Followers

Thursday, June 30, 2011

TATU PDRM di Seremban esok!!!

Misteri telah terjawab setelah 2 hari berturut² kat Seremban didapati beberapa helikopter PDRM berlegar² di ruang udara. Kisahnya, ada persembahan TATU PDRM malam esok di Stadium Paroi.

Nak storylah kat korang, semalam kan N9 cuti, Mama cam biasalah dok umah MIL sebab Abah keje, KL tak cuti heheheheh Nak dijadikan cerita petang semalam time tunggu Abah balik, Heli PDRM sekali lagik buat aksi kat udara. Naik turun terbang menjunam, sebaik tak terbang terbalik jek tau. Memang terbang rendah sangat. Suspen gaklah Mama, tapi hero² kemain suka nengok. Sampaikan Abang terjerit² nak naik itu Heli. Aduihhhh mana boleh yang oiiii ... Mama tanya MIL. Barulah Mama tau rerupanya dorang nih tengah wat training tuk persembahan malam esok. Memandangkan umah MIL nih memang sekangkang kucing jek ngan Stadium Paroi tuh, that's why lah kami dapat tengok latihan free dari mereka² yang berkenaan.

Tak cukup dengan tuh, biler jek Abah dah balik, Mama ajak Abah gie carik Heli tuh. Lagipun Abang beriya² sangat nak naik. Tak dapat naik atleast tengok pun jadiklah. Yang sebenarnya Mama dia pun excited jugak nak naik. I suke tau naik Heli ... walaupun tak pernah naik huhuhuh. Cian Abah dalam penat² tuh melayan jugaklah kehendak anak bini. Luv you lah Abah .. Muahhh Rerupanya, Heli tuh mendarat dekat jek ngan umah MIL, kat padang yang selalu Abah main bola waktu zaman remaja dulu. Sampai² sekali tuh tengok² dah penuh orang berkerumun. Huhhh cam tak pernah tengok Heli jek mereka² nih. Oppsss I pun apa kurangnya. Kitorang pun apa lagik, join samalah.




Abang sangat² happy sampai taknak balik. Cian dia, frust sebab Heli tuh tak terbang tinggi. Dia sebenarnya nak naik Heli yang bleh terbang. Huhuhuhuh takpe ek, esok kita pegi ok? Itupun kot Abah bagi green lite lah. Kot tak .... dok umah tengok tv jeklah kita bang ....

Tuesday, June 28, 2011

Isra' Mi'raj

Pejam celik, pejam celik, esok dah 27 Rejab. Maknanya apa ya? Ehmmm ... esok adalah merupakan hari Isra' Mi'raj. Yeayyy ... Negeri Sembilan cuti. Apa dia Isra' Mi'raj nih? Mungkin ader yang dah tau atau ada yang terlupa atau pun ader yang memang tak tau. Jadiknya, Mama akan kongsikan bersama² apa itu Isra' Mi'raj

Isra' bererti berjalan pada malam hari. Dalam kajian sejarah Islam, bererti perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa. Manakala Mi'raj bererti tangga untuk naik ke atas. Dalam istilah Islam, Mi'raj bererti perjalanan Nabi Muhammad SAW naik dari bumi ke langit ketujuh dan dilanjutkan ke sidratulmuntaha hingga menerima wahyu di hadirat Allah SWT. Dalam perjalanan ini, Rasulullah SAW mendapat perintah mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Disebabkan peristiwa Isra' bersamaan dengan Mi'raj, maka kedua kata itu senantiasa digabungkan pemakaiannya menjadi Isra' Mi'raj. 



Peristiwa yang sangat penting dan bersejarah itu terjadi pada 27 Rejab, setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah. Peristiwa maha dahsyat itu diterangkan Allah SWT dalam surah Al-Isra (Bani Israil) ayat 1
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"



Peristiwa Isra' Mi'raj
Ada beberapa peristiwa yang merangkumi Isra' Mi'raj, bukan hanya sekadar perjalanan dari Mekah ke Yerusalem dilanjutkan ke langit dengan kendaraan Buraq, antara yang lainnya ialah: 
  • Pembelahan dada Nabi Muhammad saw. yang kemudian disucikan dengan air zamzam oleh MalaikatJibril di samping Kabah sebelum berangkat ke Yerussalem
  • Nabi Muhammad saw. menjadi imam atas nabi-nabi terdahulu ketika shalat sunnah dua rakaat di Masjid Al-Aqsa 
  • Malaikat Jibril datang membawa dua gelas minuman yang berisi susu dan arak. Nabi Muhammad saw. memilih susu yang mengisyaratkan bahwa umat Islam tidak akan tersesat 
  •   Di langit pertama, Nabi Muhammad SAW bertemu Nabi Adam AS. Di langit kedua bertemu Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS. Di langit ketiga bertemu NabiYusuf As. Di langit keempat bertemu Nabi Idris AS. Di langit kelima bertemu Nabi Harun AS. Di langit keenam bertemu Nabi Musa AS. Dan di langit ketujuh bertemu Nabi Ibrahim AS.
  • Saat mendapatkan perintah solat, Nabi Muhammad SAW telah berbincang dengan Nabi Musa AS di langit keenam tentang bilangan solat dalam sehari 
 Makna Isra' Mi'raj
  • momentum bagi setiap Muslim untuk bermuhasabah dan meneguhkan komitmen dalam beragama, baik pada individu mahupun keumatan dan kemanusiaan secara umum
  • mengingatkan setiap Muslim bahwa Allah Mahakuasa untuk memberi jalan keluar bagi setiap persoalan yang kita hadapi
  • mengajarkan bahwa keunggulan Nabi Muhammad SAW dan umatnya dibandingkan dengan nabi dan umat lainnya tidak untuk dibanggakan sebaliknya adalah untuk pengetahun dan pengajaran
  • menuntut setiap Muslim untuk meningkatkan kualiti dan meningkatkan kegiatan untuk membangunkan kemaslahatan umat
  • hikmah yang paling utama pada peristiwa Isra' Mi'raj adalah perintah solat lima waktu. Solat adalah simbol ketaatan seorang hamba kepada Allah SWT. Solat merupakan pengakuan diri seorang hamba diatas keagungan dan kebesaran Allah SWT

