Followers

Showing posts with label Sabar. Show all posts
Showing posts with label Sabar. Show all posts

Thursday, July 10, 2014

Alhamdulillah... syukur...

Syukur sangat akhirnya dapat keluar hari nih. Alhamdulillah... sedang menantikan proses untuk keluar hospital dan juga menanti en suami datang.

Tak boleh seronok sangat sebab lagi 2 minggu kena datang untuk scan nak pantau air ketuban lagik. Time tuh, kalau kurang memang kompem kena tahan wad sekali lagik dan tunggu seminggu terus kena bersalin. Ohhhh mama nak bersalin normal macam ketiga2 anak sebelum nih. Taknak induced2 or czer please.... so bb sayang, sama2 kita jaga kesihatan kita okay....

Lepas nih duduk rumah kena rest jugak. Alhamdulillah... air kelapa yang hari2 Mama minum tuh sangat2 membantu. Kena teruskan sampai bersalin nih. Yang penting, I takleh stress2 lagik. Hahahahaha sebelum nih sibuk pikir nak carik duit kan. So skang Mama... pikir pasal bb pula yer....

Okeh bb... esok kita pegi scan jantina awak then kita beli barang2 awak pulak yer... 😊☺

Terkebil-kebil

Tatkala orang lain lena diulit mimpi, Mama pulak terkebil-kebil cuba untuk lelapkan mata.

Malam nih, malam ke-10 sudah. Setiap malam, inilah rutin Mama. Kadang sampai ke pukul 11, pernah sekali sampai ke pukul 12.30pg. Ehmmmm rindukan anak2, rindukan tilam bantal selimut kat rumah jugak. Kalau kat rumah nih, pukul 10 mata nih otometik dah lelap. Tapi kat sini..... hailah mata.... lagik 3mggu lah jawabnya ko akan terkebil2 tiap2 malam..... 😦😟😢😴

Sunday, July 6, 2014

7 hari sudah berlalu....

Pejam celik, pejam celik... dah 7 hari Mama kat sini. Ramai jugak bertanyakan keadaan Mama tapi Mama tak boleh nak bagitau macam mana sebabnya kena tunggu repeat scan hari Rabu nanti. Mula2 dokter kata hari Selasa... semalam jadik lewat sehari pulak hari Rabu. Ehmmm Mama dah tak kisah dah hari apa pun korang nak buat scan. Janji nak tau samada ader perubahan atau pun tidak.

Berdebar pulak rasa nak menunggu hari Rabu nih nanti. Harap semuanya dapat pulih macam sediakala. Ameennn.... Inshaa Allah....

Saturday, July 5, 2014

Mana kawan baru kami?

Katil yg telah dikosongkan tengah hari semalam masih belum terisi dengan kehadiran penghuni baru. Nampak gayanya macam kami bertiga aje lah yang akan kekal dalam bilik nih sampai raya nanti. Aiseyyyy.. kitorg leh pakat2 pilih tarikh nak bersalin biler lah camnih hehehehehe

Katil nihlah jugak 2 tahun yg lepas Mama duduk lepas bersalinkan adik Aimy... cianlah anak dara Mama tuh, planning nak sambut besday dia raya nanti dh bertukar sambut besday kat katil spital nih jek huehuehuehuehue

Friday, July 4, 2014

Sakitnya Rindu...

Sesungguhnya... sangat3 merindui mereka ber4. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Mama setiap malam menjelang...

Ya Allah... sampaikan kabar rinduku pada mereka... Penantian itu suatu penyeksaan...

Makan, tido, makan, tido..

Orang kata dok spital kita akan jadik makin tak sihat. Mama setuju jugak sebab memang takde bergerak kemana2. Kita nih dah biasa bergerak buat kerja kan... biler masuk spital nih, takat jalan2 dalam wad, duduk tepi katil or atas katil... baring, tido, makan.... bla bla bla.... aduihhhhlaaa

Weiiii nih buleh mendatangkan kenaikan berat badan nih. Takpelah, minggu lepaskan berat Mama dah turun sampai 4kg. So nihlah masanya kita naikkan balik berat badan yer.... sabar banyak2 yer Mama dan baby. Cepat2 sembuh anak Mama....

Pagi yang cerah...

Takde apa2 perkembangan untuk hari ini selain duduk dengan tenang saja. Nak mandi macam sejuk jek plak lagi. Tunggu pukul 10 nanti lah. Nih kot kat wad 3rd class, Mama bgn pukul 6.30 terus pakat mandi. Panas.... kat sini kan ber'ekon' so malas sketlah nak mandi awal2 hahahahahaha

Nak citer sket pasal rerakan sebilik. Ader 4 org penghuni semuanya. Teringat plak 2 tahun lepas, katil ujung sudut bilik tuhlah Mama duduk lepas bersalinkan Aimy. Kalo ditakdirkan masih kena berada disini sampai bersalin, memang kompem 25/7 nih Mama nak sambut besday Aimy kat dalam wad nih.... mengimbau kenangan tuh hahahahaha

Okeh sambung citer pasal roomate Mama. 2 orang dah masuk sebulan bertapa kat sini sebab kes uri bawah, stage 4. Sorang lagik kes air ketuban kurang(sama kes cam Mama) tapi duduk 2 mggu, kelmarin dah bersalin dah. Kena operate lak tuh. Alahhhhh Mama kalo boleh taknaklah operate. Nak normal jugak macam yg sebelum2 nih. Hanya mampu berdoa agar cepat air ketuban bertambah, dapat keluar cepat dan yang penting baby sihat. Ameenn.... so biler dgr kes2 mereka nih, hilanglah sket stress Mama. Pk ader orang lain yg lagik teruk dari diri ini sendiri...

Oklah... Nanti kita sambung lagik petang2 sket yerk... mode pepagi nih dok teringat kat anak2 kat umah jek ha.... hari2 dok kesian kat Abah dorang yang terpaksa bertungkus lumus uruskan anak2. Terima kasih yer sayang.... harap Abah pun bersabar dengan keadaan Mama dan bersabar melayan kerenah hero2 dan heroin yg sorang tuh ehehehehe

CTG setiap 5 pagi

Setiap hari pukul 5 pagi, inilah rutin Mama. Hari nih masuk hari ke 5 dah. Jangan tanya apa makna penuh CTG tuh yer sbb Mama memang tak tau hahahaah tapi biasanya bagi ibu2 mengandung kalau dgr CTG jek sumer dah tau, itu adalah satu proses untuk memantau pergerakan jantung baby dalam kandungan kita. Oklah, penat memakukan diri selama stgh jam tadi, nak lelap mata sekejap sementara menunggu azan subuh.

Semoga Allah permudahkan segala urusan Mama dan baby untuk hari ini dan juga hari2 yang mendatang. Ameennnn....

Thursday, July 3, 2014

Tenang, damai dan sentosa

Update laju2 sementara nak menunggu waktu Isya'. Ishhh sungguh tidak senonoh perangai ku ini kan. Hahahahah apa kan daya, ini sajalah yang membolehkan Mama untuk menghilangkan stress. Kot idak, tgh tido pun bleh meleleh airmata sbb teringat kat anak lah, terkenang nasib diri lah.

Aktiviti sepetang Mama kat hospital tadi adalah 'berpindah randah'. Mula berpindah dari wad 3rd class ke 2nd class, tak sampai 2jam dah kena pindah 1st class. Alhamdulillah, memang menanti dari Isnin lagik nak masuk 1st class. Bukan sbb double standard tapi Mama lebih pentingkan ketenangan, keselesaan dan kedamaian. Dah dokter cakap Mama kena duduk sini selama 5 mggu, haruslah carik tempat yang sangat3 selesa. Nak berumahtangga kat sini lama tuhhhh... Dah dapat tukar sini, syukur sangat3 .... selesa dari segala segi terutama masa ingin beribadat. Itu yang paling penting.... aman jek bleh semayang dan mengaji. Doa tak pernah putus2 agar Mama dan baby sihat seperti sediakala. Aminnnn...

