkan kipas berdiri jek. Ditambah lagik, dipisahkan dengan langsir jek diantara katil orang sebelah. So setiap kali orang seblah Mama bersalin, Mama leh dengar, intai² jugaklah. Lepas tuh kena marah ngan nurse dan dokter semata² sebab Mama tak pandai meneran. Yelah ... nih pengalaman pertama Mama, memanglah tak pandai. Dan agak kasar jugaklah dorang 'mengerjakan' Mama time tuh. Muka dorang pun macam tak reti nak senyum. Masam mencuka. Maybe time tuh bulan pose kotlah dorang letih. Yang bukan Islam pun tak senyum jugak apa kes plak yek? Pulak tuh, Mama lah yang satu² nya 12 jam dok dalam labour room tapi tak jugak beranak². Lagik dorang menyampah gaknya tengok muka Mama. Tuh belum lagik kes, dokter pelatih salah ukur bukaan pintu rahim. Eeeiii ... memang meninggalkan 1001 macam kisah waktu tuh. Sampaikan Mama bagitau kat Abah, anak first nih jeklah kita bersalin kat hospital gomen. Anak² seterusnya tolonglah bawak ke private hospital.

Tapi lain pulak kesnya masa bersalinkan Adik pada tahun 2010. Walaupun rasa macam dah serik nak bersalin kat hospital yang sama, tapi Abah ader persepsi yang berbeza pulak. Sebabnya, elok jek lepas Mama abis pantang Abang dulu, Abah dapat keje gomen. So Abah katalah, maybe kali nih layanan dorang tak seteruk dulu sebab Abah dah keje gomen. Yaaaa .... memang betul sangkaan Abah. Layanan yang Mama dapat memang tiptop. Sampaikan waktu tuh, wad 1st class dan 2nd class dah penuh pun dorang bagitau dorang akan cuba sedaya upaya untuk tukarkan Mama ke 1st class. Bukan tuh jek, masa Mama berhempas pulas nak mengeluarkan Adik, ader pulak sorang nurse siap amik tuala basah, tolong lapkan muka Mama yang dah penuh ngan peluh. Dokter dan nurse yang sambut pun sangat² lah bersopan kata²nya. Tak putus² bagi kata semangat kat Mama. Dan yang paling Mama suka sekali, labour room tuh dah ader air cond!! Serius memang sangat terharu betul waktu tuh. Mungkinlah, dalam tempoh tak sampai 2 tahun dorang dah buat banyak perubahan kot. Agaknyalah .... Tapi sebenarnya, Mama tak rasa pun macam tuh. Mama rasa atas sebab Abah pegawai kerajaan. Sebab tuh Mama diberi layanan yang baik macam tuh.

Mungkin tak semua hospital kerajaan beri layanan yang Mama dapat. Mungkin ader sesetengah hospital berikan layanan yang sama rata atau lebih baik tanpa mengira pangkat atau darjat. Entahlah .... kalo dengar cerita dari kengkawan yang pengalaman sama cam Mama nih, rasanya cerita dorang pun lebih kurang sama jek. Apapun Mama bersyukur, hero² Mama lahir dalam keadaan yang selamat dan sihat pun dah cukup dah. Cuma rasa tak adil kalo mereka² nih terlalu memilih bulu untuk berikan perkhidmatan pada orang awam. Tak mo .. tak mo ....

Thursday, July 21, 2011

Poco² - adegan yang tidak ditayangkan dalam JUVANA

Serius lawak scene nih. Bleh plak dorang bergurau time tengah shoot joget poco². Jom tengok ... ^_^


Apapun kesudahan JUVANA memang best .... Tak puas pulak rasanya tengok JUVANA nih. Sekejap sangat episodnya tuh ....

