Followers

Tuesday, February 28, 2012

Makeroni Sup

Kembali beraksi ... eheheheheh
Setelah 4 bulan lamanya, Mama gantung kuali, akhirnya, malam tadi gigih masak makeroni sup nih. Sebabnya tetiba teringin. Dedulu masa kecik², selalu gaklah mak Mama masak. Tuh yang tetiba semalam teringin pulak. Masaklah sendiri ..... Gigih tau, walaupun time menumis sup tuh, seblah tangan dok menumis, seblah lagik dok menutup hidung. Tak tahan bau tumisan tuh. Rasa cam nak terkeluar isi perut. Tapi tetap gagah jua teruskan memasak.

Alhamdulillah, habis licin lauk semalam walaupun simple jek. Tengok gambo pun tak menarik jek kan. Tak kisahlah, janji anak² suka makan. Mama ngan Abah dorang dapat jamah sikit pun jadiklah .... Agaknya sebab dorang dah lama tak makan masakan Mama kot. Hahahahaha perasan lah haku sensorang ^_^
Misi selepas ini, nak kena cuba jugak memasak. Tak larat dah hari² makan kat luar. Huhuhuhuhuhuh

No comments: