Followers
Thursday, December 12, 2013
Ber Hari Keluarga lah pulak kita Yob ....
Semoga kami semua selamat pergi dan kembali hendaknya .... AMIN!!!
Wednesday, December 11, 2013
Wednesday, December 4, 2013
Wordless Wednesday #34:Bola-bola api...
Anak bujang ader 2 org dan sepanjang tahun nih mereka berjaya mengumpul 6 bijik bola.... Harap mereka berdua akan succes dalam arena bola sepak kelak.
Tuesday, December 3, 2013
Sudah keluar dari pertapaan
Fuhhhhaaaaiiiii ....
Genap sebulan tak update apa2 cerita dekat blog kesayanganku ini. Nak jenguk pun takde masa. Sangat2 sibuk dengan tugasan harian sebagai pekerja mahupun sebagai isteri dan ibu. Tak menang tangan beb....
Banyak terlepas cerita2 yang sensasi nak dikongsikan. Aci tak kalo Mama buat back dated? Hahahahaha blasah jeklah kan. Janji bergeraklah sket income Nuffnang tuh walaupun RM0.01.
Esok kita akan mulakan entri panazzzz dulu yer. Inshaa Allah. Entri backdated ditangguhkan dulu. So tunggggguuuuu.....
Tuesday, November 5, 2013
Monday, October 21, 2013
Cuti-cuti ke Gold Coast Morib
Monday, October 14, 2013
Setiaku disini versi Salam Aidiladha ....
Datang opis, siapkan soklan untuk midterm exam, pehtu sambar kfc plak sedas (sebaik key ep ci dopan nih yo). Kedai makan melayu sumer tak bukak yer. Esok nak raya dah kan. Kot kat N9 nih, sehari sebelum raya dorang panggil hari mantai. Usah di tanya makna mantai tuh ape yer. Den anak Johor hahahahah Johor Darul Takzim, bukan Jantan Dayus Team aaaarrrr .... choiii betul saper yg berani bagi tagline cenggituh. Huhhhhhh
Nampak sepapan "pen ojol" aka panadol itu? Haaaaa badan nih setat dari hari Sabtu, rasa seram sejuk, sendi² sakit. Rasa cam menyucuk² jek. Abah cakap tuh tanda² nak demam. Alahai lepas Adik Aimy demam, mesti Mama plak amik turn. Tak sukalah demam² nih. Banyak kerja terbengkalai nanti. Cecepat telan panadol, terus okay. Tapi dalam tempoh 8 jam saja. Lepas tuh kena telan lagik ..... dan lagik .... dan lagik .... sampai ke hari nih. Ohhh badan, cepatlah sihat dan kuat seperti sedia kala ....
Berbaju kurung dan terpaksa sarung baju sejuk, sejuknya rasa kat opis nih ... almaklumlah 3 kerat jek yang ader kat bilik lecturer. Hari nih kita jimat letrik, tak payah pasang air cond yer ... hahahahahah
Selamat Hari Raya AidilAdha semua .... ^_^
Friday, October 11, 2013
Adik Aimy demam pulak dahhhh ....
Alkisahnya, 2 hari lepas anak dara sorang nih kena demam pakej. Demam pakej nih siap ngan selsema dan batuk sekali yer. Adik Aimy nih jarang bebenor nak tengok dia demam. Tuh sebab kalo sekali demam, memanglah Mama rasa sedih dan risau sesgt. Walaupun adik demam biasanya akan cepat reda kalau dah masuk ubat, tapi batuk dan selsemanya akan lambat sket baik. Alhamdulillah, walaupun demam adik tetap aktif macam biasa. Main bola sepak, bergaduh dgn abg ngah, memanjat .... aktif macam biasa. Tapi air mata asik berlinang jek. Panas dalam kot.
Pegi klinik semalam, bleh plak anak dara nih menangis beriya² masa dokter nak check. Alahai dik, dokter nak check awak jek pun. Bukannya nak buat apa. Entah kenapa lain plak perangai dia semalam. Selalu tuh elok jek dia jumpe dokter yang sama jugak. Masa time makan ubat pulak, gud girl jek dia kecuali kena makan ubat antibiotik. Mulalah muntah habis keluar isi perut dengan segala lendir kahak bagai semua. Abah kata ubat tuh sumpah tak sedap. Pahit giler!! Patutlah adik pun taknak telan.
Apa pun, keadaan hari nih Alhamdulillah nampak dia dah ok. Demam pun dah kebah, batuk selsema macam dah takde jek. Agaknya dek kerana dah abis muntah berlambak malam tadi kot. Tapi ..... hati ibu nih masih lagik berbaki risaunya. Haraplah adik dah pulih sepenuhnya. Tak suka tengok anak² sakit. Kalau bleh transfer sakit anak ke Mama nih kan, memang sanggup walaupun diri sendiri pun tak cukup kuat nak menahan sakit eheheheheh janji jangan anak² yang sakit.
Masuk opis pagi nih terpandang pulak status kat fb member opis mama pasal penyakit Pneumococal. Kalau sebelum nih abg ngah pernah kena Pneumonia masih boleh diubati tapi penyakit Pneumococal boleh sampai ke tahap meragut nyawa. Nauzubillah .... Ya Allah, selamatkanlah anak²ku dari segala penyakit yang merbahaya, yang tidak diingini di dunia ini Ya Allah. Lindungi mereka dari segala penyakit dan sihatkan tubuh badan mereka Ya Allah.
Apa yang hendak Mama kongsikan tadi nih adalah betapa pentingnya vaksin untuk anak² kita walaupun trend zaman sekarang ramai parents yang taknak berikan vaksin atas alasan kandungan dalam vaksin tersebut. Pada Mama, mana vaksin yang penting dan kandungan nya halal, memang wajarlah kita ambil. Sebagai langkah berjaga² juga. Kalau pun tetap taknak ambil juga, itu hak masing². Boleh jugak kita gantikan dengan cara tradisional contoh pemberian madu dan kurma yang sememangnya bagus untuk kita amalkan. Tapi, kalau Allah dah kata "Kun faya kun" siapalah kita untuk menidakkan ketentuan olehNya.
Al-Fatihah untuk adik Aqil Hamzah yang telah kembali ke rahmatullah dalam usia setahun 3 bulan. Punca penyakit arwah yang disahkan menghidap Pneumococal yang mana berpunca dari demam biasa dan batuk sedikit akhirnya telah meragut nyawa adik comel ini. Arwah telah 5 bulan pulang ke pangkuan Ilahi. Mama tabik pada ibu arwah yang begitu tabah menghadapi dugaan besar dari Allah. Kalau Mama lah, belum tentu boleh setabah Erina. Semoga Allah merahmati hidup kamu sekeluarga dik .... Al-Fatihah!
Wednesday, October 9, 2013
Wordless Wednesday #33:GCM, kami datang lagi .... masa untuk bersantai!!
#Tangan saper paling putih .... tetttt ^_^ |
Thursday, September 26, 2013
Biler henpon rosak, ohhhh meroyan mak dibuatnya
La nih Mama hanya bleh mesej² manja kat FB jek lah yer. Beralih arah jugaklah kat tab yang godang tuh ha tapi kot dah namanya pakai simkad beruk si ben, call pun tetap tak buleh. No fon kengkawan sumer dah takde. Bukan kengkawan jek, family sendiri pun takde dah nomornya. Ishhhh payah jugak biler pakai henpon yg simkadnya jadik kecik. Nak sumbat lam henpon lain pun tak dapek .... alahaiiiii #aptb
p/s Mintak maap yer, Mama takdelah sampai nak meroyan cam bini matyo tuh ha ... choooiiiiii!!!
