Followers

Friday, December 14, 2012

Jamuan Makan Malam

Alkisahnya, Selasa lepas kami menghadiri Jamuan Makan Malam yang dianjurkan oleh Kelab Sukan, JKRNS bertempat di Dewan Kompleks Sukan Paroi. Tema dia, sempoi jek ... "Purple-pink Affair". Jadiknya berpurple pink lah kami sekeluarga. Yang Mamat² pakai purple, yang gadis ayu pulak (chehhh pasan jek haku, gadis? ayu? Aimy jek kot yang gadis ayu ehehehe) pakai pink.

Masuk jek dewan tak sampai 5 minit acara dimulakan, Aimy dah meraung² nak nen. Adehhhh lah, takleh betul tengok Mama dia nak bergaya² sket tau. Sudahnya, Abah hulur kunci keta, dok dalam keta sambil layan feeling berdua. Agak² Aimy dah kenyang, terus kuar kereta. Kot boleh nak masuk terus dalam dewan. Tak nak ketinggalan acara makan². Tapi sekali lagi dia wat perangai. Masuk jek dalam dewan, mulalah dia merengek². Orang dalam dewan dah separuh jalan makan, barulah Mama masuk dewan balik. Nasib Aimy ok jek.

Makan dia best, keseluruhannya mmg bestlah. Yang tak best, lucky draw, kitorg tak pat hadiah tv hatta home theater skali pun huwaaaaaa .... takde rezeki. Tahun depan cuba lagik okey ... hahahahah

Mehlah layan gambo yang tak seberapa nih. Maklumlah "henbeg" dah 3, tak cukup tangan nak snap sana sini okey .... ^_^



Mama sorang jek menepati tema. Ada pink dan jugak ada purple
Hero² Mama yang behave jek sepanjang majlis. Gud Boy!!
Sebok swuh Mama snap gambo dia. Kekonon dia kata nak wat muka ala² ngantok. Sabo jeklah .....
Tak dapat TV LCD or Home Theatre, dapat comforter pun jadiklah .... ^_^

Sampai umah dah pukul 11.30pm, terus pinsan memasing, esok pagi punyalah liat nak bangun hahahahahaha. Bulan 2 nanti, kita tunggu dinner opis Mama plak. Tema dia lagik gerek sehhhhh ......

No comments :