Followers

Thursday, September 19, 2013

Perlawanan Bola Sepak Tadika Kemas, Peringkat Dun Paroi

Semalam pagi berlangsungnya perlawanan bola sepak bagi tadika Kemas, peringkat dun Paroi. Abg long dapat wakil sekolah dia untuk posisi goalkeeper. Wahhhh Mama yang paling bersemangat nak tengok anak bujang lawan bola. Abah apatah lagik, sebab kata coach bidan terjun kan .... Tapi terlambat sampai sebab dok berpusing² cari tempat perlawanan tak jumpa. Hampes betul ... guna GPS pun takde listed tau .. hahahahha

Biler sampai jek, rasa nak marah sebab cikgu sekolah dia dok memandai² mix² kan team yang Abah dah setup. Akibatnya, team sekolah dorang, kalah bagi setiap perlawanan. Yang paling Mama takleh nak terima, biler tengok cikgu dia bleh plak dok rileks kat luar gelanggang futsal sambil borak² dan makan² sedangkan anak murid tengah bersungguh² lawan kat tengah gelanggang. Mama tengok cikgu sekolah lain kemain terjerit² bagi sokongan untuk team sekolah mereka. Tapi cikgu sekolah abglong nih? Ehmmmmm takde semangat kesukanan langsung!!

Habis jek perlawanan, cikgu dia dah pakat kemas² sibuk nak balik. Sempat lagik pegi ke gelanggang netball (tak pasti kat mana tapi area situh lah) dan tgglkan anak murid kat cikgu yang lain. Rerupanya, perlawanan tak abis lagik sbbnya referee nak pilih lagik pemain untuk masuk ke peringkat Parlimen pulak hari Rabu depan. Jadiknya, sekolah abglong kena lawan lagik, tapi dia pilih team A aja. Biler cikgu dah takde, Abah pun take over keje balik, setup semula team yang dia dah setup awal² dan barulah nampak yang dorang bersemangat nak main. 2 kali perlawanan yang terakhir, sekali dorang menang, sekali lagik kalah.  Yang paling seronok, abglong terpilih untuk ke peringkat Parlimen. Satu²nya goalkeeper yang dapat save kan goal penalty. Huhhhh bangga dan terharu mak ko nih tau abglong.

Tapi, abglong nih punya pendirian yang tetap. Kalau dia kata taknak, memang taknaklah tuh. Jadiknya, training untuk perlawanan hari Rabu depan, dah bermula hari nih, dengan hati yang tetap abglong taknak main bola sebab dia kata takde kawan. Dalam team dia tuh yang terpilih 4 orang. 3 orang dari sekolah lain, dan dari sekolah dia cuma dia sorang jek. Memang dia taknaklah sampai bebiler pun. Pujuklah cemana pun, paksa pun tak guna. Dah dia taknak, nak buat cemana lagik kan? Heheheheh takpelah mungkin belum masanya lagik abglong aktif bersukan walaupun Mama memang nak sangat anak² kami ikut jejak langkah Mama n Abah yang memang aktif sukan masa sekolah dulu. Takpe .... banyak masa lagik bleh gilap bakat kesukanan mereka ini .... okehhh nih memang sungguh ayat penyedap hati. Maknya sangat frust anak taknak pegi training pagi nih ... huwaaaaaa peluang hanya datang sekali aje nak oiiii ....

Video anak² kecik nih main bola ader Mama amik. Tapi biler nak upload, ader error plak. Nanti² lah jawabnya Mama upload. Tapi siyes comel jek tau tengok dorang main. Punya bersemangat kejar bola yang sebijik tuh. Takde istilah offside yer. Sumer main balun jek. Ada yang terel tuh gaya memang dah setanding pemain kebangsaan lah eheheheh. Comelllllll ^_^

2 comments :

eB said...

betol3, mmg boleh digilap lagi
hepi wiken dear :)

Nana Aris said...

salam dear,


kalau berminat dengan supplement from Shaklee saya ada buat promo ESP Shaklee..do visit my blog ye
http://ainasuraya.blogspot.com/2013/09/promo-shaklee-esp.html

thanks!