Followers

Wednesday, June 15, 2011

Dan Adik kena ambil GAS lagi

Cianlah anak Mama yang sorang nih. Masuk hari nih, kali ke-4 (dalam tahun nih yer) dia kena amik gas. Kesnya bangun pagi tadi, Mama sangat² terkejut biler tengok adik tetiba susah nak bernafas. Panik sangat terus text kat Abah then Abah swuh letak Vicks kat dada dia dulu. Tengok kot² dia dah ok ke tak. Hasilnya, still tak berapa nak ok yang langsung membuatkan Mama ambil keputusan untuk bawak adik ke klinik. Dan Adik? Macam biasalah, aktifnya tuh tak leh nak cakaplah. Memanjat sana sini, kacau Mama iron baju. Sepah² kan mainan. Macam takde apa² berlaku pun kat dia.

Alkisahnya, pagi tadi, berdedai² lah kami 3 beranak ke Klinik Pakar Kanak² Senawang. Abah tak follow sama sebab Abah pepagi dah pegi kerja. Kalo nak tunggu Abah balik Seremban balik, serupa jek Mama sendiri bawak dorang pegi klinik. First time bawak hero² ke klinik tanpa ditemani insan tersayang. Dalam hati rasa macam tak kuat confident. Tapi taknak tunjukkan kat hero² yang Mama dorang nih takleh nak independent. Alhamdulillah, bukannya susah seperti yang Mama sangkakan. Hero² pun pandai behave. Aderlah sesket yang dorang takleh nak control perangai tuh contohnya memanjat, lompat² atas kerusi klinik dan dengan selambanya masuk kat bilik dispensary. Hongeh mengah gaklah dibuatnya Mama nak kena kejar dorang berdua.

Dan tatkala si Adik kena ambil gas, meraung² meronta² lah si kenit yang sorang nih. Kesian Mama tengok dia sesambil panggil² nama Mama. Si Abang apa buat? Tak sampai hati tengok adik nangis macam tuh skali, dia amik keputusan untuk tunggu kat luar bilik dokter. Gud boy anak bujang Mama yang sorang tuh. Sesambil tuh dia jengah² balik sambil panggil² nama adik dengan niat nak pujuklah konon. So sweet ..... ^_^

Lepas selesai urusan klinik, Mama terpaksa hantar mereka berdua ke Taska. Rasa bersalah sangat tapi biler tengok keadaan Adik yang dah ok lepas masuk gas, Mama terus jek ke office dengan perasaan yang risau melampau. Baru kejap tadik call Mami kat Taska, katanya Adik demam. Nasib baik dokter dah bekalkan ubat demam sekali. Cuma dokter takde bagi ubat batuk untuk siang. Hanya diberikan ubat batuk untuk waktu malam sebelum tidur sahaja. Kejap lagi Mama ader kelas. Rasa takde semangat nak teruskan tugasan harian. Harapnya Adik cepat² lah sembuh ya. Mama sangat² risau keadaan Adik sekarang nih. Selalu sangat batuk². Cepat sembuh ye sayang ku .... Muahhhhhhssssss

-Mama yang tengah sedih+risau+otak tak betul-

9 comments :

Siti Haslinda Sadiken said...

yg kecik tuh ada asma ke dot? dot ada asma ker? yg abg ada jugak tak?

umiealia said...

cian nyer arif...hopefully u will be fine....

zuwaidah said...

moga2 sihat dan ceria kembali.

Ietams said...

ala siyannya..

MaMa CyDa said...

SHS:
lin, dot takde asma. ajai pun sama. anak² ekceli pon takde gak. tp dokter kata si kenit tuh lung dia sempit. sebab tuh kalo tiap kali batuk mesti kahak berkumpul byk then dia akan jadik sesak nafas.

MaMa CyDa said...

umiealia:
mekacih ek auntie umie ^_^

MaMa CyDa said...

zuwaida:
kak zue, mekasih kak ... risau sgt saya nih ...

MaMa CyDa said...

ietams:
siyan mmg siyan ... hu² tp kalo tgk dia mcm tak caya jek dia tak sehat ^_^

eITA said...

salam...kesiannye dh 4 kali ambik gas...anak sy pun same...cube try walit gold...ubat sarang burung..cine pun slalu minum sup sarang burung...skrg org melayu minuman kesihatan pati sarang burung...tryla..elok sgt utk budak yg slalu sesak nafas....bace dulu ni...http://my-khalish.blogspot.com/2011/05/korang-tahu-khasiat-walit-gold.html