Followers

Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Pasal. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Pasal. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

Ber Hari Keluarga lah pulak kita Yob ....

Hari nih dan esok tuan rumah nih bercuti. Cuti untuk menghadiri Hari Keluarga a.k.a Family Day yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk taman perumahan kami. Destinasi kami tak jauh mana pun, nunnn di Sungkai, Perak. Pestaim pegi nih, teruja ader, seram pun ader. Apa daaa seram ..... hehhhh mau tak seram, sebab aktiviti sepanjang 3 hari 2 malam kat sana, kami² kaum ibu² a.k.a Wanita Anggun (nama group wassap kami ... hahahah takleh blahh tul kan?) yang incharge .... huiiiiaiiii mudah²an semuanya berjalan lancar lah .... apa yang penting ... Kita Enjoy!!!!

Semoga kami semua selamat pergi dan kembali hendaknya .... AMIN!!!

Wednesday, October 9, 2013

Wordless Wednesday #33:GCM, kami datang lagi .... masa untuk bersantai!!

#Tangan saper paling putih .... tetttt ^_^
Cerita ceriti percutian singkat kami akan menyusul. Dah 2 kali pergi sini tapi tak sempat nak update dalam blog. Mak bizi sangat nokkksssss hahahahah

Thursday, October 11, 2012

Nih saper yg punya?

OTW gie opis pagi nih, terserempak ngan ini civic. Eh mcm kenal lah. Punyalah beriya swuh Abah side by side semata nak hi hi bye bye ngan driver dia. Padahal Sabtu lepas br terserempak kat Stadium Paroi time breakfast. Laju punya laju, dah dpt dok seblah, skali tgk ladies yg drive. Ompan eh sebijik. Akak eh kot, terus jek frust. Alahhhh ingatkan SHAHURAIN ABU SAMAH huhuhuhu

Monday, August 20, 2012

Cerita raya 2012


Raya tahun ini kami sambut di kampung belah Abah kat Rembau. Wahhh, best dapat tgk FIL bakar lemang. Makan? Hahaha pantang2 pun ku sesah jua. Bukan senang nak dapat makan lemang yang paling sedap di dunia nih. Dan akibatnya, si kenit Aimy asik berak2 jek huhuhu dan mlm tadik kembung perut. Ya ampun, pasnih tobatlah nak makan.

Gambo raya tak pat nak kongsikan bersama. Gambo semua dlm slr, dan sepanjang berpantang nih, Mama update blog guna tab jek. So tak dptlah nk tnjk baju raya tahun nih. Lagi pun, Mama takde baju raya. Kata dalam pantang. Tapi... jgn tak tau, selain lemang Mama sesah, pergi beraya kat Tampin pun Mama sesah jugak. Tak kira... nak jugak beraya walaupun berstokin hahahaha

Monday, April 30, 2012

Selamat Pengantin Baru!!!

Ucapan bukan ditujukan untuk Fasha Sandha yer tp ditujukan khas buat adik perempuan Mama nan sorang nih. Selamat diijabkabulkan pada tanggal 21 April 2012. Alhamdulillah .... akhirnya, penantian Mak Mama yang nak sangat tengok anak perempuan bongsu dia kahwin, akhirnya termakbul. Jom kita layan gambar² sekitar majlis pernikahan dan persandingan 2 mempelai ini ....

Majlis Nikah di Surau Taman Soga, Batu Pahat, Johor.

Hantaran ....

Majlis persandingan di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, Johor 

Ucapan Mama khas untuk kedua mempelai, Selamat Pengantin Baru, Semoga Kekal Bahagia hingga ke Akhir hayat ..... Amin!!!!!

Friday, November 11, 2011

Cherating yang dirindui ... Final Part

Hari terakhir kami di Cherating .... Hujan turun tak berhenti. Macam tau² jek kami nak balik ke Seremban. Check out tepat kul 12pm. Abah terus ajak kami ke suatu tempat yg katanya ader SATAR paling sedap. Mama nih bukanlah penggemar satar, tapi kalo otak² tuh yer. Tapi biler jek sampai kat kedai Aziz Satar (oopppsss bukan pelakon tuh yek) memang terus jatuh cintalah ngan satar. Maybe sebab satar kat area Pantai Timur nih yang original. Sebab tuh lah sedap sampai leh jatuh cinta kot. Sebaik tak jatuh cinta ngan Adik pembakar satar tuh eheheheheheh
 Yes!!!Berjaya jugak Mama jejak kan kaki kat Terengganu. Pes taim nih beb .... huhuhuhuh
Dah melantak 2 pinggan baru teringat nak pose bersama satar. Siyes sedap sbb dia gaul sekali ngan cili api. Rasanya memang Marvelous ... yummy!!!
 
Hahhh .... settle!! Terbaik Boboy Boy ... Ehhh ... ^_^

Cadangnya lepas lunch nih nak gaklah berjalan² singgah ke Kuantan or pusing² Kemaman. Tapi disebabkan faktor hujan yang taknak berhenti walaupun hanya renyai² rebas. Ditambah lagik, masuk jek lam keta, hero² terus pakat menguap berjemaah dan sekaligus tido berjemaah. Hahahahha langsunglah Abah decide balik Seremban terus.
View sebelum bertolak balik. Putih suci murni jek si Hundah nih.
 
 
 
 Pit stop jap kat Bandar Muazzam Shah utk solat. Keluar jek dari kereta, tu diaaaa ..... cam keta rally dah jadiknya nih. Patutlah tiap kali selisih ngan keta lain, dorg dok pandang² jek kitorg. Perasan cam keta hakulah paling cantik rerupanya, ini yang terjadi. Nihlah padahnya kalo ikut jalan dalam nak² cuaca hujan camnih. Hakhakhakhak ponek Abah nak basuh .... ^_^

Apapun, kami tetap happy dengan percutian singkat nih. Insya-Allah, lain masa kami akan datang lagik .... ^_^

~tamat~

Thursday, November 10, 2011

Cerita Cherating lagi .... Part 2

Kita sambung part 2 pulak....

Hari kedua jadual Abah sangat pack. Pagi miting sampai pukul 11am, then pukul 12pm - 5.30pm dorang pegi site visit. Wahhhh ... giler boring kami bertiga dok dalam bilik tuh. Nasib baiklah tv ader citer best. Dan lagik, hero² dah dibekalkan sekotak mainan import dari rumah. Semata taknak bagi dorang boringkan ... Ada jugaklah Mama bawak dorang jenjalan kat sekitar resort tuh. Takde yang best pon selain tengok orang letak beg pasir kat tepi pantai. Naper yek? Tak sempat pulak nak bertanya kat orang² resort tuh eheheheh ^_^

 Kat dalam Playhouse yang kosong takde apa pun yang menarik.

Abang dok bertanya, kat dalam rumah kecik nih takde menan ker? Hahahaha camner nak jawab?

Kejap jek dorang kat dalam tuh, dah boring terus ajak Mama balik bilik.

Abang khusyuk betul tengok citer Big Daddy kat channel HBO. Siap berselimut tuh .... Mau taknya, Mama bukak luas2 pintu biar angin sepoi² bahasa masuk ehehehehe sejuk!!!

Penat main dan tengok tv, akhirnya mereka tido dengan lenanya. Mama? Layanlah tengok movie sensorang.

Punyalah lama hero² nih tido sampaikan Abah balik pukul 5pm pun tak bangkit² lagik. Last² Mama kejut dorang sebab dah janji nak ajak mandi kat pool.

Sangat seronok mereka² mandi kolam. Sampaikan taknak keluar. Dah menggigil² baru sebok nak naik. Haaaa ... kan Mama dah cakap, sejuk ..... ^_^

Malamnya, nasib baik Abah takde miting lagik sebab salah seorang leader tak dapat hadir. So dorang di beri peluang untuk beristirehat. Dapatlah kami berjalan² cari makan sampai ke pekan Kemaman. 

Tengah tunggu makanan sampai. Si kenit asiklah bercerabih jek mulutnya.
Sorie gambo makanan tak teringat nak snap. Sebabnya dah lapar sangat sampai lupa nak amik gambo makanan hahahahah. Gerai nih kat tepi jalan jek. Tapi lauk pauk dia memang marvelous. Dan harga pun takdelah mahal sangat kot nak dibandingkan kalo makan kat Man Tomyam, Seremban tuh ...

Mama memula ingatkan kami jek yang datang dengan family, rerupanya ramai daaaaa. Maklumlah bilik dapat untuk seorang kan, baiklah bawak family skali. Ada sorang tuh siap bawak mak ayah dia lagik tau .... hahahahah lagik best!!!

bersambung lagik ........ ^_^


Wednesday, November 9, 2011

Bercuti di Cherating ... Part 1

Kesinambungan dari entri Cuti-cuti Malaysia. Peram lama cerita nih kan? Hahahah la nih baru Mama ader masa. Kerja yang penting dah siap, so nihlah masanya untuk bersantai².

