Petang Rabu kelmarin lepas jek mama balik dari keje, Abah terus melawat BLEK di Wad Pemulihan Hospital Maniam MotoSport. Condition Blek?? Sangat .... Samgat .... Tak OK! Mama tak turun pon dr keta sbb tak sampai ati nak tengok Blek. Mama tgk tang jauh jek dr dalam keta. Abah kata byk benda yg rosak dan kena ganti. Valve patah 2pcs + timing belt putus + head boco.. perghhh ... tah bila tah Blek akan sembuh gaknya kan ... ehm cepat2 sembuh ek. Nanti leh hantar mama, abang n adik tetiap hari.... Miss u lah Blek .. Muahhhhssss Blek di wad pemulihan 7A
New ke? hu3 takdelah new pon. Belum mampu lagik nak pakai yg New Brand punya. Apapun new car nih bukan mama yg punya. Mama tumpang menyebok jek. Abahlah yg beriya2 carik agar menepati citarasa mama. Cheeewaahhh camtu skali. Sayang betul abah nih kat mama kan. hahahah masuk bakul angkat sendirilah mama ni. Well mengikut kata2 abah, dia beli dgn rega yg tak smpi RM30k. Dengan keadaan yg stendet mendet spec org tua, so abah telah berjaya mendapatkan sebijik lagik yg berketurunan Jepun. Apalagi, proses salin kulit + pemindahan jantung + pemindahan organ dalaman pon berlaku. Berapa riban abah perabih mama tak tanya pon. Rerupanya abah dah beli lebih sebulan ms mama dalam pantang lagik. Saja jek dia tak bgtau. Abah ... mmg tuhlah perangai dia. Suka senyap2 smpikan mama salah sangka. Nak surprise punya pasal, macam2lah dia kelentong kat mama. Cian mama ...
Baru 2 minggu dapat keta baru, tetiba keta kesayangan kami yang lagi 2 tuh pulak buat hal. Bleh plak dorg pakat nak breakdown sesama. Alkisahnya keta kesayanganku si ADR breakdown hari Ahad lepas (18/7-time besday abah) kat hiway lepas exit Pedas/Linggi. Time tuh abah yang drive OTW ke Ayer Keroh tuk menghadiri kursus. Pagi sebelum abah bertolak tuh abah ader bgtau yg ADR @ panggilan mesra kami MYRA ader sikit problem kat enjin. Ada kabel apa ntah yg putus. So abah gunakan skill yg ader tuk merepair sendiri. Abah tukar kabel lain then dia selotep jek kabel tuh. Bila dia test drive katanya ok jek. So tuh yg dengan konfidennya dia drive ke Melaka. Tengok2 problem jugaklah. Last2 kenalah tow balik Seremban Myra kesayanganku itu.
Belum sempat hantar Myra repair, tetiba pagi nih OTW hantar anak2 ke Taska NAC plak breakdown kat area Kg. Sentosa (MAHFAH-saper biasa ngan area semban dorg taulah). Tetiba jek enjin mati. Mama cuba start2 balik takmo idop gak. Last2 call abah. Then abah pon terpaksalah mintak tolong FIL dtg amik kitorg. Tersadailah NAC kat tepi jalan tuh. Tadi call abah tanya dia biras mama dah g check lum NAC @ nama panggilan mesra kami BLEK. Abah gtau Blek punya enjin macam nak kena tukar jek. Aduyaiiii apalah kes korg berdua nih. Merajuk ke? Bukannya mama n abah tak peduli kat korang pon. Kan hari2 mama n abah bwk korg g keje. Cuma ujung mggu jek bior korg dok umah berehat.
Betul2 takde mood mama hari nih. Serabut dah kepala otak nih. Dorang berdua nih mmg dah mcm bernyawa dah bg kitorg. Mana taknya siap diberi nama lagik. Then kalo cakap sikit jek mulalah buat hal ... merajuk. Dah byk kali dah mama kena ngan dorg nih. Hu3 kereta oh kereta ....
Kenapa ek Adli tiap kali waktu malam time abah ader asik nangis jek? Kenapa ek Adli kalau abah ader kat umah asik nangis jek? Mama pun naik pening bila tengok perangai si abang yg makin hari makin mengada2. Tp bila time abah dia takde (g kursus) elok pulak jek dia tggl ngan mama? Takde plak nak nangis2 tetiap malam. Kenapa ek???
2nd entry ...