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #3

Location: dalam keta (duduk atas arm rest box)
Punyalah ngantuk sampai terlentuk kat bahu Abah

Tuesday, July 19, 2011

Adik diserang penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Dugaan betulkan? Lepas kena iron panas, si kecik chumil nih kena penyakit nih plak. Memula kitorang ingatkan adik kena 'Chicken Pox'. Tapi biler tengok bintik² berair tuh muncul kat tempat² tertentu jek, teruslah Mama jadik cam curious. Then malam Sabtu tuh, kami berempat takleh tido lena disebabkan Adik menangis setiap stgh jam. Gara² mulut dia sakit, nak minum susu pun tak leh. Cian anak Mama nih, kat dalam mulut, lidah gusi n lelangit pun ader bintik² air tuh. Pagi Ahad bawak adik pergi klinik, dokter check punya check rerupanya dia kena Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau HFMD. Berderau darah Mama biler dokter cakap camtuh. Risau betul. So dokter kata kena pantaulah keadaan dia. Kalau boleh jangan hantar TASKA sebab senang berjangkit. Risau jugaklah nih kot berjangkit kat Abang pulak. Ubat pun dokter cuma bagi Antibiotik, Ubat gatal ngan Calamine Lotion. Sebab dokter kata penyakit nih takde ubat yang khusus.
Actually, lepas keluar dari bilik dokter, Mama blur tak tau apa² info pasal penyakit nih. Memang pernah dengar tapi tak pernah nak amik tau! So Mama try search kat internet, last² jumpa satu artikel dalam blog Dr. Azwan nih. Kuranglah sikit rasa risau kat hati Mama nih.

Skang nih, Adik memang dah ok. Selera makan dan minum pun macam biasa. Aktif macam biasa jugak. Mamapun baru dapat tau anak buah member Mama sampai kena admit hospital. Tapi Alhamdulillah, semalam dah discharge dah. Memang tengah musim kot penyakit nih kan. Haraplah Adik cepat sembuh yer. Mekasihlah kat MIL sebab sudi nak jaga Adik. Kot tak memang Mama kena cuti seminggu lah jawabnya. Doakan anak Mama cepat sembuh yer kengkawan semua. Amin!!!!

Friday, July 15, 2011

Penangan Maher Zain

Maher Zain punya pasal, tetiap pagi, time nak hantar hero² ke Taska mesti Abang akan request lagu Insya-Allah. Kalo tak bukak cd Maher Zain mau mengamuklah bujang yang sorang tuh. Cukup suka betul dia dengar lagu² Maher Zain nih. Bukan takat dengar jek, Alhamdulillah sikit demi sikit dia bleh ikut bait² liriknya terutama bait² zikir.

Paling tak bleh tahan kalo dia tengok adik buat sumthing yang dia terkejut, cecepatlah dia beristifar. Hahahah lawak pun ye tapi itulah hakikatnya si Abang. Alhamdulillah, Mama bertuah dapat Abang yang otaknya cepat tangkap apa yang diajar, didengar dan dilihat.

Pada hari Jumaat yang indah ini, jomlah kita layan video klip Maher Zain - Insya-Allah. Biler dengar bait² lagu dia nih memang sejuk jek hati.

Thursday, July 14, 2011

Menu apa yer malam ini??

*Picca taken from Mr.Google*
Malam nih kami tinggal bertiga. Mama, Abang dan Adik. Abah ader Audit kat Sg. Besi sampai malam. So jawabnya dekat kul 11mlm jugaklah baru Abah sampai umah.

Apa nak makan ek malam nih? Dah tinggal ber3 dengan hero² tuh, kem salamlah Mama bleh masak memasak. Kang kot tak dorang pun sama sebuk menolong kat dapur, ader plak rumah cam tongkang pecah nanti pun yer. Kata hero kan ... Huhuhhuh.

So nih 2nd time Mama tinggal ber3 dalam jangka masa yang singkat. Sebelum nih, hari Sabtu Abah kena attend meeting kat opis. Tah pape lah gomen nih wat meeting pun hari Sabtu ker? Dahlah opis Abah kat KL. Huhhhh Tapi time tuh hero² sangat behave. Dengar kata jek mereka berdua nih. Heran gak Mama. Kot time Abah dia ader, mang aiiihhh umah 4 orang cam dok 10 orang.

