Followers

Thursday, September 29, 2011

Panggilan Haji Ayah Bonda tercinta

Semalam Mama cuti semata untuk berjumpa dengan Mak Abah Mama sebelum mereka berangkat ke tanah suci Mekah hari ini. Nih merupakan kali ke-2 Mak Abah menunaikan haji. First time dulu, tahun 1998. Masa tuh Mama dalam semester 3 diploma. Sedih time tuh sebab tak dapat hantar hatta amik dorang sebab, masa time dorang nak berlepas tuh, Mama ada project presentation dan masa dorang balik pulak, Mama tengah final exam. Ingat lagik, lepas present terus berlari ke toilet, dan² nangis dalam toilet tuh sbb teringat kat Mak Abah. Itu yang seboleh²nya tahun nih, Mama tetap jugak berkeras nak hantar dan nak amik dorang. Alhamdulillah, sekarang nih, Mak Abah dah selamat berlepas.


 @Rumah KakLong, Serdang.
Bergambar bersama kaum keluarga ...
Dah start sebak biler satu²nya adik lelaki Mama azan. Time bersalam-salaman takyah citer. 
Berjuraian airmata tak henti².
 @ Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.
Kemas² beg lagik. Bizi betul Abahku yang sorang ini ... ehehehehehe
Mak Abah tercinta ... Semoga Mak Abah mendapat haji yang mambrur, dikurniakan kesejahteraan untuk menunaikan ibadah dan semoga selamat pergi dan kembali. Amin!!!! We love u Mak & Abah ... Muahhhhh

Thursday, September 22, 2011

Minyak petrol habis??!! Biar betik ... lawak apakah ini??

Haaa ... nih bukan minyak petrol kat mana² yang habis minyak. Tapi kes si chumil Mama nih yang habis minyaknya. Hahahahah memang lawaklah.

Kejadian berlaku petang semalam otw Mama balik keje. Cam biasa, kancil Abah yang bawak. Abah lak jenis yang suka betul isik minyak RM10 jek sehari. Nak dijadikan cerita, petang semalam otw balik tuh, tetiba lah Abah call. Mama memang dah terdetik dah kalo Abah call memang takde lainlah, mesti si kancil breakdown. Rerupanya betul. Tapi belum sempat Mama bertanya apa yang rosak, Abah terlebih dulu mengaku yang minyak petrol dah abis. Teruslah cam peluru berpandu Mama bebel² kat Abah. Abah dengan rileksnya jawab, nak ke stesyen minyaklah tp tak sempat pulak. Sabo jeklah .... Sebaiklah time tuh Mama ader kat belakang Abah. Kot Mama dah sampai umah dulu, kompemlah kena patah balik pulak. Sudahnya semalam lambatlah sket amik hero² kat Taska. Cian dorang .... cian jugak kat myra ku ini. Haus sampai kering tekak dia ....^_^

Tak pernah umurlah Mama drive kereta sampai habis minyak. Tetiba Abah lak leh buat lawak camnih ... aduyaiiii ... hahahahah

Thursday, September 15, 2011

Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef!

Tetiba plak terpandang iklan dari Kekanda Nuffnang. Macam best jek nih. So ader saper² diantara blogger yang nak join? Mama rasa blogger yang paling layak offcourse lah Mat Gebu. Tengok blog abg Mat pon dah meleleh air liur, belum lagik rasa masakan dia. Kompem leh pinsan sebab sedap sangat ... muahahahha. Mama?? Sorielah ... silap² awal² dah disqualified ^_^

Jadiknya pada blogger² yang memang tegar bab masak memasak atau yang tak terpilih nak masuk dalam rancangan Masterchef Malaysia anjuran Astro tuh, lehlah mencuba nasib masuk yang nih plak. Mama tengok hadiah dia pun cara gak tuh ... pe lagik ... jom cepat join ....

Nak tau cemana nak join, klik sini. Selamat Mencuba ^_^

Tips Mendidik anak

Pagi nih macam sengal jek Mama sebab hidung masih lagik tersumbat dan batuk masih lagik tak elok. Susah betul nak bernafas nih. Buat apa pun semua tak kena ... tensen betul. So korang layan jeklah tips yg Mama dapat dari FB nih. Leh kita kongsikan bersama ....


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).


2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari
(Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)


3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)


4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, 
mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh.
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda,
cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya.


