Kata orang, dugaan dalam hidup nih memang sentiasa ada. Tak kira besar atau pun kecil. Yang penting samaada kita nih tabah atau pun tidak untuk menghadapinya. Sesungguhnya setiap dugaan yang berlaku itu, ada hikmah disebaliknya. Dan sesungguhnya ALLAH menduga setiap hambanya tidak lebih daripada kemampuan hambanya itu sendiri. Pada Mama pula, selagi ALLAH mahu menduga kita, selagi itulah DIA mahu kita sentiasa ingat dan tidak lupa padaNYA. Insya-ALLAH, tiap dugaan yang Mama terima, akan lebih mendekatkan diri Mama padaNYA .....
Siapa yang tak pernah kena dugaan dalam hidup nih? Mama percaya semua orang pernah menghadapinya. Bagi Mama pula, dugaan yang paling mencabar berlaku dalam hidup setiap kali ketika preknen. Dari si Abang sampailah anak ketiga ini, sentiasa diduga sahaja. Tak semua orang mengalami situasi yang sama. Ada yang preknen 5x pun tapi tak pernah menghadapi masalah. Apapun Alhamdulillah syukur anak² semuanya sihat.
Pengalaman pertama kali Mama preknan lebih kurang 4 tahun yang lepas, diawal kehamilan Mama ader bleeding. Alhamdulillah tak begitu serius. Itupun dapat jugaklah MC 5 hari. Dok kat umah jek, takleh buat kerja apa² pun. Tapi sepanjang 5 hari tuh, memang ader jek lagik bleeding cuma tak seserius mana. Itu diawal² kehamilan. Dah lepas first trimester, iaitu lepas jek Mama pulih sepenuhnya daripada fasa muntah², loya² sampai tak boleh nak masuk sesuap nasi pun, berat badan naik mendadak. Boleh dikatakan, tiap bulan berat akan naik paling kurang 2kg dan paling byk 4kg. Sampai kena tukarlah kaler kod kat buku merah tu dari kaler putih ke kaler kuning. Sebab 2-3 kali jugak suspect kencing kotor. Sampai waktu nak melahirkan, 12jam duduk dalam labour room baru si Abang nak keluar. Walhal sepanjang 12 jam sakitnya time tuh rasa dah takkan bleh hidup lagik kat dunia nih. Yang paling kelakar, Mama siap sempat bagi tau kat Abah, kalau macam nihlah sakitnya nak beranak, cukup sekali jeklah jawabnya. Tapi tengoklah sekarang apa dah jadik? Nak masuk 3 ... hahahahhaah memang tak pernah serik!! ^_^
Pengalaman kedua, tatkala preknen Adik pulak. Awal² macam biasalah, tak lari punyalah simptom² muntah tuh. Sampai lembik dibuatnya. Lepas fasa muntah, Mama disahkan menghidap kencing manis pulak. Aduhhhh tak pasal² kena control cara pemakanan. Skali lagik, kod kena tukar dari putih ke hijau pulak. Kali nih, berat badan takdelah naik melampau. Maintain jek ikut kadar yang ditetapkan. Iyelah ... dah hari² kena diet kan? Seksanya tetiap bulan kena buat BSP. Test darah 4x dalam sehari. Tujuan, nak pantau kandungan gula dalam darah. Sampailah nak bersalin still jugak kena wat BSP. Tapi syukur Mama takde sampai kena cucuk insulin. Lagipun, family history takde kencing manis pun. So nih simptom orang preknen sahajalah. Risau tetap ada sebab orang kata kalo kencing manis time preknan, baby dalam kandungan akan besar. Ya ... memang terbukti sebab Adik lahir beratnya 3.3kg. Kalo ikut sejarah family Mama, memang anak cucu yang lain semua lahir bawah 3kg termasuklah si Abang yang berat cuma 2.95kg sahaja. Syukur Alhamdulillah, semasa proses melahirkan Adik, sangat² mudah. Rasa Mama sekelip mata sahaja Adik dah lahir. Tak payah nak tunggu lama² dalam labour room tuh. Tak sampai sejam dah dapat keluar. Cuma lepas melahirkan Mama mengalami pendarahan yang agak banyak sebab sepanjang preknen bukan saje kena kencing manis, tapi HB pun rendah sampai 8.
