Followers

Tuesday, August 23, 2011

Tetiap pagi rasa bersalah pada mereka

Macam nihlah keadaan dorang setiap pagi time Mama bergegas nak ke opis. Kalo koranglah, sampai ke hati nak kejut anak² yang tengah lena tido nih? Serius, Mama tetiap pagi memang akan rasa bersalah jek terpaksa kejut dorang. Dan² tuh jugaklah Mama rasa cam nak benti keje jek, jaga dorang kat umah. So takyahlah tetiap pagi dorang kena bangun awal. Cam bulan puasa nih lagiklah kesian. Mama masuk keje pukul 8.30 so koman² kul 7.30pg tuh dah kena kuar umah. Paling lambat pun kul 7.45pg. Kena awal sket walaupun Seremban nih tak jem, tapi jarak dari umah nak hantar dorang ke Taska, pehtu Mama nak ke opis, memang makan masa 45 minit. Kesian kan dorang. Tengah syok tido dah kena bangun g Taska. Tuh yang sampai ngamok² dorang kena kejut ngan Mama. Dan biasanya mood dorang tak berapa nak baiklah kalo sampai kat Taska tuh. Mestilah muke masam mencuka atau menangis nak ikut Mama. Yang tuh si Adiklah. Kalo Nenek a.k.a owner Taska ader, tak heran pun dia ngan Mama. Tapi kalo takde, lagiklah Mama tak sampai hati nak tinggalkan dia kat Taska tuh ha. Nak wat cemana, gaji Abah tak cukup nak tanggung kita 4 beranak kalo Mama nih tak bekerja. Tunggulah sok lusa kot Abah dapat jadik Pengarah JKR ke, haaaa baru Mama benti kerja. Hahahahahah kau berangan jeklah Mama oooiiiii .... ^_^

7 comments :

zuwaidah said...

kasihan kan, kak zu pun mcm tu jugak ler pepagi. mudah2an pengorbanan kita itu nanti akan membawa keberkatan pada seluruh keluarga kita

~ yus ~ said...

demi mereka juga semua tu kan mama...

takpe, lama2 mereka faham. nanti dah besar, dah sekolah tak susah dah nak kejut bangun pagi..hehe

blog mama cyda ni tulisannya kecik dan halus sangat..huhu

Mata kak yus ni dah lah tak berapa nak nampak, susah juga nak baca satu2 apa2 yang di tulis..:(

Nizam said...

Aku pun camtu. Pukul 7 pagi dah hantar anak aku ke nurseri. Tapi anak aku bangun awal. selalunya 630am dah bangun. Tapi kalau cuti lama, aku spend masa lebih ngan anak aku, bila nak keje balik, kena hantar nurseri, tgk anak aku, sayunya hati.. hehehehe

http://jombantu.blogspot.com
htpp://ntahapa.com

MaMa CyDa said...

Zuwaidah:
betul tuh kak. Amin ....

MaMa CyDa said...

yus:
Kak yus ... demi akak, sy dah tukar font size kasik besar sket. huhuuh enjoy membaca yek pasnih ^_^

MaMa CyDa said...

Nizam:
sayu kan nak tgglkan dorang kat taska. untunglah anak² ko bangun awal. Anak aku tido lambat tuh pasal time nak bangun mmg liat huhuhuh

Nizam said...

MaMa CyDa, bukan anak2.. anak ajerk.. baru sorang. 2 tahun umurnya. hehehe..