Yang indah itu hanya sementara....

Salam oulls. Lama tak update belog kan. Janji punyalah macam hape nak update senantiasa sbb dah bergelar surirumah sepenuh masa. Tapi kita hanya mampu merancang. ALLAH jua yang menetapkan ketentuan hidup kita. Mungkin ader yang segelintir tau Mama sedang preggy anak ke 4. Alhamdulillah... pejam celik alih2 dah nak masuk 4 dah rupanya. Syukur dengan kurniaan Allah. Tapi selalunya kita mengharapkan yang indah2 tak semestinya indah belaka. Buat masa sekarang ini, Mama berada di hospital dah masuk hari ke 4 kena tahan wad dek kerana air ketuban kurang. Boleh dikatakan bawah paras kritikal. Sekarang nih, kandungan Mama dah berusia 33 minggu dan Mama dinasihatkan untuk terus berada di hospital sehingga 37 minggu iaitu sehingga bersalin. Bayangkan betapa hancur luluhnya hati Mama bila tau keadaan diri dan baby yang begini. Dahlah tengah bulan puasa. Persiapan diri dan baby untuk kelahiran pun tak sempat nak prepared apatah lagik persiapan raya untuk anak2 Mama yang 3 orang itu. Allahuakbar... besar sungguh dugaan mengandung Mama kali ini. Mama hanya mampu berserah, redha dan mengharapkan agar keadaan pulih seperti sediakala walaupun doktor2 kat sini semuanya kata memang cukup susah untuk menaikkan kandungan air ketuban tersebut. Segala macam usaha dan ikhtiar telah Mama lakukan dan Mama berharap kalian doakan yang terbaik untuk kami berdua yer. Oklah nanti petang2 kalo Mama boring, Mama update lagik cerita dari hospital nih. Hoiiii boring sungguh duduk sini takde buat apa2 selain dok google apa cara nak naikkan n banyakkan air ketuban. Selebihnya, tido... termenung... dok tengok gelagat orang eheheheheh

Thursday, April 24, 2014

B.e.R.s.E.p.A.h!!!

Tu dia.... berlambak assignment student yang tak dan lagik aii nak me'rait'nya. Hallllaaaahhhh kelas bebetul packed dari Senin sampai Khamis. Jumaat yang free satu hari suntuk digunakan sepenuhnya untuk kelas tambahan Business Math. Inilah jadiknya sampai bertimbun-timbun.

Hakikatnya walaupun daku penat dan kadang-kadang bersungut, tp aiii tetap suka dan sayangkan pekerjaan ini. Tapi apakan daya, jodoh tak panjang dgn job nih. Sedihhhhlah... apa yang pasti lepas nih mesti kumerindui situasi sebegini...

Okay... mata dah start bergenang nih... kena tamatkan disini saja. Lain kali aiii bagitau lagik detail yerrrr...

Sob... sob... sob....

Thursday, September 26, 2013

Biler henpon rosak, ohhhh meroyan mak dibuatnya

Oooh La La .... henpon samsengku nazak pulak dah. 3 hari tanpa henpon memang betul² meroyan dibuatnya. Mana kan tidak, nak wassap manja² ngan laki pun tak buleh. Nak call merengek² kat laki, lagikkkk lah tak buleh. Lagik meroyan biler dapat tau, suspek mengidap penyakit 'papanmak' nya kong. Haduihhhhh pakai tak sampai setahun ko dah buleh kong plak ek? Kingkong betullah ... huhhhh

La nih Mama hanya bleh mesej² manja kat FB jek lah yer. Beralih arah jugaklah kat tab yang godang tuh ha tapi kot dah namanya pakai simkad beruk si ben, call pun tetap tak buleh. No fon kengkawan sumer dah takde. Bukan kengkawan jek, family sendiri pun takde dah nomornya. Ishhhh payah jugak biler pakai henpon yg simkadnya jadik kecik. Nak sumbat lam henpon lain pun tak dapek .... alahaiiiii #aptb


p/s Mintak maap yer, Mama takdelah sampai nak meroyan cam bini matyo tuh ha ... choooiiiiii!!!

