Followers

Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Lain kali dengar cakap Abah!!

Sabtu lepas, hari paling busy sebab bawak anak² bershopping baju sempena hari 'kebesaran' akan datang hujung minggu ini. Apa harinya tuh? Tunggu ..... ehehehehe

Nak dijadikan cerita, bershopping sakan sampailah ke petang. Singgah rumah MIL, so malam baru balik rumah kami. Mujur kami balik ke rumah. Sebab ader peristiwa yang berlaku di rumah kami rerupanya. Abah mengucap panjang, Mama terkedu, hero² pulak diam seribu bahasa. Kesnya, sebelum kami keluar rumah tengahari tuh, Abah dah perasan yang si Abang dok main hos kat tepi akuarium. Dah tegur banyak kali, tetap dia buat main jugak. Mama pun perasan, sempat jugak alihkan beg lappy yang memang kebiasaannya Mama letakkan kat tepi akuarium tuh. Kemudian, memang tak perati pun apa yang hero² buat seterusnya, dah siap² terus keluar.

Dan malamnya, inilah yang berlaku .......



Karpet kucing kesayanganku habis basah. Buang jeklah jawabnya huwaaaaaa. Air dalam akuarium pulak cetek jek yang tinggal. Dah melimpah keluar rupanya air dalam akuarium tu. Nasib baiklah kami balik. Kebiasaannya kalau ujung minggu, kami akan tido di rumah MIL. Haishhhhh ... kalo tak baliklah kan, jawabnya dah mati dah ikan² dalam akuarium tuh. Dan kompem rumah kami berbau ikan busuk huhuhuhuh  Bersyukur Mama awal² lagik dah alihkan beg lappy. Kot tak, memang naya kena beli baru!!!!

Nihlah padahnya tak dengar cakap Abah. Si abang pulak apa yang dia buat time Abah dok kemas? Diam jek sambil baring kat tilam. Skali Mama toleh, dia dah lelap ... hahahah. Nasib baik dah tido, kot tak parah kena tadah telinga dengar Mama membebel hukhukhukhukhuk ... Anak ... anak .... sabo jeklah kan ^_^

Thursday, February 9, 2012

Siaran tertunda - Banjir di Seremban, 2/2/2012

Lama sungguh tak mengupdate blog. Maklumlah, bukan saja sibuk dengan tugasan harian, tapi Mama lebih kepada sibuk dengan penyakit 'M'. Sejak berbadan 2 nih, Mama lebih suka bersantai saje. Tidak berapa gemar nak buat kerja². Harapnya beby nih nanti janganlah terkenan perangai Mama nih yer.

Khamis minggu lepas, tatkala Mama tengah bermalas²an di opis, tetiba opismate menjerit bagitau depan opis kami banjir. Memang perasan sangatlah hujan turun mencurah² hampir sejam lamanya. Tapi memang tak sangka sampai boleh banjir. Telahan kami, nih semua sebab construction depan opis kami punya hal. Hahahaha tak tau pulak rerupanya satu Seremban dah bah!! Lepas dengar jeritan batin opismate Mama tuh, kami pun bergegas turun nak tinjau keadaan. Lebih mengharukan, ramai dikalangan kami yang parking kereta kat depan opis. Nasib baik jugaklah pagi tuh Mama tak dapat paking depan² opis nih dek kerana parking dah penuh. Redha kan jeklah parking kat seblah opis nih. Alaaaaah bukan jauh pun seblah jek. Tapi tak gemar sebab lorong seblah opis nih agak sempit. Apatah lagik, lori Thye Hin cukup gemar berhenti kat tepi lorong semata nak punggah barang mereka. Takpelah .... merungut² pun rerupanya ader hikmahnya. Sebabnya lorong yang sempit nih jugaklah menyelamatkan Hundah Mama dari tenggelam dek air bah. Alhamdulillah .... ada hikmah disebalik sesuatu kejadian itu .... ^_^




Myvi dan Gen2 kepunyaan opismate Mama. Sebaik itu Myvi tinggi, kot tak mesti dah masuk air dlm kereta. Sebabnya parking Myvi tuh rendah sangat sampai air naik paras hampir² lutut.





Banjir² pun mereka tetap 'cool' meredah ehehehehehe



Air makin surut ....



Baik² bang ... kang terbelit dek ular sawa kang ...
Sipi² nak sampai lantai kakilima opis ... fuhhhhh 

Mujur banjirnya tak lama mana. Dalam 20minit kemudian, air surut dengan cepat. Tepat pukul 6pm kami dah bleh balik ke rumah dengan aman. Jangan tak percaya, banjir besar nih membuatkan kebanyakkan sang ular keluar dek kerana dibawa arus. Salah seorang opismate Mama sempat amik gambar tatkala sang ular tersadai kat kedai perabot ROZEL blakang opis Mama nih. Aduhhhh ... ngeri tengok. Ular sawa batik yang besar dan panjang. Khabarnya, sampai bomba datanglah untuk tangkap sang ular itu. Seram .... nasib baik dia tak menumpang kat enjin Hundah Mama. Hahahahahahah 

Harap² dengan terjadinya banjir besar nih yang Mama rasakan pertama kali sepanjang hampir 5 tahun Mama menetap di sini, akan diambil iktibar. Esoknya, kebanyakkan jalanraya habis rosak teruk. Jadiknya, orang² berkenaan, silalah ambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya.

Tuesday, February 8, 2011

♥ CeRiTa BaNJiR LaGi ♥

Nih Mama nak jamukan korang sumer ngan gambo2 banjir kat area Pagoh yg sempat Mama snap masa balik BP last week. Nihlah laluan biasa kami bile kala kami balik ke kampung halaman. Bajet2 lalu sini banjir dah surut memandangkan hujan pun dah benti. Rerupanya tak surut lagik. So Mama balik ke BP hari Khamis lepas. Keluar tol Pagoh smpi jek kat area kawasan kampung tgk rumah2 dorang dah naik dek air. Cumanya air tak melimpah kat jalanraya lah .... So time nih mmg kami rasa selamatlah kami nak lalu jalan nih.
Siap ada bot askar bagai lagik. Apa yg Mama nampak kat area belah dalam kampung tuh mmg tenggelam habislah. Tuh pasallah ader bot nih sempat lagik Abah smbl drive smbl snap gambo hu3

Sabtu petang dalam kul 6.30 kami bertolak balik ke Seremban. Dengan penuh konpiden nya kitorg kata banjir kat area Pagoh nih dah surut. So skali lagiklah kitorg lalu sini tuk masuk tol Pagoh. Sekali tuh ..... haaaaa amik ko ... Bukan makin surut, tapi makin melimpah ruah .... 
 

Akibatnya .... kitorg kenalah meredah banjir. Nasib baik takdelah tinggi mana. Tapi bleh tahan gaklah cuma terpercik kat gearbox jek. Last berita malam tadik, Alhamdulillah banjir di beberapa tempat dah makin surut. Harapnya akan surut lebih cepat lagik.