Followers

Monday, July 25, 2011

Ragam hidup berjiran

Sebelum nih Mama ader buat entri pasal tak puashati ngan Mr. Cat belaan jiran Mama. Nak baca detail leh pegi sini.

Jadiknya kali nih, ader beberapa lagik perkara yang memang buatkan Mama panas hati jek. Kisah Mr. Cat nih ingatkan dah settle dah. Rerupanya datang balik. Memandangkan jiran Mama nih dah bela kucing yang baru gamaknya. So macam biasalah, aroma yang tak sihat lagiklah terpaksa kami sedut tetiap hari. Dan semalam, kitorang keluar rumah nak pergi pasar, masa Abah reverse Myra, elok jek bertepek 'sisa buangan' Mr. Cat kat tayar belakang. Wahhhhh ... terus panas hati Mama. Abah sampai banyak kali cakap ikut hati nak semelih jek itu Mr. Cat. Tapi ... dia bukan paham pun kan. Aduihhh laaaaa ...

Tuh baru kes pertama. Kes kedua pulak, jiran belah kiri Mama nih, anak² buah seramai 3 orang dok menumpang umah dorang. 2 dari mereka ader kereta. Nih pun satu hal. Suka paking depan umah kitorang yang seberang jalan tau jadiknya amat payahlah kami nih nak keluar masuk kereta. Dahlah jalan tuh kecik. Last week, Adik perempuan Mama datang bertandang umah Mama pun Abah sedaya upaya muatkan 3 bijik keta masuk paking dalam laman kami tau. Kalo nak ikutkan, 2 keta kami lagik besar saiznya dari 2 keta mereka. Boleh jek kami sumbat sekali 3 dalam laman tuh. Halaman mereka dah siap ber'tiles' cantik. Tapi keta pakat paking luar semuanya apahal??

Hakikatnya Mama suka duduk kat kejiranan sini. Orangnya ramah mesra. Cuma ader sesetengah yang tak berkenanlah. Maybe dorang pun sama jugak, ada jek yang dorang tak berkenan ngan Mama kot, tapi Mama yang tak tau. Biasalah tuh kan adat hidup berjiran ^_^. Kotlah satu masa nanti Mama ader rezeki dok rumah sendiri, mesti Mama akan rindukan suasana kejiranan sekarang nih. Serius... tak tipu.

3 comments :

アヌム ちゃん said...

aa mcm2 ragam jiran ni ye.sabar ye kak..

lurun namzar said...

moralnya pndg la kanan-kiri sblum wat pape... :)

Ietams said...

kak dot,
pasal jiran ni kan. kita pun dah ketensenan dah dgn ragam jiran tak semenggah ni.
kiri kanan melayu, tapi lagi bagus jiran cine depan belakang, lat sebuah kiri & kanan. ramah mesra, tolong menolong & tak menyombong.