Followers

Tuesday, August 16, 2011

Persiapan Merdeka Raya

Entri semalam, entri meluahkan perasaan, so hari nih takmo sedey² bengang². Kita chill okay??!!

Alhamdulillah hari nih dah 16 Ramadhan.Lagu raya pun dah mula berkumandang kat radio. Kami kat opis pun teruja jugak nak menyambut raya. Paling best raya tahun nih berkembar pulak ngan Hari Merdeka kan. Seronok betul. Seronok sebab cuti raya panjang. Rajinlah kami menghias bilik lecturer nih dengan ketupat bagai. Barulah mood raya mencanak². Hari² tak jemu² pasang lagu raya. Mama rasa Mamalah orang paling hepi sekali nak sambut raya tahun nih. Tau sebab apa? Sebab tahun nih beraya kat Batu Pahat dulu. Tuh yang terlebih suka tuh. Rindu betul nak makan ketupat, sayur lodeh, ayam masak merah, rendang ngan kuah kacang. Uishhhh takleh ingatlah. Dah terliur dah.

Semuanya kami beli kat kedai RM2 dengan kos RM25 saje. Termasuk bendera Malaysia tuh tau. 
Hulu Balang .... Yang mak buyung sorang tuh pun takmo kalah tuh ...
Cubaan Mama untuk menyalakan api. Tapi sebab takut terbakar satu opis nih, so tak jadiklah nak pasang panjut kat lam opis ^_^

Haaa ... koranglah cemana? Meriah tak sambutan kat opis? Ceciter ... ceciter ... ^_^

No comments :