Nih dah habis pikir dah nih. Last solution Mama beli jeklah McD nih kang. KFC yang sekangkang kera nih, tak lalu lah. Kembang tekak sejak keluar memacam video tak beretika pekerja mereka nih kan. Nak beli nasi bungkus, kat area bazar Mains nih lambatlah plak bukaknya. Bleh lah yer anak², malam nih kita makan McD jeklah. Tapi tuh pun haruslah Mama kena beli dulu, simpan lam bonet keta then baru amik korang kat school yer. Tak laratlah Mama nak berdedai² hangkut korang pegi beli sama. Kang sorang lari ke utara, sorang lari ke selatan ... sudahnya tak terbeli plak kang. Naper simpan lam bonet? Eheheheheh rules and regulations create by En. Abah. Tak leh makan dalam keta, nanti semut, lipas semua datang. Cam keta yang lain tuh lah. Siap semut bersarang lagik dalam dashboard hahahahahhaha .....

Hati ini mudah tersentuh ....

Pagi nih, opismate Mama bawak Majalah Mastika. Dia paksa swuh Mama baca artikel pasal Arwah Adik Iqbal. 2 hari lepas, dalam Harian Metro ada keluar cerita pasal Ibu arwah. Tuh pasallah opismate Mama bawak Mastika swuh kami semua baca kisah hayat arwah. Sedih sangat² sampaikan Mama boleh menangis kat opis nih. Nih kali kedua Mama nangis kat opis sebab baca kisah anak² kecil yang dah pergi buat selama²nya. Kali pertama masa Mama jadik pengikut setia kisah Arwah Adik Alanna. Sampai sekarang Mama still folo dan kekadang tuh jadik tak berani nak bw blog Mayonniz seorang ibu yang sangat² tabah. Kisah arwah adik Iqbal, kalo korang nak baca leh pegi ke blog NazimNasri nih. Nazim nih adaptasikan kisah arwah dari majalah ke blog beliau.

Mesti ader yang kata Mama nih cengenglah, emolah. Entahlah, sejak² bergelar ibu 2 anak nih, Mama memang jadik sangat² sensitif dan emo kalo baca or dengar cerita pasal anak² kecik yang tidak bernasib baik. Even cerita pasal buang bayi pun Mama leh rasa sebak. Tak taulah kan. Mungkin naluri keibuan tuh kuat gaknya kotkan.

Mama doakan arwah Adik Iqbal dan Adik Alanna di tempatkan di kalangan para salihin. AMIN!!

AL-FATIHAH .....

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #2

Kemalangan di pagi hari OTW ke ofis.
Location: Forest Height, Seremban.

Tuesday, July 12, 2011

Oreo Goreng??!!

*Picca taken from Mr. Photobucket*
Korang pernah terai? Tak kiralah makan or masak? Mama serius tak pernah. Semua nih Mama tengok kat lam tv rancangan America's Next Top Model. Ader sorang model tuh goreng oreo nih. Macam pelik jek kan. Serius. Model yang lain pun naik pelik sebab dorang pun tak pernah makan dan tak pernah terpikir nak goreng biskut. Mama dah lama nak try buat tapi macam tak dapat full recipe tuh yang macam terbantut jek nak buat. Yang nih Mama berani nak try sebab bukan melibatkan kek or kuih muih ek ^_^

Tetiba plak, nih tengah free gigihlah Mama carik kat youtube cara nak buat oreo goreng. Memang ader pun rupanya. Rata² mat saleh jek yang buat nih. Itupun opismate Mama yang jumpa. Apalagik, teruslah salin resepi. Cadangnya macam nak buat. Tapi tak tau biler. Hahahahahah ....

