Followers

Showing posts with label Happy. Show all posts
Showing posts with label Happy. Show all posts

Wednesday, October 9, 2013

Wordless Wednesday #33:GCM, kami datang lagi .... masa untuk bersantai!!

#Tangan saper paling putih .... tetttt ^_^
Cerita ceriti percutian singkat kami akan menyusul. Dah 2 kali pergi sini tapi tak sempat nak update dalam blog. Mak bizi sangat nokkksssss hahahahah

Thursday, July 25, 2013

Selamat hari lahir sayang v2

Okay... yang nih besday wishes v2. Kenapa lak ada version2 nih ek? Genap selang seminggu memang tarikh yg istimewa bagi kami sekeluarga.

Tarikh yang sama hari nih 25/7 tahun lepas, Mama selamat melahirkan kesayangan Mama si kenit Aimy Qaireena. Pejam celik jek ehhh dah setahun dah budak lasak nih.

Selamat hari lahir sayang. Moga kamu dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Ya Allah, peliharalah dan hindarilah anak2 ku daripada segala penyakit, kesulitan dan keburukan serta kemaksiatan didunia ini. Moga kamu menjadi anak yang solehah, taat pada suruhan agama Islam dan org tua, menjadi anak yang cerdik dan cerdas serta menjaga keperibadian mu sebagai seorang muslimah. Amin!!!

Mama n abah sayaaaaaang adik ketat2.... muahhhhh

Thursday, April 11, 2013

Penangan Supa Strikas

Ehhh korang pernah tak layan Supa Strikas nih? Alaaa citer katun men bola sepak yang dok ulang² tayang kat Astro XD tuh .... tengok tak? Tak tengok ker? Ha... balik kang korang cer tekan channel 617 ek ... Layan gaklah katun nih. Alaaaaah dah terpaksa. Mau taknya uols, hero² Mama nih asal balik jek terus ngadap channel nih lah. Si abg long tuh kan, mementang dah sekolah nih, dah kenal nombor, so remote astro tuh, dia yang pegang hokey!

Disebabkan katun nih lah, hero² makin menjadik² semangatnya nak men bola. So tetiap minggu lah dok ngajak Abahnya men bola kat kompleks sukan Paroi nun. Main bola nya kejap jek. Selebihnya dorang men benda lain yang nyata lebih menarik perhatian dorang kat situh .... sabo jeklah ....

Ha tengok ... tengok. Dengan bapaknya skali dok layan ngan menatang tuh. Tah apa benda tah tapi memang rata² bebudak datang sini dorang mesti dok naik tolak tarik benda tuh. Budak² jek yang ramai naik, tapi nih bapak budak pun join sama apa kes! Hahahahahaha

Dah 2 minggu berturut datang sini, rasa cam tak best plak kalo tak berlari² anak sedas dua kan... Tapi apakan daya, takkan Mama nak berjog sambil kelek anak ... ehehehehe hongeh ko ... tak larat aku!! Alasan malas nak jogging nih ^_^

Tuesday, September 11, 2012

Tambah setahun lagi...

Alhamdulillah, semalam bertambah lagik setahun usia Mama. Jadiknya ader 7 tahun lagik nak ke umur 40. Alahai, usia jek makin bertambah tp Mama tetap rasa cam muda jek lagik hahahaha bagi canlah nak perasan sensorang nih ha kan. Syukur Allah masih panjangkan usia Mama untuk beri Mama peluang hidup bahagia dengan keluarga tercinta. Syukur jugak Mama dikurniakan suami yg baik dan terhebat di mata Mama serta anak2 yang comel. Sayang kamu semua... Moga pertambahan usia ini memberi Mama kekuatan dan ketabahan menghadapi suka duka kehidupan ini. Amin...

Monday, September 3, 2012

Gelabah

Hari nih first day tinggal berdua ngan adik Aimy. Alkisahnya, kami dah balik Seremban. Saje balik awal, sbb takut lama sgt cuti tak ke taska, nnt langsung abg2 taknak pegi (alasan) ke sbb emaknya rindu kat apaknya ek? huhuhu sabar2 lum abis pantang lagik. Rini baru 41hr.. hahahaha
Dah tajuk entry pun gelaba, mmg gelabah dibuatnya hari nih. Tak menang tangan nk kemas rumah, nk masak, nk layan sikenit. Huhhh tetiba rasa cam nihlah pes taim br dpt anak, walhal dah 3 dah pun. Nasib baik abg2 hantar ke taska. Kot tak, sure pinsan nk handle semuanya. Ini pun lps Abah balik lunch, Mama dh tergolek dpn tv dgn sikenit. Sedar2 jek dah dkt pukul 5. Lama sungguh daku belayar. Qada' skali mlm tadik berjaga dr kul 2am-4.30am. Skang nih takpelah kena berjaga mlm, jgn dh keje sok mmg tingtonglah kepala kat opis huhuhuhu. Harap2 esok oklah. Takpe, ada 3 minggu lagik nk naik keje kena biasa2 kan diri nih huhuhuhu

