Followers

Tuesday, August 24, 2010

CoNTest Senyuman @ Happy Birthday Farisyah




Jom join contest lagik ...
Kali nih contest nih sempena besday ADIK FARISYAH pada 8Sept2010 yang ke4. Ehhmmm sama bulan ngan mama n Adli lah besday Farisyah nih ... hu3
Nak ikot mama join? Jom klik sini .... Jgn lupe ... Contest nih berakhir pada 8/9/2010

Okes ... gambar yang mama pertaruhkan kali ini adalah ... gambar si abg lagik. Apa nak buat si adik lum pandai lagik tgk kamera smbl senyum. Kot ada pon gambonya senget benget mama amik. Maklumlah smbl pegang adik smbl snap gambo dia. Tak cantiklah jadiknya hu3

Nama anak: Muhammad Adli Zakwan Bin Rozaidi Ezdwan
Umur anak: 1 tahun 11 bulan






Friday, August 20, 2010

CoNTeST SaYa DaN BaBY oLeH CiK aWYNN



Yeahhh ... join contest lagik. Hu3..... Kali nih mama join contest dr Cik Awynn. Sangatlah santai syaratnya. Just tempek kan gambo si ibu dan si anak. Nak join?? Jom klik sini. Tarikh tutup penyertaan pada 9 Sept 2010.

Gambar ni diambil pada tahun lepas. Tak silap mama time nih anak mama baru berusia 9bulan. Tapi skang nih dah umur 23 bulan. Nih masa kitorg bercuti2 ke Melaka kat Menara Taming Sari tp sayangnya tak dapat naik pon menara tuh sebab terlalu ramai.

okes ... mama nak tag 2 org member mama yang mana 2-2 nih pon ader anak boy cam mama gak eheheheh

alycia
mama mirza

Wish me LUCK!! ... :D


SeNYuMaN MaNiS Si CoMeL GiVeaWaY



Semangat betul mama pagi2 nih nak join contest from MamaZarith. Sekali dah reti join contest, dah asik nak join contest yg lenlain jek plak. WeeeHuuuu ....

Bagi rerakanku yang lain yang nak join rajin2kanlah jari tuh klik sini yer ...

Senyuman GATAL dari anak kesayangan mama. Sampai lentuk2 kepala dia bila tau abah dia nak ambil gambar. Time nih baru bangun tido. Bangun2 terus mengacau Wan dia nak mengemas rumah.

Nama Penuh Sicomel: Muhammad Adli Zakwan Bin Rozaidi Ezdwan
Umur Sicomel: 1 tahun 11 bulan
Status Sicomel: Anak bujangku
Nama Pengirim: Saidatulakmal Binti Abdul Hamid


Thursday, August 19, 2010

MaMaZaKWaN BuaT CoNTeST




Wahhh ... 1st time mama nak join contest nih. Teruja sebab nama anak "superhero mama" nih sama ngan nama anak mama :D wink wink ... ader chance menang tak nih? hahahha takdelah gurau jek.

Contest nih menurut mama zakwan mestilah berpakaian baju melayu(boy) & baju kurung(gurl). Nak lagik best gambar diambil semasa pagi raya. Tapi kalau takde pon takpe. Janji temanya menepati citarasa si pengadil. Well gambo anak bujang mama yang sorang nih diambil di pagi raya. Time nih raya kat Batu Pahat. Mama n abah belum siap lagik tp dia dah bergaya sakan ngan baju melayu dia. Dan time nih pon anak mama nih baru jek 4hari menginjak ke umur 1 tahun. Jom kita tgk gambo anak bujang mama berbaju melayu di pagi raya .....


Muhammad Adli Zakwan Bin Rozaidi Ezdwan
16 September 2008

Jadinya, pada kengkawan yang lain yang sama2 ader feeling cam mama nak join contest nih, kena cepat sebab contest nih akan berakhir pada
25 OGOS 2010 (10 Malam).

