Followers

Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Demam Ombak Rindu

Tak habis² sana sini orang dok bercerita pasal ombak rindu nih. Mama meluat ker? Ehhh taklah. Ekceli I dah tengok dah masa hari ke-2 tayangan filem nih tau. Haaaa khelasss kau Maria!!! Orang lain punyalah makan hati sebab tiket manjang sold out. Mama plak suka hati sebab dapat jadik antara orang terawal tengok. Cumanya tak sempat nak story morry kat sini sebab Mama menunggukan gambo kami berempat masa berjimba² dalam cinema tuh. Sampai la nih, mak buyung tuh tak send lagik. Ishhh takleh tunggu lama nih ... kena kongsi jugak apa perasaannya. Walaupon bukan pegi tengok ngan Abah pun. Tengok ngan kaki² filem melayu meleleh² nih jek Hehehehehe

Filem nih saaaaaaaangaaaat best!!! Salah satu sebab Mama teruja nak gi tengok sebab Mama memang dah lama baca novel nih. Sejak novel nih keluar dalam tahun 2003 kot tak silaplah ek. Memang Mama dah jatuh chenta dah ngan novel ombak rindu nih. Time tuh mulalah feeling² kot boipren I cam Hariz nih kan. Padahal time tuh dah selamat berchenta ngan Abah dah pun. Takde pulak ciri² dorg nih sama hahahahah sorie arrr Bah. Tak sama bukan makna I tak chenta kat U. Still Abah tetap dihatiku selama²nya eheheheh saje jek nih ayat pancing. Abah bukannya ader masa sangat pon nak baca blog Mama nih pon kan heeeeeeee

Mama bleh dikatakan dah hafallah jalan cerita dalam novelnya tuh. Kata addicted kat Hariz tuh ... haruslah hafal ... So pendapat Mama, sebab kita dah tau jalan cerita sebenar, dan kita dah tengok jugak filem nih. Jadiknya jalan cerita dalam filem nampak terlalu rushing. Memanglah takleh nak buat atau ikut bulat² jalan cerita dalam novel tuh. Kang berhari² pulak orang kena dok berkampung kat panggung wayang tuh plakkan? So, rasanya ombak rindu nih tak berapa sesuai kalo difilemkan. Lebih sesuai buat drama. Leh gantikan slot cerita Tentang Dhia tuh nanti. Apapun, filem dia memang best. Pelakon Aaron Aziz berjaya membuatkan Mama jatuh chenta ngan dia jugak. Maya Karin memang menjadik watak gadis kampungnya tuh. Lisa Surihani berjaya membuatkan Mama menyampah tengok dia. Tetiba terfikir plak, watak Lisa tuh patutnya sesuai bagi kat Si Memey jek. Memang padan benar. Dan yang paling meluat tengok Azizah Mahzan. Aduhaiiiii tolonglah Makcik ... Seksa sangat tengok dress up U tuh. Ehmmm kotlah nanti U kata U kena ikut kata pengarah plak kan? Takleh nak cakap apalah ... So ... pada yang belum tengok, cecepatlah tengok yek. Lain orang lain pendapatnya. Tapi setakat nih takde plak yang komen kata filem nih tak best ... ^_^

Bukti yang Mama dah g tengok tau. Ooopppsss .. kot korang pasan tarikh n waktunya tuh, wat² tak nampak jeklah yek ... hikhikhikhik ^_^

Tuesday, September 6, 2011

Hantu Bonceng Toqqq ....

TERBAIKKK!!!!
Ya ... inilah yang memang Mama dapat katakan. Alkisahnya, Mama baru tengok filem nih petang semalam. Memang tak rugi lah beli tiket memahal kami amik twin seat RM24 sebab dari awal cerita sampai habis, penonton satu panggung gelak tak henti². Mama punya gelak pon memang tak coverlah. Sebaik tak berguling² dari atas sampai ke skrin tuh jek ehehehehehe

Pada Mama inilah cerita paling baik+bagus+lawak=menjadi oleh Ahmad Idham. Mulanya Mama pun rasa cam tak berapa konfiden nak tengok. Takut² takdelah lawak mana. Sebab kalo tengok barisan pelakon yang memang pak lawak pun Zizan sorang jek. Semalam sebelum keluar rumah, sempat lagik Mama carik review pasal filem nih kat internet. Rata² semua bagi komen yang +ve. Siap swuh cecepat tengok sebab takot tiket sold out. Time tuh barulah rasa konfiden. Memang best dan memang lawak habis. Jalan cerita sempoi dan tak berat. Sampai ke hari nih Mama still ingat lagik jalan cerita dia.