Monday, September 24, 2012

Kembali bertugas

Hari nih Mama dah masuk keje balik. Huru hara lah sbb byk benda yg dah ingat2 lupe hehehe tambah lagi hari Isnin Mama ader kelas pagi kul 9. Dahlah lmbt pg nih. Pulak tuh, time ngajo, asik teringatkan budak kenit yg sorang tuh. Cepatlah kul 6. Nak jumpe si masam Mama tuh... Rindu huhuhuhu

Monday, September 3, 2012

Gelabah

Hari nih first day tinggal berdua ngan adik Aimy. Alkisahnya, kami dah balik Seremban. Saje balik awal, sbb takut lama sgt cuti tak ke taska, nnt langsung abg2 taknak pegi (alasan) ke sbb emaknya rindu kat apaknya ek? huhuhu sabar2 lum abis pantang lagik. Rini baru 41hr.. hahahaha
Dah tajuk entry pun gelaba, mmg gelabah dibuatnya hari nih. Tak menang tangan nk kemas rumah, nk masak, nk layan sikenit. Huhhh tetiba rasa cam nihlah pes taim br dpt anak, walhal dah 3 dah pun. Nasib baik abg2 hantar ke taska. Kot tak, sure pinsan nk handle semuanya. Ini pun lps Abah balik lunch, Mama dh tergolek dpn tv dgn sikenit. Sedar2 jek dah dkt pukul 5. Lama sungguh daku belayar. Qada' skali mlm tadik berjaga dr kul 2am-4.30am. Skang nih takpelah kena berjaga mlm, jgn dh keje sok mmg tingtonglah kepala kat opis huhuhuhu. Harap2 esok oklah. Takpe, ada 3 minggu lagik nk naik keje kena biasa2 kan diri nih huhuhuhu

Tuesday, July 24, 2012

Lemau .....

*Picca taken from mr.google*
Hari ke-4 puasa, tetiba jek pagi nih Mama rasa lemau, lemah, tak bermaya. Sebenarnya start dari petang semalam lepas balik dari check up kat KKIA dah rasa sangat2 flat. Tapi tetap cekalkan hati untuk teruskan berpuasa. Pagi nih pun sama, cuba jugak cekalkan hati nak berpuasa walaupun pagi tadi lepas sahur, asik rasa nak termuntah jek. Masa menaip entri nih pun dah beberapa kali terjeluek jek ... Adehlahhhh awatnya hari nih rasa camnih lemau sangat ek? Sabar yer baby .... bertahan yer ...

Tanda2 nak bersalin? Ohhhh ... masih belum ader lagik. Kapan lah kamu ini mau keluar yer? Ibuk mu ini udah sangat3 tidak larat .... huhuhuhuhuhuhuhu

Monday, July 23, 2012

Setiaku disini ....


Tajuk entry tak menahan huhuhuhu

Setia sebab gapo? Setialah... sambil menghitung hari lagi 8 hari nak beranak, Mama masih gagah ke opis. Walhal kat opis sampai dah tak tau nak buat apa lagik. Semua kerja pun dah setel. Alhamdulillah, 3 Ramadhan hari nih, Mama masih bertahan untuk puasa. Harapnya boleh bertahan sampai saat kelahiran. Tak larat nak bayau pose bebanyak ... serik dah merasa masa bersalin abg long dulu. 23 hari kena ganti... Mencungap....

Tuesday, June 26, 2012

Oh kakiku...


Aisey...kaki udah start bengkak daaaa...

*sent from my 7plus tab*

Tuesday, June 19, 2012

3 hari 2 malam tanpa Abah ....

