Followers

Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday #20: Rumahku Syurgaku


Tuesday, December 18, 2012

Dulu lain, sekarang lain

Dulu rupa saya cenggini .....
 
Rambut sejemput kat atas kepala. Ader orang kata macam pulau jek. Dahlah tuh, rambut saya nih 100% ikut rambut Abah saya. Mama cakap keriting, tapi Abah kata "ikal mayang".


Dan sekarang ...............

























Cenggini lah rupa saya ..... Comel tak? Takde rambut terus dah kan. Mama saya bleh pulak panggil saya "ATAK", nama manja botak. Tah hape² jeklah Mama saya tuh kan. Okey, skang dah bleh kata rupa saya sebijik macam rupa Mama saya dan abang² saya masa dorang kecik. Tak caya?? Tanyalah Mama saya .... ehehehehehe


Burger bakar punya pasal

Perghhh ... terliur betul tengok gambo burger nih. Nak citer pasal burger bakar yang baru pes taim Mama merasa. Sebelum nih telan air liur jek biler ader blogger yang review pasal burger nih. Kali nih dapat rasa ....... memang best. Lagi sedaplah daripada burger kat McD tuh. Harga memanglah mahal dari burger biasa, tapi puashati lah makan. Since skang kami tengah dok boikot McD, so memang layan burger bakar jeklah pasnih.

Kat mana Mama beli nih ek? Mama beli kat area Taipan Senawang. Kena order dulu okey, pehtu pegilah shopping kejap kat Manjaku. Kot tak rentunglah nak tunggu kat situ sebab 'q' sangatlah panjangnya .... huehuehuehue. Kami beli 2 jek, ingatkan cukup, skali tuh tak cukup sebab hero² pun gemar jugek. Aisey .... pasnih kena beli 3 setlah jawabnya ^_^



Monday, December 17, 2012

Kita bangun, dia pun bangun

Dah masuk 2 minggu, tiap kali Mama n abah bangun pagi kul 6, time tuh jugaklah si kenit nih bangun sama. Ishhh minah dara sorang nih tak taulah kenapa. Kadang tuh tido lambat, bleh pulak dia terjaga pagi kul 6 tuh. Gamaknya nak sembahyang subuh skali kot? So apa aktiviti yang dia buat pepagi buta tuh?

Play mat kesukaan Aimy. Bergolek terlentanglah dia sensorang main kat sini sementara Mama semayang, iron baju n siapkan bekpes. Rajin U, skang nih I buat bekpes pepagi. Itu pun setelah makcik kat MAINS tuh paw Mama harga bekpes yang tak masuk dek akal. Terus cerai talak 3 dah ngan makcik MAINS tuh hahahahahahah
Haaaa tengok, muka ngantok lagik tuh sebenarnya. Tapi tak taulah kenapalah dia mesti jugak bangun subuh tuh. Haiii lah anak .... anak .....
Bila Abah start bentang sejadah nak solat, dia pun sama menyibuk. Oklah .... gamaknya dia bangun pagi tuh nak jemaah sesama Abah kot ... eheheheheh

Disebabkan kerajinan si minah sorang nih, hari² kami keluar lambat. Dan hari² Abah punch card lambat. Kenapa leh jadik lambat? Sebab minah nih mesti kena ada orang dekat² ngan dia kot tak mulalah nangis. Dia ingat orang tinggalkan dia sensorang. Jadiknya, kenalah Mama n Abah gilir² dok ngadap minah nih. Huhhhhh manja!!!! ^_^

Friday, December 14, 2012

Jamuan Makan Malam

Alkisahnya, Selasa lepas kami menghadiri Jamuan Makan Malam yang dianjurkan oleh Kelab Sukan, JKRNS bertempat di Dewan Kompleks Sukan Paroi. Tema dia, sempoi jek ... "Purple-pink Affair". Jadiknya berpurple pink lah kami sekeluarga. Yang Mamat² pakai purple, yang gadis ayu pulak (chehhh pasan jek haku, gadis? ayu? Aimy jek kot yang gadis ayu ehehehe) pakai pink.

