Followers

Monday, April 16, 2012

Arif @ Hospital SALAM, Senawang

Minggu lepas merupakan minggu yang paling huru-hara dalam hidup Mama. Manakan tidak, tetiba plak si Adik kena admitted dek kerana kena PNEUMONIA. Adehhhh ... kesian dia. Alkisahnya, minggu sebelum tuh, Adik batuk² dengan teruknya. Si kenit nih, kalo dah start batuk, dada tuh mulalah berbunyik. Mulalah jugak kami kena bawak dia amik gas kat klinik. Macam sebelum² nih, sekali amik terus ok. Tapi kali nih, dalam 5 hari amik gas@neb 3x, tak jugak elok². Makin teruk lagik ader. Last² dokter Klinik Pakar Kanak² Senawang keluarkan surat swuh Mama bawak Adik pergi hospital jugak. Kami seboleh²nya mengelak nak pergi spital. Seboleh²nya taknak dia admitted. Tapi kali nih memang takde pilihan. Kesian tengok Adik. Malam² tak lena tido, asik mengadu sakit dada, swuh sapukan vicks. Tahannya sejam jek, pehtu dia jaga nangis balik. So kami pun redha jeklah .... dan petang Isnin lepas, 9/04/2012, buat pertama kalinya Adik kena masuk spital. Kena tahan 5hari 4malam okey .... huhuhuhuh Berkampunglah kami 4 beranak kat spital tuh sampailah hari Jumaat. Sekarang Alhamdulillah, Adik dah nampak ok dah pun cumanya dia kena pakai Inhaler setiap 4jam. Kesian kan? Baru nih jugaklah dapat detect yang Adik memang ader Asthma tapi takdelah kritikal.

 Day 1
 Day 2
 Day 3
 Day 4
Day 5

5 hari duduk spital, memang memboringkan. Adik hari² ajak balik rumah. Dahlah malam pertama kat spital, 4 beranak tak lena tido. Maunya tidak, setiap 2-3jam nurse datang bilik kejut swuh bagi neb kat Adik. Dia pun tak lena tido sebab still rasa sesak dada. Hari kedua, pagi dalam kul 10.30pm, first time Adik kena suction. First day kena suction, dokter tak bagi parents masuk. Dengarlah si kenit nih menjerit2 panggil² Mama, menjerit² cakap sakitlah ... taknaklah ... Mama yang tunggu kat luar treatment room nih dah bergenang air mata dah. Si Abang yang tunggu sama pun terus terdiam jek. Abah jek lah yang sentiasa cool. Alaaa takkan nak tunjukkan? Tak macho lah depan anak binik huhuhuhuhu

Second and third day kena suction, barulah dokter bagi parents masuk. Tapi Abah jek lah pun yang berani masuk. Mama?? Oh tidak .... kang tak pasal, Mama pun meraung sama kat dalam treatment room tuh plak kang hahahahahah So far lepas 3x kena suction, barulah Adik ok. Takdelah dengar lagi dada dia berbunyik². Malam kedua kat sana pun, dia dah bleh tido lena. Sesekali jeklah kena kejut ngan nurse sbb nak bagi neb. Malam terakhir plak, 2x bagi dia neb, 2x tuh jugak dia tak sedar. Tido manjang macam setahun tak tido huhuhuh itulah kali pertama Mama tengok dia dapat tido lena sejak dia sakit 2 minggu lepas. Syukur sangat, akhirnya hari Jumaat Adik dapat discaj. Khamis nih pulak kena datang lagik untuk follow up kes Adik. Harap² lah dokter kata pasnih takyahlah Adik pakai Inhaler. Walaupun dia tak merungut sikit pun kena pakai or makan ubat, tp Mama nih yang tak sampai ati tengok dia camtuh. Pilu jek hati nih ..... Apapun, terima kasih pada rerakan yang sudi mendoakan kesejahteraan Adik. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik kamu semua. Harapan Mama, semoga Adik semakin tabah menghadapi hari² mendatang dia nanti. Cianlah dak kenit Mama yang sorang nih ... Apapun ... Mama sayang kamu sangat².

p/s ehhh lupa nak story, hari kedua dan hari ketiga kami kat SALAM, beberapa kalilah terserempak dengan Farid Kamil ngan Zack Kool. Rerupanya dorang shooting kat situh cerita Lagenda Budak Setan 3. Ehhhh yang 2 dah ader keluar ker? Pesal Mama tak tau ek? Ke Mama yang memang ketinggalan ketapi? Huhuhuhuhuh

10 comments :

lurun namzar said...

saya pn xtau lagenda ada 2nd season.
biasanya klu kanak2 dh detect asma, nanti bila dh besar, asma hilang.

zoora qushairi said...

waahhh kak dot pewot dah beshar dah...hehe.. alhmdllh arif dh makin ok. good boy la dia.!

mamalieyna said...

aduhai kesiannye arif...skrg dh ok kan..take care ye...mmg sadis kalau anak kena dok wad...

herm..lagenda budak setan 2 yg mana eh?..cam tak eprasan jgk jer..huu~

Alycia said...

siannya dia.. semoga cepat sihat yer..

MaMa CyDa said...

lurun namzar:
kannnn .... tah biler tah yg 2nd nyer kuar, Mama pun tak tau huhuhuhuh

MaMa CyDa said...

Zoora:
alaaaa pewut akak takdelah beso cam ms preggy abg2 dia dulu. nih cam kecik sket jeklah huhuh

MaMa CyDa said...

Mamalieyna:
Alhamdulillah ... Arif dah ok dah skang ^_^

MaMa CyDa said...

Alycia:
Alhamdulillah .... haruslah dia kena cepat sembuh gak. Esok nak smbt besday kan ^_^

Ietams said...

kak dot, arif nampak happy je dia dok spital.. kemain ceria dia

MaMa CyDa said...

Ietams:

huhuhuh dia hepi sbb Abah n Abang ader. Tp biler time Abah n Abang balik umah jap, mulalah merengek2 carik Abah. Nak ikut Abah balik. Satu lagik, time dokter or nurse masuk jek, terus menggigil satu badan takut ... cian dia huhuhu