Followers

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #9 - Cuti-cuti Malaysia

Jap lagik kami akan ke sini. Carik tempat paling dekat dengan Seremban sebab Mama tak berapa nak elok dari morning sickness lagik huhuhuhuhhu

Friday, December 23, 2011

Header baru!!

Hahahahah sudah tukar header baru. Takdelah cantik pun sebab Mama bukanlah seorang yg kreatif. Asal boleh jek nih. Janji pada pandangan mataku ini sedap jek tengok. Nih pun baru belajar². Main hantam sajalah .... Apa komen korang? Hikhikhikhik ...

Hari terakhir berkerja untuk tahun 2011

*Mode ceria walaupon tekak rasa loya²*

Hari nih sangat² seronok sebab, hari terakhir Mama kerja untuk tahun 2011. Minggu depan Mama dah start cuti panjang, sampai tahun depan. Biasalah, tetiap tahun asal ujung tahun jek, mesti Mama akan cuti lama. Sebabnya, time nih jeklah kami sebagai lecturer nih boleh ambil cuti. Seronok jugak, tatkala orang lain tengah takde mood nak keje, kami dah dapat cuti dulu. Lagi pun, company Mama nih agak sengallah. Cuti annual kami nih takleh nak carry forward. Nak taknak memang kena habiskan. Tuh yg kami dok pakat kumpul cuti, akhir tahun leh cuti panjang. Hahahahah minggu depan, Academic Department tutup yer ... Harap Maklum ^_^

Kemanakah agaknya kami cuti kali nih? Jeng ... jeng .. jeng .... Tahun depanlah Mama story ek. Memandangkan, Mama cuti seminggu, so maknanya, blog pun kena cuti seminggu jugaklah. Insya-Allah, kalo ader masa bleh update, Mama update.

La nih, Mama tengah panas montot sebab tak tau nak buat apa kat opis nih. Semua kerja² Mama dah siapkan. Ikut hati nak jek balik rumah. Tapi kang tetiba lah ader orang carik pulakkan. So, Mama dah plan aktiviti hari nih ...
 1st Activity: BW sambil updated blog

2nd Activity: Selak² 'mukabuku'

Hahahaha nih aktiviti wajib .... Main Angry bird ^_^

Selamat bercuti yer kengkawan!!! Jumpa lagik tahun depan 2012 ^_^

Thursday, December 22, 2011

Si kecik itu ...

Rentetan dari entri Ngidam ker? rerupanya memang sahih. Alhamdulillah, itu pun punyalah lama Mama nak amik masa beli pregnancy test. First test, mmg +ve tp samar2 jek gambo tiang tuh nak muncul. Tak puas hati, esoknya beli satu lagik, kasik test lagik. Kot lah kayu yg semalam tuh problem ke kan. Keputusannya tetap sama. Ok, Mama decide tunggu seminggu dua lagik, then baru terus g klinik. Last week pergi klinik Penawar, dia tunjuk kayu tuh. Kali nih terang sket jek dari sblm nih. Aishhhh naper jadik camnih ek? Alahan?? Serius takde time tuh. Pelik sebab Mama tiap kali preggy mesti alahan sangat teruk.

Dan akhirnya, Isnin lepas nih, barulah segala²nya bermula. Bangun pagi, muntah² dengan teruk, takleh bau sabun mandi, takleh bau bilik air, takleh bau nasik baru tanak n macam² lagik. Dan akhirnya, petang tuh gagahkan diri ke klinik. Cerita ceriti dengan dokter pakar tuh, dia terus swuh scan. Dan ini hasilnya ... ^_^





Si kecik itu memang sudah berada dalam rahim Mama, 7 minggu lamanya. Panjangnya baru 1.27cm. Alahaiii cenonet jek dia. Dan tatkala dokter bukak sound utk dgr heart beat si kecik ini, rasa sangat² sebak. Walaupun utk kali ke-3 Mama dengar, tetap rasa sebak juga ..... Subhanallah!! Moga semuanya selamat hingga ke hari Mama melahirkan si kecik ini. Insya-Allah .... ^_^

Wednesday, December 21, 2011

Sah!!! Mama terkena penyakit buatan orang ....

Sebelum memulakan cerita panjang lebar, terima kasihlah pada Mekchu yang sudi bertanya kenapalah blog Mama tak berupdate nih.




