Khamis minggu lepas, tatkala Mama tengah bermalas²an di opis, tetiba opismate menjerit bagitau depan opis kami banjir. Memang perasan sangatlah hujan turun mencurah² hampir sejam lamanya. Tapi memang tak sangka sampai boleh banjir. Telahan kami, nih semua sebab construction depan opis kami punya hal. Hahahaha tak tau pulak rerupanya satu Seremban dah bah!! Lepas dengar jeritan
Myvi dan Gen2 kepunyaan opismate Mama. Sebaik itu Myvi tinggi, kot tak mesti dah masuk air dlm kereta. Sebabnya parking Myvi tuh rendah sangat sampai air naik paras hampir² lutut.
Banjir² pun mereka tetap 'cool' meredah ehehehehehe
Air makin surut ....
Baik² bang ... kang terbelit dek ular sawa kang ...
Sipi² nak sampai lantai kakilima opis ... fuhhhhh
Mujur banjirnya tak lama mana. Dalam 20minit kemudian, air surut dengan cepat. Tepat pukul 6pm kami dah bleh balik ke rumah dengan aman. Jangan tak percaya, banjir besar nih membuatkan kebanyakkan sang ular keluar dek kerana dibawa arus. Salah seorang opismate Mama sempat amik gambar tatkala sang ular tersadai kat kedai perabot ROZEL blakang opis Mama nih. Aduhhhh ... ngeri tengok. Ular sawa batik yang besar dan panjang. Khabarnya, sampai bomba datanglah untuk tangkap sang ular itu. Seram .... nasib baik dia tak menumpang kat enjin Hundah Mama. Hahahahahahah
Harap² dengan terjadinya banjir besar nih yang Mama rasakan pertama kali sepanjang hampir 5 tahun Mama menetap di sini, akan diambil iktibar. Esoknya, kebanyakkan jalanraya habis rosak teruk. Jadiknya, orang² berkenaan, silalah ambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya.
1 comment:
ada jugak aku dgr citer pasal banjir kt semban ni.. ish ishh
Post a Comment