Hikmah Solat

Ibadah solat adalah paling utama, sehingga Nabi Muhammad pun menerima perintah ini di Sidratulmuntaha dan berhadapan langsung dengan Allah SWT. Solat juga harus dilakukan lima waktu dalam sehari, sangat berbeza misalnya dengan puasa yang hanya setahun sekali. Sedangkan hikmah di sebalik perintah solat, beberapa di antaranya adalah terletak pada gerakan-gerakannya iaitu:

  •  Dengan mengangkat kedua tangan saat takbir, seorang hamba menghormat penuh khidmat kepada Allah SWT dengan segala kepasrahan, menjunjung tinggi dengan mengucapkan Allahu Akbar, tidak ada yang lebih besar lagi di dunia ini kecuali Allah SWT
  • Meletakkan kedua tangan di atas dada, merupakan tanda kepatuhan, kepasrahan seorang hamba kepada Allah SWT
  • Gerakan ruku adalah tanda kepasrahan dan kepatuhan seorang hamba kepada Allah SWT
  • Gerakan sujud adalah bukti ketaatan seorang hamba kepada Allah SWT. Sekaligus mengingatkan diri kita bahwa kita sesungguhnya berasal dari tanah dan akan kembali jua ke tanah.


Monday, June 27, 2011

Maafkan Mama yer Sayang ....

Bukan niat Mama nak marah kamu,
Bukan niat Mama nak pukul kamu,
Tapi bila apa yang Mama cakapkan kamu taknak dengar dan ikut,
Teruslah Mama terpaksa kurung kamu dalam bilik.

Bukan Mama tak sayang kamu,
Bukan juga Mama bencikan kamu,
Tapi walaupun kamu sudah dihukum,
Kamu seperti tidak serik-serik.

Tiap kali Mama memarahi kamu,
Tiap kali itu jugalah Mama akan menyesal,
Tiap kali Mama menghukum kamu,
Tiap kali itu jugalah Mama memohon agar kamu mengerti,

Salah Mama kah kamu jadik nakal?
Salah Mama kah kamu tak mendengar kata?
Tidak cukupkah kasih sayang yang Mama berikan kepadamu?
Atau tidak cukupkah didikan yang telah Mama berikan?
Lalu harus apa lagi Mama perlu buat,
Agar kamu berubah laku?

Sesungguhnya Ya ALLAH aku seorang insan yang lemah,
Insan yang tidak tegar memikul dugaan,
Tapi Ya ALLAH ku memohon padaMu,
Tabahkanlah Aku menghadapi ujian hidup dari Mu.

~ Mama yg rasa bersalah sebab petang semalam kurung Abang dalam bilik -_- ~

Ada Aku Kesah??

Uiishhhh tajuk entri nih memang panas kan? Tapi itulah yang sebenar²nya terjadik ...

Kejadian berlaku ketika seorang Ibu mahu menunaikan solat Maghrib semalam. Tiba² tak semena² datanglah anak sulung Ibu tersebut (umur 2 tahun 9 bulan) dengan tujuan nak mengacau Ibunya solat. Ibu kanak² tersebut berusaha memujuk supaya anaknya tidak mengacau Ibu.


Adli: Mama, Abah mana?
Mama: Abahkan work. Hari Selasa baru Abah balik.
Adli: Ooohhhh ...
Mama: Esok Ayie pergi skul ye.
Adli: Ok ...
Mama: Hari nih takyah pergi skul. Dah malam pun. Skul dah tutup.
Adli: Mama, Mama .... ADA AKU KESAH?? (sambil terus gelak² senyum pandang Mama)
Mama: sambil tergamam, kelu lidah. (nak marah kang dia bukan paham pun) teruslah gelak besar.

Aduhaiiii .... tah mana pulaklah dia blajo cakap camnih. Pandai plak tuh dia gunakan kena dengan situasi. Abang... Abang .... geram² Mama pun lawak sebenarnya ... hahahahah

Nasi Arab Damsyik, Seremban

First thing, mekasihlah kat SIL Mama (Along) sebab sudi belanja kami² semua dinner Sabtu lepas kat sini. Kot tak memang sampai kesudahlah Mama tak jejak kaki kat restoren nih ^_^

Alkisahnya, kat Seremban nih ader 3 kedai Nasi Arab. Nasi Arab Kabsyah kat Paroi, Nasi Arab Lezeez kat Senawang dan yang nih Nasi Arab Damsyik kat area Ampangan. So far ketiga² restoran Nasi Arab nih Mama dah pegi. Dan Mama tetap cakap Nasi Arab Lazeez yang sedap. Kalo ikutkan Mama nih takdelah suka sangat makan Nasi Arab. Mama sangat² suka ngan Nasi Beryani Gam. Tapi kenalah sedar diri, yang Mama nih bukannya dok kat Batu Pahat. Manalah nak jumpa Beryani Gam kat Seremban nih. Sejak adanya Nasi Arab nih, sekurang²nya blehlah nak makan setakat nak gantikan Beryani tuh kan. Terus terang cakaplah, takleh lawanlah Beryani Gam Batu Pahat. Memang MARVELOUS!!! Tanya Abah. Dia pun cakap Beryani Gam memang power ^_^. Ehh cam dah terlari tajuk jek nih kan ....