Jom kita baca sinopsis filem ini.
Hantu Bonceng mengisahkan Amran seorang penghantar pizza yang gemar berlumba drag motorsikal secara haram. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang gadis bernama Maya sebagai hadiah kemenangan. Malang tidak berbau, ketika Amran hendak membawa Maya yang memboncengnya itu keluar dari kawasan perlumbaan, mereka telah kemalangan dan bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karibnya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Nak tau selanjutnya klik sini yek.

Pada Mama, filem nih banyak mesej dan pengajaran yang hendak disampaikan. Bukan kita tengok, kita gelak kosong jek tau!! Selamat Menonton ....

Thursday, July 21, 2011

Poco² - adegan yang tidak ditayangkan dalam JUVANA

Serius lawak scene nih. Bleh plak dorang bergurau time tengah shoot joget poco². Jom tengok ... ^_^


Apapun kesudahan JUVANA memang best .... Tak puas pulak rasanya tengok JUVANA nih. Sekejap sangat episodnya tuh ....

Friday, May 20, 2011

Review Nur Kasih The Movie

Wahhhhh .... demam citer Nur Kasih kembali lagik. Saper dah tengok? Cecite² .... Ngeh ... ngeh ... ngeh .... saje jek Mama nak gtau kat korang yang Mama dah tengok citer nih dah. Oppsss Mama tak tengok ngan Abah tau. Tapi Mama gie tengok ngan kawan Mama. Abah tak minat citer² cenggini. So dia bagi green lite leh tengok ngan member. Pelagik ... cargas ...

Ok² tau ader yang tak sesabo nak Mama bgtau best ke idak citer nih kan? Korang rasa? Sempat lagik nak dera korang lagik nih ecehhh cam ramai jeklah nak baca blog hakak nih pun kan? takpelah ... perasan sendiri jek.

Kalo Fast5 Mama bagi 8/10 tapi citer nih Mama bagi 9.9/10 heeeeeeeeeeee Memang Best!!!!! Awal cerita sampai akhir memang sedih. Tapi ada happynya nak² si kecik Miasara tuh ha. Comel betul dia. Tipulah kalo Mama tak menitik air mata .... tapi kena control jugaklahkan .. Heheheheheh Mama review sket jek ek. Takut review sumer kang korang marah plak nanti.

Awal penceritaan mengisahkan Aidil yang baru kematian isteri, tinggallah Aidil dengan 2 anak, Ilyas dan Maryam. Ilyas sangat² memahami kesedihan Aidil. Anak saper lah nih gaknya. Pandai berlakon. Tiap bait ayat dia mesti buat Mama tersentuh. Tetiba touching terus teringatkan Si Abang. Maryam plak agak nakal dan suka cakap lepas jek. Budak lagik, tak paham apa. Adam dan Nur bukak tempat belajar agama untuk remaja² yang rosak akhlak. Berita gembira Nur pregnant tapi akhirnya keguguran buat kali entah keberapa gaknya, membuatkan Adam dan Nur ambil keputusan untuk bercuti ke Jordan. Masa bercuti nihlah macam² berlaku. Memula Adam mimpi Nur kena tembak mimpi rupanya then keretapi yang dorang naik berlanggar dengan lori minyak, time nih plak, Nur tak sedarkan diri dan Adam ader berdoa memohon agar Allah ambil apa saja dari dia tapi bukannya Nur. Cincin perkahwinan Nur hilang tetengah padang pasir, ribut pasirlah, Adam hilang plak lagik .... dan akhirnya Adam bertarung nyawa sebabnya menghadapi masalah jantung. Saper ingat masa drama dulu ader peristiwa letupan kat Mumbai, Adam terkena serpihan letupan tuh yang tertinggal dalam badan dia. Dan serpihan tuh dah kena dekat jantung dia. Time nih jugaklah rerupanya Nur pregnant lagik cepat sungguh pregnantnya. Dan di saat² kematian Adam, rerupanya ader orang yang telah mendermakan jantung untuk dia. Adam tak mati masa muda. Tapi dia mati masa dah tua. Huhuhhhuu nanti korang tengoklah sendiri kenapa lak tetiba ader masa muda ngan tua lak ...