Cepat ... jangan berlengah lagi. Sila klik sini untuk join.
Gudluck my dear fellas .... daaaaa

Tuesday, August 17, 2010

Berbuka di mana?

Huh ... nmpknya nih 1st n3 mama dalam bulan pose nih. Kenapa tak brp nak aktif? Sebabnya takde citer menarik yg nak dikongsikan. Maklum jeklah abah kena g kursus induksi dr Jumaat lepas sampailah Khamis depan. Nasib baik JKR wat kat KL jek. So abah ulang-alik jeklah mcm biasa. Yang tak bestnya, hari Sabtu n Ahad pun kena gak attend. Sepatutnya ikut planning kitorg 14hb harituh nak balik BP. Macam tau2 jek yg kitorg dah ader planning tetiba pagi 10hb abah dpt surat kena attend kursus induksi. Ehmmm takpelah lagipun dekat jek. Kot buat jejauh mama jugak yg letih bagai nak rak menguruskan si kenit2 kat umah tu. Memandangkan weekend abah kena attennd kursus, so abah letaklah kitorg kat umah MIL kat ParoiJaya. Alhamdulillah sepanjang weekend harituh dua2 anak mama menunjukkan sikap yg sangat cemerlang. Baik betul si kenit 2 orang nih. Mama swuh main, dorg main, swuh tido dorg tido. Kemain lama lak tuh tidonya smpi 3-4jam. Dengan mama skali ikot dorg tido hahahaha.
Well weekend kitorg arituh berbuka puasa di rumah MIL. Seronok sebab semua adikbradik abah ader. Terubatlah gak rindu mama nak berbuka ngan family mama. Takpe .. akan mama usahakan jugak utk balik BP sebelum raya nanti. Almaklumlah tahun nih giliran beraya belah abah.



Ini antara gambar yg sempat mama snap. Sorilah gambar sgt2 tidak memuaskan. Ambil pakai henpon kamera cikai camnihlah jadiknya hu3. Kalau korg perasan ader sorg bdk kenit yg dah awal2 dok mengadap hidangan berbuka tuh kan. Siapa lagik kalau bukan anakanda kesayangan. Aduyai ... org belum buka lagik dia dah standby siap. Lepas tuh habis semua dicapainya. Anak mama ... anak mama ....

Well ptg nih tak tau nak masak apa. Sepanjang semggu kita puasa nih, baru sekali mama g beli kuih muih kat bazar ramadhan. Sebabnya, tak tahan nak menghadap jem. Mmg tak masuk akal jemnya. Nih baru dok kat Seremban. Dulu2 masa dok KL lagik giler hebat jemnya. So jap gi nak g jenguk2 blog mat gebu dan chef azli. Leh lah dpt sket idea tuk masak ptg nih. Oklah ... kita jumpa lagik di lain masa ek. Daaaaa ......

Monday, August 9, 2010

MaKaN - MaKaN @ oFFiCe PaRT II

hi oulls ... sempena nak menyambut bulan puasa nih, pekata mama masukkan n3 pasal makan. Yelah tinggal besok jek kita nak makan2 di siang hari kan. Lagipun esok pon dah start sahur dah. Jangan lupa baca niat puasa. Oh ya bagi sesiapa yang tak ganti2 lagik puasa tuh, dah terlambatlah plak nak ganti skang nih. So tggu jeklah thn depan n kenalah byr fidiahnya skali yek :p

Well hari ni kat opis mama kitorg buat makan2. Kali nih menu kitorg sangat santai. Mau taknya, lauk pauk nasik campur. Siap bawak beras dr umah then masak kat sini lagik nasinya. Meh layan gambo2 yg sempat mama snap.

mcm biasa ... menu yg kitorg kena bwk

nasi seperiuk besar .. hu3

beraneka lauk pauk ...

ayam masak lomak cili padi .. mantopppp ...