Monday, August 20, 2012

Cerita raya 2012


Raya tahun ini kami sambut di kampung belah Abah kat Rembau. Wahhh, best dapat tgk FIL bakar lemang. Makan? Hahaha pantang2 pun ku sesah jua. Bukan senang nak dapat makan lemang yang paling sedap di dunia nih. Dan akibatnya, si kenit Aimy asik berak2 jek huhuhu dan mlm tadik kembung perut. Ya ampun, pasnih tobatlah nak makan.

Gambo raya tak pat nak kongsikan bersama. Gambo semua dlm slr, dan sepanjang berpantang nih, Mama update blog guna tab jek. So tak dptlah nk tnjk baju raya tahun nih. Lagi pun, Mama takde baju raya. Kata dalam pantang. Tapi... jgn tak tau, selain lemang Mama sesah, pergi beraya kat Tampin pun Mama sesah jugak. Tak kira... nak jugak beraya walaupun berstokin hahahaha

Thursday, July 12, 2012

Yeayyy dapat hadiah ....

Pagi² sampai kat opis, time tengah brekpes, tetiba opismate Mama hulur satu sampul surat sambil bagitau ader gift daripada somebody. Siapa dia? Apa tujuan dia bagi kat Mama? Tengok² rerupanya daripada Alycia. Ohhh baru teringat, Mama dapat present nih sempena Mama berjaya teka tarikh lahir Alycia dengan tepat dan pantas. Haruslah Mama tau .... sebab tarikh lahir Alycia sama dengan tarikh lahir hero Mama, si kenit Arif Najwan tuh. Memang takkan lupa punyalah ... Mekasih bebanyak kat Alycia aka Zura. Tahun depan buat lagik ek ... kotlah aku dapat lagik present hahahahahahah dasar tamak kan? :p

Presentnya memang Mama suka sangat. Jom ushar apa yang Mama dapat ... ^_^

Book mark ... 

Brooch 'anggur' ....

Dapat² jek terus berangan yang brooch tuh bleh melaram time raya. Tetiba terus tersedar, tahun nih manalah Mama dapat nak beraya + melaram bagai .... hukhukhukhukhuk ...... Melaram dengan kain batik ngan sanggul tinggi jeklah jawabnya ^_^

Thursday, July 5, 2012

Dalam perut Mama ada lift??


Abg Long: Mama, bb dah turun bawah ker?
Mama: Haa ahh ... (*sambil terpinga² pesal plak dia tanya camtuh?)
Abg Long: Bb turun ikut lift lah tuh.
Mama: Hahahahaa. Dalam perut Mama ader lift ke bang? Mana Abang tau?
Abg Long: Abang tau lah. Dulu² masa Abang kecik², masa Abang duduk dalam perut Mama, Abang pun naik lift.

Adehhhh ... tah manalah dia dpt idea kata ader lift dalam perut Mama nih. Tau plak dia, sebelum dia lahir, dia duduk dalam perut Mama jugak cam bb. Tapi tang, bb dah turun tuh, mmg Mama pelik. Agaknya dia terdengar kot, Mama citer² ngan Abah cakap kengkwn opis kata perut Mama dah turun. Itu pasallah dia tanya bb dah turun ker? Hahahahahah Abg Long oh Abg Long ... ada² sajalah kamu nih ... ^_^

Thursday, May 31, 2012

Gila On9 Shopping??

