Followers

Monday, September 24, 2012

Kembali bertugas

Hari nih Mama dah masuk keje balik. Huru hara lah sbb byk benda yg dah ingat2 lupe hehehe tambah lagi hari Isnin Mama ader kelas pagi kul 9. Dahlah lmbt pg nih. Pulak tuh, time ngajo, asik teringatkan budak kenit yg sorang tuh. Cepatlah kul 6. Nak jumpe si masam Mama tuh... Rindu huhuhuhu

Sunday, September 16, 2012

Selamat Hari Lahir Sayang Mama

Hari nih 16 September, genap 4 tahun usia anak bujang Mama, abanglong Adli Zakwan. Semoga menjadi anak yang soleh, dgr ckp Mama n Abah, dimurahkan rezeki serta kesihatan tubuh badan. Mama n Abah sayang banglong muahhh...

Tuesday, September 11, 2012

Tambah setahun lagi...

Alhamdulillah, semalam bertambah lagik setahun usia Mama. Jadiknya ader 7 tahun lagik nak ke umur 40. Alahai, usia jek makin bertambah tp Mama tetap rasa cam muda jek lagik hahahaha bagi canlah nak perasan sensorang nih ha kan. Syukur Allah masih panjangkan usia Mama untuk beri Mama peluang hidup bahagia dengan keluarga tercinta. Syukur jugak Mama dikurniakan suami yg baik dan terhebat di mata Mama serta anak2 yang comel. Sayang kamu semua... Moga pertambahan usia ini memberi Mama kekuatan dan ketabahan menghadapi suka duka kehidupan ini. Amin...

Monday, September 3, 2012

Gelabah

Hari nih first day tinggal berdua ngan adik Aimy. Alkisahnya, kami dah balik Seremban. Saje balik awal, sbb takut lama sgt cuti tak ke taska, nnt langsung abg2 taknak pegi (alasan) ke sbb emaknya rindu kat apaknya ek? huhuhu sabar2 lum abis pantang lagik. Rini baru 41hr.. hahahaha
Dah tajuk entry pun gelaba, mmg gelabah dibuatnya hari nih. Tak menang tangan nk kemas rumah, nk masak, nk layan sikenit. Huhhh tetiba rasa cam nihlah pes taim br dpt anak, walhal dah 3 dah pun. Nasib baik abg2 hantar ke taska. Kot tak, sure pinsan nk handle semuanya. Ini pun lps Abah balik lunch, Mama dh tergolek dpn tv dgn sikenit. Sedar2 jek dah dkt pukul 5. Lama sungguh daku belayar. Qada' skali mlm tadik berjaga dr kul 2am-4.30am. Skang nih takpelah kena berjaga mlm, jgn dh keje sok mmg tingtonglah kepala kat opis huhuhuhu. Harap2 esok oklah. Takpe, ada 3 minggu lagik nk naik keje kena biasa2 kan diri nih huhuhuhu