Followers

Monday, July 12, 2010

1st entry ... Pengalaman melahirkan buat kali ke-2

Salam all,
nih 1st entry tuk story2 yg pada kiraan mama dah lapuk tp nak jugak storykan kat korg hu3. so nak story cemana pengalaman melahirkan si kenit Arif Najwan. kalau masa abg dia dulu, Adli Zakwan, mama kena amik masa selama 12 jam bertarung kat dalam labour room. Tp Alhamdulillah, berkat doa kengkawan yg tak putus2 bg sokongan nak2 masa mama mengharungi bermacam2 masalah masa sepanjang mengandungkan Arif, so Allah itu Maha Berkuasa, kelahiran kali ni berlaku dengan pantas. Sampai sekarang nih pon mama mcm tak percaya jek anak mama nih dah keluar.

Midnite 17 April 2010 ...
Tengah nyenyak tido .. mama tetiba rasa basah. nak kata air ketuban pecah tp sikit jek keluar. terus sms kak long tanya kat dia kalo air ketuban pecah tuh cemana since masa bersalin Adli dulu pon tak merasa air ketuban pecah. kak long tak reply .. maklumlah dah memalam buta hu3 mama pegi toilet tgk2 takde plak keluar lagik airnya. so decided to go to the bed again ... tp kejap2 bangun sbb rasa basah. time nih takde plak rasa sakit contraction .... ehmmm terus lelapkan mata wat tak tau jek ..

Tanggal 18 April 2010 ....
Bangun sebelum solat Subuh mama rasa sakit perut yg amat sgt. Bukan sakit bersalin tp sakit nak buang air besar. Lepas buang air besar terus rasa contraction. Dalam hati mcm tak konpiden nak bersalin sbb doktor kat Klinik Kesihatan Ampangan bg date 5 May. Tp last month masa scan kat Klinik Rekha, Dr. Rekha bg due 17 April. So otometik dah rasa seriau kot2lah kiraan Dr. Rekha tuh betul. Maklumlah kat Klinik Rekha scan guna 4D. Time nih mama kat umah Wan. Dengan tak bwk segala persiapan beg (kesnya mama simpan lam NAC tp abah bwk ADR lak balik Paroi Jaya). So lepas brekpes ajak abah g spital. Abah plak bleh tanya "Dah nak bersalin ke? Bukan kata 5/5 ke bersalin?" nak marah pon ader .. nak gelak pon ader. Mama gtau jek abah apa2 hal pegi jek spital dulu. Terpaksalah tggu abah balik umah Warisan Puteri tuk amik beg then barulah bleh g ke spital. Sampai spital kul 11. Doktor check dah bukak 2cm. Terus kena admitted. Time nih br dpt sms reply dr kak long bgtau kalo air ketuban tuh tandanya keluar byk. reply balik kat kak long gtau dah kena tahan wad pon. bukan main terkejut kak long sbb dah tau mama due 5/5 (tarikh besday kak long).
Lebih kurang kul 2 baru mama dapat masuk wad. Biasalah spital gomen, manjang penuh. lagik pulak abah tak amik lak guarantor letter dr opis dia. lagilah susah nak masuk 1st class ke,2nd class ke. sbb ingat mama due lmbt lagik. so nih kiranya belajar dr kesilapanlah. Lepas masuk wad mak plak call dgn sore cemasnya tanya betul ke mama dah masuk wad. time nih mama leh gelak2 lagik sbb sakit tak terlalu kerap. siap leh pesan kat mak swuh rileks. padahal mama yg dah mengelabah cam hape. bukan apa, teringat2 lagi sakitnya bersalinkan si abgnya dulu. maklumlah beza abg n adik pon tak smpi 2 tahun. dalam kul 4 doktor pggl mama masuk lam bilik nak check bukaan dah brp cm. kali nih doktor check kata 4cm, nurse lak check kata 3cm. then dorg taknak tolak masuk labour room dulu sbb taknak mama tggu lama sgt lam labour room tuh. so dorg pesan lagi 4jam dorg akan check lagik tp kalo2 mama dah rasa sakit sgt2 pggl dorg. so mama pon jalanlah balik ke katil tggu kul 4.30pm waktu melawat. tggu abah dtg melawat mama. siap pesan bwk Adli skali. tetiba rasa rindu sgt2 kat anak mama yg sorg tu. dah pukul 5 tp abah tak sampai lagik. katanya baru bertolak dr rumah. time nih dah rasa sakit sgt2. sakit smpi tak boleh nak bergerak ditambah lagik rasa sakit nak buang air besar. dalam kul 5.30 abah, Adli n FIL sampai. time tuh muka abah suspen jek tgk mama. abah gtau muka mama tahan sakit sama mcm masa mama nak bersalinkan Adli dulu. Mama swuh abah gtau kat nurse yg mama dah rasa sakit sgt2. so biler doktor check tgk2 dah 6cm. terus dia swuh tolak masuk labour room. masa kena tolak masuk labour room tuh, abah kucup pipi mama, sempat lagi bisik kat telinga swuh baca selawat banyak2 since suami tak dibenarkan masuk dengan alasan kes H1N1. cumanya mama tak sempat nak mintak maaf kat abah. masuk labour room kali nih jauh lebih baik dari 2thn lepas. setiap partition dah diletakkan air cond n jam (betul2 depan mata mama .. bagus betul). waktu nih mama dpt tgk jam tepat kul 6pm. sementara doktor menguruskan mama sambil mama mengerang sakit, doktor check bukaan kul 6.30pm dia kata dah 9cm. since nih anak no 2 so dia ckp dah boleh teran. tambah lagik doktor gtau anak mama dah berak dlm perut. nak menitis air mata mama time tuh, tetiba rasa tak pandai nak teran. sbbnya mama lebih pk kan anak mama takot dia dah tertelan najis. kul 6.40pm mama rasa sakit yg tak boleh tahan smpi mama menjerit kuat dalam labour room. tah macam mana mama tetiba dpt kekuatan terus teran habis-habisan, bermati-matian. Doktor n nurse pon bagi kata2 semangat lagi. Dan akhirnya tepat jam 7.03pm lahirlah putera kedua kami. Rasa panik bila anak mama tak menangis, sampaikan mama tanya kat nurse kenapa anak mama tak nangis? Masa abg dia dulu keluar jek terus menangis. anak mama amik masa selama 2minit barulah dia nangis. sebabnya mulut anak mama penuh dgn lendir. apa yg doktor bgtau anak mama dah hampir2 nak lemas. Bile doktor letak anak mama kat atas dada mama, mmg mama dpt tengok badan dia dah separuh hampir2 biru n lebam. menitis air mata mama bile tgk dia menangis smbl pandang mama. Lepas segalanya selesai masa nak jahit luka, nurse ader bgtau darah mama keluar byk sgt. mmg masa mama pregnant HB mama rendah tp dah dekat nak bersalin nih dah ok dah rasanya. masa nih mama skali lagik panik. sempat mengucap lagik mana lah tau nih lah kali terakhir mama kat dunia. tp mama takde plak rasa nak pitam. apapun mulut mama mmg tak putus berzikir dan mengucap. Alhamdulillah ... semuanya selamat. Terima Kasih Ya Allah kerana kau masih lagi sudi meminjamkan hamba mu ini ke dunia.
Lepas keluar dari labour room, mama dah agak soalan pertama abah mesti tanya bb boy ke gurl. well masa scan kat Klinik Rekha dulu pun dah nmpk terang n nyata anak mama yg kali nih boy lagi. abah pon ader bgtau anak mama nih tembam. Mana taknya, berat dia 3.3kg. Mama sendiri terkejut bila dgr nurse bgtau berat bb. Malam tuh lepas sms pada kengkwn yg mama dah selamat bersalin, mama still tak boleh nak lelapkan mata. sebabnya mama tetiba teringatkan Adli. seumur hidup dialah, mana pernah dia tak tido dgn mama. Ni kira first timelah dia tido tanpa mama. Mama pun terfikir jugak macammanalah dia lepas ni. kesian pon ader sbb lepas nih tumpuan mama lebih kepada adik. Kalaulah Adli dah pandai baca dan dah faham luahan mama ni, mama nak gtau yg kasih sayang mama takkan berbelah bagi antara abang n adik. Semuanya sama sayang....

