Kalau tak silap mama, arwah berusia dalam lingkungan 27-28 tahun. Belum lagi berumahtangga dan merupakan anak sulung. Kali terakhir mama jumpa arwah semasa arwah hadir ke kenduri aqiqah Arif pada 17Julai haritu. Waktu itu arwah datang sendirian tanpa ditemani mak teh dan pak teh serta adik2 arwah. Mama agak terkilan kerana mama tak sempat bertegur sapa dengan arwah. Sibuk melayan tetamu yang lain. Ini pun mama terkilan jugak sbbnya malam tadi mama tak dapat menghadiri tahlil dirumah arwah. Bukan apa, ramai yg tak benarkan mama pergi bawa anak2 kecil nih. Dan hari ni arwah akan dikebumikan (mungkin dikala mama sedang mencoretkan di blog ni, arwah telah pun selamat disemadikan) pun juga mama tak dpt nak turut serta. Tak mengapalah. Yang penting doa dari mama sudah memadai untuk mengiringi pemergian arwah.
2 minggu lepas mama ada mimpikan arwah atok (atok pada abah). Mama mimpi masa saat2 kematian beliau. Maklumlah masa arwah atok meninggal haritu mama tak dpt hadir sama sbb mama ader kat Batu Pahat. Dalam mimpi mama tu, arwah atok bangun masa hadirin tengah bacakan Surah Yassin. Arwah atok tercari2 Arif. Lepas arwah atok jumpa Arif, dipeluk dan diciumnya cicit yang baru ni. Kemudian arwah terus rebah semula. Terus mama terjaga dari tidur dan beristifar panjang. Pelik dengan mimpi mama sedangkan masa arwah atok meninggal dulu, mama tgh mengandungkan Arif 5bulan. Mama fikirkan semuanya tuh mainan tidur. Tapi mama mmg ada ceritakan pada abah tentang mimpi mama nih. Tak sangka, rerupanya mimpi mama tuh merupakan petanda bahawa ada saudara mara yang bakal menyusul pemergian arwah atok. Satu kebetulan apabila raya tahun ini, merupakan giliran mama untuk berhari raya di kampung abah (Rembau). Bermakna mama akan sama2 menyambut raya tanpa kehadiran 2 insan yang kami sayangi.
Kejadian ini mengingatkan lagi pada mama bahawa mati itu tidak mengenal siapa, tidak mengenal usia, tidak mengenal pangkat ataupun darjat. Apabila sampai waktu dan ajalnya, kita pasti akan dijemput untuk menghadap Nya. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau cucurilah rahmat keatas saudaraku ini. Tempatkanlah beliau di kalangan para solihin. Amin Ya Allah, Amin Ya Rabbal Alamin. Takziah buat keluarga arwah, (Pakteh, Makteh, Lokman dan Sarah)semoga kalian tabah menghadapi dugaan yang maha hebat ini.
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati
2 comments:
salam takziah kak dot..
jom follow
Post a Comment