Masuk jek dewan tak sampai 5 minit acara dimulakan, Aimy dah meraung² nak nen. Adehhhh lah, takleh betul tengok Mama dia nak bergaya² sket tau. Sudahnya, Abah hulur kunci keta, dok dalam keta sambil layan feeling berdua. Agak² Aimy dah kenyang, terus kuar kereta. Kot boleh nak masuk terus dalam dewan. Tak nak ketinggalan acara makan². Tapi sekali lagi dia wat perangai. Masuk jek dalam dewan, mulalah dia merengek². Orang dalam dewan dah separuh jalan makan, barulah Mama masuk dewan balik. Nasib Aimy ok jek.

Makan dia best, keseluruhannya mmg bestlah. Yang tak best, lucky draw, kitorg tak pat hadiah tv hatta home theater skali pun huwaaaaaa .... takde rezeki. Tahun depan cuba lagik okey ... hahahahah

Mehlah layan gambo yang tak seberapa nih. Maklumlah "henbeg" dah 3, tak cukup tangan nak snap sana sini okey .... ^_^



Mama sorang jek menepati tema. Ada pink dan jugak ada purple
Hero² Mama yang behave jek sepanjang majlis. Gud Boy!!
Sebok swuh Mama snap gambo dia. Kekonon dia kata nak wat muka ala² ngantok. Sabo jeklah .....
Tak dapat TV LCD or Home Theatre, dapat comforter pun jadiklah .... ^_^

Sampai umah dah pukul 11.30pm, terus pinsan memasing, esok pagi punyalah liat nak bangun hahahahahaha. Bulan 2 nanti, kita tunggu dinner opis Mama plak. Tema dia lagik gerek sehhhhh ......

Wednesday, December 12, 2012

Wordless Wednesday #19: Apa ada dengan 12.12.12

#Picca taken from Google#
Mesti ada citer menarikkan. Maklumlah, nihlah last nak tengok tarikh yang unik. Tahun depan tak dapat dah .....

p/s:
Pagi tadi dengar kat HOTFM ader budak bwh umur call bgtau tarikh hari nih istimewa sbb dia declare ngan boipren dia ..... choooiiiii!!!

Tuesday, December 11, 2012

Asal boleh jek ....

Nak story kat korang kisah si Abang² kot Mama mintak tolong tengok² a.k.a jagakan Adik.

AbgLong Style:-

1) Main² ngan Adik, agah² dia. Gelak² ngan ajak Adik cakap². Si Adik, mmg pantang nmpk AbgLong. Cukup suka biler AbgLong dok mengadap dia.
2) Biler Adik dah mula boring, merengek², AbgLong start nyanyi² dengan nada yg kuat. Niat dihati kekonon Adik bleh terus diamlah kot.
3) Adik dah start memekik meraung², teruslah AbgLong fed up. "Kenapa Adik nih?", atau "Janganlah nangis dik" dan "Adik nih bisinglah". Kata² nih semua menunjukkan yang dia pun dah tak tau nak buat apa lagik kat Adik .... eheheheheh

AbgNgah Style:-

1) Baring seblah Adik sambil peluk cium adik. Agak² dia tgk Adik cam takde perasaan, dia try test tunjal or lepuk kepala Adik sedas. Kekadang dikakinya kepala Adik. Tang nih biasanya Mama akan nmpk. Memang kena lah balik sedas ngan Mama ... eheheheh Mama garang woooo ^_^
2) Biler Adik dah start rengek², terus pujuk Adik sambil cakap kuat² "Alalalalalalala cayang Adik musyuk masham". Motif cakap kuat² takut Mama marah n tanya kenapa Adik nangis. Cerdikkan mamat sorang nih?
3) Dan biler Adik dah terpekik, cepat² dia sumbat jari dalam mulut Adik supaya Adik diam tak nangis. Bertuah punya budak!! Si Adik?? Seronok jek hisap jari Abg ....