Kitorang sampai kat sini kul 8.40pm. Punyalah ramai orang, sampai nak paking pun payah. Memang tau pun kedai nih sentiasa ramai pelanggan. So naklah jugak rasa, kot² betullah cakap² orang yang kat sini memang sedap. Atau .....

Nasib baiklah SIL Mama dah order awal². Takdelah kami terpaksa berdiri tunggu orang habis makan. Jadiknya, port kami kat tingkat atas, duduk bersila lagik. Ha ... yang nih best sebab kalo kat Lazeez memang takdelah nak duduk makan bersila.
 Kom kita posing² dulu sementara tunggu makanan sampai ...
 Tu dia .... order 2 dulang jek. Kami² semua diet ^_^.
 Masing² dah lapo. Abah nih bior betul nak makan cenggitu jek .... huhuhuhuh

Kesimpulannya, kata Abah, ayam kat sini sedap elehhh Abah tuh asal ayam sumer sedap. Tapi daging kambing dia tak uummpphhh lahhh. Apapun, mekasih sekali lagik pada Along. Semoga murah rezeki dan kalo dapat naik gaji or bonus, silalah belanja kami lagik ^_^

Saturday, June 25, 2011

OMG: SEPAH Juara Maharajalawak!!!

Akhirnya .... terjawab sudah persoalan siapakah pemenang Maharajalawak. Ye ... SEPAH memang layak menang. Persembahan dorang memang konsisten setiap minggu dan dorang memang tak pernah hampakan peminat. Paling best semalam, siap ader penampilan khas Dafi lagik. Memang terbaikkkkk. Tahniah SEPAH!!

Rezeki anak lah yek Shuib n Ct Sarah ^_^

Friday, June 24, 2011

BILA SI ISTERI BERBLOG.. SI SUAMI dan ANAK ?


Letih harinih menyiapkan nota untuk student. Carik bahan kat internet sampai naik juling bijik mata. Lepas tuh layan Juvana sedas dua oopsss kot boss Mama bace, ampun boss, Mama dah stress sangat terpaksa layankan mata untuk carik bahan kat youtube plak ^_^ Last nih ha Mama nak join plak segmen Ben Ashaari. Lama tul tak jenguk umah Mamat Hensem nih huhhh kembanglah si Ben hakak puji ko hensem.

Kalo Mama berblog, Abah ngan hero² cemana? Ehmmm SELALUNYA, Mama amat jarang berblog kat umah. Kalo ader pun time tuh mesti hero² dah tewas tidolah tuh ataupun dapat bukak kejap jeklah dlm 10minit. Saje nak naikkan trafik blog sendiri hu². Sebabnya, pernah Mama cuba nak update tetiba dah kena sound plak ngan Abah "Sudah² lah layan blog". Lepas kena sound, pelagik ... teruslah jari jemari klik button start, turn off computer. Huhuhuh pastuh memang tobatlah nak berblog time dorang² nih berjaga. Berblog kat opis jeklah. Itupun kalo ader masa terluang. Selalunya kot sehari suntuk Mama ader kelas, haramlah nak update. Kekadang nak bukak blog sendiri pun payah. Takpelah .... dugaan tuh untuk Mama teruskan berblog. Dan setakat nih, memang Mama takleh nak jinakkan bebelan Abah. Cemana nak jinakkan, Abah tak membebel macam Mama. Tapi kot dia sound sket jek pehtu tak ikut, siaplah kena jeling. Takot wwwoooooo ^_^

Maharajalawak: Siapa yang akan menjadi juara?

*picca from website astro*

Wahhhh ... sana sini blog bercerita pasal Maharajalawak. Maklum, malam nih kan dah Final. Agak² siapa yang akan dinobatkan sebagai juara? Sah² lah Jozan sebabnya sepanjang program nih berjalan, memang Jozan punya undian paling top!! Pada Mama yang layak menang adalah Sepah. Sebabnya, secara keseluruhan Mama tengok persembahan Sepah yang paling konsisten setiap minggu. Peserta lain tuh ader lah naik turunnya. Apa² keputusan ditangan peminat dan juga juri. Taknak banyak citer, kita tunggu ajelah acara kemuncak program nih malam nih pukul 10pm. 

Oopppssss ... jangan lupe. Pukul 9pm tuh kita tengok rancangan Imam Muda dulu yek. Task minggu lepas paling mencabar biler Imam Muda kena mandikan jenazah yang tidak dituntut dan berisiko. Insaf betul biler Mama tengok ...

Wednesday, June 22, 2011

Sambung Master?? Tercapaikah cita-cita??

Pagi² nih tetiba emo plak biler tengok gambo konvo Mama 5 tahun yang lepas. Lagik emo biler tengok kengkawan kat sini ramai yang further study. Ader sorang plak dah berkira² nak sambung PHD pulak. Wahhhh kelas gitu ....

Mama nih memanglah ader bercita² nak sambung Master, tapi rasanya macam takde kekuatanlah. Biler fikirkan anak² yang masih kecik lagik nih kan. Terus pendamkan jek cita² tuh. Pernah jugak suarakan kat Abah. Abah kata tunggu anak² beso sket. Nanti takde masa tuk family.

Kalau ikutkan, Mama memang dah plan nak sambung Master tapi nak amik yang Full Time. Tak nak amik part time lagik dah. Cukuplah merasa masa amik degree dulu. Memang takde life lah time tuh. Semata nak abiskan degree cepat, Mama sanggup berulang-alik hujung minggu dari KL ke UTMJB disebabkan subjek yang Mama amik tak diofferkan kampus UTMKL. Memang keje gilerlah time tuh. Sanggup kawen lambat semata nak abiskan blajo dulu. Masa tuh susah payah pun hidup single lagik. Kot skang nih amik part time rasa memang tak boleh. Tapi, ader lecturer kat tempat Mama nih, anak 7 orang, dia bleh jek amik part time ujung minggu kat OUMKL. Fuhhhh ... cayalah Kak Yat. Akak sumber inspirasi saya tuk further study nampaknya.

Insya-Allah, niat tuh ader cuma biler tak tau. Harap² janganlah sampai terkubur cita² dan impian Mama nih.

Tuesday, June 21, 2011

Muka Legend, Hati Cute

Entry ni bukan Mama nak citer pasal Kumpulan JAMBU ek. Tapi Mama nak citer pasal Abang. Memang kena sangatlah tagline Jambu ngan Abang nih.

Kesnya, malam tadik masa tengok JUVANA, ader scene pasal buang bayi. Baby tuh plak lepas kena buang terus menangis. Abang? Automatik jugak dia berlari ke Abah, sambil menangis berjuraian airmata. Mama ngan Abah tercengang² lah terkejut naper tetiba Abang wat aksi spontan camtuh. Biler tanya dia kenapa? Terus dia jawab "Cian baby tuh ...". Alahaiiiii .... anak Mama yang sorang nih, rerupanya hati dia cepat tersentuhlah. Terus²lah Abah cakap Abang nih Muka Legend, Hati Cute.

Actually, Mama dah perasan dari minggu lepas lagik. Masa last episode Nora Elena, time scene Yvonne campak baby Seth Tan keluar dari kereta, Abang dah menjerit cakap kesian kat baby sambil mencebik² nak nangis. Bergenang airmata dia. Tapi Mama takdelah amik pusing sangat. Biler kejadian malam tadik, terus jek hati Mama pun rasa syahdu.

Sebab apa yek Mama pun tangkap syahdu sama? Sebab, tak sangka budak yang umur 2 tahun 9 bulan yang tak pernah belajo lagik kat sekolah, yang belum lagik kenal sepenuhnya erti kasih sayang, belas ehsan tapi dia dah dapat merasakan perasaan kasihan pada insan² yang terbiar. Mama jadik terfikir kenapa orang² yang dah sekolah, belajo tinggi² sekolah bertingkat² tapi takde sekelumit pun perasaan kasihan sampai sanggup buang anak sendiri? Kenapa yerrr??? Ehmmmm .... tepuk dada tanya selera!!

Thursday, June 16, 2011

Kisah Adik lagik ...

Hari nih, Mama sangat² bizi sebab kelas pack dari pagi sampai ke petang. Pasnih nak rehat² kan minda jap sambil sambung buat notes untuk student. So nak kena taip laju² jek kat entri kali nih.

Kisah si Adik lagik. Pagi semalam lepas amik gas nebulizer ingatkan dah oklah. Tapi lepas amik dorang petang semalam, Mama dengar dada dia still berbunyik². Hati seorang ibukan, memang tak sedap jek biler tengok anak cenggitu. Peliknya, Adik tetap aktif macam biasa. Cumanya biler dah malam, tengah elok² dia main tetiba dia merengek. Mungkin Adik rasa sangat tak selesa. So Mama terus ajak Abah pergi klinik or paling tidak pun terus ke GH. Tapi pikir² balik kalo pegi GH, kompem kena admit. So Abah decide pegi klinik ajer. Kali nih kami pergi klinik biasa yang berdekatan dengan rumah. Yelah dah pukul 9. Klinik Pakar Kanak² pun dah tutup dah.

Nasib baik sampai klinik takdelah ramai orang. Tunggu dalam 10minit, nama Adik dipanggil. Jumpe dokter citer gitu gini pagi tadik dah amik Neb blablablabla ... So dokter kata amik skali lagiklah. "Anak awak lelah nih". Tetiba jek dokter cakap camtuh terus Mama down. Ader lelah ke Adik Mama nih? Ciannya Adik ..... Takde sesapa pun dalam family kami yang kena lelah, tetiba Adik plak bleh kena. Susah hati sangat. Tapi biler dah amik Neb terus dada dia tak berbunyik. Elok jek plak. Langsung dokter bagi ubat lelah takut² datang balik penyakit Adik.

Pagi nih, Adik macam dah ok sket. Takde bunyik² kat dada dia tapi still batuk² lagik. Dan petang semalam Mama dah beli ASMAKUR. Baru 2 kali jek bagi kat Adik. Takpelah, tunggu kesannya mungkin lambat sket. Mekasih pada EITA yang suggest kat Mama tuk makan Walit Gold. Insya-Allah kalo ader masa Mama nak jugak cuba nih. Tapi reganya tuh .. aduyaiii .... ^_^

Kesimpulannya, semalam dalam satu hari 2 kali Adik kena Neb dan kali ke-5 untuk tahun nih. Apapun harap²lah Adik sembuh seperti sediakala. Amin!!!!

Wednesday, June 15, 2011

ICEROOM:: Halal ke?


Dah lama betul Mama mengidam nak makan eskrim kat sini. Lebih² kat Taipan Senawang pun dah ader dah. Baru jek dalam 2 minggu. So kekononnya lah semalam, lepas beli Susu hero² kat Manjaku, lalu jek Ice Room nih Mama terus ajak Abah singgah. Jengok punya jengok, macam Chinese jek semua pekerja dia. Tapi tak taulah sebab kitorang tengok tang dalam keta. Lebih musykil lagik, tetiba terkeluar plak soalan dari mulut Abah "Halal ke?". Teruslah kitorang tak jadik nak benti makan kat situh.

Petang nih, gigihlah Mama search kat internet carik maklumat pasal Ice Room nih. Menurut entri dari blog OnDScene nih, branch dekat Kota Damansara lah merupakan satu² nya owner dia Melayu iaitu Dato Razali Mohd Daud dan dijamin HALAL siap ader Surau lagik. Macammana pula dekat branch kat tempat lain macam PD, Nilai, Senawang dan lain² tuh yek? Bak kata opismate Mama, yang kat PD tuh memang ader tampal HALAL kat pintu masuk dia. Tapi biler Mama search dalam website dia kat sini ICERooM takde pulak cop HALAL. Wallahualam ..... 

Pada sesiapa yang pernah pergi sini, bleh kompemkan tak?

testing wan tu tri.....

Smalam mama cakap abah boleh tulis dalam blog mama n mama dah emel url nye ke abah. Tadi ade masa sket, try2 la godeh2.. maklum la.. IT ni abah bukan nye reti sangat pon.. ni nak testing la ni, tatau la bole ke tak.. n kalo abah tulis2 dalam blog mama ni, ade ke org nak baca..??!! hahaa..... assalamualaikum...

-the abah-

Dan Adik kena ambil GAS lagi

Cianlah anak Mama yang sorang nih. Masuk hari nih, kali ke-4 (dalam tahun nih yer) dia kena amik gas. Kesnya bangun pagi tadi, Mama sangat² terkejut biler tengok adik tetiba susah nak bernafas. Panik sangat terus text kat Abah then Abah swuh letak Vicks kat dada dia dulu. Tengok kot² dia dah ok ke tak. Hasilnya, still tak berapa nak ok yang langsung membuatkan Mama ambil keputusan untuk bawak adik ke klinik. Dan Adik? Macam biasalah, aktifnya tuh tak leh nak cakaplah. Memanjat sana sini, kacau Mama iron baju. Sepah² kan mainan. Macam takde apa² berlaku pun kat dia.

Alkisahnya, pagi tadi, berdedai² lah kami 3 beranak ke Klinik Pakar Kanak² Senawang. Abah tak follow sama sebab Abah pepagi dah pegi kerja. Kalo nak tunggu Abah balik Seremban balik, serupa jek Mama sendiri bawak dorang pegi klinik. First time bawak hero² ke klinik tanpa ditemani insan tersayang. Dalam hati rasa macam tak kuat confident. Tapi taknak tunjukkan kat hero² yang Mama dorang nih takleh nak independent. Alhamdulillah, bukannya susah seperti yang Mama sangkakan. Hero² pun pandai behave. Aderlah sesket yang dorang takleh nak control perangai tuh contohnya memanjat, lompat² atas kerusi klinik dan dengan selambanya masuk kat bilik dispensary. Hongeh mengah gaklah dibuatnya Mama nak kena kejar dorang berdua.

Dan tatkala si Adik kena ambil gas, meraung² meronta² lah si kenit yang sorang nih. Kesian Mama tengok dia sesambil panggil² nama Mama. Si Abang apa buat? Tak sampai hati tengok adik nangis macam tuh skali, dia amik keputusan untuk tunggu kat luar bilik dokter. Gud boy anak bujang Mama yang sorang tuh. Sesambil tuh dia jengah² balik sambil panggil² nama adik dengan niat nak pujuklah konon. So sweet ..... ^_^

Lepas selesai urusan klinik, Mama terpaksa hantar mereka berdua ke Taska. Rasa bersalah sangat tapi biler tengok keadaan Adik yang dah ok lepas masuk gas, Mama terus jek ke office dengan perasaan yang risau melampau. Baru kejap tadik call Mami kat Taska, katanya Adik demam. Nasib baik dokter dah bekalkan ubat demam sekali. Cuma dokter takde bagi ubat batuk untuk siang. Hanya diberikan ubat batuk untuk waktu malam sebelum tidur sahaja. Kejap lagi Mama ader kelas. Rasa takde semangat nak teruskan tugasan harian. Harapnya Adik cepat² lah sembuh ya. Mama sangat² risau keadaan Adik sekarang nih. Selalu sangat batuk². Cepat sembuh ye sayang ku .... Muahhhhhhssssss

-Mama yang tengah sedih+risau+otak tak betul-

Tuesday, June 14, 2011

Adik Si budak botak dan Dinner @ McD Senawang

Kisah Ahad lepas, dek kerana Mama rimas tengok rambut Adik yang dah agak panjang, so apa lagik, swuh jek Abah gunting rambut dia. Memula memang yelah Abah guntingkan. Tapi biler Mama tengok tertobek sana tertobek sini kepala Adik dah macam kena gigit tikus ompan eh teruslah Mama hulur mesin cukur kasik botak itu kepala Adik juga.

 Tengok jeklah si kenit Mama nih. Bukan reti dok diam pun orang nak cukur kepala dia tuh. Satu keje plak Abah kena kejor kemana dia nak pegi. Paling best, dia nampak jek kucing lalu, terus melulu nak kejor kucing tuh. Aduyaiiii anak Mama. Kalo bawak pegi gunting kat kedai, tak dapek dho orang kodai tu nak koja kau dik oooiiii ......

Petang semalam lepas amik hero² dari skul, terus bawak dorang ke McD. Mama lapo, Abah pun sama. Malas nak tunggu balik umah masak. Dah kebulur. Si Abang skang pun dah pandai dah. Asal nampak McD jek, dan² lah dia cakap dia lapo. Walhal kekadang tuh, dah makan pun sebelum nih. Dah beso nih kan. Pandai dah mintak itu ini. Samalah tetiap pagi nak pegi skul tuh. Lalu gerai nasik lemak, swuh Mama benti nak beli apam. Lalu stesyen minyak pun swuh Mama benti cakap nak beli roti. Tak danlah Mama sensorang terkial² nak angkut korang berdua berdedai² masuk kedai beli roti ke kuih ke. Kalo time Abah ader miting kat Seremban barulah bleh nak belikan sarapan tuk dorang.
Apapun semalam lepas makan jek ngam² lagik 5minit nak masuk Maghrib, kitorang terus blah cecepat. Sebab pertama dah nak Maghrib. Sebab kedua, risau plaklah FUNFAIR yang bebetul kat seblah McD nih dah start bukak. Kang tak pasal jek si Abang meraung² taknak balik. Tak ke haru kitorg dibuatnya?? huhuhuhuuhuh

Monday, June 13, 2011

Kids Just Have Fun

Sekarang nih, cuaca sangat² tak menentukan. Nak bawak hero² Mama main² kat luar rumah pun rasa macam tak best jek. Takut kena demam lak dorang lelebih lagik si Adik. Sekangkang kucing dari umah Mama nih, memang ader playground. Tapi dah cuaca asik panas jek, memanglah Mama tak bagi dorang nak keluar. Adik skang nih dah pandai dah. Kalo keluar jek mesti terus dia tunjuk ke arah playground tuh. Nasib baiklah kat Seremban nih ader alternatif lain selain nak bawak anak² ke playground. Selalunya kitorg akan bawak dorang ke tempat nih .....
Ha .... tak panas pun yer ... Selamat pun yer sebab segala simen sumer dorang dah tutup ngan play mat. So nak masuk sini kena bukak kasut. Satu jeklah, kena bayar RM5 sekali masuk. Sekali masuk means kalo satu family 10 orang pun byr RM5 jek. Mainlah sampai lebam eheheheheh. Dan yang paling bestnya, Maknya leh tinggalkan anak² ngan Ayah or sanak sedara yang ikut, sementara Maknya bleh pegi shopping². Best kan ehehehehehe. Tapi Mama takleh arrr nak wat cenggitu. Kang sorang main celah kanan, sorang lagik terselit celah kiri, Abah nak handle sensorang? Pinsan ....



Tengok jeklah keceriaan hero² Mama. Sampaikan susah nak ajak dorang balik. Kena rasuah beli menan or aiskrem barulah dorang nak tinggalkan tempat nih. Lepas tuh kenalah berjanji ngan dorang kata minggu depan datang balik. Padahal tak pun. Selagik tak lalu kat tempat nih, dorang takkan ingat pun kat janji kitorg tuh ^_^

Jadik sangat² seronok biler tengok anak² seronok.Serius .... Mama kalo ikutkan nak jek join dorang main lompat² tapi kang apa lak makbapak budak lain kata nanti ^_^

Thursday, June 9, 2011

Berapa kali peluang daaaa mau kasi???

Profession sebagai seorang pensyarah nih, memang betul² mencabar bagi Mama. Manakan tidak, kalo student lulus carik kita, student gagal pun orang akan carik kita jugak. Sepanjang 4 tahunlah Mama bekerja sebagai tenaga pengajar nih dekat kolej yang sama, setakat nihlahkan kot pasnih dah tak tahan sangat haruslah carik keje lain nih memang dah masak sangat dah ngan perangai bebudak zaman sekarang nih. Ditegur salah, tak ditegur pun salah. Paling best kalo melibatkan parents. Parents nih pun kekadang bukannya tau pun anak dorang nih betul ke datang kolej nih belajo ke tidak? Tup² datang kolej jumpe pensyarah nak menyalahkan pensyarah anak dia fail subject. Sabo jeklah kan .....

Tapi so far parents yang datang jumpa Mama takdelah marah sebab anak dia tak lulus peksa. Rata² yang datang merayu kat Mama swuh luluskan anak dorang. Aishhhhh senang betul camtuh. Mama dulu blajo kalo result ala² jek, teruk kena marah ngan Mak n Abah Mama. Hingat parents Mama teringin ke nak datang kolej jumpe pensyarah merayu² swuh luluskan? Sorie beb ... tuh bukan cara yang betul parents Mama mengajo anak² dorang. Parents zaman skang nih kena ikut cakap anak. Dah tak sama dah macam zaman kita² dulu.

Selalunya kes yang yang terjadik kat Mama nih student² yang selalu ponteng kelas, tak hantar assignment, kuiz or test tak datang amik. Dah lali lah camtuh. Berbuih mulut nih ha nasihat, bagi peluang pun banyak kali jugak dah. Mama rasa sampai satu tahap nanti student² dah tak respect kat pensyarah² dorang. Tak mau menunding jari kat sesiapa tapi sama² lah kita amik iktibar. Mama pun ader anak jugak. Tak taulah macammana dorang dah beso sok. Harap²nyalah janganlah dorang jadik seperti sebahagian daripada anak² sekarang yang tak menjadik nih.

Baru taukan macammana susahnya jadik mak orang budak. Ada bagusnya jugak Mama nih keje sebagai pensyarah. Atleast bleh tau cemana perangai budak² zaman skang nih. Sesambil tuh mulalah ligat atur strategi terbaik cemana cara yang paling berkesan nak mendidik anak² supaya mereka tak terjerumus ke arah yang tidak sihat nih.

Now jam Mama dah menunjukkan pukul 11.42AM. Kalo ikutkan Mama ader perjumpaan dengan someone yang berkaitan dengan entri Mama nih. Janji pukul 9AM tapi sampai skang tak muncul. Jawabnya ..... terima kasih sajalah kerana anda telah berjaya membuang masa saya menunggu anda yang tidak akan kunjung tiba. Syabasss!!!!!

Wednesday, June 8, 2011

Setiap anak itu ada rezekinya masing² .... Insya-ALLAH

Tetengah bw tadik, tetiba Mama jadik tertarik plak dengan tajuk entri dalam blog Anje-Kau tercipta untukku nih. So Mama nak bagi pendapat Mama lah tentang planning Anak nih kan. Nak komen lam blog Anje takut panjang lebar plak. Marah tuan empunya tanah nanti ehehhhehehehe ^_^

Umur Mama tahun nih 32 tahun. Baru jek berkahwin 4 tahun kes kawen lambatlah nih dan baru mempunyai Anak 2 orang. Planning Abah, nak 5 orang anak sebelum umur 40. Memandangkan Abah muda setahun dari Mama, so untuk dia ader 8 tahun lagik nak archive target. Mama plak, ader 7 tahun jek lagik. So maknanya, lepas nih kena beranak selang setahun jugaklah. Kalo ader rezeki ..... Amin!!! Kalo ditakdirkan memang 2 orang nih sajelah harta Mama, kami redha.

Tak dinafikan kos sara diri yang semakin hari semakin tinggi menjadikan sesetangah pasangan takut nak mempunyai anak yang ramai. Alasannya tak termampu nak menanggung kos nak membesarkan anak. Pada Mama, kos anak tuh pokok pangkal kat parents tuh sendiri. Sebab apa Mama cakap macam tuh, sebab rata² kengkawan Mama yang baru mempunyai anak, kalo tengok dorang bagi makan pakai anak tuh kemainlah mahalnya. Semua yang branded² saje. Sorrylah ye kot² ader yang terasa. Mungkin sebab baru dapat anak sorang, tuh yang terus jek nak beli yang mahal². Kekononnya barang yang mahal tuh bagus untuk anak². Ye ... memang betul tapi sedar tak sama ada kita mampu nak berikan anak² kita benda yang mahal² tuh untuk selama²nya? Kalo sorang bolehlah, kalo anak dah 2-3? Takkanlah nak bagi anak yg ke-2 dan ke-3 tuh benda yang murah pulak. Tak adilkan namanya tuh.

Sebagai contoh ader sesetengah rakan Mama, anak baru lahir dah diberikan susu yang mahal 1kg dengan harga RM70. Biler anak tuh dah meningkat ke umur setahun yang mana 1kg susu hanya boleh tahan 1 minggu, tak ke parah time tuh sebulan dah RM280 untuk belanja susu anak. Tuh belum nak hantar susu kat Taska lagik. Kena gandalah lagik jadik RM560. Kalo korang sebulan gaji 6-7 riban tak kesahlah. Rasanya susu RM70 seminggu tuh takat celah gigi jek kalo nak bayar pun kan.

Sebab tuh Mama dan Abah awal² ajar anak minum susu murah jek. Susu Dumex Dugro tuh jek pun 1kg baru RM19.90. Lagik best, skang nih Adik ngan Abang dah bleh kongsi susu yang sama. Lagik jimat. Ramai orang cakap susu murah tak bagus untuk otak anaklah, itulah inilah. Tapi Mama memang tak percaya tuh semua. Setakat nih Alhamdulillah anak² Mama cerdik+bijak. Cepat jalan, cepat bercakap (yang Abang lah) dan sangat² aktif.  Diapers dorang pulak Mama pilih jenama Huggies. Mesti ader yang kata, mahal gak tuh brand tuh. Ye ... kalo beli kat Super or HyperMarket memang mahal. Cecah RM45 perpax. Tapi Alhamdulillah, kat Seremban nih ader kedai yang jual dengan harga borong leh dapat rega RM32. Samalah cam susu Dugro tuh. Kalo kat supermarket mahal sketlah cecah sampai RM23 tapi kat kedai borong nih, bleh dapat rega bawah RM20. Baju² dorang plak cemana Mama beli? Masa si Abang dulu dah terlalu banyak sangat baju yang Mama beli. Excited masa tuh baru dapat anak sorang. So skang nih, Adik tak payah beli baju bebanyak. Bleh recycle baju Abang. Si Abang jeklah yang memang dah kena beli baju baru sebab dah tak muat. Nak beli yg mahal² sket tuk anak² bukan tak boleh. Boleh tapi berpada² lah. Sok dorang dah sekolah, lagik banyak nak pakai duit.

Nih semua hanya pendapat Mama dan apa yang Mama dah implementkan kat kos sara anak² kami. Pada Mama, berbelanja tuh biarlah berpada². Kena pandai² plankan duit kita tuh. Tak payahlah nak ikut stail orang lain tuh sangat.

Bersepahnyalah hai rumah ku ini .....

Saper setuju kalo dah ader anak nih, rumah tuh jangan haraplah nak tengok kemas sentiasa. Saper setuju bleh geng ngan Mama. Saper yang tak setuju tuh plak, nanti Mama nak mintak sket tips ek cemana korang leh handle rumah jadik tak bersepah ^_^


Mama anak baru jek 2 orang pun tapi kalo korang tengok, dia punya persekitaran cam ader 10 anak. Kalo sebelum nih Mama bising² jugaklah kalo si hero² main campak² barang pehtu tak reti nak kemas balik. Tapi Abah mesti sound Mama balik. Abah cakap "dorang tido nanti kita kemaslah sesama". Pikir² betul jugak. Lagik pun Mama pernah terbaca lam magazine, kita IbuBapa nih sepatutnya jangan halang anak² nak bermain. Biarkan mereka explore sendiri dan secara tak langsung boleh menguatkan otot dan motor pergerakan mereka. So skang nih, memang Mama bior jeklah dorang nak main. Kang dorang dah penat+tido, barulah Mama or Abah kemas mainan² dorang tuh.

Apapun, tak kesahlah umah kita bersepah ke atau pun tidak, sekurang²nya, balik keje tengok muka hero², terus hilang segala penat+masalah kerja. Betul tak??

Tuesday, June 7, 2011

Pagi² dah bikin GUA panas hati!!!!

Astagfirullahalazim ..... Mengucap Mama .... 
Dikala jejari gemok pendek Mama nih berlari²an kat keyboard nih, Mama dah agak reda dah dari kemarahan yang tak dapat nak dibendung. Maunya tidak. Pepagi lagik 2 Company dah buat Mama panas hati. Ishhh ishhh... tak masuk rezeki pepagi asik marah² jek kan.

Company 1 (Company yang provide tempat parking)
Sampai tempat paking depan opis Mama, masuk syiling 20sen ok, then masuk plak 50sen terus kuar FAIL. Kalo ikutkan nih kali ke 17juta Mama kena camnih. Sesuka hati mesin nih telan duit orang. Pelagik, terus seluk henbeg, keluarkan kertas tulis METER ROSAK yang memang Mama dah siapkan awal². Letak terus kat atas dashboard keta. Kebetulan pulak, jip company nih paking depan keta Mama. Si pemandu nampak Mama letak notis tuh, dia terus meluru keluar pergi kat Mama sambil membebel cakap:


Staff: Kenapa yer selalu sangat orang letak notis meter rosak? Betul ke meter rosak?
Mama: Tak caya pergilah tengok kat meter tu. (dalam hati dah panas dah nih ngan statement dia tuh)
Staff: Ohhh ... ye betullah meter rosak. (sambil cuba masukkan syiling sebyk 40sen tapi akhirnya kena telan jugak) Awak lain kali jangan letak notis tuh kat dalam keta. Selitkan kat tempat masuk syiling nih. Letak kat keta takot dorang tak nampak.
Mama: Encik, sebelum nih saya buat cenggitulah tapi akhirnya dorang betulkan meter pehtu saman keta saya.
Staff: Yelah, sebab kita bagi masa sejam jek. Awak tak check balik meter awak nih.
Mama: Macam mana saya nak tau tempoh sejam tuh dari pukul berapa? Dorang datang check meter pun saya tak tau pukul berapa. Nak swuh saya check pun, ingat saya bleh selalu keluar² ke sejam sekali? Saya nih mengajo kelas direct dari pukul 9-12. Macam mana nak keluar check. (dah start tinggi sore dah nih)
Staff: (berusaha menggoyang²kan meter tersebut sambil ketuk² meter tuh. try masuk syiling 20sen tetiba bleh plak) Ha ... dah bleh dah. Nih mesti ader kertas tersangkut dalam nih.
Mama: Ha ... lagik Encik nak swuh sy letak notis kat situh. Ni sebab letak notislah jadik macam nih. Habis tuh duit saya 70sen yg kena telan tuh cemana? Selalu sangat kena telan duit. Rasanya nombor keta saya nih dah banyak kali buat aduan pasal meter rosak tau.
Staff: (masukkan syiling 70sen pehtu terus masuk keta, start enjin ... blahhhh)
Mama: Aikkk? blah camtuh jek?

Adusssss .... tolonglah. Meter syiling nih dah tahap zaman kuno tau tak. Menyusahkan asik kena telan jek. Satu hal lagik, nak kena carik syiling bebanyak. Ingat senang ker? Satu hari kena isik RM3.60. Tolonglah jadik cam Negeri Johor or Melaka. Dah tak main dah meter² nih. Semua pakai kupon jek. Lagik senang. Takdelah orang bersusah payah nak pegi tukar syiling bagai. Kot dah selalu kena telan cam kes Mama nih, mana nak cekau syiling lagik? Tolonglah .... penat dah buat aduan. Tapi macam takde apa efek pun. Rasa² nak kena komplen kat suratkabo or masuk tv baru dorang layan gaknya .... ehmmmmm nih ke namanya rakyat diutamakan? I don't think so .....

Company 2 (Company tempat simpan duit)
Panas hati bertekak dengan company 1, Mama pegi beli bekpes kat Restoren Negeri, sesambil berjalan ke Company 2 tuk cashkan cek Nuffnang. Berbulan dapat tp tak gak cashkan lagik. Sampai jek sini, tengok² cheque deposit machine dia zaman kuno jugak yang kena pakai sampul surat tuh. Tak kesah lah, janji leh pakai. Terus amik borang, cari² atas meja tulis borang tuh sekor sebatang pen pun takde. Try jengah kat dalam plak, sama gak pen takde. Takpe, terus carik pakcik guard.

Mama: Pakcik, pen takde ker?
Guard: Ha ah, pen sumer dah hilang dah. Kita bagi pakai free, abis dorang pegi kebas bawak balik. Pakcik dah serik dah nak bagi dorang pinjam pen nih.
Mama: Macam mana saya nak isi borang nih yek? Saya tak bawak pen nih.
Guard: Haaaaa jawabnya, senang jek. Pergilah beli pen sendiri .....
Mama: Haaa???? (terus letak balik form) takpelah ... saya pergi company lain!

Macam nih punya orang pun ader ker? Macammanalah korang jaga customer korang nih? Patutlah, tak ramai orang yang pegi sini. Dan patut jugaklah pen ko kena kebas. Sebab apa? Sebab servis ko HAMPEH!!!

Dahhh dahhh ... Mama nak tenangkan hati nih .... Esok lusa lah Mama pegi company yang lain. Tapi jauhlah nak kena menapak .... nasib badannnnn....