Kemanakah agaknya kami bercuti? Alkisahnya kami bercuti ke Cherating. Nak kata bercuti tuh, rasanya Mama ngan anak² jeklah. Sebabnya kami bercuti atas dasar Abah kena pegi miting. Merasalah jugak Mama nih ke pantai timur. Serius ... selama 32 tahun hidup, tak pernah sekali pun Mama jejak kaki ke sana. Itu yang biler Abah ajak jek, cecepat Mama apply cuti. Memula bos macam tak bagi sebab lama sangat cutinya. Maklumlah Mama kan lecturer, nasib baiklah tarikh percutian kami nih jatuh pada minggu exam. Nak taknak boss kena bagi jugaklah kan eheheheheheheh

Perjalanan kami memakan masa hampir 5 jam. Bertolak dari Seremban pukul 11.30 pagi, ikut jalan dalam saja yer (save bajet pe hahaha) Seremban-Bahau-Pekan-Cherating. Pit stop kejap kat area Kuantan untuk lunch then sampai kat Impiana Resort dalam pukul 4.30ptg. Sesampai jek, dah siap check in, hati nih dah tak leh tahan sebab dengar bunyik² ombak yang kuat menghempas pantai. Tak tunggu lama Abah terus ajak amik angin kat tepi pantai.

 Model Angry Birds
Senyum malu² kucing yer bang ...
Mama dengan model² hot ... ^_^
Pasan tak tiap kali amik gambo, Abang mesti tengok lain. Sebab dia tengok pantai jek sambil bising mulut nak mintak nak mandi laut. Ombak kuat tuh, takde sorang pon dibenarkan mandi tau sayang ...
Disebabkan tak dapat mandi laut, mulalah buat muka ....
Taknak senyum sebab tak dapat main air. Alelelelele ciannya anak Mama ....
Last² ..... kasi canlah kat depa .... heheheheheh
Dapat cecah sesket pun jadiklah kan ... kang meraung pulak taknak balik ke bilik.
Dah puas hati, barulah bleh balik. Esok kita mandi kat pool yek anak² Mama ....

Dan malamnya, kami 3 beranak dok melayan perasaan dalam bilik dengan keadaaan hujan lebat. Abah start miting dah malam tuh. Elok jek Abah abis pukul 10.30 malam, hero² pon dah selamat belayar. Kepenatan memasing gamaknya.

to be continued ......

Sunday, October 30, 2011

Cuti-cuti Malaysia ....

Bersempena Negeri Sembilan menang Piala Malaysia, jadiknya kami anak beranak berpakat nak cuti2 Malaysia ke Pantai Timur. Ehhh pantai timur plak jadik pilihan kan? Macam saje carik pasal jek nih?

Okey ... tang kami nak pegi bercuti disebabkan N9 menang tuh tipu. Sebenarnya, memang dah rancang lama. Kalo ikutkan bukanlah cuti2 Malaysia pun. Abah ader miting selama 3 hari di negeri pantai timur tuh. Kebetulan, bilik dapat untuk seorang. Pelagik, sambil menyelam minum airlah kami. Hangkut anak beranak kekonon pegi bercuti. Sudahnya nanti kitorg dok dalam bilik jek jawabnya hahahahah takpelah, sampai sana sok, taulah Mama apa nak buat ^_^

Ehh ... dah 2 kali dah N9 menang nih. Takkan sehari cuti pun takde ... KEDEK betul lah ....

~ Saya anak jati Johor ahakksss ~

Monday, August 1, 2011

Ole² dari Vietnam

Minggu lepas, SIL Mama pergi bercuti² ke Vietnam. SIL Mama yang sorang nih, memang rajin bercuti² ke luar negara. Seronok jek tengok gambar² dia pergi bercuti. Mama nih teringin jugak nak melawat negara orang. Tapi apakan daya, pulus langsung tak mengizinkan hahahahah. Macam biasalah, kalo SIL Mama pergi memana mesti dia takkan lupa untuk bawak balik buah tangan buat family. Petang semalam, kami singgah balik umah MIL, tengok² dalam bilik dah ader seplastik ole² buat kami. Seronok betul kan biler dapat ole² nak² kalo dari oversea. Almaklumlah, kita tak pernah pergi kan ^_^

 Macam² ada .....

 Key chain & FM

 Hijau untuk Abang, Merah untuk Adik

 T-shirt untuk Mama & Abah

 Kain pasang & Henbeg untuk Mama ... lagik??? huhuh ske²

Punya excited, smlm dapat, harinih dah pakai bawak gie opis tau hahahahah tak menyempat.

Mamalah paling beruntung sebab dapat sekali 3. Sampaikan Abah tak puashati, dia kata siapa sebenarnya Adik Along dia nih. Hahahahah Abah jeles tu ...... Raya nanti leh lah Mama bergaya lagik ngan henbeg chomel tuh. Kebetulan raya tahun nih ada baju kaler merah hitam. Haaaaa ... sesuai sangatlah kan. Mekasihlah bebanyak pada SIL Mama, tau mesti dia bacanya nih heheh. Nanti ader rezeki kami dapat ke tempat yg best² kami belikan ole² untuk Along ek ^_^