Hahahahahaha saper yang ader penyakit macam Mama nih, sila angkat kening!! ^_^

Mama start giler on9 shopping nih masa tahun 2009 lagik. Time tuh baru jek pakai berukben. Apalagik, berlagaklah kan sebab speed internet lagik laju dari orang lain kat opis nih yang rata² pakai line streamyx opis. Sangat hampeh .... hahahahahaaha

Masa memula kegilaan tuh datang, Mama sangat suke shopping perfume, barang menan anak (yg 2nd hand jek pun tp mostly branded) baju anak² dan Mama akan pastikan sumernya berharga murah dari pasaran kat luar nih. Errr .. kedekut kah aku? hahahahha Dan lepas Mama bersalinkan Adik@Abg Ngah, banyak barang² untuk BF Mama beli on9 jugak. So skang nih, beli tudung ke, beg ke, baju maxi ke, blouse even bengkung pun mesti nak carik yang on9 punya. Haaa ubat@homeopathy pun Mama beli on9 okey .... Pada Mama senang nak carik daripada dok merayau satu Seremban nih, kekadang tak jumpe apa yang kita nak. Yelah .... dok Seremban nih tak macam dok kat KL tuh ha .... petik jarik sumer ader. Kat sini, kot ader pun harga punyalah mahal banding kat KL nun. So kalo comparekan rega tuh, baik beli on9 jek. Lagik murah, jimat dan selamat. Cumanya kita tak dapatlah nak belek² barang tuh sebelum beli. Alkisahnya, Mama nih takdelah cerewet sangat bab² nak beli or pilih barang, so tuh sumer mmg tolak tepi. Alhamdulillah jugak, dah banyak yang Mama deal, semuanya memberikan service yang terbaik, kalah service kat kedai. Risau jugak kot² ader yang jenis menipukan. Tapi setakat nih, Alhamdulillah .....sangat memuaskan. Sebenarnya, sebelum nak beli tuh pun, Mama akan ushar jugaklah belog or FB dorang dulu. Paling penting, baca komen² daripada pengguna² dia yang lepas². Dah puas hati, barulah confirm Mama akan beli.

Antara website, blog or FB yang pernah jek Mama shopping dan pastinya akan bershopping lagik di sini ...

1) D'Stylo Boutique

2) Biolac EraEdar

3) Cik Sara

4) Danita Maternity

8) Bag

Actually, byk lagik web yang Mama cuma sekadar cuci mata jek. Tinggal tunggu masa jek nak grab. So pendapat korang plak cemana? Suke atau berbaloi ke tidak shopping on9 nih or korang memang jenis yang tak percaya langsung kat benda² on9 camnih? Satu jek barang yang Mama tak try beli on9 lagik. Computer or hand phone gadget. Yang nih sumpah tak berani. Selain rega yang melampau mahal, possibility untuk kena tipu pun tinggi. So barang gadget² memang tak berani nak belilah!!! ^_^

Friday, December 23, 2011

Hari terakhir berkerja untuk tahun 2011

*Mode ceria walaupon tekak rasa loya²*

Hari nih sangat² seronok sebab, hari terakhir Mama kerja untuk tahun 2011. Minggu depan Mama dah start cuti panjang, sampai tahun depan. Biasalah, tetiap tahun asal ujung tahun jek, mesti Mama akan cuti lama. Sebabnya, time nih jeklah kami sebagai lecturer nih boleh ambil cuti. Seronok jugak, tatkala orang lain tengah takde mood nak keje, kami dah dapat cuti dulu. Lagi pun, company Mama nih agak sengallah. Cuti annual kami nih takleh nak carry forward. Nak taknak memang kena habiskan. Tuh yg kami dok pakat kumpul cuti, akhir tahun leh cuti panjang. Hahahahah minggu depan, Academic Department tutup yer ... Harap Maklum ^_^

Kemanakah agaknya kami cuti kali nih? Jeng ... jeng .. jeng .... Tahun depanlah Mama story ek. Memandangkan, Mama cuti seminggu, so maknanya, blog pun kena cuti seminggu jugaklah. Insya-Allah, kalo ader masa bleh update, Mama update.