Rite now Abah masih berkursus di JB. Esok baru balik .... Kali nih Mama saja jek nak try test dok umah sendiri bersama hero² kesayangan. Semalam N9 cuti. Fuhhhh ... memang porak perandalah rumah dibuatnya. Siangnya elok jek perangai dorang. Tp biler start malam, mulalah buat perangai. Hilang sabar jugak Mama dibuatnya. Tapi biler pikir² bilik, nih baru 2 orang. Masuk 3, 4, 5 sok? Muahahahhaha beranganlah ko nak jadik housewife. Baru semalaman tinggal ngan 2 hero, dah nak pinsan. Ehmmmm mungkin sebab Mama dah sarat sangat kot. Takpe ... still think positive ^_^

Sampai ke pagi nih, Mama sangat² tak larat nak kemas mainan² dorang nih. Biar jeklah .... hahahahah dasar pomaleh omak eh nih kan?

Si kenit yang makin banyak akal. Dah puas sepahkan menan, dia amik baldi, pehtu dok diam dalam baldi sambil buat gaya drive kereta resing .... Aduhaiiiiii
Abang macam dah paham jek Abah kena work jauh. Takdelah banyak ragam nak tanya mana Abah atau menangis cari Abah. Tapi si Adik plak, lain cerita. Tercarik² lah mana Abah dia. Biler cakap work jauh, dia terus nangis cakap nak ikut. Alahaiiii ciannya. Lebih haru, malam tadik, dia tengok gambo Abah dia dalam henpon Mama. Sambil bercakap² ngan gambo Abah, sambil dicium²nya gambo Abah tuh. Rindu sangat yer dik .... Takpe ek ... esok Abah balik .... Cianlah anak Mama nih ....

Tuesday, May 22, 2012

Mana Menghilang?

Mama takde hilang kemana² pun. Cuma agak bizi dengan tugasan harian di opis mahupun dirumah. Skang nih cehck up pun dah kena 2x seminggu. So tambah lah satu lagik kebizian, kena pegi check up. Disebalik kebizian tuh terselitlah sifat kemalasan pulak. Hahahahahah yang tuh majoriti 85% hadir dalam diri ini yer ... Tuh pasal blog nih berhabuk² dan bersawang dah pun ^_^

Perkembangan pada minggu ke 29 nih, last check up berat naik 1kg jek. Itu pun nurse bleh bising. Aikkk?? naik sikit bising naik banyak pun bising. Feninlah skang nih. Dahlah orang lain 2x jek minum air gula, tp Mama kemain gedeban smpi 3x ko .... hahahahahah lantak. Last minum harituh, nurse terkejut sbb tak smpi 2minit dah setel. Selamba Mama jawab, dah lali kena minum air gula. Padahal, Allah saja yg tahu cemana rasa tak sedapnya minum air tuh. Ehmmmmm ......

Jantina?? Masih belum dapat dipastikan lagik. Berteka-tekilah orang sekeliling nih. Result scan minggu lepas pun, dokter tak dapat nak tengok, sbb si kenit dalam nih begitu lasak berpusing sana sini. Dokter pun naik fed up, dan katanya tggu 32minggu nanti baru dia try tengok lagik. Setakat nih ramai yang berharap perempuan. Mama?? Malas nak mengharap. Sebab setiap kali Mama peknen, setiap kali tuhlah mmg mengharap dapat gurl. So kali nih, wat dek jeklah .... Kita tunggulah bulan depan, try pegi Klinik Rekha pulak. Time tuh baru leh announce. Kot Mama rasa nak announce lah yerkkk ... ^_^