Thursday, September 19, 2013
Perlawanan Bola Sepak Tadika Kemas, Peringkat Dun Paroi
Biler sampai jek, rasa nak marah sebab cikgu sekolah dia dok memandai² mix² kan team yang Abah dah setup. Akibatnya, team sekolah dorang, kalah bagi setiap perlawanan. Yang paling Mama takleh nak terima, biler tengok cikgu dia bleh plak dok rileks kat luar gelanggang futsal sambil borak² dan makan² sedangkan anak murid tengah bersungguh² lawan kat tengah gelanggang. Mama tengok cikgu sekolah lain kemain terjerit² bagi sokongan untuk team sekolah mereka. Tapi cikgu sekolah abglong nih? Ehmmmmm takde semangat kesukanan langsung!!
Habis jek perlawanan, cikgu dia dah pakat kemas² sibuk nak balik. Sempat lagik pegi ke gelanggang netball (tak pasti kat mana tapi area situh lah) dan tgglkan anak murid kat cikgu yang lain. Rerupanya, perlawanan tak abis lagik sbbnya referee nak pilih lagik pemain untuk masuk ke peringkat Parlimen pulak hari Rabu depan. Jadiknya, sekolah abglong kena lawan lagik, tapi dia pilih team A aja. Biler cikgu dah takde, Abah pun take over keje balik, setup semula team yang dia dah setup awal² dan barulah nampak yang dorang bersemangat nak main. 2 kali perlawanan yang terakhir, sekali dorang menang, sekali lagik kalah. Yang paling seronok, abglong terpilih untuk ke peringkat Parlimen. Satu²nya goalkeeper yang dapat save kan goal penalty. Huhhhh bangga dan terharu mak ko nih tau abglong.
Tapi, abglong nih punya pendirian yang tetap. Kalau dia kata taknak, memang taknaklah tuh. Jadiknya, training untuk perlawanan hari Rabu depan, dah bermula hari nih, dengan hati yang tetap abglong taknak main bola sebab dia kata takde kawan. Dalam team dia tuh yang terpilih 4 orang. 3 orang dari sekolah lain, dan dari sekolah dia cuma dia sorang jek. Memang dia taknaklah sampai bebiler pun. Pujuklah cemana pun, paksa pun tak guna. Dah dia taknak, nak buat cemana lagik kan? Heheheheh takpelah mungkin belum masanya lagik abglong aktif bersukan walaupun Mama memang nak sangat anak² kami ikut jejak langkah Mama n Abah yang memang aktif sukan masa sekolah dulu. Takpe .... banyak masa lagik bleh gilap bakat kesukanan mereka ini .... okehhh nih memang sungguh ayat penyedap hati. Maknya sangat frust anak taknak pegi training pagi nih ... huwaaaaaa peluang hanya datang sekali aje nak oiiii ....
Video anak² kecik nih main bola ader Mama amik. Tapi biler nak upload, ader error plak. Nanti² lah jawabnya Mama upload. Tapi siyes comel jek tau tengok dorang main. Punya bersemangat kejar bola yang sebijik tuh. Takde istilah offside yer. Sumer main balun jek. Ada yang terel tuh gaya memang dah setanding pemain kebangsaan lah eheheheh. Comelllllll ^_^
Monday, September 16, 2013
Selamat hari lahir Adli Zakwan
Hari nih hari Malaysia yg ke 50. Dan hari nih juga merupakan hari lahir anak bujang mama, abglong yg ke 5. Kenangan melahirkan anak bujang yg sulung nih masih tersemat indah dalam memori Mama. 3hari 2malam berkampung di hospital, rerupanya abglong pilih tarikh nih. Macam tetau jek lepas nih PM nak isytihar cuti umum 16/9 nih kan abglong ehehehe
Apapun Mama berdoa agar abglong menjadi anak yg soleh, taat pada perintah dan agama Allah, dgr cakap mama dan abah, menjadi anak yang cerdik, sihat tubuh badan kamu dan moga kamu dilindungi dari segala penyakit serta malapetaka didunia ini. Moga kamu juga dimurahkan rezeki serta dilimpahi rahmat dari Allah S.A.W. Mama sayang kamu ketat2... jgn nakal2 yer abglong...