tomyam seafood ... kredit to abah sbb abah yg tolong siapkan bahan .. mama main campak2 jek dlm periuk :D

okes ... nih plak n3 pasal pesta makan buah-buahan kat opis nih hari Jumaat lepas. Alkisahnya mama lah org yg paling byk skali melantak durian. Akibatnya .... hamik ko wiken arituh demam+batuk yg teruk. Hahahah cian jugak kat arif. Nih kali ke-3 dia minum susu perisa durian. Malam minggu arituh kul 12 baru dia nak tido. Meragam tak tentu pasal. Abah awal2 dah bising ckp nih semua penangan mama balun durian smpi tak ingat Arif hu3. Mama hanya mampu tersengih jek. Jom layan gambo lagik ... huwahuwaaahuwaaa ...



mama siap tapawkan tuk abah lagik tau .. hu3

okeslah ... rasanya nih jeklah tuk kali nih. so alang kita nak menyambut puasa dah nih hari Rabu nih, so mama tempek kan skali niat puasa. Kot2lah ader yg terlupa tuh. Ha biler korg baca jek blog mama nih teruslah korg berniat ek ... huhuuh

LAFAZ NIAT PUASA


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis
sanati lillahi ta’aalaa

LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN


sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala
*taken from www.chokilala.com




akhir kata ... SeLaMaT MeNYaMBuT RaMaDHaN aL-MuBaRaK ....

Friday, August 6, 2010

Gurau Senda Abang & Adik





tah apa kejelah anak2 mama nih ... elok pulak si abang tak marah abah letak adik kat dia hu3

Thursday, August 5, 2010

Pengguna Tegar barangan Fabulous Mom

Yesss ... suka suka suka ... sebab apa? sebab semalam barang yang mama order daripada online website Fabulous Mom dah dapat. Siap courier guna KTM lagik. Haaa .. terkejut mama pg smlm dapat call dr org KTM. Dalam kepala otak nih dah fikir 'takde plak aku mintak keje kat KTM'. Hahahah sekali tuh rerupanya dia swuh amik barang yg mama order. Hari sebelum tuh dorg ader hantar ke rumah tapi takde org. Mama pon sengal, gi letak alamat rumah yg dah sah2 waktu siang mmg takde org :D

Ok ... apa tu Fabulous Mom Website? Actually nih website berkenaan e-butik utk produk2 pregnancy, babies n nursing. Memandangkan masa mama memula pregnantkan Arif dulu mmg dah niat nak bg dia fully b*****feed so mama jadiklah pengguna tegar barangan Fabulous Mom. Kenapa Fabulous Mom? Kenapa tidak produk lain? Hu3 jawapannya, kat FM nih mmg buleh dikatakan 99.9% benda yg dicari tuh ada. Tak taulah kot org lain kan. Well pada ibu2 or bakal ibu, kot rasa2 nak jadik tegar mcm mama nih blehlah layari laman web www.fabulousmom.com untuk keterangan lanjut. Chewahhh FM kena bagi mama komisyen nih sbb tolong promote tuk depa :D

Now ... jom tgk apa yg mama beli huhuhuhu


nih dia resit daripada KTM hu3 ...

stiker tuh dpt free ... jgn marah... fabulous mom on board lagik hu3

Well mama order 5 barang actually. Tummy Tube(nak cover peyut bila Arif tgh nen dikhalayak ramai), nursing padding b**, lollipop & pil untuk menggalakkan susu badan(persediaan nak puasa nih)

ehhh yg nih apa pulak ek?
|
|
|
|
|
|
\/

beg yg wajib dibawa hari2 ... yg beg biru tuh, cooler beg also brought from FM :D ..

nihlah isi kandungannya ... pump(jenama pureen), botol susu, thermafreez dan rechargeable battery

hasilnya ... nih semalamnya hasil. skali pump utk yg pertama(12.30pm). Alhamdulillah walaupon puasa semalam dpt gaklah 6.5oz ... kali kedua(5pm) dpt another 4oz(gambo takde .. nak cepat dah nak balik :D)

kaylah ... jam dah menunjukkan 5pm. Masa dah time(ayat bdk2 kat opis nih kalo mama masuk bilik R&D then tutup lampu hhahah). Actually ader lagik nak story kat korg. Kita sambung besok lah ye ... daaaaaa ....


