Sehari sebelum Majlis Nikah@Perkahwinan (17/2/2007)
Malam sebelum akad nikah (akad nikah pagi dan seterusnya majlis kahwin tengah harinya), Mama tetiba demam panas. Kena flu yang tahap kritikal. Tak boleh jadik ..... telan panadol 2 bijik + ubat selsema. Sudahnya, pinsan masa adik perempuan Mama tengah dok pakaikan inai kat jari tangan n kaki. Tau² jek terjaga tetengah malam, elok jek jari jemari dah siap dibungkus. Bagus adikku yang sorang nih. Dia kawen arituh, sensorang jek terkontang-kanting. Sebaik ader member dia yang tolong. Sorie ler ... aku dah tak larat ^_^
Majlis Nikah@Perkahwinan (18/2/2007)
Alhamdulillah berjalan lancar. Cuaca pun bagus. Cuma Mama tak sempat nak melayan semua kengkwn yang hadir waktu tuh.
Sehari sebelum Majlis bertandang ke rumah lelaki (24/2/2007)
Mama n family midnite kat rumah Pak Long kami di Melaka. Malam tuh, kul 8pm, Adik bongsu Mama dapat call dari jiran seblah umah kami yang juga merupakan kawan rapat dia, bagitau rumah kami dimasuki pencuri. Arrggghhhhh sudaaaaaahhhhhhh ..... kalut betul kami sefamily. Dah lah duit hantaran, mas kawen n duit "salam keruk" Mak n Abah tak sempat bank in lagik. Time majlis kawen Mama nih time cuti raye cine. Cuti panjang sampai hari Rabu. So Mak Abah tak sempat g Bank. Main simpan jek kat lam bilik tapi di tempat yang tersorok. Siap polis bagai semua datang. Havoc betul keadaan time tuh. Tuan rumah kat Melaka, esok majlis bertandang. Takkan nak balik Batu Pahat malam tuh jugak kan? Sebaiklah cousin Abah Mama ader kat BP. So mintak tolong dia untuk check kan duit berkenaan selamat atau pun tidak. Alhamdulillah .... duit tuh tak berjaya dijumpai oleh si pencuri. Tapi sempat gaklah dia sebat cincin kawen Mak ngan beberapa barang kemas Mak yang lain. 5-5 bilik habis bersepah dia dok geledah. Pintu dapur terkopak habis. Hampeh tul .... Nasib baik barang² lain tak diangkut skali. Dan malam tuh, kengkawan Adik bongsu Mama dok pakat dirikan khemah kat tepi rumah, dan dorg berjaga sampai ke esok paginya. Terima kasihlah adik²ku semua ... sayang korang ^_^
Majlis bertandang ke Seremban (25/2/2007)
Dari Melaka ke Seremban, Pengantin Perempuan (Mamalah kan) yang drive. Kami satu kereta ader 4 orang. Mak, Abah, Adik bongsu n Mama. Kakak n Adik perempuan Mama dorang keje kat KL. So dorang dari sana. Bertolak kul 8am, elok jek drive tanpa apa² masalah. Tetiba dah nak dekat sampai exit Alor Gajah/Simpang Ampat, Mama perasan temp naik sampai H. Gelabah dah nih terus benti tepi, bukak hood tengok berasap plak enjin. Aduhaiiiii .... apalah nasib kali nih? Call plus then tak lama tuh dorang datang. Tow kereta kami ke exit Alor Gajah, then tunggu Abah pick up Mama n Mak. Abah Mama n adik bongsu kena tggu pomen datang repair. Dahlah ari Ahad, ingat senang ke nak carik pomen? Pulak tuh kat tempat yang sememangnya bukan tempat kami. Sedih betul Mama time tuh, tapi cuba berlagak cool. Dalam hati istighfar banyak n redha dengan dugaan nih semua. Tunggu Abah plak kemain lama lagik nak sampai. Padahal Seremban - Alor Gajah setengah jam jek ikut hiway. Rerupanya, Abah pun ader peristiwa jugak. Tetgh, dia drive laju nak pick up kami, tetiba drive shaft problem. Sebaik dia ngan adik ipar Mama takde pape n kereta still bleh jalan cuma takleh bawak laju² stendet resing. Akhirnya, tepat jam 12pm kami selamat sampai Seremban. Terus shoot pegi umah pakcik Mama n terus siap². Majlis kul 1.30pm tapi Abah Mama n Adik bongsu tak sampai² lagik. Tepat jam 1.30pm, barulah dorang muncul. Tau tak rosak apa jek keta Abah Mama tuh? Abah kata ader satu skru kecik kat enjin tuh longgar n tercabut. Ganti skru tuh elok jek temp macam biasa. Ya ALLAH!! Sebab skru kecik tuh jek. Memang besar sungguh dugaan kami. Alhamdulillah kami semua selamat, dan majlis bertandang berlangsung dengan meriah.