Apapun thanx tuh "member Mama" tuh sebab sudi nak temankan Mama tengok citer nih. Korang pergilah tengok ... pada Mama memang best layan citer nih. Tapi kot korang dah tengok nanti korang rasa tak best, janganlah plak marah Mama yek .... ^_^

Saturday, May 14, 2011

Fast Five

Akhirnya, setelah hampir 3 tahun Mama tak tengok movie kat panggung wayang, hari Selasa lepas, baru dapat balas dendam tengok movie. Sesambil dating ngan Abah anak² plak kami hantar ke Taska heheheh kami pakat nak tengok citer nih. Actually kitorg memang tak pernah miss follow citer Fast n Furious nih. Almaklumlah, memasing memang suka sesangat ngan resing² keta nih. Tuh pasal lah si Abang dah menurun perangai kitorg. Pantanglah nampak citer car resing kat TV, jangan sesekali berani nak tukar ke channel lain. Mengamuklah jawabnya si bujang yang sorang tu.

Pasal movie nih, Mama bagi rating 8/10. Hilang 2 markah sebab kurang aksi resing². Tapi jalan cerita kali nih memang best. Sebabnya ada gabungan pelakon² dari 2 Fast 2 Furious, Tokyo drift ngan Fast n Furious 4. Mereka bergabung semata nak hapuskan penjahat yang lagik jahat dari dorang. Dah macam citer ala² Leverage pun ader dah.  The Rock pun ader jugak berlakon sebagai Polis yang bertanggungjawab tuk tangkap mereka² nih. So pada sesapa yang minat dengan filem ala² resing, tak rugi tengok. Serius memang best. Dan akan ader sambungan yang ke 6 pulak. Lagik thrill lah rasanya .... huhuhuh tak sabar nak tunggu sambungan dia.

Jom kita review sinopsis citer nih ......

Vin Diesel and Paul Walker lead a reunion of returning all-stars from every chapter of the explosive franchise built on speed in “Fast Five.” In this installment, former cop Brian O’Conner (Paul Walker) partners with ex-con Dom Toretto (Vin Diesel) on the opposite side of the law. Dwayne Johnson joins returning favorites Jordana Brewster, Chris “Ludacris” Bridges, Tyrese Gibson, Sung Kang, Gal Gadot, Matt Schulze, Tego Calderon and Don Omar for this ultimate high-stakes race.
Since Brian and Mia Toretto (Brewster) broke Dom out of custody, they’ve blown across many borders to elude authorities. Now backed into a corner in Rio de Janeiro, they must pull one last job in order to gain their freedom. As they assemble their elite team of top racers, the unlikely allies know their only shot of getting out for good means confronting the corrupt businessman who wants them dead. But he’s not the only one on their tail.
Hard-nosed federal agent Luke Hobbs (Johnson) never misses his target. When he is assigned to track down Dom and Brian, he and his strike team launch an all-out assault to capture them. But as his men tear through Brazil, Hobbs learns he can’t separate the good guys from the bad. Now, he must rely on his instincts to corner his prey… before someone else runs them down first.

Fast Five stars is helmed by Justin Lin who directed The Fast and the Furious: Tokyo Drift and Fast & Furious.

p/s nak try bawak hero² tengok citer Kung Fu Panda 2 yang akan keluar 26 Mei nih ... ^_^

Wednesday, December 22, 2010

♥ How I Met Your Mother ♥

Gambar ihsan dari en. google ...
 
Mama ngan abah skang nih tgh addicted ngan citer nih. Hu3 tak tau kenapa tp kalo citer ni tgh on air mmg melekat jeklah kat dpn tv tuh. Anak2 melalak menangis pon leh tak dgr. Hu3 cian dorg. Hari nih mama agak boring dok kat opis nih. Sebab pg nih kelas satu jek. Petang takde kelas :D so mama pon gigihlah carik kat internet kot2lah leh donlod citer nih. Carik punya carik jumpalah bbrp website yg bleh tgk online. Best nih ... kalo gtau abah mesti dia tak buat keje kat opis tuh nnt hahahhahaah 
Oraitlah pada sesapa yg juga penggemar citer nih leh klik website nih ek ...