Sesambil tuh jugak gigih Mama menggooglekan diri kot² ader orang melayu yang dah pernah buat. Tetiba .... kat blog Cik Epal Cute dah pernah buat pun. So blehlah Mama ubah² sket. Haraplah menjadi. Mesti hero² Mama suka makan nih. So, pelagik? Korang tak teruja nak mencuba sama ker?

Public Phone dan anda

Pagi tadi OTW ke tempat kerja, Mama dengar kat HOTFM topik pasal Public Phone. So ramailah yang share pengalaman mereka since sekarang nih Public Phone seperti dah dilupakan terus. Sebab kebanyakkan penduduk kat Malaysia nih dah pakai handphone.

Mama pun nak share jugaklah pengalaman Mama menggunakan Public Phone nih, suatu masa dulu. Kalo tak silap Mama, public phone dedulu kaler oren. Gigihlah Mama carik picca phone lama tuh, tapi takde. Masa Mama form 1 sampai form 3 Mama dok sekolah Asrama. Dekat Batu Pahat jugaklah. Amik aliran Agama so kenalah dok hostel. Time form 1 baik jeklah perangai. Biler dah masuk form 2 mulalah tunjuk belang. Maklumlah sekolah pun semua perempuan. Belang apa yang Mama tunjuk ek? Paling takleh lupa, kitorang tebuk duit syiling 20sen, letak benang or tali. Kalo nak tipun guna public nih, masuk duit pehtu tali tuh pegang siap². Agak² duit tuh macam dah jatuh, cecepat tarik balik. So nanti otometik phone nih detect balik duit 20sen tadik. Hahahah nih cousin Mama yang ajor

Satu lagik, duit 1sen. Yang nih idea Mama sendiri. Time tuh memang dah sengkek duit syiling. Yang ader duit 1sen jek. Kemain banyak lagik. Tah cemana tetiba bleh Mama terpikir nak buat jahat, masukkan duit 1sen lam phone. Untung² dia detect jadik 10sen. Sekali tuh, memang betul tekaan Mama. Memang dia detect jadik 10sen. Apalagik, bukan kitorang gunakan tuk pakai phone jek. Habis sampai mesin beli air tuh pun kitorang pakai. Hahahahah last² kantoi. Sebab orang telekom ngan kantin sekolah bising² asik dapat duit 1sen jek. Mama and the gang wat bodo jeklah. Tak lama pun. Reda kes tuh, kitorang wat balik. Sampailah abis form 3. Masuk form 4 n form 5 Mama dah sekolah lagik jauh kat Kota Tinggi nun. Sekolah tuh plak, public phone dia dah agak canggih bleh pakai kad lagik. No more public phone kaler oren. Satu lagik, dah masuk sekolah Agama. So kelakuan tuh kenalah behave sket kan.

Biler dah habis sekolah, masuk kolej pulak. Kebanyakkan public phone pakai kad atau lebih dikenali sebagai Unifon Card. Masa nih siapa pakai kad nih memang kira anak² orang kayalah. Hahahahah mau tak. Satu kad rega RM10 paling murah. Mama paling banyaklah guna kad nih. Maklumlah, time tuh pakwe jauh dimata. Tetiap minggu dia main kirim kad fon nih jeklah swuh buat telefon dia. Ooopppssss nih citer lama nih. Sebelum kenal Abah lagik nih ... ngehngehngeh

Tak silap Mama, tahun 1999 barulah handphone popular dikalangan pelajar² kolej or Uni. Sama gaklah, time nih saper pakai handphone dia di cop anak orang kaya. Mahal tuh ... beribu rega handphone beso bagak stok buat baling anjing jek tuh. Mama memang tak mampulah. Pakat pakai telefon umah jek. Lagik senang. Bil pun takdelah mahal mana. Tapi kot dah duduk menyewa reramai. Kompem bil beratus beribu. Paling sakit ati, ader yang taknak ngaku dia pakai. Saper nak bayar bil bebanyak tuh? Sendiri pandai nak masuk telefon umah, sendirilah jugak kena bayar ....

Jadiknya sekarang nih, memang mama peratikan public phone nih dah takde peminat dah. Mat² bangla n indon pun dah pakai handphone. Lagik canggih dari Mama tuh. Mama perasan jugak, kat area Seremban nih dah tak banyak dah public phone nih. Mungkin satu masa nanti public phone nih dah boleh jadik tugu peringatan jeklah kan. Apapun memang kenangan lah menggunakan public phone nih. Bebudak zaman sekarang mana nak rasa pengalaman cam Mama nih? Ader ker gaknya? Huhuhuhuhuh

Monday, July 11, 2011

Jari Adik melecur terkena seterika panas!!

Cianlah anak Mama yang sorang nih. Jari jemari dia yang montel lagik chumil tuh melecur pulak. Kesnya, pagi semalam, lepas Mama iron baju (nak gi kenduri kawen kat kampung Abah-Rembau), Mama dah off suis, dah siap sorok iron bawah meja lagik. Dan² tuh jugak, Abang request susu kat Mama. Abahnya pulak lam bilik air tengah mandi. Elok jek Mama kat dapur tengah basuh botol susu, tetiba dengar adik menjerit kuat sambil dengar bunyik iron terjatuh. Berlarilah Mama ke depan, tengok adik dah pegang tangan belah kiri dia sambil nangis meraung². Aduhaiiiii ... hati mana yang tak tersentap biler tengok jari anak kena iron yang masih lagik panas. Adik nih memanglah sangat² lasak. Dia memang suka mengacau kalo time Mama tengah iron baju. Tiap kali tuh jugak Mama warning kat dia, cakap panas. Tapi dia wat tak reti jek. La nih dah kena ... haaaaa memang takleh nak kata apa lah .... Bulan lepas, Si Abang lutut berlubang dek kerana berebutkan remote ngan Si Adik, terus terjatuh atas mainan. Hamikkk ... tertobek lutut tuh. Seminggu berbalut. MIL kata kot bawak pegi klinik mau kena jahit. Tapi kitorg buat home treatment jek ^_^

Tanda bulat² merah tuh yang melecur menggelembung kena iron tuh. 3 jari sekaligus!! Cianlah jari chumil anak Mama nih. Lepas jek kena tuh, Abah terus letak minyak. Setengah jam ko, tak berhenti nangis si kecik nih. Dengan Mama² sekali nangis sebab kena marah ngan Abah, cakap yang Mama nih cuai. Sedih tau!! Huwaaaaaa sampai hari nih pun rasa bersalah sangat ngan Adik.

Masa Abang umur 8 bulan, pernah tercurah air panas kat kaki dia. Tapi disebabkan kejadian tuh berlaku kat umah MIL, dan MIL Mama ader krim apatah yang memang untuk melecur, so MIL cecepat letak kat kaki Abang, memang takde pape pun. Bekas pun takde. Memang bagus krim tuh. Tapi kes Adik nih jadik kat umah kitorang, letak minyak jeklah. Tuh pasalnya jadik gelembung camtuh. Oooppsss, lupa pulak. Si Abang masa umur 1 tahun pun pernah melecur jarinya, gara² main bunga api time raya dulu.

Alahaaaaiiiii anak² Mama. Korang memang suka gaknya kena melecur sana sini ek? Jatuh katil tuh takyah citerlah. Dah jadik rutin gaknya. Sampaikan skang nih, kami pakat tido kat bawah .... Peringatan tuk Mama n Abah. Lepas nih kena beli First Aid Kit letak kat umah. Dua beradik nih sangat lasak!!