3 hari selepas majlis
Hari pertama kami mula kerja selepas majlis perkahwinan yang penuh dugaan. Ingatkan dah abis,rupanya ader lagik .... Kami menyewa di Bandar Tasik Selatan. Mama pergi kerja drive si chumil kancil (opis time tuh kat Taman Maluri). Abah plak pegi kerja naik komuter (opis Abah time tuh kat Nilai). So Abah decide paking si blek kat KTM Bandar Tasik Selatan. Balik keje petang tuh, Abah call bgtau, keta Abah kena pecah. Mama yang time tuh dah sampai umah terus terduduk. Nak menitik air mata sebab tak sudah² kami diuji lagik.Tapi still Mama tabahkan hati, istighfar banyak. Cakap pada diri sendiri tiap yang berlaku pasti ader hikmahnya. Nasib baik jugaklah kereta jek kena pecah, kot dengan kereta² skali dorang sapu cemana? Tak ke lagik haru? Huhuhuh cumanya Abah sedihlah sebab abis audio hatta woofer skali dorg amik. Gadget² lain cam turbo timer n boost meter pun kena rembat. Ori tuhhhhh ... sudahnya, Abah ganti dengan yang cap ayam jek. Takut² kena pecah lagik plak ....
Apapun, itu semua kami anggap sebagai dugaan hidup yang perlu kami tempuhi. Alhamdulillah, kami tetap tabah hadapi semuanya. Dan 3 bulan selepas itu, Mama dapat kerja kat Seremban. Langsung terus berhijrah ke Seremban. 7 bulan kemudian, Mama preggy si Abang. Dan masa dalam pantang Abang lagik, mencurah² Allah limpahkan rezeki buat kami sekeluarga sehinggalah kini. Alhamdulillah ... syukur sangat² walaupun pada awal² tuh cukup perit rasanya kena dugaan yang bertalu² macam tuh. Percayalah, setiap apa yang berlaku itu, pasti ader hikmahnya. ALLAH takkan menduga seseorang hambanya lebih daripada kemampuan hambanya itu sendiri ^_^. Semoga perkahwinan kami ini diberkati dan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa kami ... AMIN!!!!
** Fuhhh ... siap!!! Berpinar bijik mata dah nih**
Kenangan 5 tahun lalu ... weeehuuuuu ^_^ |
9 comments:
jarang dgr hot chat nie huhuhu
kak dot..!! banyak nye dugaan masa tu..tp takpe ALLAh swt dah ganti blk dgn rejeki yg mencurah2 kan..alhamdullilah... * zura tergelak tang pengantin perempuan drive kereta tu...adoiii yaii :D*
byk betul dugaan akak kan masa kahwin tu.
kak dot 3 bulan gak dok BTS eh.. kat area mane kak? kite dok 5thn kat BTS.. kat tasik height tu, kalo keep in touch dari dulu, mau nye rajin kite hai hai bai bai..kan
Ieda:
Kak, sy dr dulu satu channel radio nih jek yg selalu bukak. itu pun time dlm keta jek. kat tmpt lain mmg sah2 tak dgr radio huhuhuh
Zoora:
Alhamdulillah .... susah2 dahulu bersenang2 kemudian kot huhuh
awat tergelak lak pengantin kena drive? huhuhuhuhu
Ietams:
Akak dok kat flat apatah namanya tuh dah lupe. Yang tinggi melampau smpi 18 tgkt tuh ha ... jgn tak tau umah akak tgkt 18 lah hahahahah tobat lah nak dok umah tinggi2 nih lagik
dugaan ygdah bertukau manis bile dikenang. btol an?
cik atin:
ha ah ... memang akan kenang smpi bebiler huhuhuh
xleh bygkan pengantin pompuan drive sendiri :)
Post a Comment