Followers

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #9 - Cuti-cuti Malaysia

Jap lagik kami akan ke sini. Carik tempat paling dekat dengan Seremban sebab Mama tak berapa nak elok dari morning sickness lagik huhuhuhuhhu

Friday, December 23, 2011

Header baru!!

Hahahahah sudah tukar header baru. Takdelah cantik pun sebab Mama bukanlah seorang yg kreatif. Asal boleh jek nih. Janji pada pandangan mataku ini sedap jek tengok. Nih pun baru belajar². Main hantam sajalah .... Apa komen korang? Hikhikhikhik ...

Hari terakhir berkerja untuk tahun 2011

*Mode ceria walaupon tekak rasa loya²*

Hari nih sangat² seronok sebab, hari terakhir Mama kerja untuk tahun 2011. Minggu depan Mama dah start cuti panjang, sampai tahun depan. Biasalah, tetiap tahun asal ujung tahun jek, mesti Mama akan cuti lama. Sebabnya, time nih jeklah kami sebagai lecturer nih boleh ambil cuti. Seronok jugak, tatkala orang lain tengah takde mood nak keje, kami dah dapat cuti dulu. Lagi pun, company Mama nih agak sengallah. Cuti annual kami nih takleh nak carry forward. Nak taknak memang kena habiskan. Tuh yg kami dok pakat kumpul cuti, akhir tahun leh cuti panjang. Hahahahah minggu depan, Academic Department tutup yer ... Harap Maklum ^_^

Kemanakah agaknya kami cuti kali nih? Jeng ... jeng .. jeng .... Tahun depanlah Mama story ek. Memandangkan, Mama cuti seminggu, so maknanya, blog pun kena cuti seminggu jugaklah. Insya-Allah, kalo ader masa bleh update, Mama update.

La nih, Mama tengah panas montot sebab tak tau nak buat apa kat opis nih. Semua kerja² Mama dah siapkan. Ikut hati nak jek balik rumah. Tapi kang tetiba lah ader orang carik pulakkan. So, Mama dah plan aktiviti hari nih ...
 1st Activity: BW sambil updated blog

2nd Activity: Selak² 'mukabuku'

Hahahaha nih aktiviti wajib .... Main Angry bird ^_^

Selamat bercuti yer kengkawan!!! Jumpa lagik tahun depan 2012 ^_^

Thursday, December 22, 2011

Si kecik itu ...

Rentetan dari entri Ngidam ker? rerupanya memang sahih. Alhamdulillah, itu pun punyalah lama Mama nak amik masa beli pregnancy test. First test, mmg +ve tp samar2 jek gambo tiang tuh nak muncul. Tak puas hati, esoknya beli satu lagik, kasik test lagik. Kot lah kayu yg semalam tuh problem ke kan. Keputusannya tetap sama. Ok, Mama decide tunggu seminggu dua lagik, then baru terus g klinik. Last week pergi klinik Penawar, dia tunjuk kayu tuh. Kali nih terang sket jek dari sblm nih. Aishhhh naper jadik camnih ek? Alahan?? Serius takde time tuh. Pelik sebab Mama tiap kali preggy mesti alahan sangat teruk.

Dan akhirnya, Isnin lepas nih, barulah segala²nya bermula. Bangun pagi, muntah² dengan teruk, takleh bau sabun mandi, takleh bau bilik air, takleh bau nasik baru tanak n macam² lagik. Dan akhirnya, petang tuh gagahkan diri ke klinik. Cerita ceriti dengan dokter pakar tuh, dia terus swuh scan. Dan ini hasilnya ... ^_^





Si kecik itu memang sudah berada dalam rahim Mama, 7 minggu lamanya. Panjangnya baru 1.27cm. Alahaiii cenonet jek dia. Dan tatkala dokter bukak sound utk dgr heart beat si kecik ini, rasa sangat² sebak. Walaupun utk kali ke-3 Mama dengar, tetap rasa sebak juga ..... Subhanallah!! Moga semuanya selamat hingga ke hari Mama melahirkan si kecik ini. Insya-Allah .... ^_^

Wednesday, December 21, 2011

Sah!!! Mama terkena penyakit buatan orang ....

