Followers

Thursday, July 14, 2011

Hati ini mudah tersentuh ....

Pagi nih, opismate Mama bawak Majalah Mastika. Dia paksa swuh Mama baca artikel pasal Arwah Adik Iqbal. 2 hari lepas, dalam Harian Metro ada keluar cerita pasal Ibu arwah. Tuh pasallah opismate Mama bawak Mastika swuh kami semua baca kisah hayat arwah. Sedih sangat² sampaikan Mama boleh menangis kat opis nih. Nih kali kedua Mama nangis kat opis sebab baca kisah anak² kecil yang dah pergi buat selama²nya. Kali pertama masa Mama jadik pengikut setia kisah Arwah Adik Alanna. Sampai sekarang Mama still folo dan kekadang tuh jadik tak berani nak bw blog Mayonniz seorang ibu yang sangat² tabah. Kisah arwah adik Iqbal, kalo korang nak baca leh pegi ke blog NazimNasri nih. Nazim nih adaptasikan kisah arwah dari majalah ke blog beliau.

Mesti ader yang kata Mama nih cengenglah, emolah. Entahlah, sejak² bergelar ibu 2 anak nih, Mama memang jadik sangat² sensitif dan emo kalo baca or dengar cerita pasal anak² kecik yang tidak bernasib baik. Even cerita pasal buang bayi pun Mama leh rasa sebak. Tak taulah kan. Mungkin naluri keibuan tuh kuat gaknya kotkan.

Mama doakan arwah Adik Iqbal dan Adik Alanna di tempatkan di kalangan para salihin. AMIN!!

AL-FATIHAH .....

3 comments :

mekchu said...

ok, 2-2 link tu mekchu dah bukak siap2 kat tab mozilla ni.. lepas abis keje baru nak baca.. kalo baca mmg konpem akan menangis dan semua akan gelak kan mekchu nnti... so, agak2 dah x de orang ptg kang baru nak wat projek :)

opis mama cyda kat mana?

kayrul-shah said...

kayrul pun sama la..bila baca blog pasal arwah adik alanna mesti akan menangis tersedu2 kat opis...bila kengkwan tanya kenapa mata merah terus cakap mata masuk habuk..hehhehe

nabilah_2908 said...

naluri seorang ibu...pastinya tersentuh..walaupun bukan anaknya sendiri... ;)