Umur Mama tahun nih 32 tahun. Baru jek berkahwin 4 tahun
Tak dinafikan kos sara diri yang semakin hari semakin tinggi menjadikan sesetangah pasangan takut nak mempunyai anak yang ramai. Alasannya tak termampu nak menanggung kos nak membesarkan anak. Pada Mama, kos anak tuh pokok pangkal kat parents tuh sendiri. Sebab apa Mama cakap macam tuh, sebab rata² kengkawan Mama yang baru mempunyai anak, kalo tengok dorang bagi makan pakai anak tuh kemainlah mahalnya. Semua yang branded² saje. Sorrylah ye kot² ader yang terasa. Mungkin sebab baru dapat anak sorang, tuh yang terus jek nak beli yang mahal². Kekononnya barang yang mahal tuh bagus untuk anak². Ye ... memang betul tapi sedar tak sama ada kita mampu nak berikan anak² kita benda yang mahal² tuh untuk selama²nya? Kalo sorang bolehlah, kalo anak dah 2-3? Takkanlah nak bagi anak yg ke-2 dan ke-3 tuh benda yang murah pulak. Tak adilkan namanya tuh.
Sebagai contoh ader sesetengah rakan Mama, anak baru lahir dah diberikan susu yang mahal 1kg dengan harga RM70. Biler anak tuh dah meningkat ke umur setahun yang mana 1kg susu hanya boleh tahan 1 minggu, tak ke parah time tuh sebulan dah RM280 untuk belanja susu anak. Tuh belum nak hantar susu kat Taska lagik. Kena gandalah lagik jadik RM560. Kalo korang sebulan gaji 6-7 riban tak kesahlah. Rasanya susu RM70 seminggu tuh takat celah gigi jek kalo nak bayar pun kan.
Sebab tuh Mama dan Abah awal² ajar anak minum susu murah jek. Susu Dumex Dugro tuh jek pun 1kg baru RM19.90. Lagik best, skang nih Adik ngan Abang dah bleh kongsi susu yang sama. Lagik jimat. Ramai orang cakap susu murah tak bagus untuk otak anaklah, itulah inilah. Tapi Mama memang tak percaya tuh semua. Setakat nih Alhamdulillah anak² Mama cerdik+bijak. Cepat jalan, cepat bercakap (yang Abang lah) dan sangat² aktif. Diapers dorang pulak Mama pilih jenama Huggies. Mesti ader yang kata, mahal gak tuh brand tuh. Ye ... kalo beli kat Super or HyperMarket memang mahal. Cecah RM45 perpax. Tapi Alhamdulillah, kat Seremban nih ader kedai yang jual dengan harga borong leh dapat rega RM32. Samalah cam susu Dugro tuh. Kalo kat supermarket mahal sketlah cecah sampai RM23 tapi kat kedai borong nih, bleh dapat rega bawah RM20. Baju² dorang plak cemana Mama beli? Masa si Abang dulu dah terlalu banyak sangat baju yang Mama beli. Excited masa tuh baru dapat anak sorang. So skang nih, Adik tak payah beli baju bebanyak. Bleh recycle baju Abang. Si Abang jeklah yang memang dah kena beli baju baru sebab dah tak muat. Nak beli yg mahal² sket tuk anak² bukan tak boleh. Boleh tapi berpada² lah. Sok dorang dah sekolah, lagik banyak nak pakai duit.
Nih semua hanya pendapat Mama dan apa yang Mama dah implementkan kat kos sara anak² kami. Pada Mama, berbelanja tuh biarlah berpada². Kena pandai² plankan duit kita tuh. Tak payahlah nak ikut stail orang lain tuh sangat.
6 comments:
masa baru lahir, mama bg si kembar minum susu similac yg mahal sbb doktor suggest memandangkan si kembar ni premature and bdn sgt kecik, susu badan pulak tak cukup. Mmg trasa berat sgt belanja time tu, tp demi anak, sanggup kan juga.
Tapi bila diorang dah umur setahun, badan masing masing dah ok kitorang tukar bagi susu dumex dugro sampai laa skarang. Alhamdulillah sesuai, legaaaa poket hehehe. Pampers plak guna huggies gak, tp beli time murah. Bila sales tu beli banyak banyak stok sebulan terus, lagi senang nak bajet.
MK3:
lagik plak kembar 3 kan. membesar sesama jek dorg.
sama lah anak² kita nih. Alhamdulillah mmg dorg ber2 setakat nih serasi jek ngan produk yg kami gunakan heheheh cian anak² jadik testimonial lak hu3
cabaran membesarkan anak..memberi segala keperluan utk anak pd zaman skrg nie mmg mencabar..tq dot sbb sharing this n3 :)
lin:
cabaran tuh kat memana sentiasa ada. yang penting kita kena pandai menanganinya ... ^_^
Betul tu dot...setuju sgt2...
belanja ikutlah kemampuan...
kehendak kdg2 melebihi keperluan...
& setiasalah percaya pd rezeki Allah =)
lupe plak nk tanya...
kat mana bli huggies murah tu? habaq mai...gegegege
Post a Comment