Friday, July 8, 2011

Buffered Earnings daripada kekasih gelapku, Nuffnang

First of all, Mama sebenarnya tak berapa paham pasal BE nih. Selalu tengok kat blog kengkawan kalo dapat BE kemain suka lagik. Mama cuma tumpang gembira jeklah. Tapi semalam, Mama check earnings, ada plak seketul BE tumbuh. Mekasih lah bebanyak kat Nuffnang. Selama hampir 9 bulan Mama register dengan Nuffnang, baru lah semalam dapat seketul.

Pehtu, nihlah pertanyaan untuk kengkawan, ape sebenarnya BE nih? Dan apa fungsi dia nih ek? Sebab kalo tengok current earnings dia tuh bleh berubah² setiap hari kan? Aishhhh .... serius Mama tak tau lah .. huhuhuh

Thursday, July 7, 2011

Lagu Gajah nyanyian Abang ...

Petang semalam masa lepas amik hero², dalam keta macam biasalah, Mama tanya si Abang belajar apa kat skul hari nih. Abang tak jawab tapi dia terus menyanyi ... Kelakor betul dengar dia nyanyi lagu nih. Biler tanya lagu apa dia cakap lagu gajah. Hahahahah suka hati lah nak. Janji Abang happy dok kat Taska tuh kan. So malamnya, Mama swuh lagik Abang nyanyi. Memula dia taknak, tapi biler Mama cakap nak amik video, cepat² dia carik microphone mainan, terus nyanyi depan Mama. Haaaa ... nak dengar tak lagu gajah cemana yang si Abang nih nyanyi?



Puaslah Mama ngan Abah dok memahamkan lirik dia nih. Terpaksa swuh dia nyanyi banyak² kali. La nih, kitorang dah bleh hafal dah. Mama sampai kat kat opis nih terbawak² terngiang² lirik yang paling last skali tuh .. hahahhaah lawak betul lah!! ^_^

So nih dia lirik yang kami dah finalize kan

Lagu Gajah
Gajah berkaki empat ... gelek²
Hidungnya dia panjang ... gelek²
Gading bercabang dua
Tapi gajah tak makan orang
Kalau adik, mau tau
Apa makanan gajah ...
lalalalalalallalalalalalalaa
GAJAH MAKAN TEBU!!!!!

Tuesday, July 5, 2011

Takda bakat memasak ker?

*saje tepek gambo diri sendiri, asik tepek gambo anak² jek kan*

Entri nih takde kena mengena ngan orang lain. Nih entri nak mengata pasal Mama. Bakat memasak? Ehmmm ... so-so jeklah. Naper Mama kata camtuh? Sebab, Mama tak rasa lagik Mama nih perfect bab memasak. Takat masak nasik, spaghetti, goreng² lauk pauk tuh, Alhamdulillah yang tuh dah pass dah. Tapi tang nak membuat kek ker, kuih muih ker. Aduhaiiiii memang takde bakat. Bukan tak pernah try, banyak kali. Tapi tak pernahnya lah menjadi. Buat kek, kompem 'bantat'. Buat kuih mesti kalo tak terkeras, akan terlembiklah. Takpun rasa tah hape². Jangan tak tau Mama buat agar² pun tak jadik tau tak! Yang instant jek pun. 

Rasa sangat² kerdil diri ini jika di compare kan dengan isteri² atau ibu² di luar sana. Tengok kat blog memasing, cerita pasal masak kek itu, buat kek ini, buat puding rotilah bla, bla, bla, blaaaaa .... seronok jek. Teringin nak jadik cam korang sumer. Tapi tak taulah kenapalah tangan Mama nih takleh nak buat benda² tuh sumer. Lagik sedih biler ader orang pernah tanya direct kat Mama, Mama nih memang tak reti masak ker? Wahhhhh tertusuk sembilu rasanya nih. Tapi Mama cuma senyum jeklah. Dah memang kita takde bakat ke arah itu. Nak wat cemanakan? Skang nih memang dah takde keinginan nak mencuba buat semua tuh. Takut tak jadik lagik dan jugak takut membazir. Last, tong sampah umah haku jugak yang dapat makan free .... 
Satu bakat Mama, Mama leh repair pc or laptop, setup network or even buat cabling skali. Takat panjat² bumbung baling² kabel tuh takde hal lah. Bleh setup server n maintain server. Godeh² pc or sistem dr ok ke jahanam or dr jahanam ke ok pun boleh. Agaknya bakat nihlah jek yang paling sesuai tuk diri Mama kot. Alaahaaaaiiiiii ......