11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.
Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


15. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Wednesday, September 14, 2011

Takut HANTU!!!!

Hari nih hari ke-3 Abah kursus kat Melaka. Mama 3 beranak berkampunglah kat umah MIL. Dan dah 2 malam jugaklah kami tido tanpa ditemani Abah. Time Abah takde nih, macam² hal betullah hero² Mama nih. Si Abang, dah 2 malam time nak tido 2-3 kali kena tukar tempat sebab dia taknak tido kat penjuru katil. Selain dia takut dia terjatuh katil, dia cakap kat Mama, nanti hantu tangkap dia. Puaslah Mama pujuk² sambil tido peluk 2-2 hero.

Pagi tadik, kul 5 si Adik dah bangun. Mama bagi susu dengan harapan dia tido balik. Habis sebotol, Adik dah mula bercerabih mulutnya. Takde makna nak tidolah tuh jawabnya. Mama biarkan jek sambil pejam mata dengan niat nak sambung tido. Tetiba .... "Ma ... maaa ... ntu ... ntu ... " sambil tunjuk kat kipas syiling bilik. Mama terus peluk adik sambil pujuk² bagitau hantu dah lari. Mama dah halau. Aduhaiiii apa betul ke bilik haku nih ader hantu? Arghhhh ... sudah ... Mama pun takut jugaklah camnih.

Abah!!!!! Cepatlah balik .... huhuhuhuhuhuh

Monday, September 12, 2011

32 tahun sudahhhhh ....

Gambar di usia 32 tahun. Saje nak glamer. Asik² gambo hero² jek ...
Tanggal 10 September 2011 yang lepas, genaplah usia Mama 32 tahun. Aisehhh ... kejap jek dah 32. Lagi 8 tahun dah 40 pulak. Serasa Mama macam baru jek semalam sambut besday yang ke-17. Tup2 hari nih dah 32 dah ker?

Alhamdulillah .... Allah masih lagi beri Mama peluang untuk meneruskan kehidupan selama ini. Semoga Allah panjangkan usia Mama, dimurahkan rezeki (harap² pasnih leh dapat bb gurl plak) hidup kekal bahagia ke akhir hayat bersama suami dan anak² tercinta. AMIN!!!!

Mekasih kat kengkawan, family, kenalan yang wish besday kat FB. Tak sangka dan tetua nih ader lagik orang ingat besday Mama (elehhhh padahal FB tuh mmg auto generate besday semua orang kan? Perasan jek haku nih!!!).

p/s Tetiba teringat pesan Arwah TokMak. Tiap kali besday, baca surah Al-Fatihah ikut berapa usia kita. Mudah²an dipanjangkan umur ... Tetiap tahun buat tapi tahun nih bleh plak terlupa. Astaghfirullahalazim ... Apa nak jadik Mama nih. Sempat lagik kalo nak baca nih ...

Friday, September 9, 2011

Mama, simpan duit raya nih. Ayie nak beli .....

Situasi 1 - Sehari sebelum raya (kat umah tokmak Batu Pahat)

Mama tengah basuh pinggan kat dapur tetiba ....

Adli: Mama .... Ayie nak beli pistol.
Mama: Haaaa?? Pistol?? Ayie ader duit ker?
Adli: Adaaaa ....
Mama: Mana duit Ayie?
Adli: Kat Abah .... (sambil terus berlalu carik Abah dia)

Kat dalam bilik kami, Mama terdengar suara dia ....

Adli: Abah .... Abah ader duit tak??
Abah: .................. (takde jawapan)
Adli: Abah .... Abah ader duit tak??
Abah: Adaaaa ... nak buat apa?
Adli: Ayie nak beli pistol ....
Abah: Ishhh ... kat sini takde kedai jual pistol.
Adli: (melalaklah sekuat hati nak beli pistol ... cian anak Mama)

Situasi 2 - Hari Raya time ....

Lepas salam² pagi raya, Adik beradik Mama mulalah start bagi² duit raya kat anak² buah memasing. Mama tengah dok posing², tetiba Abang datang kat Mama ....

Adli: Mama ... nah simpan duit raye Ayie nih. Nanti Ayie nak beli pistol.
Mama: (Aduhaiiii .... tetap jugak nak beli pistol ker?)