Pengalaman yang ketiga ini pula, sangat² berbeza. Awal² tetap mengalami simptom muntah² sampai lembik. Dah lali dah hahahahah Alhamdulilah, Mama takde mengalami berat badan berlebihan, kencing manis, HB rendah. Setakat nih dah masuk 5 bulan, kod tetap kaler putih. Belum kena tukar kaler lagik. Harap² sampai bersalin dapat kod putih jek. Tapi Jumaat lepas, Mama diberitakan mempunyai masalah Uri di bawah. Ya ALLAH. Time tuh, rasa nak gugur jantung. Tak pernah terfikir macam nih sekali Mama akan diduga. Dalam 2 minggu nih memang ader rasa sakit² kat belah bawah nih. Kekadang tuh, nak buang air kecik pun rasa sakit n dalam sejam boleh dikatakan 2-3 kali rasa nak membuang. Tak suspect pulak rupanya tuh berpunca dari masalah uri kat bawah. Menurut kata doktor, Mama tak perlu terlalu risau. Cumanya dia ader berpesan jangan terlalu lasak, or buat kerja² berat dan jangan sesekali nak cuba berurut. Buruk padahnya yang membolehkan berlaku pendarahan sekaligus menyebabkan kematian ibu dan anak. Katanya lagik, biasanya uri akan naik semula. Kena tunggu lagi 2 bulan untuk buat scan nak tengok balik kedudukan uri tersebut. Kalo tak naik, kenalah refer kat pakar dan kemungkinan besar kena duduk wad sampailah bersalin. Siapalah pulak nak menjaga hero² mama nanti? Mama tak pernah berenggang tido malam ngan dorang. Camnelah rasanya nanti? Bersalin kena ceasar? Taknaklah .... Jauhkanlah semuanya tu. Sekarang nih, Mama hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar semuanya pulih seperti sediakala. Amin!!!!!
-Mama yang luaran nampak ceria tapi dalam hati sebenarnya sedang berduka-
9 comments:
insyaallah sumernyer akan ok....
tc yer. jgn riso2 . x elok.... :)
tringat ms preggykan aedrean, tiap2 minggu ke spital. warded sminggu sbb heart complication. nk bersalin pn diapit machine & wire berselirat kat bdn. tapi alhamdulillah lahirla srg putera chipmunk yg comel yg sgt kletah sampai ari nih secara normal... bygkan? normal... walopn dier lahir ngan berat 3.7kg... subhannallah :)
insya-Allah kak...
baru 5 bulan kan?
doa la byk2 moga ada perubahan nnt...
take care okeh!
itulah unik & indahnya seorang ibu ni kan. Dapat rasa suka duka mengandung & melahirkan..
kak dot, kalo baring nak tido tu kan sentiasa tinggi kan kaki, insyaallah uri tu akan bergerak. kalau free2 tu cuba senam baring lunjurkan kaki ke atas macam tolak dinding
ada masa lagi tuk uri naik...
jangan wat keja berat2...
take care...
eB:
thanx dear .... kannn ... cabaran menjadik ibu. bukan semua org dapat rasa ^_^ Apapun syukur Alhamdulillah semuanya selamat ...
Nad:
tq dear .... Insya-Allah ... berharap sangat semoga semuanya selamat ... AMIN!!
Ietams:
take note!! Pastikan akan praktikkan petua nih. TQ dik ... ^_^
Fadzillah:
Insya-Allah ... harap2 bleh naik lah hendaknya ... AMIN....
aida pun skang ni lebih kurang 5 bulan. pun di confirm kan uri kat bawah :( sedih. risau...
akan buat juga la tips from ietams tu.
Post a Comment