Friday, September 13, 2013
Bapa borek anak rintik....
Mereka yang bersemangat untuk training pagi ini |
Wednesday, September 11, 2013
Wordless Wednesday #32: Pak lebai bawak awek merempit? Biar betul??!!
Tuesday, September 10, 2013
Lagi 6 tahun .....
Selak² entri yang lama, sekali terjumpa plak entri besday Mama 2 tahun lepas. Baru perasan, ohhh dalam entri tuh Mama berdoa dan berharap agar dikurniakan anak perempuan.
Alhamdulillah doa Mama dah makbul jua. Terima kasih pada ahli keluarga, sedara mara dan rakan² yang sudi wish besday kat Mama. Harapan Mama semoga Mama diberikan kesihatan tubuh badan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan lagi usia dan kekal bahagia bersama keluarga tercinta. Amin Inshaa ALLAH
Wednesday, August 28, 2013
Wordless Wednesday #31: Cerita raya takde, gambo raya jek ader ....
Wednesday, August 7, 2013
Sudah berada di kampung
Weeehuuu....
Pertama sekali, seronok betul sbb line umobile kat sini mmg superb. Lajusssss wa cakap lu ahaksss....
Keduanya, Alhamdulillah Mama sekeluarga sekarang sudah berada di Batu Pahat, Johor. Seronok xterkata sbb dpt jumpa mak abah n adik beradik dan jugak anak2 buah tersayang. Mama ngan dorang nih nak jumpe cukuplah payah. Walhal Seremban tuh xdelah jauh mana pun. Nak buat cemana kan... dah kawen nih kenalah dulukan belah suami. Itu yg sesekali dpt jumpa adikbradik Mama mmg seronok betul. Sekejap pun jadiklah....
Persiapan raya kami ala kadar jek sbb bknnya ramai sgt pun family kami nih... xramai pun tetap meriah. Cemana tuh ek... hahahah Kalau masa zaman Mama bujang dulu tiap kali nak raya tugas Mama bahagian ketupat. Dari isi beras dlm kelongsong dia smpilah ketupat masak. Anyam ketupat? Ohhh sorie, part tuh Mama xpandai yer hahahaha
Skang nih dah beranak pinak kenalah lari2 kejap jaga anak n jenguk2 ke dapo. Paling seperais anak2 buah ku dah bleh take over keja mak ngah dia nih. Alhamdulillah... anak2 buah lelaki jek pun yg besar. Yg pmpn br 7bln kan... so yg bujanglah yg bleh harap nak tolong. Bertuahlah kaklong Mama dpt anak2 ringan tulang.
Ehhh panjang lebar plak entri nih. Asalnya nak tunjuk gambo anak2 buah memasak ketupat terus meleret plak kan...
Apapun... selamat hari raya uollss!!
Tuesday, August 6, 2013
Salam Lebaran 1434
Hari nih Mama EL. Alasan sbb tgh hr smlm tetiba jek Mami Taska anak2 text minta amik dorg sbb dia ada kematian kat kampung. Jadiknya hari nih Taska mereka tutup. Ikutkan nk jek bwk dorg g opis tp ptg smlm dh angkut mereka ke opis mmg sesak napaslah dibuatnya. Kptsn hari nih, Mama EL jeklah. Bleh jugak kemas2 umah, packing2 barang, shopping2 last minit.... ahahahaha
Biler kami nih nak balik raya? Esok pagi sesudah subuh sblm nyamuk gosok gigi, Inshaa Allah kami akan bertolak balik ke BP. Jeles nih adik bradik Mama dari hari Sabtu arituh dh sampai sana dah ... huwaaaaaa
Okaylah dikesempatan ini, kami sekeluarga nak ucapkan Selamat hari raya, maaf zahir batin. Tahun nih pun xsempat nak design kad raya cecantik. Harap kat Abah jeklah main conteng2 kad raya guna henpon dia ahahahaha
Byee.. oulsss berhati2 di jalan raya yer.... jumpa lg lps raya dgn cerita raya kamoo semua :D
Thursday, August 1, 2013
Mama sibuk di dapur, siapa yang tolong??