Start daripada tuh, tiap kali orang bagi dia 'angpow' raya, dia mesti bagi kat Mama swuh simpan then dia cakap nak beli pistol. Sampailah raye ke-3 kami dah balik Seremban, terus malam tuh jugak dia ajak kitorg pergi kedai beli pistol. Ikutkan jeklah ... beli kat kedai RM2 jek pun. Tapi takdelah pakai duit raya dia. Ingatkan lepas dapat pistol tuh habis camtuh jek. Esoknya dapat lagik duit raya, bagi kat Mama dia cakap nak beli senapang pulak. Lepas tuh dapat duit raya lagik, nak beli kereta control pulak. Pulak daaaaaahhhhhh .... dah pandai dah skang nih. Mama ngan Abah dia jugak yang pening nih ha ... huhuhuhuhuh

Thursday, September 8, 2011

Glamer jap ... Maceh eB ^_^

Wahhh ... satu penghargaan buat Mama. Terselit disitu gambar Mama ngan hero² kenit. Terima kasih bebanyak sahabat mayaku eB.


Mama memang suke ngan blog eB nih. Tetiap hari mesti tak pernah miss tuk singgah. Antara sebab Mama suka singgah sebab eB mesti jamukan dengan gambar² mereka sekeluarga. Cantik² angle gambar mereka tuh. Tambah lagik dengan tuan empunya badan yang memang cantik, ceria dan comel. Suke jek tengok happy family nih ...

p/s Dah lama teringin nak jumpe eB. Tah bilerlah gaknya dapat ketemu yek ^_^

Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday #7 - Tolong Saye!!!

Abah ... tolong!!! Abang nak tumbuk Adik ....

Tuesday, September 6, 2011

Hantu Bonceng Toqqq ....

TERBAIKKK!!!!
Ya ... inilah yang memang Mama dapat katakan. Alkisahnya, Mama baru tengok filem nih petang semalam. Memang tak rugi lah beli tiket memahal kami amik twin seat RM24 sebab dari awal cerita sampai habis, penonton satu panggung gelak tak henti². Mama punya gelak pon memang tak coverlah. Sebaik tak berguling² dari atas sampai ke skrin tuh jek ehehehehehe

Pada Mama inilah cerita paling baik+bagus+lawak=menjadi oleh Ahmad Idham. Mulanya Mama pun rasa cam tak berapa konfiden nak tengok. Takut² takdelah lawak mana. Sebab kalo tengok barisan pelakon yang memang pak lawak pun Zizan sorang jek. Semalam sebelum keluar rumah, sempat lagik Mama carik review pasal filem nih kat internet. Rata² semua bagi komen yang +ve. Siap swuh cecepat tengok sebab takot tiket sold out. Time tuh barulah rasa konfiden. Memang best dan memang lawak habis. Jalan cerita sempoi dan tak berat. Sampai ke hari nih Mama still ingat lagik jalan cerita dia.

Jom kita baca sinopsis filem ini.
Hantu Bonceng mengisahkan Amran seorang penghantar pizza yang gemar berlumba drag motorsikal secara haram. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang gadis bernama Maya sebagai hadiah kemenangan. Malang tidak berbau, ketika Amran hendak membawa Maya yang memboncengnya itu keluar dari kawasan perlumbaan, mereka telah kemalangan dan bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karibnya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Nak tau selanjutnya klik sini yek.

Pada Mama, filem nih banyak mesej dan pengajaran yang hendak disampaikan. Bukan kita tengok, kita gelak kosong jek tau!! Selamat Menonton ....

Sunday, September 4, 2011

Cerita ceriti Lebaran 2011

Keluarga Hj. Abdul Hamid

Alhamdulillah, syukur Mama masih lagik diberi kesempatan untuk menyambut raya pada tahun ini. Raya tahun nih, giliran beraya belah Mama. Walaupon keluarga kami nih kecil, Atok nenek dah takde dah tapi kemeriahan tetap terasa. Lebih² lagik, tahun nih dapatlah Mama balas dendam makan ketupat, sayur lodeh, ayam masak merah, rendang dan kuah kacang. Hero² Mama pun seronok jek dapat makan ketupat ngan lauk lodeh. Dorangkan orang N9, so dah biasalah makan masak lemak nih kan. Memang takde masalahlah nak jamu mereka berdua makan di pagi raya.