Tempoh berpantang selama 2bulan pon dah abis. dah tiba masanya mama kena masuk keje balik. tapi sebelum tuh mama n abah pening kepala nak carik tempat tuk hantar hero2 kitorg nih. kalo sebelum nih si abang, MIL yg jaga tp kali nih kitorg decided tuk hantar 2-2 hero kesayangan nih ke Taska. Bukan apa ... nak biar dorg nih berdikari. lebih2 lagik si abang. Abang nih terkenal ngan perangai garangnya (mcm mama jek hu3) n tak berapa pandai nak berkawan+berkongsi barang. cari punya cari last2 kitorg hantar hero2 nih kat TASKA IQA, Senawang. kitorg nak hantar sini pon sbb anak opismate mama (yanie) pon hantar kat sini jugak. Yanie kata so far anak dia dok sini dr kecik smpilah skang nih ok jek .. takde masalah pon. taska nih jauh lebih kurang (+-) 15km dr umah kitorg. jauhkan?? tp apa nak buat. kat sini jek yg bleh letak anak smpi malam. n dia charge pon tak mahal. 2org dia amik RM360 berbanding kitorg survey kat rumah2 orang yg kebanyakannya amik RM250perhead. anak mama 2org means dah RM500. Giler mahal! dahlah dok umah jek takde plak diajar apa2. kalo kat sini mmg dia ader ajar sbbnya taska nih dikawalselia oleh JKM. so hari2 ada jek aktiviti bdk2 nih.
Awal2 hantar si abang hari2 menangis taknak turun dari kereta. Yelah sebelum nih hantar kat umah atok n wan dia. yg nih dia tak kenal lagik. kawan pon takde yg leh ngam lagik smpikan mama setiap kali hantar dia tiap kali tuhlah masuk jek dlm keta menitik air mata mama mengenangkan perangai si abang. boleh dikatakan jugaklah tetiap mggu ader jek mama suarakan kat abah nak benti keje jaga anak2 tp abah pon gaji bukannnya besar mana. ehmmmm ... Alhamdulillah dah lebih sebulan hantar hero2 nih, si abang dah menunjukkan reaksi positif. kadang2 tuh time amik petang dia taknak balik plak. sebabnya nak main kuda plastik kat depan taska tuh. kalo mama paksa ajak balik dia akan heret kuda plastik tuh nak bwk balik masuk keta. adusss anak mama .... hu3 takpelah janji dia skang nih dah start hepi jek duduk taska.
Tapi problem kami skang nih adalah mencari tempat tinggal yg lebih dekat taska ni. Sebabnya mama jek yg pagi2 celik mata dah kelam kelibut menguruskan hero2 nih sensorg. nak siap pegi keje lagik, nak melayan kerenah dorg lagik then nak hantar dorg plak. abah pg2 kul 5.30am dah kuar umah g keje. kang ptg dlm kul 7pm baru smpi umah. so tugas menguruskan anak2 mmg mama yg kena pikul sensorg. penat sgt2 tambah plak lagik si adik fully breastfeed. so dah balik umah tuh mmg dia balas dendamlah .. taknaklah lekang dr mama. asik nak bergantung jek. kadang2 mama smpi nangis sbb dah terlalu penat sgt. kalo tgk badan mama skang nih pon dah makin susut. penat berkejar kesana kesini. tp bagus gak dah slim. takyahlah mama nak susah payah g spa2 ke nak kuruskan badan balik hu3. setakat nih rumah yg kitorg cari mmg tak jumpa lagik. harap2 sebelum akhir tahun nih dapatlah pindah ke area senawang. baru lega hati mama...
Salam all,
nih 1st entry tuk story2 yg pada kiraan mama dah lapuk tp nak jugak storykan kat korg hu3. so nak story cemana pengalaman melahirkan si kenit Arif Najwan. kalau masa abg dia dulu, Adli Zakwan, mama kena amik masa selama 12 jam bertarung kat dalam labour room. Tp Alhamdulillah, berkat doa kengkawan yg tak putus2 bg sokongan nak2 masa mama mengharungi bermacam2 masalah masa sepanjang mengandungkan Arif, so Allah itu Maha Berkuasa, kelahiran kali ni berlaku dengan pantas. Sampai sekarang nih pon mama mcm tak percaya jek anak mama nih dah keluar.
Midnite 17 April 2010 ...
Tengah nyenyak tido .. mama tetiba rasa basah. nak kata air ketuban pecah tp sikit jek keluar. terus sms kak long tanya kat dia kalo air ketuban pecah tuh cemana since masa bersalin Adli dulu pon tak merasa air ketuban pecah. kak long tak reply .. maklumlah dah memalam buta hu3 mama pegi toilet tgk2 takde plak keluar lagik airnya. so decided to go to the bed again ... tp kejap2 bangun sbb rasa basah. time nih takde plak rasa sakit contraction .... ehmmm terus lelapkan mata wat tak tau jek ..