Kot koranglah, style mana yang korang prefer? Asal boleh jek hero² nih ..... hahahahahhaa ^_^



Monday, December 10, 2012

Bila Mama & Anak² menyibuk kat site Abah

Khamis minggu lepas, ikut Abah singgah site dia kejap. Alahhh takat kat site, mana ada yg istimewanya kan? Memang takde apapunlah selain crane ngan tractor n lori2 hantu ehehehe.

Hero2 macam biasalah, kot Abah dia takde dalam keta, mulalah buat perangai. Dok bergasak kat seat blakang (Abah ada pun mmg camnihlah perangai dorg). Dah puas bergasak, melalak meraung, sibuk plak nak keluar ikut Abah. Dah pulak, gelabahlah Mama. Kang kot kena langgar ngan jengkaut2 tuh macam mana? Mama nak larang, tgh bagi adik nen pulak.


Tetiba terpandang org kat site nih macam kecoh2 jek dok tahan kereta yg lalu lalang. Mama pun sama kepoh nak tau apa yg berlaku. Dari arah Kuala Pilah, nmpk trafik giler2 punya jem dek kerana ada lori nih bawak batu yg panjang dan besar. Terngangalah hero2 biler nmpk. First time dlm hidup dorangkan. Ok, Mama pun first time jugak sebenarnya. Selalu tengok dari jauh jek. Nih depan mata, memang jakun jap hehehehehe


Mana tak herannya kami, lori or mover nih angkut batu yang besar dan panjang tuh depan dan belakang. So ader 2 lah kepala lori nih.

Proses angkat batu untuk dijadikan jambatan a.k.a flyover (? kot ... maaflah bukan Mama yang jadik engineernya ehehehe)


Kelihatan Abg² Bangla dok sibuk mengawal & menahan kereta. Batu panjang tuh (tak taulah apa nama scientific dia) kena ambil kat suatu kawasan sebelum jalan naik ke bukit putus. Dan disebabkan itu jugaklah, Abah suruh dorang siapkan malam tuh jugak. Nampak cam kejam jek bunyiknya laki aku nih kan? Ehehehe nak buat cemana, Abah kata kalau dorang buat hari Jumaat lagikkkkkkkklah jem. Nanti Abah jugak yang kena tanggung beribu² (sampai ribu ker?) komplen dari orang ramai. Biler orang dah komplen, kenalah tiap ujung minggu Abah turun site. Tuh belum lagik dpt sms dari pengarah tetgh malam kot² org² besar kat sini dok komplen. Kenalah bgn tgk site. Ingat keje gomen nih senang ker? Sama jek kan .... Kesian pun ader tapi nak buat cemana. Mama jugak yang nakkkkkk sangat Abah balik state. Dah balik sini, kenalah terima n faham tugas² Abah. Tak kisahlah, janji setiap hari, setiap masa sekurang² nya Abah ada bersama² dengan kami.


notakakiaimy:-
Tengah berangan² kotlah tahun depan Johor jadik juara Piala Malaysia. Dok tersengih sampai ke telinga sbb 'si kembar' dah join team Johor. Ehhhh kenapa Mama yang lelebih suka ntah ek .... huhuhuhuh



Friday, December 7, 2012

Parah!

Memang tak boleh tinggal betul habit yg satu nih. Apalagik kalau bukan on9 shopping. Sejak dpt bb gurl, Mama makin galak pulak bershopping. Mana bleh tahan, bertahun lamanya dok menung kalo tgk gambo baju bb gurl. Kali nih mmg tak tunggu lama. Asal nmpk yg berkenan, sambar jek. Hasil baru2 nih, dpt sambar 2 skali. Itu pun meleleh air liur tgk baju gaun cantik2 tp kebanyakkannya tuk umur 1 tahun dan keatas. Haishhhh cepatlah besar adik Aimy huhuhuhu Mama yg tak sabar sgt nih haaa :-) Sah dah makin parah penyakit Mama nih

Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday #18: Hantu Durian!