Friday, July 1, 2011

30% Murid tidak bersarapan pagi

KUALA LUMPUR – Lebih 30 peratus murid-murid di sekolah rendah di negara ini didapati tidak bersarapan sebelum ke sekolah selain gemar makan pada waktu lewat malam.

Tabiat pemakanan tersebut menyebabkan mereka sukar memberi tumpuan terhadap pelajaran semasa berada di dalam kelas selain menjadi punca masalah obesiti.

Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Poh Bee Koon (gambar kecil) berkata, ia merupakan hasil kajian yang dijalankan pihaknya terhadap kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pada tahun lalu.

“Mengambil sarapan pagi amat penting untuk sel otak kanak-kanak berfungsi dengan baik dan dapat mengelakkan tubuh mereka menjadi lesu pada waktu pagi.
“Bagaimanapun, segelintir ibu bapa mengabaikan keperluan untuk memberi sarapan kepada anak-anak mereka,” katanya pada sidang media mengenai kerjasama kajian pemakanan kanak-kanak oleh UKM dan Dutch Lady Malaysia di sini semalam.

***Sumber diatas diambil dari Akhbar Kosmo***

Ye... kajian nih memang ader benarnya. Sebab Mama masa zaman sekolah dulu pun tak suka amik sarapan. Berpuluh, beratus, beribu bebelan Mak Mama sampai naik berbuih kot mulut mak time tuh huhuhu ampun Mak!! tapi Mama wat endah tak endah jek. Bukan apa, Mama nih jenis perut yang agak sensitif sket. Kalo makan sebelum kul 8 pagi mestilah lepas tuh ke toilet jeklah jawabnya. Samalah kalo time bersahur. Dah ke toilet, habis keluar semua, nanti biler tengah hari kompem lapar. Tapi tahankan jeklah, nama pun puasakan.

Kalau time sekolah² dulu, kan nanti ada makan waktu rehat pukul 10.30, that's why lah Mama tak amik bekpes kat umah. Paling tidak pun minum air segelas. Perangai tak elok nih memang berlarutan sampailah sebelum kawen. Dah kawen nih lainlah kan. Keperluan suami dan anak² kena didahulukan. Lagipun Abah memang tak biasa kalo tak bekpes. Wajib katanya. Jadik untuk anak², memang Mama akan pastikan dorang dapat makan yang cukup. Sangat susah hati kalo dorang taknak makan. Sekurang² nya Mama taknaklah dorang jadik cam Mama. Orang kata kalo kita tak amik bekpes, otak kita tak cerdas. Tuh sebablah otak Mama nih kekadang ader lembab sket kot huhuhu. So taknak anak² otak tak cerdas, Mama pun kenalah berubah sama.

Mama ingat lagik, seorang pakar pemakanan pernah beritahu pada Mama, "kalo nak diet sekali pun jangan abaikan sarapan pagi. Sebab sarapan pagi tuhlah yang akan memberikan kita tenaga untuk melakukan kerja seharian. Tak nak makan tengah hari atau malam takpe. Tapi sarapan WAJIB ambil". So pada yang nak diet tuh, kenalah beringat ek ^_^

Skang nih, kalo tak bekpes, aduhaiiiii cam tak makan setahunlah rasanya. Pergi ke toilet tuh memang dah tolak tepi. Janji perut kosong mesti diisi. Kot tak, cemana nak ngajo kalo kita bercakap kat depan tapi perut asik berbunyik² jek?? Malu sehhhhh ......