Maaflah yer. Mama bukan taknak update blog. Ekceli banyak yang nak dikongsikan bersama. Tapi hakikatnya 1-2 minggu kebelakangan nih, Mama memang sangat² tak sihat. Start dari minggu lepas dalam seminggu mesti ader sehari Mama MC.

Yerr .... apa yang boleh Mama kongsikan bersama, pada ketika ini, Mama disahkan terkena penyakit buatan orang. Terkejut bukan? Mama takdelah terkejut sangat, since sebelum nih pun dah 2x Mama kena penyakit yang sama jugak. Condition Mama waktu nih, tak menentu. Rasa semuanya tak terurus. Anak, suami, rumah, kerja, diri sendiri apatah lagik. Jangkaan dokter yang bertauliah mengesahkan Mama hanya akan pulih dari penyakit nih pada awal Ogos tahun depan nanti. Insya-Allah .....

Beginilah Mama tiap kali terkena penyakit nih. Pertama kali kena pada awal tahun 2008 dulu, lagik parah. Awal² tuh memang lembik, lemah longlai. Tapi lepas 3 bulan, dah ok dah. Kali kedua pun sama masa tahun 2009. 3 bulan pertama agak parah. Jadiknya kali nih pon mesti jugak sama. Cumanya Mama nih jek yang memang tak kuat nak harungi situasi macam nih. Doakan semoga Mama mendapat kekuatan dan tabah dalam dugaan ini.

Siapakah gerangannya yang berani membuatkan Mama terkena penyakit ini? Memang takde orang lain pun. Hanya dia seorang saje yang berani buatkan Mama sakit macam nih sampai kali ketiganya. Orangnya memang insan yang paling dekat, rapat dan yang paling Mama sayang serta cintai. Tak lain tak bukan dialah suamiku, Abah tercinta!!! Ehehehehehehehe ^_^

Stop sini dulu yek. Esok Mama bagitau pulak apa keputusan daripada pihak dokter .... ehehehehehhe

Monday, December 12, 2011

Demam Ombak Rindu

Tak habis² sana sini orang dok bercerita pasal ombak rindu nih. Mama meluat ker? Ehhh taklah. Ekceli I dah tengok dah masa hari ke-2 tayangan filem nih tau. Haaaa khelasss kau Maria!!! Orang lain punyalah makan hati sebab tiket manjang sold out. Mama plak suka hati sebab dapat jadik antara orang terawal tengok. Cumanya tak sempat nak story morry kat sini sebab Mama menunggukan gambo kami berempat masa berjimba² dalam cinema tuh. Sampai la nih, mak buyung tuh tak send lagik. Ishhh takleh tunggu lama nih ... kena kongsi jugak apa perasaannya. Walaupon bukan pegi tengok ngan Abah pun. Tengok ngan kaki² filem melayu meleleh² nih jek Hehehehehe

Filem nih saaaaaaaangaaaat best!!! Salah satu sebab Mama teruja nak gi tengok sebab Mama memang dah lama baca novel nih. Sejak novel nih keluar dalam tahun 2003 kot tak silaplah ek. Memang Mama dah jatuh chenta dah ngan novel ombak rindu nih. Time tuh mulalah feeling² kot boipren I cam Hariz nih kan. Padahal time tuh dah selamat berchenta ngan Abah dah pun. Takde pulak ciri² dorg nih sama hahahahah sorie arrr Bah. Tak sama bukan makna I tak chenta kat U. Still Abah tetap dihatiku selama²nya eheheheh saje jek nih ayat pancing. Abah bukannya ader masa sangat pon nak baca blog Mama nih pon kan heeeeeeee

Mama bleh dikatakan dah hafallah jalan cerita dalam novelnya tuh. Kata addicted kat Hariz tuh ... haruslah hafal ... So pendapat Mama, sebab kita dah tau jalan cerita sebenar, dan kita dah tengok jugak filem nih. Jadiknya jalan cerita dalam filem nampak terlalu rushing. Memanglah takleh nak buat atau ikut bulat² jalan cerita dalam novel tuh. Kang berhari² pulak orang kena dok berkampung kat panggung wayang tuh plakkan? So, rasanya ombak rindu nih tak berapa sesuai kalo difilemkan. Lebih sesuai buat drama. Leh gantikan slot cerita Tentang Dhia tuh nanti. Apapun, filem dia memang best. Pelakon Aaron Aziz berjaya membuatkan Mama jatuh chenta ngan dia jugak. Maya Karin memang menjadik watak gadis kampungnya tuh. Lisa Surihani berjaya membuatkan Mama menyampah tengok dia. Tetiba terfikir plak, watak Lisa tuh patutnya sesuai bagi kat Si Memey jek. Memang padan benar. Dan yang paling meluat tengok Azizah Mahzan. Aduhaiiiii tolonglah Makcik ... Seksa sangat tengok dress up U tuh. Ehmmm kotlah nanti U kata U kena ikut kata pengarah plak kan? Takleh nak cakap apalah ... So ... pada yang belum tengok, cecepatlah tengok yek. Lain orang lain pendapatnya. Tapi setakat nih takde plak yang komen kata filem nih tak best ... ^_^

