Followers

Monday, December 10, 2012

Bila Mama & Anak² menyibuk kat site Abah

Khamis minggu lepas, ikut Abah singgah site dia kejap. Alahhh takat kat site, mana ada yg istimewanya kan? Memang takde apapunlah selain crane ngan tractor n lori2 hantu ehehehe.

Hero2 macam biasalah, kot Abah dia takde dalam keta, mulalah buat perangai. Dok bergasak kat seat blakang (Abah ada pun mmg camnihlah perangai dorg). Dah puas bergasak, melalak meraung, sibuk plak nak keluar ikut Abah. Dah pulak, gelabahlah Mama. Kang kot kena langgar ngan jengkaut2 tuh macam mana? Mama nak larang, tgh bagi adik nen pulak.


Tetiba terpandang org kat site nih macam kecoh2 jek dok tahan kereta yg lalu lalang. Mama pun sama kepoh nak tau apa yg berlaku. Dari arah Kuala Pilah, nmpk trafik giler2 punya jem dek kerana ada lori nih bawak batu yg panjang dan besar. Terngangalah hero2 biler nmpk. First time dlm hidup dorangkan. Ok, Mama pun first time jugak sebenarnya. Selalu tengok dari jauh jek. Nih depan mata, memang jakun jap hehehehehe


Mana tak herannya kami, lori or mover nih angkut batu yang besar dan panjang tuh depan dan belakang. So ader 2 lah kepala lori nih.

Proses angkat batu untuk dijadikan jambatan a.k.a flyover (? kot ... maaflah bukan Mama yang jadik engineernya ehehehe)


Kelihatan Abg² Bangla dok sibuk mengawal & menahan kereta. Batu panjang tuh (tak taulah apa nama scientific dia) kena ambil kat suatu kawasan sebelum jalan naik ke bukit putus. Dan disebabkan itu jugaklah, Abah suruh dorang siapkan malam tuh jugak. Nampak cam kejam jek bunyiknya laki aku nih kan? Ehehehe nak buat cemana, Abah kata kalau dorang buat hari Jumaat lagikkkkkkkklah jem. Nanti Abah jugak yang kena tanggung beribu² (sampai ribu ker?) komplen dari orang ramai. Biler orang dah komplen, kenalah tiap ujung minggu Abah turun site. Tuh belum lagik dpt sms dari pengarah tetgh malam kot² org² besar kat sini dok komplen. Kenalah bgn tgk site. Ingat keje gomen nih senang ker? Sama jek kan .... Kesian pun ader tapi nak buat cemana. Mama jugak yang nakkkkkk sangat Abah balik state. Dah balik sini, kenalah terima n faham tugas² Abah. Tak kisahlah, janji setiap hari, setiap masa sekurang² nya Abah ada bersama² dengan kami.


notakakiaimy:-
Tengah berangan² kotlah tahun depan Johor jadik juara Piala Malaysia. Dok tersengih sampai ke telinga sbb 'si kembar' dah join team Johor. Ehhhh kenapa Mama yang lelebih suka ntah ek .... huhuhuhuh



4 comments :

zoora qushairi said...

wahh ti abg ngan adik ikut jejak abah ye ;)

betul k.dot..ingt kerja gomen sume senang ke kan?tgk asben zura slalu gak pening.. hihihihiiii

aTieYusof Family said...

Best juga sesekali ikut abah anak2 kt tempat kerja kan.. boleh kita tau kerja depa mcm mana kan...
salam kenal, singgah follow sini #403...:)

MaMa CyDa said...

zoora:
Ciri2 nk ikut jejak abah dh ada dh. Dok sibuk main trektar kaut pasir kat umah smpi berpasir hall umah dibuatnya huhuhu

MaMa CyDa said...

atieyusof:
Selalu tuh malas nk amik tau hal krrja dia sbb mmg xpernah dan tak akan faham. Nih dpt pergi, bkn aja anak dok tanya abah ituini, maknya pun sama. Letih abah nk explain huhuhu