La nih, Mama tengah panas montot sebab tak tau nak buat apa kat opis nih. Semua kerja² Mama dah siapkan. Ikut hati nak jek balik rumah. Tapi kang tetiba lah ader orang carik pulakkan. So, Mama dah plan aktiviti hari nih ...
 1st Activity: BW sambil updated blog

2nd Activity: Selak² 'mukabuku'

Hahahaha nih aktiviti wajib .... Main Angry bird ^_^

Selamat bercuti yer kengkawan!!! Jumpa lagik tahun depan 2012 ^_^

Thursday, August 25, 2011

Melawat Rumah Anak Yatim, Orang Tua & Orang Kurang Upaya

Pagi semalam, kami (beberapa lecturer dan 3 orang student) berkesempatan menghulurkan sumbangan kepada mereka² yang memerlukan. Aktiviti nih, memang menjadi aktiviti wajib yang dianjurkan oleh Kelab E-Bisnes. Sebenarnya, senarai nama yang kami dapat agak ramai jugak, tapi memandangkan sumbangan yang kami kumpulkan tidaklah mencukupi untuk diberikan kepada semua. Insya-Allah, di lain masa kami akan tetap memberikan sumbangan kepada yang lain. Apa yang ada nih pun kami dah bersyukur sangat. Terima kasih banyak² kepada staff, pelajar dan juga ibubapa pelajar yang sudi memberikan sumbangan. Walaupun tak banyak, ALLAH saja yang dapat membalas jasa baik kamu semua. Amin!!!!

Siap sedia masuk² barang dalam kereta

Dah sampai .... Tapi Rumah anak-anakku, penghuni takde. 
Dorang sekolah pagi tuh kan ...

Beramah mesra dengan penghuni Rumah Ibuku

Salam² time. Biler mereka mula peluk cium pipi, Mama dah start tacing dah. Takleh tahan, terus meleleh airmata nih. Huwaaaaaa teringat dekat Arwah TokMak n Arwah Tok Puan Mama. Rindu kat dorang masih membara walaupun dah hampir 10 tahun mereka pergi meninggalkan kami sekeluarga .... :(

Bergambar kenangan. Insya-Allah, umur panjang kami datang lagik yer ....

Destinasi seterusnya OKU di Mambau.

Thanks to Umie sebab sudi ajak kami lecturer nih pergi sama. Rasa seronok dapat jumpe mereka nih. Insya-Allah lepas nih kami akan datang lagik untuk mengeratkan lagik silaturrahim ....

Tuesday, August 9, 2011

Bonus oh bonus

*Picca taken from mr.google*
Wahhh .... seronok jek pepagi tadik dengar kat radio, yang penjawat awam dapat bonus setengah bulan untuk raya nih. Time tuh mulalah Mama dok berangan, kalolah Mama nih penjawat awam. Kan ke best. Ini dah 4 tahun kerja sini, jangankan kata bonus, increament pun 4 thn baru dpt skali. Macam mana Mama leh bertahan kat sini Mama pun tak taulah. Maybe setakat nih bleh lagik nak menampung perbelanjaan sendiri. Sok anak dah bertambah, haruslah carik keje lain nih. Mana bleh stay sini dengan gaji ciput.

Alhamdulillah berita gembira nih Mama dapat gaklah tempiasnya. Tak banyak sket pun jadiklah. Tak brani nak mintak lelebih kat Abah sebab memang dari kecik lagik Mama dah dididik jangan meminta duit atau barang dari orang lain. Takde duit buat cara takde duit. Tuh pasal kekadang kalo Abah tanya Mama nak beli apa² baju ker henbeg ker kasut ker memang Mama tak mintak pun. Biasanya jugak barangan, pakai harian Mama beli pakai duit sendiri. Kot mintak kat Abah pun duit tuh nanti Mama buat beli baju anak² jek. Tahlah ... tak pandai ler nak mintak² tp kot nak bagi Mama amik jek ehehehehehehe

Apapun, lega jugaklah tau gomen bagi bonus. Atleast blehlah beli baju raya untuk hero² kami tuh. Cian adik, asik recycle baju Abang jek. Sesekali nak jugaklah tengok Adik pakai baju baru jugakkan. ^_^

Tuesday, March 15, 2011

♥ 3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011♥


17 March 2011 - 20 March 2011

Yeayyyy ....  tak kira ... Mama nak ripit lagik nih hu3 Kalo last year Mama join time tuh tgh memboyot2 bawak Arif Najwan dalam perut. So kali nih harap2nya bleh bawak Arif Najwan tengok skali hu3. Walaupun Abah tgh berkursus skang nih, sempat lagik Mama sms bgtau kat Abah nak pegi jugak tgk belon nih wiken nih. Abah plak reply ... bleh ajek .. yessss .... Jom layan picca tahun lepasnya event yek :D

 Nihlah antara belon2 yg kami sempat snap ...