Okay² nih Mama nak story kat korang, tiap kali Mama sibuk kelentang kelentung kat dapur, tiap kali tuhlah ada insan² yang ringan tulang nak menolong. Dah di kobaan, tak payah, tapi mereka tetap jugak nak tolong .... sudahnya, inilah yang terjadik .....
Tak taulah naper mereka berdua nih seronok betul main kat dapur. Abis sumer nak dipunggahnya. Alahai nak, sabo jeklah Mama ngan Abah nih ha. Tau tak nak ngemasnya satu hal .... huhuhuhuh. Dan skang nih, Mama terpaksa ikat pintu kabinet tuh. Takleh nak pikir cara lain dah cemana tak nak bagi dorang sesuka hati bukak kabinet tuh. Ikat punya pasal, dah satu hal time nak memasak, nak amik itu ini kena bukak satu² ikatan sambil si kenit² 'q' blakang Mama nak serang itu kabinet. Aduihhhlaaaaa cemana lagik nak buat ek?
Thursday, July 25, 2013
Selamat hari lahir sayang v2
Okay... yang nih besday wishes v2. Kenapa lak ada version2 nih ek? Genap selang seminggu memang tarikh yg istimewa bagi kami sekeluarga.
Tarikh yang sama hari nih 25/7 tahun lepas, Mama selamat melahirkan kesayangan Mama si kenit Aimy Qaireena. Pejam celik jek ehhh dah setahun dah budak lasak nih.
Selamat hari lahir sayang. Moga kamu dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Ya Allah, peliharalah dan hindarilah anak2 ku daripada segala penyakit, kesulitan dan keburukan serta kemaksiatan didunia ini. Moga kamu menjadi anak yang solehah, taat pada suruhan agama Islam dan org tua, menjadi anak yang cerdik dan cerdas serta menjaga keperibadian mu sebagai seorang muslimah. Amin!!!
Mama n abah sayaaaaaang adik ketat2.... muahhhhh
Wednesday, July 24, 2013
Thursday, July 18, 2013
Selamat Hari Lahir sayang v1
Kat gambo nih ada 4 kesayangan Mama. Agaklahkan, kesayangan yang mana Mama nak wish besday nih ek?
Haruslah kesayangan Mama yang paling beso dan gagah perkasa itu....
18/7/2013 - Selamat hari lahir Abang. Semoga panjang umo dan dimurahkan rezeki(bonus stgh bln tuk gomen dh kompemkan? Yesss yessss) Terima kasih sebab telah menjadi suami, abah dan bff terhebat di dunia yang tiada tandingannya.... lub u foreverlah yang...
Ehhhh pasan tak tajuk tuh ader v1. Naper ek? Tunggu sambungannya v2 mggu depan plak yer .... ;-)
Baju raya saya dah siap!!!
Yeayyy.... baju raya saya dah siap. Tahun nih Mama saya yang sakan beraya sbb dapat pakai baju sedondon ngan saya. Tapikan Mama bilang, rupa saya tetap cam boboy ebendho dah pakai baju kurung. Acaner nih Mama? Ehmmmmm.....
Sunday, June 23, 2013
Aiskrim buatan sendiri
Sejak 2-3 hari nih, Seremban dah mula dilanda jerebu. Jadiknya, ujung minggu xboleh nak berjimba2 kemana2 pun. Duduk umah jeklah diam2 yer....
Boring xtau nak buat apa kat umah, sebaik Jumaat arituh sempat amik resepi dr member opis untuk buat homemade icecream... kot kat internet mmg berlambak resepinya. Tp yg nih mmg resepi paling ringkas dan senang. Hasilnya pun mmg lazatsss lah....