Biler hantu durian mula mengganas!!

Thursday, November 22, 2012

Selamat Berkhatan!

Ehh siapa pulak yg berkhatan nih? Bukan abglong, bukan jugak abgngah. Adik Aimy? Tunggu dia dah 6 bln nnt lah. Hehehehe
Alkisahnya, yg berkhatan nih anak2 buah kesayangan Mama. Anak kaklong Mama... 2 org sekaligus. Yg sulung umo 9 thn, yg kedua umo 7 thn. Excited memasing nak khatan. Bagus dorang nih. Dalam dok sakit2 tuh (sakit eh?) sempat dorang layan ps2. Haiii anak zaman moden kan :-)

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday #17: Khusyuk!


Bangun jek dari tido, dok pakat layan upin ipin. Si kenit Mama tuh pun xmo ketinggalan hokey! Hehehehe

Tuesday, November 20, 2012

Menu kami malam ini

Menu yg serba ringkas, ayam goreng kunyit dan sayur bakchoy dimasak bersama sos tiram. Ringkas tapi sedap. Errr sedap kah? Buktinya, habis licin. Kekonon Mama nak bwk bekal ke opis esok kalo tak abis. Tengok2 licin rupanya. Alhamdulillah, sekali sekala Mama dapat masak, hero3 makan smpi licin, seronok jek tengok :-). Ehmmm naper sesekali jek Mama masak? Sebabnya kalo si kenit tak tido lagik, mmg nak mengempeng jek smpi xleh wat keje lain. Nasib baik Abah pandai masak, kot tak, hari2 mkn kat kedai jeklah huhuhuhu


Monday, November 19, 2012

Si kenit yang makin lasak

Lama tak update blog kan. Bersawang!

Nih nak citer pasal si kenit Mama. Dah 3 bln stgh usianya. Masuk 3 bln jek, adik Aimy terus pandai meniarap. Yer... Paling awal antara yg lain. Skang dah makin lasak. Cukup susah nk pakaikan pampers n baju. Tapi kot bab bukak baju n bugil2 dia mmg suka. Paling seronok time mandi berendam dlm 'bathtub'. Cukup suka smpi kadang2 keluar dr air jek dia bleh nangis. Satu lagik perangai, cukup suka bgn pukul 4am. Hadoiiii pening kepala Mama n Abah. Ehhh Abah pening jugak? Opkoslah Mama kejut, amik giliran huhuhu sbb biasanya adik akan berjaga atleast sejam. Cukup sejam dia xtido, mmg Mama terus pas baten kat Abah. Ngantuk hokey huhuhuhu




Tuesday, November 13, 2012

Bergelimpangan

Seronok jek tengok anak2 tido macam nih. Ini maknanya dorang tido sendiri tanpa disuruh. Termasuklah si kenit tuh. Dok golek2 main janggut n hidung mancung Abah, alih2 dah lelap. Gud gurl! Time nihlah Mama n Abah nak rest sekejap. Kang dorang bangun, dok mengulit dorang jek huhuhu


Thursday, November 1, 2012

Tumbangnya hero Mama

Semalam hari paling huruhara. Tiga-tiga hero Mama demam. Serentak okey. Tetgh malam Mama terjaga, rasa badan abglong n abg ngah kemain panas lagik. Abahnya pulak sampai menggigil satu badan. Aduhhh dah kenapa pulak lelaki-lelakiku sakit semuanya nih? Teruslah Mama amik towel basah, letak kat kepala abg2. Abahnya, Mama kejut bg makan ubat. Memang suspen betul biler mereka ber3 jatuh sakit. Hari nih, Alhamdulillah semua dah pulih. Hati Mama pun senang jek tgk mereka ceria. Kot tak tuh, sunyi jek rasa rumah nih. Dorang demam dek kerana jangkit ngan Mama yg dulu demam minggu lepas. Haraplah si kenit Aimy tak demam yerrr.