Kalau tahun sebelum² nih, kami sekeluarga pakat amik gambo kat studio. Tapi tahun nih lain sket. Kat studio jugak tapi studio dalam umah. Photographer dia tak lain tak bukan mestilah Abah. Raya pertama kami beraya dia area Batu Pahat jek.
Anak Cucu Hj. Abdul Hamid (cucu kenit dah lari pergi beraya huhuh)
Keluarga Mama ngan Mak & Abah
Tragedi petang raya hero kenit Mama nih, jatuh tangga gara² kena sergah ngan Abang. Hidung dia terhantuk kat bucu tangga sampai mengalir keluar darah dari hidung belah kiri. Aduhaiiii terhenti seketika rasanya jantung Mama nih. Yang herannya, kenit nih nangis meraung kejap jek. Tak sampai 2 minit, pehtu dia dah bleh buat aksi² stunt macam biasa. Risau punyer pasal sebab tengok batang hidung dia lebam, kot²lah patah idung mancung dia nih kan Mama ajak Abah bawak Adik ke hospital. Sebaik spital depan umah Mak jek. Kalo nak pegi klinik kompem takde klinik yang bukak. Sampai kat Jabatan Kecemasan HBP, orang kemain ramai. Lepas saringan, kami dapat nombor giliran 1077, tengok nombor yang sedang dipanggil 1068. Oklah tuh, takdelah lama nak tunggu turn. Tapi sangkaan Mama meleset sama sekali. Masa yang diambil terlalu lama. ½ jam untuk sorang patient. Itupun dia check patient 5-10 minit, lepas tuh tah apa yang dia buat sampai nak amik masa lama untuk panggil giliran seterusnya. Orang sakit makin lama makin ramai. Dengan baby² yang demam panas nangis tak henti². Memang Mama hangin betul time tuh. Sampaikan ader orang siap masuk bilik rawatan mintak dorang panggil patient cepat sket. Nak kata bilik rawatan tuh 1 jek, tidak pun. Ada 3 bilik dan setiap bilik ader berlainan kod. Kes Adik kena kod bukan kecemasan. Patutnya bukan kecemasanlah cepat sebab, dorang check sekejap jek. Mama malas nak tunggu, datang spital kul 6pm, tapi masa Azan Maghrib baru 2 orang jek yang masuk. Mana tak hangin .... terus Mama ajak balik jek rumah. Sesambil doa² adik tak serius. Alhamdulillah, setakat sampai hari nih, elok jek aktif dia cam biasa. Hidung pun tak lebam dah. Harap² oklah ... Insya-Allah ....
Adik Arif Najwan yang lasak
Raya ke-2, kami beraya ke Kluang, kampung halaman Mak. Atok nenek dah takde, jadiknya kami cuma beraya ke rumah saudara mara Mak aje. Itupun dah tinggal siapa jek. Sedih biler teringatkan mereka² yang dah pergi meninggalkan kami nih. Bertambah sedih biler lalu depan umah arwah tok kami. Rumah tuh dah jadik nursery dah. Sedih sangat .... Dan juga, tragedi raya ke-2 kami, biler malam tuh kami dapat call yang Makcik kami telah pergi meninggalkan kami buat selama²nya ... Al-Fatihah untuk arwah Makcik Zaharah.

Rumah arwah Tok. Gambar nih diambil tahun lepas masa belum kena jual. Tahun nih, tak sempat snap gambar. Tapi rumahnya dah tak macam nih dah. Tggl umah atas jek. Yang belakang dah habis kena roboh ... Sedih :(
Apapun hari raya tahun nih tetap meriah. Tahun depan? Dah tentu akan lebih meriah sebab tahun depan Insya-Allah Mama akan beraya belah Abah kat Rembau pulak. Seronok raya kat sana sebab dapat menumpang kasih merasa beraya kat kampung. Maklumlah, Mama dah 8 tahun takde kampung. Time tuhlah segala nostalgia Mama masa kekecik terus teringat balik. Dapat kumpol dengan sepupu sepapat. Ishhh tak sabar pulak rasanya nak tunggu raya tahun depan hahahahahha

p/s Esok Mama cuti lagik .... jangan jeles ... ngeeeeeeeeeee .....

Saturday, September 3, 2011

SaLaM LeBaRaN

*Sticky Post until 5 Syawal 1432*


SeLaMaT HaRi RaYa
MaaF ZaHiR BaTiN
Dari, Mama sekeluarga ....