Followers

Wednesday, November 9, 2011

Bercuti di Cherating ... Part 1

Kesinambungan dari entri Cuti-cuti Malaysia. Peram lama cerita nih kan? Hahahah la nih baru Mama ader masa. Kerja yang penting dah siap, so nihlah masanya untuk bersantai².

Kemanakah agaknya kami bercuti? Alkisahnya kami bercuti ke Cherating. Nak kata bercuti tuh, rasanya Mama ngan anak² jeklah. Sebabnya kami bercuti atas dasar Abah kena pegi miting. Merasalah jugak Mama nih ke pantai timur. Serius ... selama 32 tahun hidup, tak pernah sekali pun Mama jejak kaki ke sana. Itu yang biler Abah ajak jek, cecepat Mama apply cuti. Memula bos macam tak bagi sebab lama sangat cutinya. Maklumlah Mama kan lecturer, nasib baiklah tarikh percutian kami nih jatuh pada minggu exam. Nak taknak boss kena bagi jugaklah kan eheheheheheheh

Perjalanan kami memakan masa hampir 5 jam. Bertolak dari Seremban pukul 11.30 pagi, ikut jalan dalam saja yer (save bajet pe hahaha) Seremban-Bahau-Pekan-Cherating. Pit stop kejap kat area Kuantan untuk lunch then sampai kat Impiana Resort dalam pukul 4.30ptg. Sesampai jek, dah siap check in, hati nih dah tak leh tahan sebab dengar bunyik² ombak yang kuat menghempas pantai. Tak tunggu lama Abah terus ajak amik angin kat tepi pantai.

 Model Angry Birds
Senyum malu² kucing yer bang ...
Mama dengan model² hot ... ^_^
Pasan tak tiap kali amik gambo, Abang mesti tengok lain. Sebab dia tengok pantai jek sambil bising mulut nak mintak nak mandi laut. Ombak kuat tuh, takde sorang pon dibenarkan mandi tau sayang ...
Disebabkan tak dapat mandi laut, mulalah buat muka ....
Taknak senyum sebab tak dapat main air. Alelelelele ciannya anak Mama ....
Last² ..... kasi canlah kat depa .... heheheheheh
Dapat cecah sesket pun jadiklah kan ... kang meraung pulak taknak balik ke bilik.
Dah puas hati, barulah bleh balik. Esok kita mandi kat pool yek anak² Mama ....

Dan malamnya, kami 3 beranak dok melayan perasaan dalam bilik dengan keadaaan hujan lebat. Abah start miting dah malam tuh. Elok jek Abah abis pukul 10.30 malam, hero² pon dah selamat belayar. Kepenatan memasing gamaknya.

to be continued ......

7 comments :

Qaseh said...

bersihnya pantai kat cherating ni...

sy pun xpernah sampai sana lagi...sedih

sumaiyah mokhtar said...

wahhhhhh best nye bercuti :)

Alycia said...

comeynya baju angry bird dia.. beli kt mana..

MaMa CyDa said...

Qaseh:
memang bersih pantainya tp sayang takleh nak mandi huhuhuh

MaMa CyDa said...

Sumaiyah:
Nih lah pes taim Mama dapat gi bercuti jejauh camnih. Itu pon sebab Abahnya ader keje kat sana. Kot tak ... tak taulah biler bleh dpt pegi ^_^

MaMa CyDa said...

Alycia:
Baju tuh Abang dorang beli kat Alor Star masa dia g audit kat sana bulan lepas. Murah jek pun RM12 kot tak silap ... eheheh

Ietams said...

sambung lagi kak..