Levi's siapa yang tercicir nih? hu3

Tak kira .... nak pegi jugak!! Hahahaha time nih Mama ngam2 sbln sebelum meletup :D

Melayan kerenah anak2 buah Mama. Betullah korang nih tau, sempat paw makngah ngan mokde swuh beli bubble tuh kan huhuhuhuh

 Wajah2 ceria anak Mama - Ayie Zakwan :D

Last year kitorang pegi, sampai sana dalam kul 5.00 petang tp belon tak naik lagik sbb cuaca time tuh macam nak ujan jek. Tunggu dekat sejam jugaklah barulah satu2 belon dinaikkan ... sebenarnya suka pegi sini sbb suka tgk budak2 kecik teruja tgk belon2 besar tuh berterbangan kat udara. Ayie time nih kemainlah sukanya ... tuh yg ingat tahun nih nak bawak si kecik skali. Tah larat tah tidak nak mengendung si kenit yg makin lasak tuh. Sesilap tahun nih kalo dapat pegi, Abah takleh nak shoot bebyklah gambonya. Sebabnya kena tolong kendung si kenit tuh jugak. Nak harapkan Mama yg shoot gambo2? Kem salamlah ... tangan I tak bedung lah hahahahahahha

Monday, February 28, 2011

♥ 2 eKoR SiNGa MeNYeRaNG oPiS MaMa!!! ♥

Ha .... terkejut tak tgk tajuk tuh? Series Mama tak tipu .... Sempat lagik kitorang snap gambo singa tuh ... Jom tgk jom ....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

 Heeeeee .... Bukan singa betul .... Tapi tarian singa daaaaa. So last week hari Jumaat kolej Mama buat sambutan CNY. Siap panggil tarian singa bagai lagik. Mama lak mmglah teruja betul tgk singa2 nih dtg. Sebabnya mmg dari kecik lagik, kalo ader jek jenjiran yg panggil singa2 nih dtg umah, Mamalah orang yg paling kepoh skali nak tgk. Tak padan ngan takot mercunnya tuh, tetap gak nak tgk. Sebab rasa singa nih comel jek hu3. 2 ekor singa nih yg kaler merah tuh sgt2 notty. Tau sebab apa? Sebab dia suka kacau2 kami2 yg ladies nih. Siap datang dekat n nyondol2 lagik kat kitorg hahahahahah Mama? Tetap menten amik video ngehngehngehngeh .....


Kat atas nih plak aksi2 gediks kami2 yg staff nih hahahahah Bukan selalu dpt berposing sakan camnih tau. Nak2 bagi Mama yg mmg tak pandai nak berposing nih. Oooopppsss kalo korang pasanlah kan, tema kitorg harituh kaler MERAH. Suka jek tgk semuanya merahhhhhhhh jek. So next year nak panggil lagik ker? Hu3 nih pun cost dia dah cecah RM400 tau. Tetiba plak opis Mama nih cam banyak jek duit. Heran tul kan .... takpelah, tuh Mama tak masuk campur. Jangan sok2 ader yg mengungkit sudaaaaaaa ...... hahahahahhaha

Wednesday, February 16, 2011

♥ D-Day ♥

Last Monday Student IT Club Mama anjurkan satu aktiviti Dedications Day. So tema pakaian pink or red. Jadiknya ramailah time tuh yg ber"pink" dan ber"red" tapi apa yg pasti Mama berjaya jugak pakai baju kaler pink hokey .... 
Memandangkan time tuh D-Day n sekaligus student2 dapat result last sem, so ada gaklah student yg bagi sweets n coklat kat Mama. Haaaaa haruslah yg lulus subjek Mama yg bagi tuh .. ngehngehngeh ... 
Pelagik ... jom layan picca .... 

 Kami2 yg pink kaler .. ehhh terselit lak brown kaler kat situh

Lollipop yg Mama dapat .... haaaiiii puaslah Ayie melantak gegula nih sampai buntang hu3

Monday, December 27, 2010

♥ WeeHuuu ♥

~n3 Auto Publish sbb hari nih sehari suntuk mama bizi ngan presentation projek PHP~
Picca ihsan dr en. google

Yesssss ... minggu nih dah start study week tuk student mama. It's mean blehlah mama berehat setelah hampir 4 bulan memerah keringat mengajar bdk2 nih.
Dan juga .... banyaklah masa mama nak berceloteh kat sini .. nak blogwalking ngan hati yg senang lenang ... heheheheheh 
BeSTNYaaaaaa .... SYoKKNYaaaaaaa .....