Actually, benda nih dah berlaku 2 minggu tapi Mama rasa takleh nak pendam dah. Makin pendam makin parah. Rasa diri nih dipergunakan jek. Kalolah Mama tak fikir takde orang lain yang bleh tolong, memang Mama buat tak tau aje. Ya, mungkin ini silap Mama. Suka sangat fikir kesusahan orang lain. Aku susah ader orang keliling peduli pasal aku??!! Ada??? Takde pun!! Tuh yang selalu Abah ingatkan kat Mama, jangan terlalu baik sangat kat orang. Biler susah takde pun orang nak tolong kita. Your are rightlah Abah.
Sejak 2 tahun kebelakangan nih Mama memang rasa tak berapa happy kerja kat sini. Sebab utama masa tuh dah bertukar kuasa yang memang luar biasa. Satu lagik, geng sekepala pun dah tinggalkan Mama. Dorang tinggalkan pun sebab dapat offer yang lagik baik. Tinggallah Mama keseorangan. Takde lagiklah geng merayap tetiap Jumaat, tak kiralah kitorang ader duit ke tidak, still merayap jugak ke Terminal One tuh. Sejak dari tuh, Mama lone ranger jek. Alaaaa tak kisah pun. Cuma sesekali ader jugaklah geng merayap datang ke sini. Mama jek yang belum lagik nak ke tempat geng merayap tuh. Hahahah cian Kak Pah. Asik akak jek yang datang sini kan kan. Walhal saya ader transport. Akak lak sanggup naik teksi nak ke sini jumpa kita. Takpe, kot jodoh kuat
Apapun, pengganti yang sepatutnya dah pun ader. Haraplah tak menyusahkan Mama lagik. Harap² jugaklah mereka pandai berdikari seperti mana Mama terpaksa berdikari masa memula kerja kat sini. Nak nangis tau time tuh. Ehhh bukan nak nangis, memang hari² balik kerja aku menangis ok!!
3 comments:
siyan kak dot..
saba ye kak.
memang tensen kalau rasa diri dipergunakan & disalahkan sesuka hati macam tu. rasa down je.. pastu siap emo sampai ke rumah. huhuhu..
masa ni memang fikir nak cari kerja lain je, tul tak..
Ietams:
betul dik, start 2 minggu lepas gigih kak dot ko nih mencarik keja lain. kot sblm nih memilih jugaklah nak carik kerja. pasnih takde dah ... mana yg dpt, sambar jek huhuhuh
byk makin ati xelok tau... nanti jadik cam eB.. byk sgt pendam.. hu3
Post a Comment