Meh Mama nak share resepi ngan korang ek...
Bahan
Susu kotak(perisa ikut suka anda-mama amik fresh milk)
Creamer serbuk(Coffemate buleh jek tp Mama pakai brand SUPER)
Esen vanilla
Gula
Cara buat
-Sukatan untuk susu dan creamer mestilah sama banyak. Maksudnya, kalau susu satu cawan, so creamer pun mesti satu cawan
-Esen vanilla mama letak 3 sudu besar. Sbb fresh milk xde rasa apa sgt pun. Esen vanilla utk perisa shj. So kalau guna susu perisa coklat or strawberry xyah letak esen vanilla yer...
-Gula 2 sudu besar. Nih optional, kalau xsuka manis, xyah letak pun xpe. Biasanya susu berperisa nih dah manis dah pun.
-Blend kesemua bahan selama 5min atau sehingga berbuih byk. Masukkan dalam bekas dan letak dlm freezer. Biarkan selama 1-2jam. Agak2 dah nak hampir beku, keluarkan dan blendkan semula untuk dptkan lebih buih. Tujuan blend kali kedua untuk mendptkan tekstur aiskrim lebih lembut.
-Dah siap blend, simpan dlm freezer smpi beku dan menjadik aiskrim. Lepas tuh blehlah makan...
Rasa mmg sedaplah tp aiskrim buatan sndri xthn lama. Yg jual tuh dh siap2 letak pengawet kan. Aiskrim nih time mkn tuh mmg akan cepat cair tau. Selamat mencuba kengkawan...
Saturday, June 22, 2013
What???!!! Abah nak tambah lagik???!!!
Dialog diantara anak dan bapak semasa 'q' nak bayar tol kat Serdang.
Kejadian bermula biler si bapak dok mencari duit syiling RM0.30. Tetiba si anak sulung bersuara...
Abglong: Haaaaa Abah, dalam beg sekolah abang ada duit syling
Abah: Duit syiling? Siapa bagi?
Abglong: Alif yang bagi kat abang
Abah: Kenapa Alif bg abglong duit syiling
Abglong: Yelahhh... Abah kan nak TAMBAH lagik
Time nih si emak dah mula sentap....
Abah: Tambah? Tambah lagik apa?
Abglong: Tambah duit syiling lah...
Okey... si emak terus tarik nafas lega. Fuhhh selamat....
Mama: Ayat ko nih banglong... ingat Mama Abah ko nak tambah bini lg satu....
Si bapak bantai gelak, anak plak xpaham.... Gelak yer laling.... branilah nak buat. Langkah mayat i dulu huehuehuehue
Tetengah hari buta yg berjerebu nih ko dah buat Mama sentap tau banglong ahahahahaha
Wednesday, June 12, 2013
Wordless Wednesday #29: Bapak borek anak rintik....
Glove besar untuk Abah, glove kecik untuk Abglong.... nihlah biler dah ader anak. Semua pun nak ikut Abah dia buat. Hahahaha xpelah Abglong, semoga kamu menjadi pengganti Farizal Marlias satu hari nanti... ke pengganti Zaquan Adha ek? ;-)
Friday, June 7, 2013
Siapa punya kerja nih??
Nihlah satu²nya perangai anak bujang Mama, si Abg Ngah. Memang start dari umo setahun sampai dah 3 tahun dah nih, cukup gemar simpan menan dalam peti sejuk. Yerrr .... menan nih dalam peti sejuk ye kengkawan semua. Biler tanya kenapa simpan dalam tuh, selamba jek dia jawab, nak sejukkan menan nih. Kali nih siap dengan 2 helai getah pun dia simpan sekali dalam tuh ..... Aduihhhlah anak Mama.
Sukati lah nak, janji kamu hepi yer .... ^_^
p/s: oppsss ... kantoi peti sejuk kosong jek. Orang 'rajin' masak, mmg camtuhlah kan hahahahahah
Tuesday, June 4, 2013
Projek juta-juta, siap jua akhirnya...
