Followers

Tuesday, December 11, 2012

Asal boleh jek ....

Nak story kat korang kisah si Abang² kot Mama mintak tolong tengok² a.k.a jagakan Adik.

AbgLong Style:-

1) Main² ngan Adik, agah² dia. Gelak² ngan ajak Adik cakap². Si Adik, mmg pantang nmpk AbgLong. Cukup suka biler AbgLong dok mengadap dia.
2) Biler Adik dah mula boring, merengek², AbgLong start nyanyi² dengan nada yg kuat. Niat dihati kekonon Adik bleh terus diamlah kot.
3) Adik dah start memekik meraung², teruslah AbgLong fed up. "Kenapa Adik nih?", atau "Janganlah nangis dik" dan "Adik nih bisinglah". Kata² nih semua menunjukkan yang dia pun dah tak tau nak buat apa lagik kat Adik .... eheheheheh

AbgNgah Style:-

1) Baring seblah Adik sambil peluk cium adik. Agak² dia tgk Adik cam takde perasaan, dia try test tunjal or lepuk kepala Adik sedas. Kekadang dikakinya kepala Adik. Tang nih biasanya Mama akan nmpk. Memang kena lah balik sedas ngan Mama ... eheheheh Mama garang woooo ^_^
2) Biler Adik dah start rengek², terus pujuk Adik sambil cakap kuat² "Alalalalalalala cayang Adik musyuk masham". Motif cakap kuat² takut Mama marah n tanya kenapa Adik nangis. Cerdikkan mamat sorang nih?
3) Dan biler Adik dah terpekik, cepat² dia sumbat jari dalam mulut Adik supaya Adik diam tak nangis. Bertuah punya budak!! Si Adik?? Seronok jek hisap jari Abg ....

Kot koranglah, style mana yang korang prefer? Asal boleh jek hero² nih ..... hahahahahhaa ^_^



6 comments :

zoora qushairi said...

hahahahaaa zura suka bang ngah style nombor 3.!! adoiyaiii

Ietams said...

Meriah eh kak..
Riuh rendah gaknya

mekchu said...

abgngah style tu ganas skit.. abglong better..

MaMa CyDa said...

Zoora:
Mamat sorg nih mmg xdiduga apa yg dia buat huhuhu

MaMa CyDa said...

Ietams:
Riuh rendah dik, cam anak dh seploh org jek huhuhu

MaMa CyDa said...

Mekchu:
Abgngah mmg ganas walaupun bdn dia kecik shomel jek huhuhu