Tanggal 18 April 2010 ....
Bangun sebelum solat Subuh mama rasa sakit perut yg amat sgt. Bukan sakit bersalin tp sakit nak buang air besar. Lepas buang air besar terus rasa contraction. Dalam hati mcm tak konpiden nak bersalin sbb doktor kat Klinik Kesihatan Ampangan bg date 5 May. Tp last month masa scan kat Klinik Rekha, Dr. Rekha bg due 17 April. So otometik dah rasa seriau kot2lah kiraan Dr. Rekha tuh betul. Maklumlah kat Klinik Rekha scan guna 4D. Time nih mama kat umah Wan. Dengan tak bwk segala persiapan beg (kesnya mama simpan lam NAC tp abah bwk ADR lak balik Paroi Jaya). So lepas brekpes ajak abah g spital. Abah plak bleh tanya "Dah nak bersalin ke? Bukan kata 5/5 ke bersalin?" nak marah pon ader .. nak gelak pon ader. Mama gtau jek abah apa2 hal pegi jek spital dulu. Terpaksalah tggu abah balik umah Warisan Puteri tuk amik beg then barulah bleh g ke spital. Sampai spital kul 11. Doktor check dah bukak 2cm. Terus kena admitted. Time nih br dpt sms reply dr kak long bgtau kalo air ketuban tuh tandanya keluar byk. reply balik kat kak long gtau dah kena tahan wad pon. bukan main terkejut kak long sbb dah tau mama due 5/5 (tarikh besday kak long).
Lebih kurang kul 2 baru mama dapat masuk wad. Biasalah spital gomen, manjang penuh. lagik pulak abah tak amik lak guarantor letter dr opis dia. lagilah susah nak masuk 1st class ke,2nd class ke. sbb ingat mama due lmbt lagik. so nih kiranya belajar dr kesilapanlah. Lepas masuk wad mak plak call dgn sore cemasnya tanya betul ke mama dah masuk wad. time nih mama leh gelak2 lagik sbb sakit tak terlalu kerap. siap leh pesan kat mak swuh rileks. padahal mama yg dah mengelabah cam hape. bukan apa, teringat2 lagi sakitnya bersalinkan si abgnya dulu. maklumlah beza abg n adik pon tak smpi 2 tahun. dalam kul 4 doktor pggl mama masuk lam bilik nak check bukaan dah brp cm. kali nih doktor check kata 4cm, nurse lak check kata 3cm. then dorg taknak tolak masuk labour room dulu sbb taknak mama tggu lama sgt lam labour room tuh. so dorg pesan lagi 4jam dorg akan check lagik tp kalo2 mama dah rasa sakit sgt2 pggl dorg. so mama pon jalanlah balik ke katil tggu kul 4.30pm waktu melawat. tggu abah dtg melawat mama. siap pesan bwk Adli skali. tetiba rasa rindu sgt2 kat anak mama yg sorg tu. dah pukul 5 tp abah tak sampai lagik. katanya baru bertolak dr rumah. time nih dah rasa sakit sgt2. sakit smpi tak boleh nak bergerak ditambah lagik rasa sakit nak buang air besar. dalam kul 5.30 abah, Adli n FIL sampai. time tuh muka abah suspen jek tgk mama. abah gtau muka mama tahan sakit sama mcm masa mama nak bersalinkan Adli dulu. Mama swuh abah gtau kat nurse yg mama dah rasa sakit sgt2. so biler doktor check tgk2 dah 6cm. terus dia swuh tolak masuk labour room. masa kena tolak masuk labour room tuh, abah kucup pipi mama, sempat lagi bisik kat telinga swuh baca selawat banyak2 since suami tak dibenarkan masuk dengan alasan kes H1N1. cumanya mama tak sempat nak mintak maaf kat abah. masuk labour room kali nih jauh lebih baik dari 2thn lepas. setiap partition dah diletakkan air cond n jam (betul2 depan mata mama .. bagus betul). waktu nih mama dpt tgk jam tepat kul 6pm. sementara doktor menguruskan mama sambil mama mengerang sakit, doktor check bukaan kul 6.30pm dia kata dah 9cm. since nih anak no 2 so dia ckp dah boleh teran. tambah lagik doktor gtau anak mama dah berak dlm perut. nak menitis air mata mama time tuh, tetiba rasa tak pandai nak teran. sbbnya mama lebih pk kan anak mama takot dia dah tertelan najis. kul 6.40pm mama rasa sakit yg tak boleh tahan smpi mama menjerit kuat dalam labour room. tah macam mana mama tetiba