Followers

Tuesday, September 6, 2011

Hantu Bonceng Toqqq ....

TERBAIKKK!!!!
Ya ... inilah yang memang Mama dapat katakan. Alkisahnya, Mama baru tengok filem nih petang semalam. Memang tak rugi lah beli tiket memahal kami amik twin seat RM24 sebab dari awal cerita sampai habis, penonton satu panggung gelak tak henti². Mama punya gelak pon memang tak coverlah. Sebaik tak berguling² dari atas sampai ke skrin tuh jek ehehehehehe

Pada Mama inilah cerita paling baik+bagus+lawak=menjadi oleh Ahmad Idham. Mulanya Mama pun rasa cam tak berapa konfiden nak tengok. Takut² takdelah lawak mana. Sebab kalo tengok barisan pelakon yang memang pak lawak pun Zizan sorang jek. Semalam sebelum keluar rumah, sempat lagik Mama carik review pasal filem nih kat internet. Rata² semua bagi komen yang +ve. Siap swuh cecepat tengok sebab takot tiket sold out. Time tuh barulah rasa konfiden. Memang best dan memang lawak habis. Jalan cerita sempoi dan tak berat. Sampai ke hari nih Mama still ingat lagik jalan cerita dia.

Jom kita baca sinopsis filem ini.
Hantu Bonceng mengisahkan Amran seorang penghantar pizza yang gemar berlumba drag motorsikal secara haram. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang gadis bernama Maya sebagai hadiah kemenangan. Malang tidak berbau, ketika Amran hendak membawa Maya yang memboncengnya itu keluar dari kawasan perlumbaan, mereka telah kemalangan dan bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karibnya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Nak tau selanjutnya klik sini yek.

Pada Mama, filem nih banyak mesej dan pengajaran yang hendak disampaikan. Bukan kita tengok, kita gelak kosong jek tau!! Selamat Menonton ....

8 comments:

Rina Rahamat said...

kalau best sy nk tgk jugalah..donload jelah..malas nk gi wayang kiki

salam aidilfitri mama cyda :)

eB said...

wah musti tgk nih :)

mamawana said...

Belum sampai hajat dihati nak tengok jugak, tapi busy lah pulok... Esok2 harap bleh free.

kurus said...

dah lama akak x singgah umah adik nie ..
selamat hari raya ya dik
hermm akak selalu tgk prbiu cite nie nak tgk wayang x leh harap lahh hubby x suke .. tunggu dvd je lahhh huhuh

Cyda Acme said...

cik betty:
haaa ... mama pun kena tggu keluar kat youtube. still nak donlod gak walaupon dah tgk kat panggung ... ngeeeeee .... ^_^

Cyda Acme said...

eB:
glah tengok eB. mmg best ... ^_^

Cyda Acme said...

mamawana:
cepat g tgk tau ... smlm kawan mama dah q panjang nak beli tiket alih2 sold out ... kesian dia ... huhuh

Cyda Acme said...

ieda:
selamat hari raya kak ... ^_^
oklah tuh kak dapat tgk dvd pon lagik best ... leh tgk bnyk2 kali sampai boring huhuhuh