Followers

Thursday, August 1, 2013

Mama sibuk di dapur, siapa yang tolong??

Rutin harian Mama haruslah ... ehhh bukan harus, dah jadik satu kewajipan dah nih, memasak untuk keluarga kecil kami. Walaupun i nih bukanlah pandai sangat masak pun kan, takat anak branak bleh telan, oklah tuh .... lagik seronok kalau anak² puji Mama masak sedap. Nak harap apak eh puji, sampai ke tua pun takde lah .... iyelah, dapat binik tak pandai masak, cemana nak puji masakan kita sedap ke tidak kan? Ishhh tetiba plak sentap nih ahahahahah

Okay² nih Mama nak story kat korang, tiap kali Mama sibuk kelentang kelentung kat dapur, tiap kali tuhlah ada insan² yang ringan tulang nak menolong. Dah di kobaan, tak payah, tapi mereka tetap jugak nak tolong .... sudahnya, inilah yang terjadik .....



2 beradik yang sangat rajin 'menolong' Mama kat dapur. Arghhhh abis sepah, saper nak kemas nih??

Sebagai langkah berjaga², pintu kabinet tuh dah selamat Mama ikat.....

Tak taulah naper mereka berdua nih seronok betul main kat dapur. Abis sumer nak dipunggahnya. Alahai nak, sabo jeklah Mama ngan Abah nih ha. Tau tak nak ngemasnya satu hal .... huhuhuhuh. Dan skang nih, Mama terpaksa ikat pintu kabinet tuh. Takleh nak pikir cara lain dah cemana tak nak bagi dorang sesuka hati bukak kabinet tuh. Ikat punya pasal, dah satu hal time nak memasak, nak amik itu ini kena bukak satu² ikatan sambil si kenit² 'q' blakang Mama nak serang itu kabinet. Aduihhhlaaaaa cemana lagik nak buat ek?

1 comment :

mama lieyna said...

Ada peringkat anak2..ini salah 1 proses pembelajaran diorang..hehe.. anak2 eina pun sama.. tp skrg dh kurang sket.. mmg ikat aje le jln penyelesaian terbaik..hkhik..

Salam aidilfitri,maaf zahir batin..