-Mode Mama sedang bercelaru. Kenapa? Tunggu next entry lah-


Tuesday, October 23, 2012

Port kami

Port baik punya untuk ibu2 yg mahu menghasilkan produk tenusu. Seronok sebab misi Mama kali nih ada teman seperjuangan. Kot sebelum2 nih Mama sensorang layan dalam bilik rnd nih hehehe


Friday, October 12, 2012

Mana nih? Saya dah fenin lalat nih

Semua rakan dh balik. Mama still tggu Abah, lum smpi. Kepala tetiba fenin berpusing cam gasing tp sempat lg snap picca n update blog. Ehhhh???

Thursday, October 11, 2012

Nih saper yg punya?

OTW gie opis pagi nih, terserempak ngan ini civic. Eh mcm kenal lah. Punyalah beriya swuh Abah side by side semata nak hi hi bye bye ngan driver dia. Padahal Sabtu lepas br terserempak kat Stadium Paroi time breakfast. Laju punya laju, dah dpt dok seblah, skali tgk ladies yg drive. Ompan eh sebijik. Akak eh kot, terus jek frust. Alahhhh ingatkan SHAHURAIN ABU SAMAH huhuhuhu

Wednesday, October 10, 2012

Wordless Wednesday #16: Projek baikkk punyerr....


Rutin harian yg menyebabkan belog ini bersawang. Tumpuan sudah beralih arah kepada projek ini. Doakan semoga urusan Mama ini berterusan sehingga Aimy berusia 2 tahun. AMIN!!!! :-)

Monday, September 24, 2012

Kembali bertugas

Hari nih Mama dah masuk keje balik. Huru hara lah sbb byk benda yg dah ingat2 lupe hehehe tambah lagi hari Isnin Mama ader kelas pagi kul 9. Dahlah lmbt pg nih. Pulak tuh, time ngajo, asik teringatkan budak kenit yg sorang tuh. Cepatlah kul 6. Nak jumpe si masam Mama tuh... Rindu huhuhuhu

Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday #15: Siapa saya?



Agak2 siapa? Abglong kah atau Abgngah kah? ehehehe

Sunday, September 16, 2012

Selamat Hari Lahir Sayang Mama

Hari nih 16 September, genap 4 tahun usia anak bujang Mama, abanglong Adli Zakwan. Semoga menjadi anak yang soleh, dgr ckp Mama n Abah, dimurahkan rezeki serta kesihatan tubuh badan. Mama n Abah sayang banglong muahhh...

Tuesday, September 11, 2012

Tambah setahun lagi...

Alhamdulillah, semalam bertambah lagik setahun usia Mama. Jadiknya ader 7 tahun lagik nak ke umur 40. Alahai, usia jek makin bertambah tp Mama tetap rasa cam muda jek lagik hahahaha bagi canlah nak perasan sensorang nih ha kan. Syukur Allah masih panjangkan usia Mama untuk beri Mama peluang hidup bahagia dengan keluarga tercinta. Syukur jugak Mama dikurniakan suami yg baik dan terhebat di mata Mama serta anak2 yang comel. Sayang kamu semua... Moga pertambahan usia ini memberi Mama kekuatan dan ketabahan menghadapi suka duka kehidupan ini. Amin...

Monday, September 3, 2012

Gelabah

Hari nih first day tinggal berdua ngan adik Aimy. Alkisahnya, kami dah balik Seremban. Saje balik awal, sbb takut lama sgt cuti tak ke taska, nnt langsung abg2 taknak pegi (alasan) ke sbb emaknya rindu kat apaknya ek? huhuhu sabar2 lum abis pantang lagik. Rini baru 41hr.. hahahaha
Dah tajuk entry pun gelaba, mmg gelabah dibuatnya hari nih. Tak menang tangan nk kemas rumah, nk masak, nk layan sikenit. Huhhh tetiba rasa cam nihlah pes taim br dpt anak, walhal dah 3 dah pun. Nasib baik abg2 hantar ke taska. Kot tak, sure pinsan nk handle semuanya. Ini pun lps Abah balik lunch, Mama dh tergolek dpn tv dgn sikenit. Sedar2 jek dah dkt pukul 5. Lama sungguh daku belayar. Qada' skali mlm tadik berjaga dr kul 2am-4.30am. Skang nih takpelah kena berjaga mlm, jgn dh keje sok mmg tingtonglah kepala kat opis huhuhuhu. Harap2 esok oklah. Takpe, ada 3 minggu lagik nk naik keje kena biasa2 kan diri nih huhuhuhu

Thursday, August 30, 2012

Dia sudah sebulan...

Sabtu lepas, genap usianya sebulan. Alhamdulillah, berat adik dah 4kg. Panjang pulak dah 53cm. Increase 2cm jek? Huhuhu jadiklah kan. Sangat2 tak sabar nak tunggu adik besar. Huhuhuhu....

Monday, August 27, 2012

Duit raya anak2


Macam biasalah, anak2 yang dapat, tapi mak apaknya yang tetiap hari dok ngira duit dorang. Sebaiklah hero2 Mama dah dididik, kalo org bg duit, terus bg kat Mama or Abah. Bukan apa, kot dorg pegang kang takut hilang or tercicir jek kan. Tak ker rugi tuh? ehehehe

Dan biasanya, duit raya mereka nih kami akan simpan dalam akaun Tabung Haji dorang. Tapi Aimy, belum ada akaun lagik. So lepas balik Seremban nanti baru boleh bukak tuk Aimy. Ehmmm paling seronok dok ngira duit Aimy sbb dianya paling banyak. Untung lahir bulan pose nih. Time raya dpt duit raya banyak ehehehehe cam banglong dulu dapat rm1k++. Untunglah, Mama masa usia korang nih tak merasalah dpt duit raya byk2 tau huhuhuhu

Ini trademark kami...

Banglong Adli Zakwan

Bangngah Arif Najwan

Adik Aimy Qaireena

Mereka ini kalo tido, mulut tuh mesti terbukak. Chumil jek Mama tengok. Agak2 korang, ader persamaan tak rupa dorang nih? Kecik2 jek sama, tapi dah beso sok, lain dah rupe memasing huhuhu

Monday, August 20, 2012

Cerita raya 2012


Raya tahun ini kami sambut di kampung belah Abah kat Rembau. Wahhh, best dapat tgk FIL bakar lemang. Makan? Hahaha pantang2 pun ku sesah jua. Bukan senang nak dapat makan lemang yang paling sedap di dunia nih. Dan akibatnya, si kenit Aimy asik berak2 jek huhuhu dan mlm tadik kembung perut. Ya ampun, pasnih tobatlah nak makan.

Gambo raya tak pat nak kongsikan bersama. Gambo semua dlm slr, dan sepanjang berpantang nih, Mama update blog guna tab jek. So tak dptlah nk tnjk baju raya tahun nih. Lagi pun, Mama takde baju raya. Kata dalam pantang. Tapi... jgn tak tau, selain lemang Mama sesah, pergi beraya kat Tampin pun Mama sesah jugak. Tak kira... nak jugak beraya walaupun berstokin hahahaha

Sunday, August 12, 2012

Aimy ke Aiman nih?



Dah selamat kena cantas rambut ngan Abah. Takde rambutlah raya nih si gegurl Mama yang sorang nih. Takpe ek dik, kita pakai headband jek 24jam huhuhu

Tuesday, August 7, 2012

Mama sayang bang ngah tak?


