Followers

Tuesday, July 26, 2011

Hantu durian .....

Petang Ahad kelmarin, Ayah mertua Mama datang umah hantar durian yang dah siap dikopek setupperware penuh untuk kami sefamili menjamu selera. Walhal Mama ngan Abah dah melantak 2 biji dah sebelum Ayah datang tuh. Memang kenduri durian. Tapi disebabkan kami dah kenyang, so simpan jek dulu durian sebekas tuh. Malam tadi barulah kami kendurikan durian tersebut. Kami satu famili kecuali Abang, memang penggemar durian. Abang nih pelik betullah. Dia sorang jek tak suka makan durian. Bleh plak dia kata bau durian nih busuk. Tapi si Adik, memang hantu durian. Siap mengadap tak berganjak langsung. Padahal, masa Abah bukak bekas tuh dia tak nampak pun. Tapi biler dia terbau jek, terus berlari menuju ke dapur. Lawak betul Adik nih. Hahahahahahahah ....

Elok lepas makan, Adik mintak susu pulak. Mama buatkan susu, baringkan dia atas tilam depan tv. Tak sampai seminit tengok² dah beralih tempat pulak.
Bleh plak dia angkut bantal dia terus baring kat tetengah dining hall. Tak lama pastuh berpusing² carik port sejuk gamaknya. Sebab dia lebih senang baring atas lantai jek. Agak Mama, Adik kepanasan kot lepas makan durian barang 3-4 ulas. Nasib baiklah tido malam dia tak meragam sakit perut or kepanasan. Elok jek plak dia tido cuma sekali-sekala merengek. Haaa ... tuh memang rutin harian dia tido camtuh. Adik .... Adik ....

3 comments :

eB ezrin said...

ahaks, comei jerk baring g2 ;p

Mama Mirza said...

huhu... ada gak yang satu species dengan firas nih.. malam tadi pon melamtak durian.. tak hengat punya... aku yg takut tgk dia makan.. hehe... abang² suma tak suka...

OMR (Rose) said...

hehehe...smlm pun kami kenduri durian...aqif siap tanya 'buah apa ni ibu? masam x ibu? masam x?'...hahaha...dia ingt durian tu masam ^_^
Aqif pun mcm x berapa suka sgt durian, bagi seulas kecik pun lama nak abisnya...tp mulut ckp 'sedap buah ni ibu, manis!'...haishh...x taulah kot dia dh sedia kenyang smlm...pasal tu slow sket kot