Bukti yang Mama dah g tengok tau. Ooopppsss .. kot korang pasan tarikh n waktunya tuh, wat² tak nampak jeklah yek ... hikhikhikhik ^_^

Thursday, December 8, 2011

Ultraman Zearth punya pasal

Ini cerita malam tadik. Penangan Ultraman Zearth nih, tak pasallah malam tadik, Mama kena belikan cd nih untuk Abang. Kesnya, time nak keluar makan pukul 9 malam, citer Ultraman nih tak abis lagik. Sepanjang² perjalanan tuhlah si Abang meraung² kata nak tgk tv. Adehhhhh .... nak pujuk punya pasal, Abah bleh plak cakap kat Abang, nanti Mama belikan cd nya. Aikkkk??? haku jugak yg kena beli ker?? Ehmmm nasib badannnnn huhuhuhuh

Tak sempat nak makan kat luar pon sebab si kenit dah lelap dalam kereta. Jawabnya, drive thru McD jeklah ... Dah kebetulan McD tuh seblah jek ngan Giant Senawang, nak taknak teruslah kena jugak Mama beli cd Ultraman mamat bujang sorang nih .... Balik rumah, terus pasang cd, muka Abang, puas hati jek ... Suka betullah tuh. Jangan pasnih, tetiap malam nak tgk cd Ultraman tuh sudahhhhhhhh .... huhuhuhu

Friday, December 2, 2011

Mimpi pinjam duit Ah Long??

*Picca taken from mr. google*
Ntah macam mana plak lah malam tadi Mama bleh 'terrrrmimpi' pinjam duit ngan Ah Long. Ni mesti kes gaji masuk lambatlah sampai terbawak² masuk sekali. Padahalnya, petang semalam dah selamat dah gaji Mama masuk. Hahahahah Aper keslah gaknya sampai mimpi gini gayanya kan?? Sebaiklah mimpi Mama tuh tak berpanjangan. Memang menyeramkan jek sebab dalam mimpi tuh si Ah Long sangat² ganaz.

Yang sebetulnya, Mama takdelah desperate sangat takde duit sampai nak kena pinjam ngan Ah Long. Macam sebelum nih lagik haru, Mama pernah mimpi rompak bank. Siap dah plan nak naik flight larikan diri ke obersea lagik tuh. Paling tak bleh blah, partner merompak Mama tuh plak si Zizan rajalawak. Hahahahah time tuh memang baru sangat lepas tengok citer Hantu Bonceng. Tapi camner idea nak rompak bank tuh memang takde kaitan langsung. Tah apa²lah Mama nih bleh mimpi macam tuh.

Hakikatnya, mimpi itu adalah mainan tido ... eheheheheh ^_^

Thursday, December 1, 2011

Terasa malas nak bekerja hari ini

Sebab .... Gaji tak masuk lagik!!! Adusss .... tensen jek tau. Orang lain dah seronok² bershopping itu ini. Mama nih plak asik lah korek² tabung jek nih tau. Sedih tul lah .... Nih kali kedua dalam tahun nih opis Mama lambat bayar gaji. Kalo bab nak potong gaji staff tuh, laju jek kan. Takde notis apa² tetiba dah kena potong gaji. Orang dok komplen itu ini baru nak keluar notis suruh tunjuk sebab bagai semua. Hahhhhh propa jeklah korang nih semua kan. Buatlah lagik iklan canggih² kat tv tuh ... sampaikan kebajikan staff pun tak terjaga. Dok sebok jaga poket sendiri jek.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhh .... sabar lah wahai hati. Esok tengah hari layan Ombak Rindu kat cinema lagik bagus!!
Huhhhhhh .....