19 April 2010 ...
Bangun pagi lepas mandi, masa mama nak balik ke katil tetiba rasa cam nak rebah. rasa kabur pandangan mata ni. tp mama gagahkan jugak berjalan perlahan2. mama taknak jatuh .. mama taknak pitam. nanti lagik lama mama kena duduk kat spital ni. sampai kat katil, mama terus bgtau member seblah yg mama rs nak pitam. dia cepat2 swuh mama makan brekpes since dr start masuk labour room smpi ke hari nih mama tak jamah 1 makanan pun. (Thanx to Leha sbb dr mula mama masuk wad dialah yg byk tolong mama. tah dah bersalin tah belum minah nih. masa dia masuk wad harituh kandungan dia ader problem. baru 7bulan). Lepas makan sebuku roti (hampeh tul gen. hosp nih .. bg roti cream jek) plus air milo segelas barulah mama rasa ader tenaga sket tp still pening2, rasa cam nak sesak nafas. so mama rileks kejap baring ngan arif, dapat lelapkan mata sejam barulah ok. pukul 2pm mama dah bleh discharge dr spital. time nih abah kata ptg karang mama dah leh transfer ke 1st class. huhhh tak payahlah .. dah lambat. balik umah lagik best dari dok kat spital even 1st class pun hu3 ... Akhirnya ... dapat jugak keluar dr spital waktu tuh jugak setelah byk benda yg mama kelentong doktor :D sorielah en. doktor, smpi skang mama tak buat pon pemeriksaan utk klinik perancangan keluarga. Dan bermulalah episod mencabar bagi seorang mama kepada 2 org Hero ....

3 comments:

Effi Rahmat said...

Rindunya nak jumpa bila baca citer nih.. yelah.. di alam maya je boleh berkongsi cerita.. Alhamdulillah semuanya selamat... Allah masih beri kita kesempatan untuk jaga hero² kita tuh... hopefully kitalah ibu terbaik!...

Cyda Acme said...

tulah effi ... aku dr mggu ke mggu nak dtg melawat ko tp ader jek halnya ... mggu nih ader lak kenduri aqiqah arif ... jemput datang yek .. aku dah sms kat ko dah :D

ietams said...

alhamdulillah kak dot selamat semuanya..