Bangun2 pagi jek terus tanya kat Mama sayang dia ke tak? Alahaiii...cianlah bujang yang sorang nih. Sejak dpt adik nih, perangai dia kemain notty tak tentu pasal. Kekadang tuh, hilang sabar dibuatnya. Apalagik, kena marah jeklah. Tuh sbblah dia tanya kat mama soklan cenggitu. Ciannya lah huhuhuhu

Tuesday, July 31, 2012

Masih tinggi lagik...

Update terkini bacaan bilirubin Aimy masih lagik naik walaupun tak berapa tinggi.. Kalo smlm 231.7, pagi nih pulak 236. But still Mama susah hati. Esok kena amik darah lagik. Kesian tiap kali amik darah, dengar Aimy nangis. Sabar yer sayang. Kita doa banyak2 supaya adik cepat sembuh yer...

*Mama yang sangat susah hati*

Monday, July 30, 2012

Aimy kena jaundis


Hati mak mana yang tak risau kalo anak tak sihat. Hari ketiga bacaan bilirubbin Aimy makin meningkat. Dari 174.1 naik ke 231.7. Doc kata kot esok naik 240, trus kena admit. Ya ALLAH moga2 esok bacaannya makin berkurangan. Doakan untuk Anak Mama yer...  Abang2 sebelum nih pun kena jaundis jugak tapi takdelah tinggi macam Aimy kena nih.

*Mama yang sedang susah hati*

Sunday, July 29, 2012

Berdua lebih baik


Aimy (kanan) dengan sepupu dia Shafi yang berusia sebulan. Tahun nih MIL Mama dapat cucu sepasang huhuhu seronok betul tengok mereka berdua tidur. Tapi anak dara Mama sungguh tidak sopan tidonya hahaha

Thursday, July 26, 2012

Akhirnya, yang ditunggu telah tiba...


Memperkenalkan anak ketiga dan puteri sulung kami, Nur Aimy Qaireena bt Rozaidi Ezdwan. Lahir pada 25/7/2012 jam 4.18 pm, normal dan berat beby 3.15kg

Tuesday, July 24, 2012

Abang Long demam panas pulak


Kesianlah anak bujang Mama yang sorang nih. Pagi tadik masa bangun tido, dia ada ngadu kat Abah ckp dia demam. Tapi biler rasa badan dia ok jek, tak panas pun. Hantar gi Taska pun elok jek dia mcm biasa. Tapi kul 2.30pm td dpt sms dari Nenek kat Taska bgtau, Abg Long demam panas. Teruslah Mak Paknya bergegas ke sana bawak pergi klinik. Otw balik umah, muntah plak dlm keta. Sebaik mmg dlm keta dah standby plastik. Teringat Neneknya bgtau kat Taska susu n nasik pun dia taknak makan. Sampai umah, ngan Mama skali muntah2. Adehlahhh...apalah nasib 2 branak nih. La nih Abg Long lepas bagi makan bihun n donut, dah bg ubat, terus lelap. Kesianlah, muka monyok jek dr amik kat Taska tadi. Cepat sembuh yer sayang...

Lemau .....

*Picca taken from mr.google*
Hari ke-4 puasa, tetiba jek pagi nih Mama rasa lemau, lemah, tak bermaya. Sebenarnya start dari petang semalam lepas balik dari check up kat KKIA dah rasa sangat2 flat. Tapi tetap cekalkan hati untuk teruskan berpuasa. Pagi nih pun sama, cuba jugak cekalkan hati nak berpuasa walaupun pagi tadi lepas sahur, asik rasa nak termuntah jek. Masa menaip entri nih pun dah beberapa kali terjeluek jek ... Adehlahhhh awatnya hari nih rasa camnih lemau sangat ek? Sabar yer baby .... bertahan yer ...

Tanda2 nak bersalin? Ohhhh ... masih belum ader lagik. Kapan lah kamu ini mau keluar yer? Ibuk mu ini udah sangat3 tidak larat .... huhuhuhuhuhuhuhu