Followers

Friday, August 19, 2011

Kad ucapan hari raya| Dah semakin dilupakan??

Rasanya dah bertahun lamanya Mama tak terima kad raya. Sejak semakin canggihnya teknologi kita zaman nih, semua ambil keputusan hantar kad raya melalui SMS, MMS, email, even kat MukaBuku pun bleh dah skang nih. Mama ingat lagik masa zaman sekolah² berbelas tahun lalu perrggghhhh giler lama rupanya aku dah meninggalkan alam persekolahan. Kalau dapat or balas kad raya kengkawan mesti selitkan duit raya skali. Paling kelakor duit raya tuh bagi seposen jek tapi bersusun 10keping duit syiling 1sen. Takpun 2 keping 5sen. Memanglah rasa tak berbaloi dapat, tapi tetap seronok. Baru bebetul rasa kemeriahan nak sambut raya.

Dan Mama still ingat lagik, masa Mama form 2 tahun 1993, Mama dok hostel. So kami pakat ber5 yang dok satu dorm, lawan saper dapat kad raya paling banyak. So taktik nak dapat balasan kad raya banyak, kenalah kita hantar dulu kat orang kan? Lepas tuh siap tulis lagik kat dalam kad tuh, 'Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap sangatlah balas yerrrr'. Hahahahahah serius best+lawak. Biasalah, zaman bebudak hingusan lagik kan time tuh. Apapun semuanya dah tinggal kenangan. La nih memang tak pernah dah Mama dapat kad ucapan hari raya lagik. Tapi minggu lepas, tetiba lepas balik keje, check letter box ader plak sangkut satu kad raya untuk Mama.


Tak lain dan tak bukan kad raya daripada Era Edar. Cemana plak Mama bleh dapat? Sebab Mama ahli dia. Baru jek pun awal tahun arituh join. Dapat seketul nih pun dah hepi dah. Tuh yang terus teringat kenangan² silam masa dapat kad raya. Seronok kan??

3 comments :

OMR (Rose) said...

alahai....mmg best dapat kad raya..la nih??? huh! x nampak batang idung pun..uhuk!

MaMa CyDa said...

OMR:
dapat nih pun dah kemain suke dah pun huhuhuhuh ^_^

Mama Zara said...

tak de sapa nak bg kad..

sbb kita pon tak de menghantar kad raya ni....ahaks!