dpt kekuatan terus teran habis-habisan, bermati-matian. Doktor n nurse pon bagi kata2 semangat lagi. Dan akhirnya tepat jam 7.03pm lahirlah putera kedua kami. Rasa panik bila anak mama tak menangis, sampaikan mama tanya kat nurse kenapa anak mama tak nangis? Masa abg dia dulu keluar jek terus menangis. anak mama amik masa selama 2minit barulah dia nangis. sebabnya mulut anak mama penuh dgn lendir. apa yg doktor bgtau anak mama dah hampir2 nak lemas. Bile doktor letak anak mama kat atas dada mama, mmg mama dpt tengok badan dia dah separuh hampir2 biru n lebam. menitis air mata mama bile tgk dia menangis smbl pandang mama. Lepas segalanya selesai masa nak jahit luka, nurse ader bgtau darah mama keluar byk sgt. mmg masa mama pregnant HB mama rendah tp dah dekat nak bersalin nih dah ok dah rasanya. masa nih mama skali lagik panik. sempat mengucap lagik mana lah tau nih lah kali terakhir mama kat dunia. tp mama takde plak rasa nak pitam. apapun mulut mama mmg tak putus berzikir dan mengucap. Alhamdulillah ... semuanya selamat. Terima Kasih Ya Allah kerana kau masih lagi sudi meminjamkan hamba mu ini ke dunia.
Lepas keluar dari labour room, mama dah agak soalan pertama abah mesti tanya bb boy ke gurl. well masa scan kat Klinik Rekha dulu pun dah nmpk terang n nyata anak mama yg kali nih boy lagi. abah pon ader bgtau anak mama nih tembam. Mana taknya, berat dia 3.3kg. Mama sendiri terkejut bila dgr nurse bgtau berat bb. Malam tuh lepas sms pada kengkwn yg mama dah selamat bersalin, mama still tak boleh nak lelapkan mata. sebabnya mama tetiba teringatkan Adli. seumur hidup dialah, mana pernah dia tak tido dgn mama. Ni kira first timelah dia tido tanpa mama. Mama pun terfikir jugak macammanalah dia lepas ni. kesian pon ader sbb lepas nih tumpuan mama lebih kepada adik. Kalaulah Adli dah pandai baca dan dah faham luahan mama ni, mama nak gtau yg kasih sayang mama takkan berbelah bagi antara abang n adik. Semuanya sama sayang....
19 April 2010 ...
Bangun pagi lepas mandi, masa mama nak balik ke katil tetiba rasa cam nak rebah. rasa kabur pandangan mata ni. tp mama gagahkan jugak berjalan perlahan2. mama taknak jatuh .. mama taknak pitam. nanti lagik lama mama kena duduk kat spital ni. sampai kat katil, mama terus bgtau member seblah yg mama rs nak pitam. dia cepat2 swuh mama makan brekpes since dr start masuk labour room smpi ke hari nih mama tak jamah 1 makanan pun. (Thanx to Leha sbb dr mula mama masuk wad dialah yg byk tolong mama. tah dah bersalin tah belum minah nih. masa dia masuk wad harituh kandungan dia ader problem. baru 7bulan). Lepas makan sebuku roti (hampeh tul gen. hosp nih .. bg roti cream jek) plus air milo segelas barulah mama rasa ader tenaga sket tp still pening2, rasa cam nak sesak nafas. so mama rileks kejap baring ngan arif, dapat lelapkan mata sejam barulah ok. pukul 2pm mama dah bleh discharge dr spital. time nih abah kata ptg karang mama dah leh transfer ke 1st class. huhhh tak payahlah .. dah lambat. balik umah lagik best dari dok kat spital even 1st class pun hu3 ... Akhirnya ... dapat jugak keluar dr spital waktu tuh jugak setelah byk benda yg mama kelentong doktor :D sorielah en. doktor, smpi skang mama tak buat pon pemeriksaan utk klinik perancangan keluarga. Dan bermulalah episod mencabar bagi seorang mama kepada 2 org Hero ....
mama dah kembali .... but tak sempat lagik nak update blog. skang nih pon tak berapa sehat. sejak masuk keje @ dah abis pantang nih mcm2 hal yg berlaku. semua nak story kat korg tp tuhlah ... masa yg takde ... Insya-Allah kalau takde aral melintang ... by next week akan updated kan .. harap2lah!! hu3