Monday, April 16, 2012

Arif @ Hospital SALAM, Senawang

Minggu lepas merupakan minggu yang paling huru-hara dalam hidup Mama. Manakan tidak, tetiba plak si Adik kena admitted dek kerana kena PNEUMONIA. Adehhhh ... kesian dia. Alkisahnya, minggu sebelum tuh, Adik batuk² dengan teruknya. Si kenit nih, kalo dah start batuk, dada tuh mulalah berbunyik. Mulalah jugak kami kena bawak dia amik gas kat klinik. Macam sebelum² nih, sekali amik terus ok. Tapi kali nih, dalam 5 hari amik gas@neb 3x, tak jugak elok². Makin teruk lagik ader. Last² dokter Klinik Pakar Kanak² Senawang keluarkan surat swuh Mama bawak Adik pergi hospital jugak. Kami seboleh²nya mengelak nak pergi spital. Seboleh²nya taknak dia admitted. Tapi kali nih memang takde pilihan. Kesian tengok Adik. Malam² tak lena tido, asik mengadu sakit dada, swuh sapukan vicks. Tahannya sejam jek, pehtu dia jaga nangis balik. So kami pun redha jeklah .... dan petang Isnin lepas, 9/04/2012, buat pertama kalinya Adik kena masuk spital. Kena tahan 5hari 4malam okey .... huhuhuhuh Berkampunglah kami 4 beranak kat spital tuh sampailah hari Jumaat. Sekarang Alhamdulillah, Adik dah nampak ok dah pun cumanya dia kena pakai Inhaler setiap 4jam. Kesian kan? Baru nih jugaklah dapat detect yang Adik memang ader Asthma tapi takdelah kritikal.

 Day 1
 Day 2
 Day 3
 Day 4
Day 5

5 hari duduk spital, memang memboringkan. Adik hari² ajak balik rumah. Dahlah malam pertama kat spital, 4 beranak tak lena tido. Maunya tidak, setiap 2-3jam nurse datang bilik kejut swuh bagi neb kat Adik. Dia pun tak lena tido sebab still rasa sesak dada. Hari kedua, pagi dalam kul 10.30pm, first time Adik kena suction. First day kena suction, dokter tak bagi parents masuk. Dengarlah si kenit nih menjerit2 panggil² Mama, menjerit² cakap sakitlah ... taknaklah ... Mama yang tunggu kat luar treatment room nih dah bergenang air mata dah. Si Abang yang tunggu sama pun terus terdiam jek. Abah jek lah yang sentiasa cool. Alaaa takkan nak tunjukkan? Tak macho lah depan anak binik huhuhuhuhu

Second and third day kena suction, barulah dokter bagi parents masuk. Tapi Abah jek lah pun yang berani masuk. Mama?? Oh tidak .... kang tak pasal, Mama pun meraung sama kat dalam treatment room tuh plak kang hahahahahah So far lepas 3x kena suction, barulah Adik ok. Takdelah dengar lagi dada dia berbunyik². Malam kedua kat sana pun, dia dah bleh tido lena. Sesekali jeklah kena kejut ngan nurse sbb nak bagi neb. Malam terakhir plak, 2x bagi dia neb, 2x tuh jugak dia tak sedar. Tido manjang macam setahun tak tido huhuhuh itulah kali pertama Mama tengok dia dapat tido lena sejak dia sakit 2 minggu lepas. Syukur sangat, akhirnya hari Jumaat Adik dapat discaj. Khamis nih pulak kena datang lagik untuk follow up kes Adik. Harap² lah dokter kata pasnih takyahlah Adik pakai Inhaler. Walaupun dia tak merungut sikit pun kena pakai or makan ubat, tp Mama nih yang tak sampai ati tengok dia camtuh. Pilu jek hati nih ..... Apapun, terima kasih pada rerakan yang sudi mendoakan kesejahteraan Adik. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik kamu semua. Harapan Mama, semoga Adik semakin tabah menghadapi hari² mendatang dia nanti. Cianlah dak kenit Mama yang sorang nih ... Apapun ... Mama sayang kamu sangat².

p/s ehhh lupa nak story, hari kedua dan hari ketiga kami kat SALAM, beberapa kalilah terserempak dengan Farid Kamil ngan Zack Kool. Rerupanya dorang shooting kat situh cerita Lagenda Budak Setan 3. Ehhhh yang 2 dah ader keluar ker? Pesal Mama tak tau ek? Ke Mama yang memang ketinggalan ketapi? Huhuhuhuhuh