Followers

Thursday, November 10, 2011

Cerita Cherating lagi .... Part 2

Kita sambung part 2 pulak....

Hari kedua jadual Abah sangat pack. Pagi miting sampai pukul 11am, then pukul 12pm - 5.30pm dorang pegi site visit. Wahhhh ... giler boring kami bertiga dok dalam bilik tuh. Nasib baiklah tv ader citer best. Dan lagik, hero² dah dibekalkan sekotak mainan import dari rumah. Semata taknak bagi dorang boringkan ... Ada jugaklah Mama bawak dorang jenjalan kat sekitar resort tuh. Takde yang best pon selain tengok orang letak beg pasir kat tepi pantai. Naper yek? Tak sempat pulak nak bertanya kat orang² resort tuh eheheheh ^_^

 Kat dalam Playhouse yang kosong takde apa pun yang menarik.

Abang dok bertanya, kat dalam rumah kecik nih takde menan ker? Hahahaha camner nak jawab?

Kejap jek dorang kat dalam tuh, dah boring terus ajak Mama balik bilik.

Abang khusyuk betul tengok citer Big Daddy kat channel HBO. Siap berselimut tuh .... Mau taknya, Mama bukak luas2 pintu biar angin sepoi² bahasa masuk ehehehehe sejuk!!!

Penat main dan tengok tv, akhirnya mereka tido dengan lenanya. Mama? Layanlah tengok movie sensorang.

Punyalah lama hero² nih tido sampaikan Abah balik pukul 5pm pun tak bangkit² lagik. Last² Mama kejut dorang sebab dah janji nak ajak mandi kat pool.

Sangat seronok mereka² mandi kolam. Sampaikan taknak keluar. Dah menggigil² baru sebok nak naik. Haaaa ... kan Mama dah cakap, sejuk ..... ^_^

Malamnya, nasib baik Abah takde miting lagik sebab salah seorang leader tak dapat hadir. So dorang di beri peluang untuk beristirehat. Dapatlah kami berjalan² cari makan sampai ke pekan Kemaman. 

Tengah tunggu makanan sampai. Si kenit asiklah bercerabih jek mulutnya.
Sorie gambo makanan tak teringat nak snap. Sebabnya dah lapar sangat sampai lupa nak amik gambo makanan hahahahah. Gerai nih kat tepi jalan jek. Tapi lauk pauk dia memang marvelous. Dan harga pun takdelah mahal sangat kot nak dibandingkan kalo makan kat Man Tomyam, Seremban tuh ...

Mama memula ingatkan kami jek yang datang dengan family, rerupanya ramai daaaaa. Maklumlah bilik dapat untuk seorang kan, baiklah bawak family skali. Ada sorang tuh siap bawak mak ayah dia lagik tau .... hahahahah lagik best!!!

bersambung lagik ........ ^_^


4 comments :

♥Hernee Nazir♥ said...

kak kite tag akk ni..

http://herneenazir.com/2011/11/10/contest-anakku-berfotogenik/

tarikh ttup 11/11/11

Ietams said...

comey muka adik berenang dgn pelampung tu..

MaMa CyDa said...

Hernee:
Aiseh ... tuh esok due datenya kan?Thanx kot sempat nnt akak join yek ^_^

MaMa CyDa said...

Ietams:
Dialah yg paling berani n cepat belajar. Memula masuk tuh cam takot2. Skali dia tgk ader budak lain berenang, terus dia tiru gaya budak tuh ... huhuhuh