Iye memang projek itu kosnya jutaan ringgit. Tapi projek yang kami Geng bas sekolah Cosmo nih terlibat, tak sampai pun RM5K. Veranganlah ko nak dapat duit juta² yerrrr ..... Apapun, jutaan (ehhh naper nak pakai perkataan nih jugak ek?) terima kasih pada En. Suami sebab telah sudi memilih kami untuk membina Model Miniatur Projek naiktaraf persimpangan LEKAS-Senawang. Terima kasih juga sebab percaya dengan kepakaran kami yang tak berapa pakar nih. Ecehhhhh ayat puji melambung sajo.....
Terima kasih yang tak terhingga juga kepada geng² bas sekolah ku yang sudi bertungkus-lumus menyiapkan model nih. Tak sangka memasing nih ader bakat terpendam kot. Bravo lah korang!! Jasamu akan dikenang selagi hayat dikandung badan .... cheeewahhhh ^_^
Okey, ada sesapa yang berminat nak hired kami lagik? Sila berurusan dengan pihak geng bas sekolah kami yerrrr .... peace!!
Wednesday, May 29, 2013
Wordless Wednesday #28: Spider Gurl mengganassss!!!1
Picca taken from Abah's FB |
Tuesday, May 28, 2013
Puasa jgn tak puasa
Sekejap jek dah nak abis bulan 5 kan? Tak lama lagik dah masuk bulan ramadhan. Uolls dah abis ganti puasa? Mama tengah gagahkan diri mengganti. Maklumlah... thn lepaskan daku beranak 5 ramadhan. Jadiknya hutang puasa 26 hari..... fuhhhh nih kali kedua beranak time bulan puasa dan kali kedua rasa betapa azabnya nak mengganti. Alhamdulillah takat hari nih dah berjaya ganti sebanyak 13 hari... maknanya ada lagik 13 hari nak habis..... haraplah sempat. Lagik sebulan lebih jek nih....
Kat kalendar kemain baik lagik perancangannya. Tapi byk dah padam2 dek kerana sbb yg tak dapat dielakkan hahahahaha
Semoga kamu tabah mengganti puasa yer Mama...
Saturday, May 25, 2013
Fast6... best ker?
Kan dah kata Abah i nih pencinta kereta a.k.a jiwa resing. Haruslah kami tonton citer nih. Siap amik cuti lagik semata nak berdating tau. Dating selama 2 jam kat dlm cinema. Jadiklahhhhhhh.....
Review pasal citer nih, daripada 10 bintang Mama bagi 8 jek. Kenapa? Antr sbbnya...
1) kata fast n furious tapi scene resing2 n mod kereta secoet jek. Kereta pun xbestlah... xmcm masa citer yg sblm2 nih
2) jln cerita ok saje sbb lebih fokus utk nak dptkan Letty semula
3) giselle dan han mati di penghujung cerita
4) xpaham naper mesti ada scene guna keta tank ek? Buatlah jln cerita penjahat curi kereta drpd cerita curi military punya komponen.... disituh dh mcm xseronok plak nk tgk
5) kemungkinan besar ada sambungannya lagik....
Okey.. xleh review bebyk sbb ada yg lum tgk lagik kan? Dan nih hanyalah pendpt Mama yg mmg mengikuti cerita nih dr 1 smpilah 6. Mungkin ada yg kata cerita nih best. Yup xdinafikan best cuma jln cerita mcm xkena dgn tajuk dan cerita dorg yg sblm2 nih... oklah harapnya kalau ada sambungan 7, dorg dpt perbaiki lagik jln cerita... serius mcm xpuas tgk sbb rasa xsmpilah jln ceritanya nih.... ehmmm
PS: pasan tak tiket wayang itu berharga rm13.60 dan duti hiburan rm3.40? Hiburan pun ada duti kaaaa? Haiiiilahhh