Sebelum memulakan cerita panjang lebar, terima kasihlah pada Mekchu yang sudi bertanya kenapalah blog Mama tak berupdate nih.




Maaflah yer. Mama bukan taknak update blog. Ekceli banyak yang nak dikongsikan bersama. Tapi hakikatnya 1-2 minggu kebelakangan nih, Mama memang sangat² tak sihat. Start dari minggu lepas dalam seminggu mesti ader sehari Mama MC.

Yerr .... apa yang boleh Mama kongsikan bersama, pada ketika ini, Mama disahkan terkena penyakit buatan orang. Terkejut bukan? Mama takdelah terkejut sangat, since sebelum nih pun dah 2x Mama kena penyakit yang sama jugak. Condition Mama waktu nih, tak menentu. Rasa semuanya tak terurus. Anak, suami, rumah, kerja, diri sendiri apatah lagik. Jangkaan dokter yang bertauliah mengesahkan Mama hanya akan pulih dari penyakit nih pada awal Ogos tahun depan nanti. Insya-Allah .....

Beginilah Mama tiap kali terkena penyakit nih. Pertama kali kena pada awal tahun 2008 dulu, lagik parah. Awal² tuh memang lembik, lemah longlai. Tapi lepas 3 bulan, dah ok dah. Kali kedua pun sama masa tahun 2009. 3 bulan pertama agak parah. Jadiknya kali nih pon mesti jugak sama. Cumanya Mama nih jek yang memang tak kuat nak harungi situasi macam nih. Doakan semoga Mama mendapat kekuatan dan tabah dalam dugaan ini.

Siapakah gerangannya yang berani membuatkan Mama terkena penyakit ini? Memang takde orang lain pun. Hanya dia seorang saje yang berani buatkan Mama sakit macam nih sampai kali ketiganya. Orangnya memang insan yang paling dekat, rapat dan yang paling Mama sayang serta cintai. Tak lain tak bukan dialah suamiku, Abah tercinta!!! Ehehehehehehehe ^_^

Stop sini dulu yek. Esok Mama bagitau pulak apa keputusan daripada pihak dokter .... ehehehehehhe

Monday, December 12, 2011

Demam Ombak Rindu

Tak habis² sana sini orang dok bercerita pasal ombak rindu nih. Mama meluat ker? Ehhh taklah. Ekceli I dah tengok dah masa hari ke-2 tayangan filem nih tau. Haaaa khelasss kau Maria!!! Orang lain punyalah makan hati sebab tiket manjang sold out. Mama plak suka hati sebab dapat jadik antara orang terawal tengok. Cumanya tak sempat nak story morry kat sini sebab Mama menunggukan gambo kami berempat masa berjimba² dalam cinema tuh. Sampai la nih, mak buyung tuh tak send lagik. Ishhh takleh tunggu lama nih ... kena kongsi jugak apa perasaannya. Walaupon bukan pegi tengok ngan Abah pun. Tengok ngan kaki² filem melayu meleleh² nih jek Hehehehehe

Filem nih saaaaaaaangaaaat best!!! Salah satu sebab Mama teruja nak gi tengok sebab Mama memang dah lama baca novel nih. Sejak novel nih keluar dalam tahun 2003 kot tak silaplah ek. Memang Mama dah jatuh chenta dah ngan novel ombak rindu nih. Time tuh mulalah feeling² kot boipren I cam Hariz nih kan. Padahal time tuh dah selamat berchenta ngan Abah dah pun. Takde pulak ciri² dorg nih sama hahahahah sorie arrr Bah. Tak sama bukan makna I tak chenta kat U. Still Abah tetap dihatiku selama²nya eheheheh saje jek nih ayat pancing. Abah bukannya ader masa sangat pon nak baca blog Mama nih pon kan heeeeeeee

Mama bleh dikatakan dah hafallah jalan cerita dalam novelnya tuh. Kata addicted kat Hariz tuh ... haruslah hafal ... So pendapat Mama, sebab kita dah tau jalan cerita sebenar, dan kita dah tengok jugak filem nih. Jadiknya jalan cerita dalam filem nampak terlalu rushing. Memanglah takleh nak buat atau ikut bulat² jalan cerita dalam novel tuh. Kang berhari² pulak orang kena dok berkampung kat panggung wayang tuh plakkan? So, rasanya ombak rindu nih tak berapa sesuai kalo difilemkan. Lebih sesuai buat drama. Leh gantikan slot cerita Tentang Dhia tuh nanti. Apapun, filem dia memang best. Pelakon Aaron Aziz berjaya membuatkan Mama jatuh chenta ngan dia jugak. Maya Karin memang menjadik watak gadis kampungnya tuh. Lisa Surihani berjaya membuatkan Mama menyampah tengok dia. Tetiba terfikir plak, watak Lisa tuh patutnya sesuai bagi kat Si Memey jek. Memang padan benar. Dan yang paling meluat tengok Azizah Mahzan. Aduhaiiiii tolonglah Makcik ... Seksa sangat tengok dress up U tuh. Ehmmm kotlah nanti U kata U kena ikut kata pengarah plak kan? Takleh nak cakap apalah ... So ... pada yang belum tengok, cecepatlah tengok yek. Lain orang lain pendapatnya. Tapi setakat nih takde plak yang komen kata filem nih tak best ... ^_^

Bukti yang Mama dah g tengok tau. Ooopppsss .. kot korang pasan tarikh n waktunya tuh, wat² tak nampak jeklah yek ... hikhikhikhik ^_^

Thursday, December 8, 2011

Ultraman Zearth punya pasal

Ini cerita malam tadik. Penangan Ultraman Zearth nih, tak pasallah malam tadik, Mama kena belikan cd nih untuk Abang. Kesnya, time nak keluar makan pukul 9 malam, citer Ultraman nih tak abis lagik. Sepanjang² perjalanan tuhlah si Abang meraung² kata nak tgk tv. Adehhhhh .... nak pujuk punya pasal, Abah bleh plak cakap kat Abang, nanti Mama belikan cd nya. Aikkkk??? haku jugak yg kena beli ker?? Ehmmm nasib badannnnn huhuhuhuh

Tak sempat nak makan kat luar pon sebab si kenit dah lelap dalam kereta. Jawabnya, drive thru McD jeklah ... Dah kebetulan McD tuh seblah jek ngan Giant Senawang, nak taknak teruslah kena jugak Mama beli cd Ultraman mamat bujang sorang nih .... Balik rumah, terus pasang cd, muka Abang, puas hati jek ... Suka betullah tuh. Jangan pasnih, tetiap malam nak tgk cd Ultraman tuh sudahhhhhhhh .... huhuhuhu

Friday, December 2, 2011

Mimpi pinjam duit Ah Long??

*Picca taken from mr. google*
Ntah macam mana plak lah malam tadi Mama bleh 'terrrrmimpi' pinjam duit ngan Ah Long. Ni mesti kes gaji masuk lambatlah sampai terbawak² masuk sekali. Padahalnya, petang semalam dah selamat dah gaji Mama masuk. Hahahahah Aper keslah gaknya sampai mimpi gini gayanya kan?? Sebaiklah mimpi Mama tuh tak berpanjangan. Memang menyeramkan jek sebab dalam mimpi tuh si Ah Long sangat² ganaz.

Yang sebetulnya, Mama takdelah desperate sangat takde duit sampai nak kena pinjam ngan Ah Long. Macam sebelum nih lagik haru, Mama pernah mimpi rompak bank. Siap dah plan nak naik flight larikan diri ke obersea lagik tuh. Paling tak bleh blah, partner merompak Mama tuh plak si Zizan rajalawak. Hahahahah time tuh memang baru sangat lepas tengok citer Hantu Bonceng. Tapi camner idea nak rompak bank tuh memang takde kaitan langsung. Tah apa²lah Mama nih bleh mimpi macam tuh.

Hakikatnya, mimpi itu adalah mainan tido ... eheheheheh ^_^

Thursday, December 1, 2011

Terasa malas nak bekerja hari ini

Sebab .... Gaji tak masuk lagik!!! Adusss .... tensen jek tau. Orang lain dah seronok² bershopping itu ini. Mama nih plak asik lah korek² tabung jek nih tau. Sedih tul lah .... Nih kali kedua dalam tahun nih opis Mama lambat bayar gaji. Kalo bab nak potong gaji staff tuh, laju jek kan. Takde notis apa² tetiba dah kena potong gaji. Orang dok komplen itu ini baru nak keluar notis suruh tunjuk sebab bagai semua. Hahhhhh propa jeklah korang nih semua kan. Buatlah lagik iklan canggih² kat tv tuh ... sampaikan kebajikan staff pun tak terjaga. Dok sebok jaga poket sendiri jek.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhh .... sabar lah wahai hati. Esok tengah hari layan Ombak Rindu kat cinema lagik bagus!!
Huhhhhhh .....

Wednesday, November 30, 2011

Adik yang ringan tulang

Kenit Mama yang sorang nih, kalo bab² 'menolong' kat dapo memang peberet dia. Biasanya kalo kat umah kitorang, kem salam lah Mama or Abah nak bagi 'tolong'. Gambo nih Mama sempat snap masa Adik tengah tolong mokde siang sayo pucuk paku. Abangnya sebok main ngan sepupu². Mama carik dak kenit nih tak jumpe. Rerupa, senyap jek dia dok seblah mokde dia nih. Alahaiiii ... rajinnya anak Mama yang sorang nih kan ...

Khusyuk petik daun pucuk paku ... gud boy ... ^_^

Dah siap, masuk lam tapis tuh yer ....

Kejap jek nolongnya ... lepas nampak Mama, mulalah merengek nak susu pehtu ajak masuk bilik .... zzzzzzzzz hikhihikhikhik

Wednesday, November 23, 2011

Abang nak adik tak??

Sketsa anak beranak malam tadik ...

Abah: Ayie nak adik tak?
Abang: Taknak ... (laju jek jawab)
Abah: Taknak adik? Nih adik beby lah ...
Abang: Ayie nak beby (tetiba tukar fikiran plak) cam beby Aina ngan beby Sofia (beby yang ader kat taska).
Abah: Ha ... pegi cakap kat Mama ...

Abang: Mama ... Ayie nak beby Aina
Mama: Nak beby Aina? Esok Ayie cakap ngan Ibu (opismate Mama), Ayie nak beby Aina ek ...
Abang: Tak payahlah mintak kat ibu. Besok beli sajelah beby Aina kat kedai ....
Abah&Mama: Hahahahahahahahah (sambil gelak guling²)

Adeh .... kamu ingat bleh ke beli beby kat kedai? Takkanlah korang adik beradik Mama beli kat kedai jugak kan? Mana dapat nak oooiiii .... Sabo jeklah nak ... ^_^

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Malaysia!! Syabas Harimau Muda!!

Malaysia TERBAIKK!!! Alhamdulillah ... Akhirnya Malaysia berjaya mengekalkan pingat emas untuk acara bola sepak dalam Sukan Sea kali ini. Bangga betul Mama. Dan Mama rasa semua rakyat Malaysia memang patut berbangga dan bersyukur atas kemenangan ini. Pagi ni, hati berbunga² masa drive ke opis. Serasa Mama semua orang memandu sambil senyum sampai ke telinga. Seronok sangat ... walaupon hakikatnya, Mama dah tertido masa waktu rehat first half masa tambahan. Apapun tahniah Harimau Muda!!! Tahniah Apex!! Tahniah Badrol!!

Dalam pada bersukaria tu, pagi nih kami kat opis terbacalah komen² -ve yang dicoretkan dalam wall FB Apex. Tentunya komen² tuh datang dari mereka di negara seberang. Ehmmmmm .... tak habis² dorang nih kan...

Fan page apex ... 

Yang ini pula adalah komen² yang tidak bermoral daripada rakyat² mereka. 

Tak semua rakyat mereka berkelakuan tidak bermoral macam nih. Ada juga komen² dari mereka yang pada Mama sangat berbudi bahasa. Sebenarnya perkara macam nih memang kita dah boleh jangkakan. Mereka tak pernah berpuashati dengan negara kita. Tapi mereka sedar tak? Yang selama ini, negara mana yang sering membantu mereka kalau mereka² nih dilanda musibah? Tak pernah nak bersyukur.... Apapun, hanya ALLAH saja yang Maha Mengetahui ....

