Followers

Monday, May 30, 2011

Mama kembali beraksi!!!

Alhamdulillah ... hari² bizi Mama dah berlalu dengan amannya. Lepas nih dapatlah Mama beraksi aktif kembali dalam dunia blog nih. Sedih rasanya dah lama tak dapat update blog. Cerita² yang menarik semuanya dah basi tinggal kenangan jek. Entah Mama ingat entah kan tidak.

Tapi Mama dapat beraksi nih pun selama 2 hari jek. Sebabnya Rabu ngan Khamis kena attend kursus kat KL. Jumaat plak Mama amik cuti. Saje nak rehat² kan minda sebelum semester baru start 6 Jun nanti.

Ehmmm tetiba takde idea plak nak mengarut menulis dalam blog nih. Tetiba jugak jadik tak reti nak mengarang kat lam blog nih. Tetiba plak jadik takde mood nak teruskan penulisan dalam blog. Kenapa?? Mungkin ke sebab Mama dah lama tak corat-coret kat sini? Mungkin sebab memang takde mood? Mungkin sebab dah boring atau putus asa ngan bidang penulisan maya nih? Tahlah ....

Tunggulah ... andainya Mama punya idea atau mood atau bahan yang nak dikongsikan bersama, Mama akan coretkan kat sini. Andainya Mama tak punya semuanya itu, maka rasa²nya nihlah coretan terakhir Mama ....

No comments: