Followers

Tuesday, June 7, 2011

Pagi² dah bikin GUA panas hati!!!!

Astagfirullahalazim ..... Mengucap Mama .... 
Dikala jejari gemok pendek Mama nih berlari²an kat keyboard nih, Mama dah agak reda dah dari kemarahan yang tak dapat nak dibendung. Maunya tidak. Pepagi lagik 2 Company dah buat Mama panas hati. Ishhh ishhh... tak masuk rezeki pepagi asik marah² jek kan.

Company 1 (Company yang provide tempat parking)
Sampai tempat paking depan opis Mama, masuk syiling 20sen ok, then masuk plak 50sen terus kuar FAIL. Kalo ikutkan nih kali ke 17juta Mama kena camnih. Sesuka hati mesin nih telan duit orang. Pelagik, terus seluk henbeg, keluarkan kertas tulis METER ROSAK yang memang Mama dah siapkan awal². Letak terus kat atas dashboard keta. Kebetulan pulak, jip company nih paking depan keta Mama. Si pemandu nampak Mama letak notis tuh, dia terus meluru keluar pergi kat Mama sambil membebel cakap:


Staff: Kenapa yer selalu sangat orang letak notis meter rosak? Betul ke meter rosak?
Mama: Tak caya pergilah tengok kat meter tu. (dalam hati dah panas dah nih ngan statement dia tuh)
Staff: Ohhh ... ye betullah meter rosak. (sambil cuba masukkan syiling sebyk 40sen tapi akhirnya kena telan jugak) Awak lain kali jangan letak notis tuh kat dalam keta. Selitkan kat tempat masuk syiling nih. Letak kat keta takot dorang tak nampak.
Mama: Encik, sebelum nih saya buat cenggitulah tapi akhirnya dorang betulkan meter pehtu saman keta saya.
Staff: Yelah, sebab kita bagi masa sejam jek. Awak tak check balik meter awak nih.
Mama: Macam mana saya nak tau tempoh sejam tuh dari pukul berapa? Dorang datang check meter pun saya tak tau pukul berapa. Nak swuh saya check pun, ingat saya bleh selalu keluar² ke sejam sekali? Saya nih mengajo kelas direct dari pukul 9-12. Macam mana nak keluar check. (dah start tinggi sore dah nih)
Staff: (berusaha menggoyang²kan meter tersebut sambil ketuk² meter tuh. try masuk syiling 20sen tetiba bleh plak) Ha ... dah bleh dah. Nih mesti ader kertas tersangkut dalam nih.
Mama: Ha ... lagik Encik nak swuh sy letak notis kat situh. Ni sebab letak notislah jadik macam nih. Habis tuh duit saya 70sen yg kena telan tuh cemana? Selalu sangat kena telan duit. Rasanya nombor keta saya nih dah banyak kali buat aduan pasal meter rosak tau.
Staff: (masukkan syiling 70sen pehtu terus masuk keta, start enjin ... blahhhh)
Mama: Aikkk? blah camtuh jek?

Adusssss .... tolonglah. Meter syiling nih dah tahap zaman kuno tau tak. Menyusahkan asik kena telan jek. Satu hal lagik, nak kena carik syiling bebanyak. Ingat senang ker? Satu hari kena isik RM3.60. Tolonglah jadik cam Negeri Johor or Melaka. Dah tak main dah meter² nih. Semua pakai kupon jek. Lagik senang. Takdelah orang bersusah payah nak pegi tukar syiling bagai. Kot dah selalu kena telan cam kes Mama nih, mana nak cekau syiling lagik? Tolonglah .... penat dah buat aduan. Tapi macam takde apa efek pun. Rasa² nak kena komplen kat suratkabo or masuk tv baru dorang layan gaknya .... ehmmmmm nih ke namanya rakyat diutamakan? I don't think so .....

Company 2 (Company tempat simpan duit)
Panas hati bertekak dengan company 1, Mama pegi beli bekpes kat Restoren Negeri, sesambil berjalan ke Company 2 tuk cashkan cek Nuffnang. Berbulan dapat tp tak gak cashkan lagik. Sampai jek sini, tengok² cheque deposit machine dia zaman kuno jugak yang kena pakai sampul surat tuh. Tak kesah lah, janji leh pakai. Terus amik borang, cari² atas meja tulis borang tuh sekor sebatang pen pun takde. Try jengah kat dalam plak, sama gak pen takde. Takpe, terus carik pakcik guard.

Mama: Pakcik, pen takde ker?
Guard: Ha ah, pen sumer dah hilang dah. Kita bagi pakai free, abis dorang pegi kebas bawak balik. Pakcik dah serik dah nak bagi dorang pinjam pen nih.
Mama: Macam mana saya nak isi borang nih yek? Saya tak bawak pen nih.
Guard: Haaaaa jawabnya, senang jek. Pergilah beli pen sendiri .....
Mama: Haaa???? (terus letak balik form) takpelah ... saya pergi company lain!

Macam nih punya orang pun ader ker? Macammanalah korang jaga customer korang nih? Patutlah, tak ramai orang yang pegi sini. Dan patut jugaklah pen ko kena kebas. Sebab apa? Sebab servis ko HAMPEH!!!

Dahhh dahhh ... Mama nak tenangkan hati nih .... Esok lusa lah Mama pegi company yang lain. Tapi jauhlah nak kena menapak .... nasib badannnnn....

3 comments :

azza said...

ala kak dot..tulis je bsr2 name company tue...
dh byk kali sgt nyusahkan org
especially companye 1 tue..
mmg service burukkkkkk gile!!!!!

Ietams said...

selamba betui pakcik guard tu punye stetmen..
series teruk customer service dorang eh..ish..ishh

zuwaidah said...

betul kata azza...tulis je nama company tu besar2...biar semua org tahu. mendidih gak ler baca entry nih...nasib tak kena batang hidung suami kak zu..huhuhuhu