Monday, November 21, 2011

Hasil seni 2 beradik

Memula dulu, si Abang yang rajin buat mural kat dinding. La nih, biler adik dah besor, dia pon folo sama. Adeh ... Mama dah tak terkata dah. Makin dilarang, makin menjadik² pulak. Puaslah dibelikan buku bagai, tapi habis di kuyak² an. Skang nih bukan takat mural kat dinding jek, tapi kat coffee table n tv rack pun sama. Adoi laaaa anak² Mama .....

Bulat kecil, bulat kecil, bulatlah besar .....
Cubaan untuk meniru sign Abah. Kekonon ngan harapan leh sahkan sijil ker? Huhuhuhuh
Coffee table menjadik mangsa seterusnya ...
TV rack pulak ... dari hujung ke hujung okey .... 
Yang nih paling haru .... Sarung bantal!!!! Huwaaaaaaa .....
Alkisahnya, rumah yang kami duduk skang nih adalah umah sewa. Elok pulaklah tuan rumah tak pernah sekali pun nak bertandang ke rumah sewanya nih. Dah masuk 5 tahun dah pun kitorg dok sini. Kotlah tetiba dia saja nak datang melawat, memang harus dia pinsan tengok umah dia camnih gayanya. Jangan risau yer Tuan Rumah kami yang budiman. Insya-Allah ader rezeki kami sok dapat beli rumah baru, sebelum kami keluar dari rumah nih, kami akan cat dulu dinding² yang berkenaan. Mana² yang rosak (takat nih pintu bilik air blakang jek yg dah haus bawahnya tuh) Insya-Allah kami akan ganti. Itu memang kami janji ^_^

**Nak ajak tetamu singgah umah pun segan tau ... huhuhuhu**

Thursday, November 17, 2011

Pening memikirkan tadika mana yang bagus untuk si Abang

Tahun depan Abang dah masuk 4 tahun. Kalo ikutkan Mama, taknak lagik masukkan dia sekolah. Sebab takut dia boring pulak dok sekolah tadika tuh lelama. Tapi biler petang semalam Mama ternampak banner Open Registration untuk Little Caliphs, terus perasaan tuh berubah. Macam nak swuh jek Abang nih pergi sekolah tadika tahun depan jugak. Eheheheheh bleh gitu?

Selalu baca blog Si Comel yang menceritakan tentang progress anak beliau, dak Haziq hensem. Haziq sekolah kat LC nih. So Mama pun otometiklah jadik teruja biler tau dah wujud dah LC kat area N9 nih. Gigihlah Mama carik info pasal LC. Selak² belek² website dia kat sini Little Caliphs. Biler tengok baju dorang, terus teringat "Eh, cam baju sekolah anak² buah haku jek". Barulah Mama perasan rerupanya anak² buah Mama pun sekolah kat sini jugak.

Memang nampak baguslah sekolah nih sbb anak² buah Mama Alhamdulillah dah bleh semayang, mengaji dan ayat² zikir pon dorang dah bleh hafal. Biler tanya akak Mama, yurannya takdelah mahal sangat pun. Tapi tertakluk pada tempat jugak. Harap²lah yuran kat area N9 nih murah lagik dari kat Serdang ^_^ (sah haku nih mak yg kedekut jimat). Kalo tengok pada alamatnya, area N9 cuma ader kat 3 tmpt jek. Nilai, Sikamat dan Senawang. Ehmmmm ... Nilai tuh kem salamlah jauh sangat. Sikamat, dah dekat sangat ngan umah skang. Senawang pun ok jugak sebab dekat ngan Taska dorang. Atleast nanti Abang lepas abis sekolah leh transit kat Taska skang nih jekkan. Ehmmmm tuh semua dalam perancangan lagik. Rasanya memang tak mungkin nak masukkan tahun depan. Tahun depan nak kena pakai banyak duitlah .... huhuhuhuhhuh

Nota kaki Adli:-
Subjek dia ader hafazan tuh. Perghhhh pasnih jadik pak ustaz lah anak den ^_^ Amin!!!!

Tuesday, November 15, 2011

Mengidam ker???

Sebelum tuh, layan dulu luahan hati Mama petang smlm kat FB hikhikhikhik .... nak jugak bgtau!!


Siyes .... semalam Mama cam frust betullah tak dapat makanan yang diingini. So hari nih, balas dendam. Tak kira, order jugak. Dan akhirnya .... 





Ngeh ngeh ngeh .... tercapai hajat. Tapi lum makan lagik. Simpan untuk petang karang. Maklumlah hari nih, Mama kerja malam lagik. Hamik ko ... skali haku beli set besarrrr punya!!! Saje lah tuh nak menambahkan berat badan haku yg tak reti² nak turun nih kan. Ehh ... nih mengidam ker?? Tak punlah. Walaupon Cik P tak datang lagik. Dah lewat 3 hari nih. Tapi rileks arrr .... baru 3 hari. Kot lewat 10 hari tuh, haruslah haku gelabah gie farmasi carik 'batang eskrim' nak check soheh ke idak ^_^

Nota kaki Arif:-
Tiap kali ader yang preknen kat opis nih, mesti Mama yang terlebih mengidam dr dorang. Naper ek?? Heeeeehheee ....

Abah, Abang, Adik ... Amma ... erkkkk??? Apakah???

Budak kenit kesayangan Mama nih usianya dah mencecah 1 tahun 7 bulan. Berjalan, berlari, memanjat semua dah pas. Bab bercakap, takat ujung² bleh lah. Nak sebut perkataan penuh tuh amatlah payahnya. Abang dulu umur 1 tahun stgh dah becok dah. Skang nih Abang umur baru 3 tahun tapi bercakap kalah budak darjah 6. Sampai kekadang Mama ngan Abah terkedu huhuhuhuhu

Biasanya anak² kecil nih perkataan pertama yang dorang akan sebut mestilah panggilan nama ibu kan? Tapi anak² Mama perkataan pertama yang dorang pandai sebut adalah "Bah" refer to Abah ler. Uwaaaa sedih tau biler anak yg dikandung 9 bulan tak pandai panggil Mama. Dah lelama baru dorang biasa panggil. Itu pun si kenit chumil nih, dek dah terbiasa panggil Abah, Abang, Adik dan Atuk yang mana semuanya bermula dengan "A" jadiknya kalo dia nak panggil Mama panjang sket, dia akan panggil "AMMA". Adehhhh dah lain pulak bunyiknya kan. Puaslah ajar panggil Mama, tp Amma tetap dihatinya ... huhuhuhu bukan nama Mama jek jadik camtuh, Makcik dia a.k.a SIL Mama yang sulung, panggilan dia adalah Ibu. Tau jadik apa kalo adik nih panggil? "ABU" .... hahahahahahah lagik haru tau!! Kot MIL Mama plak, panggil Wan jadik "AWAN". Sabo jeklah budak kenit nih. Apa² jeklah anak Mama janji kamu tau dah bleh bercakap sket² walaupon puaslah kami pikir apalah yang adik nak cakapkan .... ^_^

Friday, November 11, 2011

Cherating yang dirindui ... Final Part

Hari terakhir kami di Cherating .... Hujan turun tak berhenti. Macam tau² jek kami nak balik ke Seremban. Check out tepat kul 12pm. Abah terus ajak kami ke suatu tempat yg katanya ader SATAR paling sedap. Mama nih bukanlah penggemar satar, tapi kalo otak² tuh yer. Tapi biler jek sampai kat kedai Aziz Satar (oopppsss bukan pelakon tuh yek) memang terus jatuh cintalah ngan satar. Maybe sebab satar kat area Pantai Timur nih yang original. Sebab tuh lah sedap sampai leh jatuh cinta kot. Sebaik tak jatuh cinta ngan Adik pembakar satar tuh eheheheheheh
 Yes!!!Berjaya jugak Mama jejak kan kaki kat Terengganu. Pes taim nih beb .... huhuhuhuh
Dah melantak 2 pinggan baru teringat nak pose bersama satar. Siyes sedap sbb dia gaul sekali ngan cili api. Rasanya memang Marvelous ... yummy!!!
 
Hahhh .... settle!! Terbaik Boboy Boy ... Ehhh ... ^_^

Cadangnya lepas lunch nih nak gaklah berjalan² singgah ke Kuantan or pusing² Kemaman. Tapi disebabkan faktor hujan yang taknak berhenti walaupun hanya renyai² rebas. Ditambah lagik, masuk jek lam keta, hero² terus pakat menguap berjemaah dan sekaligus tido berjemaah. Hahahahha langsunglah Abah decide balik Seremban terus.
View sebelum bertolak balik. Putih suci murni jek si Hundah nih.
 
 
 
 Pit stop jap kat Bandar Muazzam Shah utk solat. Keluar jek dari kereta, tu diaaaa ..... cam keta rally dah jadiknya nih. Patutlah tiap kali selisih ngan keta lain, dorg dok pandang² jek kitorg. Perasan cam keta hakulah paling cantik rerupanya, ini yang terjadi. Nihlah padahnya kalo ikut jalan dalam nak² cuaca hujan camnih. Hakhakhakhak ponek Abah nak basuh .... ^_^

Apapun, kami tetap happy dengan percutian singkat nih. Insya-Allah, lain masa kami akan datang lagik .... ^_^

~tamat~

Thursday, November 10, 2011

Cerita Cherating lagi .... Part 2

Kita sambung part 2 pulak....

Hari kedua jadual Abah sangat pack. Pagi miting sampai pukul 11am, then pukul 12pm - 5.30pm dorang pegi site visit. Wahhhh ... giler boring kami bertiga dok dalam bilik tuh. Nasib baiklah tv ader citer best. Dan lagik, hero² dah dibekalkan sekotak mainan import dari rumah. Semata taknak bagi dorang boringkan ... Ada jugaklah Mama bawak dorang jenjalan kat sekitar resort tuh. Takde yang best pon selain tengok orang letak beg pasir kat tepi pantai. Naper yek? Tak sempat pulak nak bertanya kat orang² resort tuh eheheheh ^_^

 Kat dalam Playhouse yang kosong takde apa pun yang menarik.

Abang dok bertanya, kat dalam rumah kecik nih takde menan ker? Hahahaha camner nak jawab?

Kejap jek dorang kat dalam tuh, dah boring terus ajak Mama balik bilik.

Abang khusyuk betul tengok citer Big Daddy kat channel HBO. Siap berselimut tuh .... Mau taknya, Mama bukak luas2 pintu biar angin sepoi² bahasa masuk ehehehehe sejuk!!!

Penat main dan tengok tv, akhirnya mereka tido dengan lenanya. Mama? Layanlah tengok movie sensorang.

Punyalah lama hero² nih tido sampaikan Abah balik pukul 5pm pun tak bangkit² lagik. Last² Mama kejut dorang sebab dah janji nak ajak mandi kat pool.

Sangat seronok mereka² mandi kolam. Sampaikan taknak keluar. Dah menggigil² baru sebok nak naik. Haaaa ... kan Mama dah cakap, sejuk ..... ^_^

Malamnya, nasib baik Abah takde miting lagik sebab salah seorang leader tak dapat hadir. So dorang di beri peluang untuk beristirehat. Dapatlah kami berjalan² cari makan sampai ke pekan Kemaman. 

Tengah tunggu makanan sampai. Si kenit asiklah bercerabih jek mulutnya.
Sorie gambo makanan tak teringat nak snap. Sebabnya dah lapar sangat sampai lupa nak amik gambo makanan hahahahah. Gerai nih kat tepi jalan jek. Tapi lauk pauk dia memang marvelous. Dan harga pun takdelah mahal sangat kot nak dibandingkan kalo makan kat Man Tomyam, Seremban tuh ...

Mama memula ingatkan kami jek yang datang dengan family, rerupanya ramai daaaaa. Maklumlah bilik dapat untuk seorang kan, baiklah bawak family skali. Ada sorang tuh siap bawak mak ayah dia lagik tau .... hahahahah lagik best!!!

bersambung lagik ........ ^_^