Followers

Monday, June 27, 2011

Nasi Arab Damsyik, Seremban

First thing, mekasihlah kat SIL Mama (Along) sebab sudi belanja kami² semua dinner Sabtu lepas kat sini. Kot tak memang sampai kesudahlah Mama tak jejak kaki kat restoren nih ^_^

Alkisahnya, kat Seremban nih ader 3 kedai Nasi Arab. Nasi Arab Kabsyah kat Paroi, Nasi Arab Lezeez kat Senawang dan yang nih Nasi Arab Damsyik kat area Ampangan. So far ketiga² restoran Nasi Arab nih Mama dah pegi. Dan Mama tetap cakap Nasi Arab Lazeez yang sedap. Kalo ikutkan Mama nih takdelah suka sangat makan Nasi Arab. Mama sangat² suka ngan Nasi Beryani Gam. Tapi kenalah sedar diri, yang Mama nih bukannya dok kat Batu Pahat. Manalah nak jumpa Beryani Gam kat Seremban nih. Sejak adanya Nasi Arab nih, sekurang²nya blehlah nak makan setakat nak gantikan Beryani tuh kan. Terus terang cakaplah, takleh lawanlah Beryani Gam Batu Pahat. Memang MARVELOUS!!! Tanya Abah. Dia pun cakap Beryani Gam memang power ^_^. Ehh cam dah terlari tajuk jek nih kan ....

Kitorang sampai kat sini kul 8.40pm. Punyalah ramai orang, sampai nak paking pun payah. Memang tau pun kedai nih sentiasa ramai pelanggan. So naklah jugak rasa, kot² betullah cakap² orang yang kat sini memang sedap. Atau .....

Nasib baiklah SIL Mama dah order awal². Takdelah kami terpaksa berdiri tunggu orang habis makan. Jadiknya, port kami kat tingkat atas, duduk bersila lagik. Ha ... yang nih best sebab kalo kat Lazeez memang takdelah nak duduk makan bersila.
 Kom kita posing² dulu sementara tunggu makanan sampai ...
 Tu dia .... order 2 dulang jek. Kami² semua diet ^_^.
 Masing² dah lapo. Abah nih bior betul nak makan cenggitu jek .... huhuhuhuh

Kesimpulannya, kata Abah, ayam kat sini sedap elehhh Abah tuh asal ayam sumer sedap. Tapi daging kambing dia tak uummpphhh lahhh. Apapun, mekasih sekali lagik pada Along. Semoga murah rezeki dan kalo dapat naik gaji or bonus, silalah belanja kami lagik ^_^

1 comment:

Effi Rahmat said...

stuju².. paling suka kat lazeez.. cuma tokleh dok bersila ler.. hehehe...