Tuesday, August 3, 2010

Al-Fatihah ....

Dikala azan Maghrib berkumandang mlm tadi, abah dikejutkan dengan panggilan telefon daripada MIL. Khabar sedih diberitakan bahawa sepupu abah, Rinie Amir telah pulang ke Rahmatullah. Arwah disahkan meninggal kerana kemalangan yang melibatkan kereta arwah dan sebuah lori di Cengkau, Rembau N9. Menurut kata abah, arwah meninggal di tempat kejadian. Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.

Kalau tak silap mama, arwah berusia dalam lingkungan 27-28 tahun. Belum lagi berumahtangga dan merupakan anak sulung. Kali terakhir mama jumpa arwah semasa arwah hadir ke kenduri aqiqah Arif pada 17Julai haritu. Waktu itu arwah datang sendirian tanpa ditemani mak teh dan pak teh serta adik2 arwah. Mama agak terkilan kerana mama tak sempat bertegur sapa dengan arwah. Sibuk melayan tetamu yang lain. Ini pun mama terkilan jugak sbbnya malam tadi mama tak dapat menghadiri tahlil dirumah arwah. Bukan apa, ramai yg tak benarkan mama pergi bawa anak2 kecil nih. Dan hari ni arwah akan dikebumikan (mungkin dikala mama sedang mencoretkan di blog ni, arwah telah pun selamat disemadikan) pun juga mama tak dpt nak turut serta. Tak mengapalah. Yang penting doa dari mama sudah memadai untuk mengiringi pemergian arwah.

2 minggu lepas mama ada mimpikan arwah atok (atok pada abah). Mama mimpi masa saat2 kematian beliau. Maklumlah masa arwah atok meninggal haritu mama tak dpt hadir sama sbb mama ader kat Batu Pahat. Dalam mimpi mama tu, arwah atok bangun masa hadirin tengah bacakan Surah Yassin. Arwah atok tercari2 Arif. Lepas arwah atok jumpa Arif, dipeluk dan diciumnya cicit yang baru ni. Kemudian arwah terus rebah semula. Terus mama terjaga dari tidur dan beristifar panjang. Pelik dengan mimpi mama sedangkan masa arwah atok meninggal dulu, mama tgh mengandungkan Arif 5bulan. Mama fikirkan semuanya tuh mainan tidur. Tapi mama mmg ada ceritakan pada abah tentang mimpi mama nih. Tak sangka, rerupanya mimpi mama tuh merupakan petanda bahawa ada saudara mara yang bakal menyusul pemergian arwah atok. Satu kebetulan apabila raya tahun ini, merupakan giliran mama untuk berhari raya di kampung abah (Rembau). Bermakna mama akan sama2 menyambut raya tanpa kehadiran 2 insan yang kami sayangi.

Kejadian ini mengingatkan lagi pada mama bahawa mati itu tidak mengenal siapa, tidak mengenal usia, tidak mengenal pangkat ataupun darjat. Apabila sampai waktu dan ajalnya, kita pasti akan dijemput untuk menghadap Nya. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau cucurilah rahmat keatas saudaraku ini. Tempatkanlah beliau di kalangan para solihin. Amin Ya Allah, Amin Ya Rabbal Alamin. Takziah buat keluarga arwah, (Pakteh, Makteh, Lokman dan Sarah)semoga kalian tabah menghadapi dugaan yang maha hebat ini.


Kau Sahabat Kau Teman - Hijjaz

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati