Followers

Thursday, June 9, 2011

Berapa kali peluang daaaa mau kasi???

Profession sebagai seorang pensyarah nih, memang betul² mencabar bagi Mama. Manakan tidak, kalo student lulus carik kita, student gagal pun orang akan carik kita jugak. Sepanjang 4 tahunlah Mama bekerja sebagai tenaga pengajar nih dekat kolej yang sama, setakat nihlahkan kot pasnih dah tak tahan sangat haruslah carik keje lain nih memang dah masak sangat dah ngan perangai bebudak zaman sekarang nih. Ditegur salah, tak ditegur pun salah. Paling best kalo melibatkan parents. Parents nih pun kekadang bukannya tau pun anak dorang nih betul ke datang kolej nih belajo ke tidak? Tup² datang kolej jumpe pensyarah nak menyalahkan pensyarah anak dia fail subject. Sabo jeklah kan .....

Tapi so far parents yang datang jumpa Mama takdelah marah sebab anak dia tak lulus peksa. Rata² yang datang merayu kat Mama swuh luluskan anak dorang. Aishhhhh senang betul camtuh. Mama dulu blajo kalo result ala² jek, teruk kena marah ngan Mak n Abah Mama. Hingat parents Mama teringin ke nak datang kolej jumpe pensyarah merayu² swuh luluskan? Sorie beb ... tuh bukan cara yang betul parents Mama mengajo anak² dorang. Parents zaman skang nih kena ikut cakap anak. Dah tak sama dah macam zaman kita² dulu.

Selalunya kes yang yang terjadik kat Mama nih student² yang selalu ponteng kelas, tak hantar assignment, kuiz or test tak datang amik. Dah lali lah camtuh. Berbuih mulut nih ha nasihat, bagi peluang pun banyak kali jugak dah. Mama rasa sampai satu tahap nanti student² dah tak respect kat pensyarah² dorang. Tak mau menunding jari kat sesiapa tapi sama² lah kita amik iktibar. Mama pun ader anak jugak. Tak taulah macammana dorang dah beso sok. Harap²nyalah janganlah dorang jadik seperti sebahagian daripada anak² sekarang yang tak menjadik nih.

Baru taukan macammana susahnya jadik mak orang budak. Ada bagusnya jugak Mama nih keje sebagai pensyarah. Atleast bleh tau cemana perangai budak² zaman skang nih. Sesambil tuh mulalah ligat atur strategi terbaik cemana cara yang paling berkesan nak mendidik anak² supaya mereka tak terjerumus ke arah yang tidak sihat nih.

Now jam Mama dah menunjukkan pukul 11.42AM. Kalo ikutkan Mama ader perjumpaan dengan someone yang berkaitan dengan entri Mama nih. Janji pukul 9AM tapi sampai skang tak muncul. Jawabnya ..... terima kasih sajalah kerana anda telah berjaya membuang masa saya menunggu anda yang tidak akan kunjung tiba. Syabasss!!!!!

2 comments:

ejulz said...

adehhh.. mak bapak camtu pun ade ke? kalo bapak ejulz sory laa.. dia xde laa mrh2 ejulz sbb x lulus.. tp tanggung sendiri laa.. heHe

UmmiAQs said...

Student sekarang mmg cmtu kak.. sy bukan pensyarah tp bekerja kat uitm.. yang main produk adalah student..so,bole tgk betapa berbeza nya student sekarang dgn student mase sy stdy dulu...